JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #1

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang.
Kali ini, kita akan bincang tentang
menetapkan matlamat dalam kerja penyebaran.
Mari kita dengar beberapa laporan dulu.
Pada 1 Januari tahun ini,
gempa bumi yang berskala 7.6 magnitud
telah melanda bahagian tengah Jepun.
Syukurlah, tiada saudara saudari yang terkorban.
Tetapi lebih daripada 100 buah rumah mereka telah rosak
dan 2 lagi telah musnah.
Sembilan Dewan Perjumpaan juga mengalami kerosakan.
Pejabat cawangan segera mengaturkan tempat tinggal
dan keperluan lain untuk saudara saudari kita.
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan
dan wakil pejabat cawangan telah pergi
untuk melawat saudara saudari kita yang terjejas.
Dalam hanya beberapa hari, bantuan telah dihulurkan
kepada sidang-sidang di kawasan itu.
Seorang saudari di Sidang Wajima tidak dapat dihubungi.
Maka, seorang penatua berjalan selama lapan jam
dan melalui kawasan tanah runtuh dan jalan yang rosak.
Akhirnya, dia dapat pastikan saudari kita selamat.
Semua sidang di kawasan itu
terus mengadakan perjumpaan mereka,
bahkan pada minggu gempa bumi melanda.
Kebanyakan penyiar hadir perjumpaan secara bersemuka
untuk menggalakkan satu sama lain.
Kita berdoa untuk mereka dan
rakan seiman di negara lain yang dilanda bencana.
Pada 1 Januari, Pusat Pelawat Paterson sudah dibuka
dan boleh dikunjung pelawat.
Kerja pembinaan mula pada 2021
dan berakhir pada September 2023.
Apa yang akan anda lihat di pusat ini?
Mari kita tengok.
Di Pusat Pelawat Paterson,
terdapat tiga muzium dan satu pameran duit syiling.
Pameran yang pertama bertajuk,
“Membela dan Memperoleh Hak untuk Menyebarkan Berita Baik.”
Pameran ini menunjukkan pengalaman lelaki, wanita,
dan para murid yang berpegang pada ajaran Bible
meskipun ditentang oleh kerajaan,
serta cara organisasi Yehuwa menyokong mereka.
Pameran duit syiling menunjukkan
syiling-syiling yang digunakan pada abad pertama
dan pengajaran yang diperoleh daripada
catatan Bible yang menyebut tentang syiling itu.
Pameran seterusnya bertajuk,
“Yehuwa Akan Mengajar Anak-Anakmu.”
Pameran ini menonjolkan latihan dan sekolah
yang melengkapi umat Yehuwa
supaya dapat menginjil dan melakukan tugasan lain.
Anda pasti terdorong untuk memanfaatkan
pendidikan rohani daripada Yehuwa.
Pameran yang ketiga sangat menarik
kerana menonjolkan sebuah kampung pada abad pertama.
Orang di kampung itu sangat ramah dan
gembira untuk tunjuk anda kegiatan harian dan kerja mereka.
Anda boleh menerokai kawasan pertanian,
pasar, tempat kediaman, rumah ibadat,
dan bahkan kawasan pinggir pantai.
Semua pameran ini pasti akan meningkatkan
penghargaan anda terhadap Bible dan
apa yang sedang dilakukan oleh organisasi Yehuwa.
Anda semua dialu-alukan untuk datang ke Pusat Pelawat Paterson.
Pusat ini sangat menarik dan menakjubkan.
Terima kasih kepada semua yang bantu dalam projek ini.
Anda semua dialu-alukan untuk datang.
Anda boleh buat permohonan di jw.org.
Sekarang, kita akan bincang tentang
perubahan yang berlaku baru-baru ini
dan apa matlamat yang dapat kita tetapkan.
Satu perubahan ialah mulai November tahun lalu,
laporan aktiviti penyebaran kita telah diringkaskan.
Itu perubahan yang besar, bukan?
Walaupun maklumat dalam laporan kita berubah,
pandangan kita terhadap kerja menginjil tetap sama.
Fokus kita ialah pada orang.
Kita mengasihi orang, kita mahu bantu mereka.
Kita bersedia menginjil kepada sesiapa yang kita jumpa.
Contohnya, pada Sabtu pagi,
kita ikut aktiviti penyebaran.
Selepas itu, kita pergi beli barang.
Adakah kita berhenti menginjil
kerana itu ialah masa membeli-belah?
Itu bukan pandangan kita.
Walaupun kita sedang beli barang,
kita masih berusaha untuk menginjil.
Mungkin kita boleh bercakap dengan
orang yang sedang berbaris di sebelah kita
ataupun dengan cashier semasa kita bayar.
Kita tak perlu cakap banyak.
Selepas bersapa dengan orang itu,
kita boleh baginya kad laman web dan kata,
“Laman web ini sangat bagus.
Ada maklumat menarik dalam lebih daripada 1,000 bahasa.”
Atau lepas berbual sekejap, kamu boleh bagi dia risalah.
Kalau ada masa dan dia sudi dengar,
bolehlah terus berbual.
Kita boleh guna cara yang sama semasa di klinik,
lapangan terbang, atau semasa guna pengangkutan awam.
Jadi, ke mana-mana sahaja kita pergi,
bawalah kad laman web atau sedikit bahan bersama kita.
Kita sudah bincang pentingnya
menginjil di mana sahaja kita jumpa orang.
Bagaimana pula dengan orang yang kita tidak jumpa
semasa menginjil dari rumah ke rumah?
Pernahkah kamu lalu suatu kawasan pada petang Sabtu atau Ahad
dan nampak setiap rumah pun ada kereta di sana.
Tapi kalau pergi menginjil waktu pagi,
tiada pula orang.
Mungkin ada antara mereka yang sudi belajar Bible
kalau kita dapat bercakap dengan mereka.
Kasih kita mendorong kita untuk
menginjil pada waktu mereka ada di rumah.
Saya masih ingat satu kali kami keluar makan malam
dengan sepasang suami isteri.
Saudara itu yang memandu.
Selepas kami lalu sebuah rumah, dia berhenti.
Kemudian, dia kata,
“Akhirnya, ada kereta di rumah ini.
Sudah banyak kali kami cuba cari orang di rumah ini.
Kami turun sekejap ya.”
Saudara itu dan isterinya pun lawat orang itu.
Bagus, kan?
Kita juga perlu kegigihan untuk membuat kunjungan kembali.
Contohnya, ada orang yang tunjuk minat semasa kesaksian awam
dan minta dikunjung.
Memandangkan orang itu tinggal di kawasan sidang kamu,
kamu pun pergi.
Sabtu pagi kamu pergi sana,
dan apa yang berlaku?
Ya, betul.
Orang itu tiada di rumah.
Adakah kamu terus putus asa dan kata,
“Saya sudah cuba”?
Pasti tidak!
Orang itu tunjukkan minat!
Kita mahu cuba lagi pada masa yang berbeza
sehingga dapat jumpa dia.
Walaupun ada penyesuaian dalam cara kita isi laporan,
kita masih boleh tetapkan matlamat peribadi.
Kita boleh beri lebih banyak perhatian
semasa penghuni rumah bercakap
dan tunjukkan kita mengambil berat,
atau berusaha meliputi kawasan penyebaran dengan lebih baik.
Apabila kita menetapkan matlamat dalam kerja penyebaran,
ini selaras dengan nasihat Paulus di Galatia 6:4 yang berbunyi,
Bila kita ada matlamat, kita akan
buat kerja yang penting ini dengan lebih bersemangat.
Mari kita dengar perasaan saudara saudari tentang perubahan ini
dan apa matlamat mereka.
Selepas semua perubahan ini,
saya lebih menikmati aktiviti penyebaran saya.
Saya betul-betul menyukainya.
Sekarang, saya tidak begitu risau tentang mengira masa.
Saya rasa saya seperti sedang menginjil pada setiap masa.
Saya terus ubah jadual saya supaya
saya menginjil pada masa yang ada orang.
Dulu, saya mahu orang dengar topik yang saya kongsikan.
Tapi sekarang, saya mahu dengar apa yang mereka minat.
Apa yang penting
bukan berapa banyak bahan bacaan yang saya tinggalkan,
tapi saya cuba berbual dengan orang
dan pupuk minat mereka untuk belajar kebenaran.
Dulu, saya gembira
jika saya dapat bagi sesuatu untuk mereka baca.
Sekarang, saya lebih bersukacita
jika saya dapat bagi perhatian saya
dan tunjuk saya ambil berat tentang mereka.
Saya lebih berfokus untuk menjadikan orang murid Yesus.
Saya lebih suka cara baru ini
daripada menghafal suatu penyampaian.
Sekarang saya boleh berbual dengan
penghuni rumah dengan santai.
Ini buat saya lebih menikmati perbincangan kami.
Apa yang mendorong kita untuk melakukan kerja ini
bukanlah jumlah jam atau bahan yang kita berikan,
tapi kasih kepada orang lain.
Saudara saudari sangat teruja
dengan cara menginjil yang baru ini.
Dulu, kita akan ikut topik tertentu
dan tunjukkan ayat Bible.
Sekarang, kita cuba berbual dengan mereka.
Dulu, saya risau apa yang saya perlu cakap
dan bagaimana saya boleh mula berbual tentang Bible.
Tapi sekarang saya sedar yang paling penting ialah
penghuni rumah boleh rasa saya ambil berat tentang mereka.
Seperti Yesus yang menghampiri wanita di perigi,
saya suka hampiri orang yang ada anjing dan
cakap dengan mereka,
dan tanya jika saya boleh sentuh anjing mereka.
Selepas itu, kami boleh berbual
dan saya boleh bagi mereka kad laman web
atau cakap tentang Bible.
Biasanya, mereka akan terus scan kad
dan lihat laman web kita.
Sekarang, kita lebih peka terhadap minat orang dan
perhatikan apa yang mereka sedang buat,
dan kemudian mulakan perbualan.
Saya seorang yang pendiam dan pemalu.
Jadi, bila kita digalakkan untuk tidak cakap banyak,
saya kata dalam hati, “Saya boleh buat itu.”
Saya sangat suka cara baru ini.
Saya rasa lebih relaks kerana
matlamat kita ialah untuk mulakan perbualan.
Semasa buat persiapan,
saya akan fikir tentang apa yang orang minat.
Saya sangat gembira dengan penyesuaian ini kerana
ini menggalakkan kita untuk cuba kaedah menginjil yang berbeza
seperti kesaksian tidak formal.
Walaupun ini tidak mudah, saya rasa
Yehuwa dan organisasi-Nya menyokong saya untuk cuba kaedah ini
dan mencapai matlamat saya untuk merintis.
Perubahan ini buat kami ingin meningkatkan usaha kami
untuk mencapai seramai orang yang mungkin
dan bantu mereka mengenali Yehuwa.
Saya lihat ramai saudara saudari sangat gembira
bila menceburi khidmat perintis.
Saya juga ingin rasa begitu.
Saya sangat gembira dapat jadi perintis biasa bermula bulan ini.
Kami mahu menghadiri Sekolah Latihan Penginjil
sebab kami mahu belajar lebih banyak cara
untuk tunjukkan kasih kepada orang.
Saya tidak sabar untuk merintis.
Saya mahu merintis, pergi SKE,
dan pergi menginjil di mana-mana saja.
Saya rasa ini sangat seronok.
Fokus kita sekarang ialah cari orang
dan tunjukkan kasih kepada mereka.
Itulah yang paling penting.
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda
dan menghargai usaha anda.
Yesus kata di Yohanes 14:15,
Kita mengasihi Yesus dan orang lain.
Jadi, kita mahu mematuhi perintah Yesus untuk
pergi dan sebarkan berita baik.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah siaran JW.