00:00:02
Selamat datang!00:00:03
00:00:03
Apakah perasaan anda selepas dengar mesyuarat tahunan yang lalu?00:00:08
00:00:09
Masih ingat ceramah bahawa Yehuwa ialah 00:00:11
00:00:11
“Hakim bagi seluruh bumi” yang berbelas kasihan?00:00:15
00:00:15
Kita teruja kerana orang yang mati semasa Banjir pada zaman Nuh,00:00:20
00:00:20
semasa Sodom dan Gomora dibinasakan,00:00:22
00:00:22
dan orang yang mungkin bertaubat semasa kesengsaraan besar,00:00:26
00:00:26
mungkin menerima belas kasihan Yehuwa.00:00:30
00:00:30
Sejak mendengar ceramah itu, adakah anda sering berfikir00:00:33
00:00:33
tentang belas kasihan Yehuwa?00:00:36
00:00:36
Badan Pimpinan pun begitu.00:00:39
00:00:39
Kita sudah mengkaji, membincang,00:00:43
00:00:43
dan merenungkan apa yang dilakukan Yehuwa00:00:47
00:00:47
semasa ada orang terjebak dalam dosa yang serius.00:00:52
00:00:52
Kali ini, kita akan mengkaji00:00:55
00:00:55
apa yang dicatatkan dalam Bible tentang Yehuwa.00:00:59
00:00:59
Kemudian, kita akan bincang maklumat baru00:01:01
00:01:01
tentang cara kita mengendalikan salah laku00:01:04
00:01:04
yang berlaku dalam sidang.00:01:07
00:01:08
2 Petrus 3:9 kata,00:01:11
00:01:11
‘Yehuwa tidak ingin seorang pun dibinasakan,00:01:15
00:01:15
tetapi ingin semua orang berpeluang untuk bertaubat.’00:01:20
00:01:20
Apakah pengajarannya?00:01:22
00:01:22
Kita belajar bahawa Yehuwa mahu orang bertaubat dan hidup.00:01:29
00:01:29
Pemberontakan Adam dan Hawa menyebabkan semua manusia00:01:33
00:01:33
menjadi hamba dosa dan kematian.00:01:36
00:01:36
Apa yang Yehuwa buat?00:01:39
00:01:39
Dia segera bertindak00:01:41
00:01:41
supaya keturunan Adam dan Hawa berpeluang dibebaskan.00:01:46
00:01:46
Dengan menyediakan tebusan,00:01:49
00:01:49
Yehuwa menutupi dosa semua orang00:01:52
00:01:52
yang menunjukkan iman dan bertaubat00:01:55
00:01:55
agar mereka dapat hidup kekal.00:01:58
00:01:59
Maka tidak hairanlah kita sering membaca dalam Bible,00:02:02
00:02:02
Yehuwa menjemput orang yang berdosa untuk bertaubat.00:02:07
00:02:07
Dia menggesa orang yang sudah meninggalkan ibadat sejati00:02:11
00:02:11
untuk kembali.00:02:13
00:02:13
Hal ini selaras dengan Roma 2:4 yang kata,00:02:17
00:02:34
Perhatikan beberapa contoh00:02:36
00:02:36
bagaimana Yehuwa cuba memimpin pendosa untuk bertaubat.00:02:40
00:02:41
Kain membenci adiknya dan ingin membunuhnya,00:02:44
00:02:44
tetapi Yehuwa bercakap kepada Kain dan cuba menasihatinya.00:02:49
00:02:49
Semasa Daud berdosa, Yehuwa mengutus Nabi Natan00:02:53
00:02:53
untuk memimpinnya agar bertaubat.00:02:56
00:02:56
Bagaimana pula dengan bangsa Israel?00:02:59
00:02:59
Yehuwa terus cuba membantu mereka00:03:02
00:03:02
biarpun mereka nampaknya enggan bertaubat.00:03:05
00:03:05
Di Yehezkiel 33:11, Yehuwa berseru kepada mereka,00:03:11
00:03:32
Apakah pengajarannya?00:03:34
00:03:35
Walaupun Yehuwa tidak paksa orang00:03:37
00:03:37
untuk bertaubat daripada dosa,00:03:39
00:03:39
Dia sangat berbelas kasihan00:03:41
00:03:41
terhadap manusia yang tidak sempurna.00:03:44
00:03:44
Dia sudah melakukan banyak perkara untuk menyediakan tebusan,00:03:48
00:03:48
untuk mencapai hati pendosa,00:03:50
00:03:50
dan untuk memimpin mereka agar bertaubat jika mereka sudi.00:03:55
00:03:55
Tuhan yang kita sembah memang sangat berbelas kasihan!00:04:00
00:04:00
Badan Pimpinan telah berdoa dan memikirkan cara00:04:03
00:04:03
untuk meniru sifat Yehuwa dengan lebih baik00:04:06
00:04:06
semasa menangani kes salah laku dalam sidang.00:04:10
00:04:10
Hasilnya, kita memahami tiga ayat Bible dengan lebih jelas.00:04:15
00:04:15
Mari lihat ayat pertama, 2 Timotius 2:24, 25.00:04:22
00:04:22
Paulus kata,00:04:24
00:04:47
Siapakah yang dimaksudkan oleh Paulus semasa dia kata,00:04:51
00:04:51
“orang yang suka menentang”?00:04:53
00:04:54
Nota pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi ayat ini menjelaskan,00:04:58
00:05:26
Hari ini, orang sebegini merangkumi saudara saudari00:05:29
00:05:29
yang enggan mempedulikan nasihat Bible 00:05:32
00:05:32
dan terlibat dalam salah laku yang serius.00:05:36
00:05:36
Mereka memerlukan bantuan daripada para penatua.00:05:40
00:05:40
Jadi, sebuah jawatankuasa penatua akan berjumpa dengan mereka.00:05:45
00:05:45
Matlamat penatua ini bukan hanya untuk melihat00:05:48
00:05:48
sama ada pendosa itu bertaubat atau tidak.00:05:51
00:05:51
Mereka juga mengikut nasihat di 2 Timotius 2:24, 25.00:05:58
00:05:58
Penatua mesti membetulkan00:06:00
00:06:00
dan mengajar orang itu dengan lemah lembut.00:06:04
00:06:04
Apa tujuannya?00:06:05
00:06:06
Satu lagi nota pembelajaran bagi 2 Timotius 2:25 kata,00:06:11
00:06:52
Jadi, para penatua ingin memimpin seorang pendosa untuk bertaubat.00:06:58
00:06:58
Bagaimanakah pemahaman yang lebih jelas tentang dua ayat00:07:01
00:07:01
yang kita bincang tadi mempengaruhi aturan kita sekarang?00:07:06
00:07:06
Selama ini, jawatankuasa penatua hanya berjumpa00:07:10
00:07:10
dengan pendosa satu kali.00:07:12
00:07:12
Namun, Badan Pimpinan sudah putuskan00:07:15
00:07:15
bahawa mereka boleh berjumpa dengannya lebih dari sekali.00:07:19
00:07:19
Mengapa?00:07:20
00:07:21
Di Wahyu 2:21, mengenai Izebel,00:07:25
00:07:25
Yesus kata, “Aku memberi dia masa untuk bertaubat.”00:07:30
00:07:30
Kami harap melalui usaha para penatua yang pengasih,00:07:34
00:07:34
Yehuwa akan membantu orang Kristian yang sudah menyimpang itu00:07:38
00:07:38
untuk insaf dan bertaubat.00:07:40
00:07:40
Jika dia bertaubat, jawatankuasa akan terus menggembalanya00:07:45
00:07:45
supaya dia dapat melepaskan diri dari perangkap Syaitan00:07:48
00:07:48
dan meluruskan jalan hidupnya.00:07:51
00:07:52
Aturan baharu ini selaras dengan apa yang pernah Yehuwa lakukan00:07:56
00:07:56
untuk bantu Daud dan bangsa Israel untuk bertaubat.00:08:01
00:08:01
Bagaimana jika penyiar terbaptis yang di bawah umur 18 tahun00:08:06
00:08:06
terlibat dalam salah laku serius?00:08:09
00:08:10
Dalam aturan selama ini,00:08:12
00:08:12
penyiar tersebut bersama ibu bapa Kristiannya00:08:15
00:08:15
akan berjumpa dengan jawatankuasa penatua.00:08:18
00:08:19
Dalam aturan baru pula,00:08:21
00:08:21
dua penatua akan jumpa penyiar itu dan ibu bapanya.00:08:25
00:08:25
Para penatua akan tanya ibu bapa00:08:27
00:08:27
apa yang sudah mereka lakukan00:08:30
00:08:30
untuk bantu anak mereka bertaubat.00:08:32
00:08:33
Jika anak itu bersikap baik dan sudi ikut nasihat ibu bapanya,00:08:38
00:08:38
dua penatua itu mungkin memutuskan00:08:40
00:08:40
bahawa tiada tindakan susulan diperlukan.00:08:43
00:08:44
Sudah tentu dari masa ke masa,00:08:46
00:08:46
penatua akan tanya ibu bapa00:08:48
00:08:48
jika anak mereka sedang menerima bantuan.00:08:51
00:08:51
Namun, bagaimana pula jika penyiar terbaptis di bawah umur00:08:56
00:08:56
tetap mahu mengikut haluan yang salah?00:08:59
00:08:59
Jika begitu, jawatankuasa penatua akan jumpa dia00:09:03
00:09:03
dan ibu bapa Kristiannya.00:09:06
00:09:06
Badan Pimpinan yakin00:09:08
00:09:08
perubahan ini selaras dengan keinginan Yehuwa00:09:12
00:09:12
untuk memimpin pendosa agar bertaubat.00:09:15
00:09:15
Dia mahu mereka sedar00:09:17
00:09:17
dan melepaskan diri daripada perangkap Syaitan.00:09:20
00:09:20
Dia tidak ingin sesiapa pun dibinasakan00:09:23
00:09:23
tapi Dia ingin semua orang berpeluang untuk bertaubat.00:09:28
00:09:28
Mari kita bincang ayat kedua, iaitu 1 Korintus 5:13, yang kata,00:09:35
00:09:40
Bible kata dengan jelas bahawa pendosa yang enggan bertaubat00:09:44
00:09:44
harus disingkirkan daripada sidang.00:09:47
00:09:47
Itulah akibat yang harus ditanggung oleh pendosa itu.00:09:52
00:09:52
Mengapa?00:09:54
00:09:54
Kerana walaupun para penatua sudah berulang kali00:09:57
00:09:57
cuba membantunya untuk bertaubat,00:09:59
00:09:59
dia menolak bantuan itu.00:10:02
00:10:02
Biarpun penatua memberitahu seseorang00:10:05
00:10:05
bahawa dia telah disingkirkan,00:10:08
00:10:08
mereka masih mahu bantunya.00:10:10
00:10:10
Jawatankuasa bukan hanya beritahunya apa yang perlu dia buat00:10:14
00:10:14
untuk diterima kembali ke dalam sidang.00:10:17
00:10:17
Apa lagi mereka buat?00:10:19
00:10:20
Para penatua akan menjelaskan bahawa00:10:22
00:10:22
mereka mahu berjumpa dengannya lagi beberapa bulan kemudian00:10:26
00:10:26
untuk lihat jika dia sudah berubah hati.00:10:29
00:10:29
Jika orang itu sudi jumpa penatua,00:10:31
00:10:31
mereka akan menggalakkannya dengan penuh kasih00:10:35
00:10:35
agar bertaubat dan kembali.00:10:38
00:10:38
Bagaimana pula dengan mereka yang sudah lama disingkirkan?00:10:42
00:10:42
Bagaimana kita bantu mereka?00:10:44
00:10:45
Ada antara mereka yang bahkan tidak ingat00:10:47
00:10:47
mengapa mereka disingkirkan.00:10:49
00:10:49
Mereka mungkin sudah lama meninggalkan haluan yang berdosa.00:10:54
00:10:54
Badan Pimpinan memutuskan agar para penatua melawat mereka,00:10:58
00:10:58
berdoa bersama mereka,00:11:00
00:11:00
dan menjemput mereka dengan penuh kasih untuk kembali ke sidang.00:11:05
00:11:05
Jika seseorang telah meninggalkan sidang selama bertahun-tahun,00:11:10
00:11:10
dia pasti sangat lemah secara rohani.00:11:13
00:11:13
Oleh itu, jika orang itu sudi,00:11:17
00:11:17
penatua boleh mengaturkan pembelajaran Bible untuknya00:11:20
00:11:20
bahkan sebelum dia diterima kembali.00:11:23
00:11:23
Sudah pasti, orang itu mesti berniat untuk kembali ke sidang,00:11:28
00:11:28
dan pembelajaran Bible seperti ini mesti diaturkan oleh penatua.00:11:33
00:11:33
Seperti Yehuwa yang berbelas kasihan00:11:36
00:11:36
terhadap pendosa yang tidak sempurna,00:11:39
00:11:39
Badan Pimpinan ingin memberitahu00:11:41
00:11:41
seberapa banyak orang yang mungkin00:11:43
00:11:43
bahawa mereka dialu-alukan untuk kembali ke sidang.00:11:48
00:11:49
Jika anda telah disingkirkan dan sedang menonton program ini,00:11:54
00:11:54
kami menggesa anda terimalah bantuan para penatua00:11:58
00:11:58
agar anda dapat kembali ke sidang.00:12:01
00:12:01
Jika anda tidak kenal mana-mana penatua di kawasan anda,00:12:05
00:12:05
sila telefon atau lawat Dewan Perjumpaan tempatan00:12:09
00:12:09
untuk mendapatkan bantuan rohani.00:12:12
00:12:13
Yehuwa menantikan kepulangan anda.00:12:16
00:12:16
Kami pun begitu.00:12:18
00:12:19
Menurut perintah Bible yang tercatat di 1 Korintus 5:11,00:12:24
00:12:24
apabila seseorang disingkirkan daripada sidang,00:12:28
00:12:28
kita tidak lagi bergaul dengannya00:12:30
00:12:30
dan bahkan tidak makan bersama dengannya.00:12:34
00:12:34
Jelaslah, kita tidak berinteraksi dengan orang yang disingkirkan.00:12:40
00:12:40
Namun, hal itu tidak bermaksud kita dilarang00:12:44
00:12:44
menjemput orang yang disingkirkan untuk menghadiri perjumpaan.00:12:48
00:12:49
Orang yang disingkirkan itu mungkin saudara-mara kita,00:12:52
00:12:52
bekas pelajar Bible,00:12:54
00:12:54
atau kawan rapat kita pada masa lalu.00:12:58
00:12:58
Perubahan ini memang tepat pada masanya, bukan?00:13:02
00:13:02
Kita sedang bersedia untuk menyambut Peringatan Kematian Yesus00:13:07
00:13:07
yang akan berlangsung pada hari Ahad, 24 Mac.00:13:11
00:13:12
Bagaimana jika seorang yang disingkirkan datang ke perjumpaan?00:13:16
00:13:17
Selama ini, kita tidak akan bersapa00:13:20
00:13:20
dengan orang yang telah disingkirkan.00:13:22
00:13:22
Namun, Badan Pimpinan telah memutuskan bahawa00:13:27
00:13:27
para penyiar boleh membuat keputusan berdasarkan hati nurani,00:13:31
00:13:31
jika mereka mahu memberikan salam secara ringkas00:13:35
00:13:35
untuk menyambut orang yang disingkirkan00:13:37
00:13:37
yang datang ke perjumpaan.00:13:39
00:13:40
Hai, gembira jumpa kamu.00:13:43
00:13:45
Terima kasih.00:13:46
00:13:51
Kita tidak akan berbual panjang atau bergaul dengan mereka.00:13:55
00:13:55
Tetapi, janganlah kita langsung tidak menghiraukan mereka.00:14:00
00:14:01
Mari lihat ayat yang ketiga, 2 Yohanes 9-11. 00:14:07
00:14:07
Sini kata,00:14:08
00:14:39
Bukankah ayat ini terang-terang kata00:14:41
00:14:41
kita tidak boleh mengucapkan salam00:14:43
00:14:43
kepada orang yang disingkirkan daripada sidang?00:14:47
00:14:47
Selepas mengkaji konteks ayat-ayat ini,00:14:50
00:14:50
Badan Pimpinan menyimpulkan bahawa 00:14:53
00:14:53
orang yang dimaksudkan Yohanes ialah orang murtad00:14:56
00:14:56
dan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan buruk.00:15:01
00:15:01
Jadi, Yohanes suruh orang Kristian00:15:04
00:15:04
jangan bersalam dengan orang sebegini00:15:07
00:15:07
supaya mereka tidak terpengaruh.00:15:11
00:15:11
Maka, jika orang yang disingkirkan ialah orang murtad00:15:16
00:15:16
atau mempengaruhi orang untuk berkelakuan buruk,00:15:19
00:15:19
para penatua tidak akan melawatnya.00:15:22
00:15:22
Saudara saudari juga tidak akan bersapa dengannya00:15:26
00:15:26
atau menjemputnya untuk menghadiri perjumpaan sidang.00:15:30
00:15:31
Dalam program ini, kita belajar bahawa 00:15:33
00:15:33
Yehuwa ingin memimpin pendosa agar mereka bertaubat,00:15:38
00:15:38
dan kita faham dengan lebih jelas tiga ayat Bible00:15:41
00:15:41
tentang cara untuk melayan orang yang berbuat dosa.00:15:46
00:15:46
Selaras dengan 2 Timotius 2:24, 25,00:15:50
00:15:50
jawatankuasa penatua akan membetulkan00:15:53
00:15:53
dan mengajar seorang pendosa dengan cara yang pengasih00:15:57
00:15:57
agar memimpinnya untuk bertaubat.00:16:00
00:16:00
Menurut 1 Korintus 5:13, seorang pendosa yang enggan bertaubat00:16:06
00:16:06
mesti disingkirkan dari sidang.00:16:09
00:16:09
Namun, jawatankuasa akan cuba bantunya sedar00:16:13
00:16:13
bahawa dia perlu bertaubat dan kembali,00:16:16
00:16:16
dan mereka akan melawatnya lagi dalam beberapa bulan.00:16:20
00:16:20
Kita juga lebih memahami 2 Yohanes 9-1100:16:25
00:16:25
yang merujuk hanya kepada golongan murtad00:16:29
00:16:29
dan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan buruk,00:16:33
00:16:33
bukannya kepada semua orang yang telah disingkirkan.00:16:37
00:16:38
Sejak Adam dan Hawa berdosa,00:16:41
00:16:41
Yehuwa berusaha untuk menyelamatkan manusia yang bertaubat.00:16:45
00:16:45
Yehuwa tidak tutup sebelah mata terhadap dosa00:16:49
00:16:49
dan Dia tidak melindungi pendosa yang enggan bertaubat00:16:52
00:16:52
daripada menanggung akibat buruknya.00:16:54
00:16:55
Namun, Tuhan kita yang pengasih00:16:58
00:16:58
mahu memberi peluang kepada pendosa00:17:01
00:17:01
untuk berbaik semula dengan-Nya.00:17:03
00:17:03
Dia tidak mahu sesiapa pun dibinasakan.00:17:07
00:17:07
Jadi, Dia menggalakkan mereka untuk bertaubat.00:17:10
00:17:10
Para penatua diberi penghormatan untuk bekerja bersama Yehuwa00:17:15
00:17:15
dan memimpin pendosa agar mereka bertaubat.00:17:19
00:17:19
Tidakkah kita semakin mengasihi Yehuwa00:17:23
00:17:23
semasa merenungkan kasih-Nya,00:17:26
00:17:26
kebaikan hati-Nya, dan belas kasihan-Nya?00:17:30
00:17:30
Anda pasti gembira untuk tahu bahawa 00:17:33
00:17:33
maklumat dalam program ini akan diterbitkan00:17:36
00:17:36
dalam satu siri rencana00:17:38
00:17:38
dalam edisi pembelajaran majalah Menara Pengawal.00:17:42
00:17:42
Para penatua juga akan menerima maklumat lanjut00:17:46
00:17:46
tentang cara untuk menerapkan arahan ini.00:17:49
00:17:49
Semoga Yehuwa memberkati usaha kita 00:17:53
00:17:53
untuk mengikut aturan yang mencerminkan kasih00:17:57
00:17:57
dan belas kasihan-Nya.00:18:00
00:18:00
Sebelum program ini tamat,00:18:01
00:18:01
Badan Pimpinan mahu saya membacakan pengumuman yang berikut:00:18:06
00:18:07
“Badan Pimpinan memutuskan00:18:09
00:18:09
bahawa saudari boleh memakai seluar slek00:18:12
00:18:12
semasa mereka keluar menginjil00:18:15
00:18:15
dan semasa menghadiri perjumpaan,00:18:17
00:18:17
perhimpunan, dan konvensyen.00:18:20
00:18:20
Jika seorang saudari memilih untuk memakai seluar slek,00:18:24
00:18:24
dia harus memastikan seluarnya kemas, sopan, dan sesuai.00:18:30
00:18:31
Saudari yang ada tugasan di pentas00:18:34
00:18:34
patut memakai skirt atau dress,00:18:37
00:18:37
menurut apa yang sesuai di negaranya.00:18:40
00:18:40
Sudah tentu, saudari boleh memilih untuk memakai skirt atau dress00:18:45
00:18:45
bahkan semasa mereka tiada tugasan.00:18:48
00:18:48
Selain itu, saudara boleh memilih00:18:51
00:18:51
untuk tidak memakai tali leher atau kot00:18:54
00:18:54
semasa menginjil,00:18:56
00:18:56
dan semasa menghadiri perjumpaan,00:18:58
00:18:58
perhimpunan, dan konvensyen.00:19:01
00:19:01
Saudara yang memilih untuk tidak memakai tali leher00:19:04
00:19:04
atau kot pada masa ini00:19:06
00:19:06
harus memastikan agar pakaiannya sesuai, 00:19:10
00:19:10
kemas, sopan, dan tidak selekeh.00:19:15
00:19:15
Saudara yang ada tugasan di pentas00:19:17
00:19:17
patut memakai tali leher dan kot,00:19:20
00:19:20
jika itu sesuai dengan standard di negaranya.00:19:23
00:19:23
Sudah tentu, mereka boleh memakai tali leher atau kot00:19:27
00:19:27
walaupun mereka tidak ada tugasan.00:19:31
00:19:31
Semasa melawat Bethel, saudara patut memakai tali leher dan kot,00:19:37
00:19:37
dan saudari skirt atau dress,00:19:40
00:19:40
jika itu sesuai dengan standard di negara mereka.”00:19:44
00:19:45
Kami sangat mengasihi anda semua!00:19:49
00:19:49
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:19:52
00:19:52
inilah Siaran JW.00:19:54
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #2
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #2
Selamat datang!
Apakah perasaan anda selepas dengar mesyuarat tahunan yang lalu?
Masih ingat ceramah bahawa Yehuwa ialah
“Hakim bagi seluruh bumi” yang berbelas kasihan?
Kita teruja kerana orang yang mati semasa Banjir pada zaman Nuh,
semasa Sodom dan Gomora dibinasakan,
dan orang yang mungkin bertaubat semasa kesengsaraan besar,
mungkin menerima belas kasihan Yehuwa.
Sejak mendengar ceramah itu, adakah anda sering berfikir
tentang belas kasihan Yehuwa?
Badan Pimpinan pun begitu.
Kita sudah mengkaji, membincang,
dan merenungkan apa yang dilakukan Yehuwa
semasa ada orang terjebak dalam dosa yang serius.
Kali ini, kita akan mengkaji
apa yang dicatatkan dalam Bible tentang Yehuwa.
Kemudian, kita akan bincang maklumat baru
tentang cara kita mengendalikan salah laku
yang berlaku dalam sidang.
2 Petrus 3:9 kata,
‘Yehuwa tidak ingin seorang pun dibinasakan,
tetapi ingin semua orang berpeluang untuk bertaubat.’
Apakah pengajarannya?
Kita belajar bahawa Yehuwa mahu orang bertaubat dan hidup.
Pemberontakan Adam dan Hawa menyebabkan semua manusia
menjadi hamba dosa dan kematian.
Apa yang Yehuwa buat?
Dia segera bertindak
supaya keturunan Adam dan Hawa berpeluang dibebaskan.
Dengan menyediakan tebusan,
Yehuwa menutupi dosa semua orang
yang menunjukkan iman dan bertaubat
agar mereka dapat hidup kekal.
Maka tidak hairanlah kita sering membaca dalam Bible,
Yehuwa menjemput orang yang berdosa untuk bertaubat.
Dia menggesa orang yang sudah meninggalkan ibadat sejati
untuk kembali.
Hal ini selaras dengan Roma 2:4 yang kata,
Perhatikan beberapa contoh
bagaimana Yehuwa cuba memimpin pendosa untuk bertaubat.
Kain membenci adiknya dan ingin membunuhnya,
tetapi Yehuwa bercakap kepada Kain dan cuba menasihatinya.
Semasa Daud berdosa, Yehuwa mengutus Nabi Natan
untuk memimpinnya agar bertaubat.
Bagaimana pula dengan bangsa Israel?
Yehuwa terus cuba membantu mereka
biarpun mereka nampaknya enggan bertaubat.
Di Yehezkiel 33:11, Yehuwa berseru kepada mereka,
Apakah pengajarannya?
Walaupun Yehuwa tidak paksa orang
untuk bertaubat daripada dosa,
Dia sangat berbelas kasihan
terhadap manusia yang tidak sempurna.
Dia sudah melakukan banyak perkara untuk menyediakan tebusan,
untuk mencapai hati pendosa,
dan untuk memimpin mereka agar bertaubat jika mereka sudi.
Tuhan yang kita sembah memang sangat berbelas kasihan!
Badan Pimpinan telah berdoa dan memikirkan cara
untuk meniru sifat Yehuwa dengan lebih baik
semasa menangani kes salah laku dalam sidang.
Hasilnya, kita memahami tiga ayat Bible dengan lebih jelas.
Mari lihat ayat pertama, 2 Timotius 2:24, 25.
Paulus kata,
Siapakah yang dimaksudkan oleh Paulus semasa dia kata,
“orang yang suka menentang”?
Nota pembelajaran dalam bahasa Inggeris bagi ayat ini menjelaskan,
Hari ini, orang sebegini merangkumi saudara saudari
yang enggan mempedulikan nasihat Bible
dan terlibat dalam salah laku yang serius.
Mereka memerlukan bantuan daripada para penatua.
Jadi, sebuah jawatankuasa penatua akan berjumpa dengan mereka.
Matlamat penatua ini bukan hanya untuk melihat
sama ada pendosa itu bertaubat atau tidak.
Mereka juga mengikut nasihat di 2 Timotius 2:24, 25.
Penatua mesti membetulkan
dan mengajar orang itu dengan lemah lembut.
Apa tujuannya?
Satu lagi nota pembelajaran bagi 2 Timotius 2:25 kata,
Jadi, para penatua ingin memimpin seorang pendosa untuk bertaubat.
Bagaimanakah pemahaman yang lebih jelas tentang dua ayat
yang kita bincang tadi mempengaruhi aturan kita sekarang?
Selama ini, jawatankuasa penatua hanya berjumpa
dengan pendosa satu kali.
Namun, Badan Pimpinan sudah putuskan
bahawa mereka boleh berjumpa dengannya lebih dari sekali.
Mengapa?
Di Wahyu 2:21, mengenai Izebel,
Yesus kata, “Aku memberi dia masa untuk bertaubat.”
Kami harap melalui usaha para penatua yang pengasih,
Yehuwa akan membantu orang Kristian yang sudah menyimpang itu
untuk insaf dan bertaubat.
Jika dia bertaubat, jawatankuasa akan terus menggembalanya
supaya dia dapat melepaskan diri dari perangkap Syaitan
dan meluruskan jalan hidupnya.
Aturan baharu ini selaras dengan apa yang pernah Yehuwa lakukan
untuk bantu Daud dan bangsa Israel untuk bertaubat.
Bagaimana jika penyiar terbaptis yang di bawah umur 18 tahun
terlibat dalam salah laku serius?
Dalam aturan selama ini,
penyiar tersebut bersama ibu bapa Kristiannya
akan berjumpa dengan jawatankuasa penatua.
Dalam aturan baru pula,
dua penatua akan jumpa penyiar itu dan ibu bapanya.
Para penatua akan tanya ibu bapa
apa yang sudah mereka lakukan
untuk bantu anak mereka bertaubat.
Jika anak itu bersikap baik dan sudi ikut nasihat ibu bapanya,
dua penatua itu mungkin memutuskan
bahawa tiada tindakan susulan diperlukan.
Sudah tentu dari masa ke masa,
penatua akan tanya ibu bapa
jika anak mereka sedang menerima bantuan.
Namun, bagaimana pula jika penyiar terbaptis di bawah umur
tetap mahu mengikut haluan yang salah?
Jika begitu, jawatankuasa penatua akan jumpa dia
dan ibu bapa Kristiannya.
Badan Pimpinan yakin
perubahan ini selaras dengan keinginan Yehuwa
untuk memimpin pendosa agar bertaubat.
Dia mahu mereka sedar
dan melepaskan diri daripada perangkap Syaitan.
Dia tidak ingin sesiapa pun dibinasakan
tapi Dia ingin semua orang berpeluang untuk bertaubat.
Mari kita bincang ayat kedua, iaitu 1 Korintus 5:13, yang kata,
Bible kata dengan jelas bahawa pendosa yang enggan bertaubat
harus disingkirkan daripada sidang.
Itulah akibat yang harus ditanggung oleh pendosa itu.
Mengapa?
Kerana walaupun para penatua sudah berulang kali
cuba membantunya untuk bertaubat,
dia menolak bantuan itu.
Biarpun penatua memberitahu seseorang
bahawa dia telah disingkirkan,
mereka masih mahu bantunya.
Jawatankuasa bukan hanya beritahunya apa yang perlu dia buat
untuk diterima kembali ke dalam sidang.
Apa lagi mereka buat?
Para penatua akan menjelaskan bahawa
mereka mahu berjumpa dengannya lagi beberapa bulan kemudian
untuk lihat jika dia sudah berubah hati.
Jika orang itu sudi jumpa penatua,
mereka akan menggalakkannya dengan penuh kasih
agar bertaubat dan kembali.
Bagaimana pula dengan mereka yang sudah lama disingkirkan?
Bagaimana kita bantu mereka?
Ada antara mereka yang bahkan tidak ingat
mengapa mereka disingkirkan.
Mereka mungkin sudah lama meninggalkan haluan yang berdosa.
Badan Pimpinan memutuskan agar para penatua melawat mereka,
berdoa bersama mereka,
dan menjemput mereka dengan penuh kasih untuk kembali ke sidang.
Jika seseorang telah meninggalkan sidang selama bertahun-tahun,
dia pasti sangat lemah secara rohani.
Oleh itu, jika orang itu sudi,
penatua boleh mengaturkan pembelajaran Bible untuknya
bahkan sebelum dia diterima kembali.
Sudah pasti, orang itu mesti berniat untuk kembali ke sidang,
dan pembelajaran Bible seperti ini mesti diaturkan oleh penatua.
Seperti Yehuwa yang berbelas kasihan
terhadap pendosa yang tidak sempurna,
Badan Pimpinan ingin memberitahu
seberapa banyak orang yang mungkin
bahawa mereka dialu-alukan untuk kembali ke sidang.
Jika anda telah disingkirkan dan sedang menonton program ini,
kami menggesa anda terimalah bantuan para penatua
agar anda dapat kembali ke sidang.
Jika anda tidak kenal mana-mana penatua di kawasan anda,
sila telefon atau lawat Dewan Perjumpaan tempatan
untuk mendapatkan bantuan rohani.
Yehuwa menantikan kepulangan anda.
Kami pun begitu.
Menurut perintah Bible yang tercatat di 1 Korintus 5:11,
apabila seseorang disingkirkan daripada sidang,
kita tidak lagi bergaul dengannya
dan bahkan tidak makan bersama dengannya.
Jelaslah, kita tidak berinteraksi dengan orang yang disingkirkan.
Namun, hal itu tidak bermaksud kita dilarang
menjemput orang yang disingkirkan untuk menghadiri perjumpaan.
Orang yang disingkirkan itu mungkin saudara-mara kita,
bekas pelajar Bible,
atau kawan rapat kita pada masa lalu.
Perubahan ini memang tepat pada masanya, bukan?
Kita sedang bersedia untuk menyambut Peringatan Kematian Yesus
yang akan berlangsung pada hari Ahad, 24 Mac.
Bagaimana jika seorang yang disingkirkan datang ke perjumpaan?
Selama ini, kita tidak akan bersapa
dengan orang yang telah disingkirkan.
Namun, Badan Pimpinan telah memutuskan bahawa
para penyiar boleh membuat keputusan berdasarkan hati nurani,
jika mereka mahu memberikan salam secara ringkas
untuk menyambut orang yang disingkirkan
yang datang ke perjumpaan.
Hai, gembira jumpa kamu.
Terima kasih.
Kita tidak akan berbual panjang atau bergaul dengan mereka.
Tetapi, janganlah kita langsung tidak menghiraukan mereka.
Mari lihat ayat yang ketiga, 2 Yohanes 9-11.
Sini kata,
Bukankah ayat ini terang-terang kata
kita tidak boleh mengucapkan salam
kepada orang yang disingkirkan daripada sidang?
Selepas mengkaji konteks ayat-ayat ini,
Badan Pimpinan menyimpulkan bahawa
orang yang dimaksudkan Yohanes ialah orang murtad
dan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan buruk.
Jadi, Yohanes suruh orang Kristian
jangan bersalam dengan orang sebegini
supaya mereka tidak terpengaruh.
Maka, jika orang yang disingkirkan ialah orang murtad
atau mempengaruhi orang untuk berkelakuan buruk,
para penatua tidak akan melawatnya.
Saudara saudari juga tidak akan bersapa dengannya
atau menjemputnya untuk menghadiri perjumpaan sidang.
Dalam program ini, kita belajar bahawa
Yehuwa ingin memimpin pendosa agar mereka bertaubat,
dan kita faham dengan lebih jelas tiga ayat Bible
tentang cara untuk melayan orang yang berbuat dosa.
Selaras dengan 2 Timotius 2:24, 25,
jawatankuasa penatua akan membetulkan
dan mengajar seorang pendosa dengan cara yang pengasih
agar memimpinnya untuk bertaubat.
Menurut 1 Korintus 5:13, seorang pendosa yang enggan bertaubat
mesti disingkirkan dari sidang.
Namun, jawatankuasa akan cuba bantunya sedar
bahawa dia perlu bertaubat dan kembali,
dan mereka akan melawatnya lagi dalam beberapa bulan.
Kita juga lebih memahami 2 Yohanes 9-11
yang merujuk hanya kepada golongan murtad
dan mereka yang mempengaruhi orang lain untuk berkelakuan buruk,
bukannya kepada semua orang yang telah disingkirkan.
Sejak Adam dan Hawa berdosa,
Yehuwa berusaha untuk menyelamatkan manusia yang bertaubat.
Yehuwa tidak tutup sebelah mata terhadap dosa
dan Dia tidak melindungi pendosa yang enggan bertaubat
daripada menanggung akibat buruknya.
Namun, Tuhan kita yang pengasih
mahu memberi peluang kepada pendosa
untuk berbaik semula dengan-Nya.
Dia tidak mahu sesiapa pun dibinasakan.
Jadi, Dia menggalakkan mereka untuk bertaubat.
Para penatua diberi penghormatan untuk bekerja bersama Yehuwa
dan memimpin pendosa agar mereka bertaubat.
Tidakkah kita semakin mengasihi Yehuwa
semasa merenungkan kasih-Nya,
kebaikan hati-Nya, dan belas kasihan-Nya?
Anda pasti gembira untuk tahu bahawa
maklumat dalam program ini akan diterbitkan
dalam satu siri rencana
dalam edisi pembelajaran majalah <i>Menara Pengawal.</i>
Para penatua juga akan menerima maklumat lanjut
tentang cara untuk menerapkan arahan ini.
Semoga Yehuwa memberkati usaha kita
untuk mengikut aturan yang mencerminkan kasih
dan belas kasihan-Nya.
Sebelum program ini tamat,
Badan Pimpinan mahu saya membacakan pengumuman yang berikut:
“Badan Pimpinan memutuskan
bahawa saudari boleh memakai seluar slek
semasa mereka keluar menginjil
dan semasa menghadiri perjumpaan,
perhimpunan, dan konvensyen.
Jika seorang saudari memilih untuk memakai seluar slek,
dia harus memastikan seluarnya kemas, sopan, dan sesuai.
Saudari yang ada tugasan di pentas
patut memakai skirt atau <i>dress,</i>
menurut apa yang sesuai di negaranya.
Sudah tentu, saudari boleh memilih untuk memakai skirt atau <i>dress</i>
bahkan semasa mereka tiada tugasan.
Selain itu, saudara boleh memilih
untuk tidak memakai tali leher atau kot
semasa menginjil,
dan semasa menghadiri perjumpaan,
perhimpunan, dan konvensyen.
Saudara yang memilih untuk tidak memakai tali leher
atau kot pada masa ini
harus memastikan agar pakaiannya sesuai,
kemas, sopan, dan tidak selekeh.
Saudara yang ada tugasan di pentas
patut memakai tali leher dan kot,
jika itu sesuai dengan standard di negaranya.
Sudah tentu, mereka boleh memakai tali leher atau kot
walaupun mereka tidak ada tugasan.
Semasa melawat Bethel, saudara patut memakai tali leher dan kot,
dan saudari skirt atau <i>dress,</i>
jika itu sesuai dengan standard di negara mereka.”
Kami sangat mengasihi anda semua!
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-