00:00:02
Selamat datang semua.00:00:03
00:00:03
Dalam laporan ini, kita akan bincang prinsip Bible00:00:07
00:00:07
untuk bantu kita dalam soal pakaian dan dandanan.00:00:11
00:00:11
Tapi sebelum itu, kami ingin kongsi00:00:14
00:00:14
kerja bantuan bencana yang dibuat baru-baru ini.00:00:18
00:00:18
Di Afrika tenggara, negara-negara seperti Malawi,00:00:23
00:00:23
Mozambique, dan Zimbabwe mengalami kemarau yang teruk.00:00:27
00:00:27
Menurut anggaran cawangan Zimbabwe, sekitar 13,500 penyiar00:00:33
00:00:33
memerlukan bantuan asas untuk terus hidup.00:00:36
00:00:36
Di Malawi pula, banjir telah merosakkan rumah beberapa saudara saudari.00:00:42
00:00:42
Bekalan makanan mereka turut hilang akibatnya.00:00:46
00:00:46
Pada hujung April, Saudara Gage Fleegle telah melawat Malawi00:00:50
00:00:50
dan Zimbabwe untuk menggalakkan rakan seiman kita.00:00:54
00:00:54
Badan Pimpinan telah menghantar sumbangan supaya00:00:58
00:00:58
mereka boleh mendapat bekalan makanan seperti jagung,00:01:02
00:01:02
kacang, ikan kering, dan minyak masak.00:01:07
00:01:08
Di Jepun, gempa bumi yang berskala 7.6 telah melanda pada Januari.00:01:14
00:01:14
Lebih daripada 600 rumah saudara saudari rosak, 8 telah musnah,00:01:20
00:01:20
dan 13 Dewan Perjumpaan turut rosak.00:01:23
00:01:23
Kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak kerajaan.00:01:27
00:01:27
Selain itu, cawangan mengaturkan kerja untuk membina00:01:31
00:01:31
dan membaiki rumah saudara saudari.00:01:34
00:01:34
Pada 3 April, gempa bumi paling dahsyat dalam lebih daripada 25 tahun00:01:40
00:01:40
telah melanda Taiwan, dan amaran tsunami dikeluarkan di Jepun dan Filipina.00:01:46
00:01:46
Kami sangat lega tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban,00:01:50
00:01:50
dan rumah mereka hanya mengalami kerosakan kecil.00:01:54
00:01:54
Dua puluh Dewan Perjumpaan, termasuk pejabat penterjemahan00:01:58
00:01:58
bahasa Amis juga mengalami kerosakan dan sedang dibaiki sekarang.00:02:04
00:02:04
Walaupun dilanda pelbagai kesusahan, saudara saudari kita00:02:08
00:02:08
telah merelakan diri untuk membantu dalam kerja bantuan bencana.00:02:13
00:02:13
Kami juga ingin ucapkan terima kasih atas doa-doa yang anda00:02:18
00:02:18
ucapkan dan sumbangan yang anda berikan.00:02:21
00:02:21
Tidak lama lagi satu video gempar akan keluar dalam00:02:25
00:02:25
bahagian Video atas Permintaan.00:02:28
00:02:28
Video itu adalah tentang penemuan manuskrip yang00:02:32
00:02:32
disangka telah hilang. Manuskrip ini ialah terjemahan00:02:36
00:02:36
bahasa Inggeris Kitab Yunani Kristian yang menggunakan00:02:39
00:02:39
nama Yehuwa sekitar 200 kali. Video ini bertajuk,00:02:44
00:02:44
Penemuan Manuskrip Terjemahan Bible yang Penting.00:02:47
00:02:47
Nikmatilah previunya.00:02:49
00:02:50
Pada abad ke-18, ahli politik dan pemimpin gereja sering00:02:54
00:02:54
bertengkar tentang isu penterjemahan.00:02:57
00:02:57
Pada zaman itu, orang tidak boleh meluahkan pendapat sesuka hati.00:03:03
00:03:05
Usaha dia untuk cari kebenaran ditentang oleh orang berkuasa.00:03:10
00:03:11
Jika kamu percaya Bible ialah buku yang suci,00:03:15
00:03:15
kamu pasti tidak akan gembira jika ada kesalahan dalam terjemahannya.00:03:20
00:03:21
Kami bukan mahu buat andaian saja,00:03:24
00:03:24
tapi kami mahu buat penyelidikan dan dapatkan jawapannya.00:03:28
00:03:28
Terjemahan ini dilakukan oleh para cendekiawan yang00:03:32
00:03:32
tahu bahasa Ibrani dan Yunani.00:03:35
00:03:35
Selama ini, kami fikir terjemahan ini sudah lenyap.00:03:40
00:03:41
Ini sangat mengagumkan, dan lebih banyak orang harus mengetahuinya.00:03:46
00:03:48
Kami yakin anda akan menikmati video penuh00:03:52
00:03:52
yang mengisahkan penemuan penting ini.00:03:55
00:03:56
Baru-baru ini, kita dengar pengumuman tentang pakaian dan dandanan.00:04:01
00:04:01
Kita bincang tentang janggut, pemakaian seluar slek,00:04:05
00:04:05
dan kot serta tali leher.00:04:08
00:04:08
Kita bersyukur Yehuwa mempercayai kita untuk buat pilihan yang bijak.00:04:13
00:04:13
Tapi ada yang tertanya-tanya,00:04:16
00:04:16
“Adakah penyesuaian ini bermaksud kita sedang00:04:19
00:04:19
merendahkan standard pemakaian kita?”00:04:23
00:04:23
Jawapannya, tidak.00:04:25
00:04:25
Kita sedar kita perlu tunjukkan hormat yang mendalam kepada Yehuwa.00:04:29
00:04:29
Perubahan ini tidak bermaksud kita kurang mementingkan ibadat kita.00:04:35
00:04:35
Sebaliknya, ini menunjukkan kita sedar zaman telah berubah,00:04:41
00:04:41
dan pakaian yang dianggap formal atau sesuai untuk00:04:44
00:04:44
acara tertentu juga telah berubah.00:04:47
00:04:47
Adakah anda masih ingat gambar yang ditunjukkan dalam00:04:50
00:04:50
Berita Terkini Badan Pimpinan #8 tahun lalu?00:04:55
00:04:55
Memang tidak munasabah untuk pakai seperti orang pada zaman Bible00:05:00
00:05:00
atau orang yang hidup 100 tahun yang lalu.00:05:03
00:05:03
Gaya berubah dengan peredaran masa.00:05:07
00:05:07
Apa yang dianggap formal dan sopan juga berubah00:05:11
00:05:11
seraya masa berlalu.00:05:13
00:05:13
Perubahan yang dibuat menunjukkan kita mengakui kenyataan ini.00:05:18
00:05:19
Satu lagi soalan yang mungkin anda fikirkan ialah,00:05:23
00:05:23
“Meskipun terdapat perubahan ini, bagaimanakah kita00:05:26
00:05:26
dapat terus memastikan kita memuliakan Yehuwa00:05:30
00:05:30
dan ibadat kita kepada-Nya?”00:05:32
00:05:32
Memandangkan ada banyak stail yang berbeza,00:05:35
00:05:35
kita perlu pertimbangkan prinsip Bible yang sesuai.00:05:39
00:05:39
Perhatikan tiga prinsip ini.00:05:41
00:05:42
Anda pun tahu prinsip-prinsip ini, dan kami yakin anda00:05:47
00:05:47
mengasihi Yehuwa dan standard-Nya.00:05:50
00:05:50
Mari kita lihat bagaimana ayat-ayat ini dapat bantu kita00:05:54
00:05:54
buat pilihan yang bijak.00:05:57
00:05:57
Ayat pertama ialah 1 Timotius 2:9, 10.00:06:01
00:06:23
Daripada ayat itu, apakah prinsip yang membimbing pilihan kita?00:06:28
00:06:28
Orang di dunia mungkin memilih pakaian yang mereka rasa paling selesa.00:06:33
00:06:33
Tapi kita buat pilihan yang menunjukkan kita orang yang00:06:37
00:06:37
“mengaku diri sebagai penyembah Tuhan.”00:06:40
00:06:40
Sebagai orang Kristian, kita mahu pakaian dan00:06:44
00:06:44
dandanan kita memuliakan Yehuwa.00:06:46
00:06:46
Jadi, kita pilih gaya yang sopan, sederhana,00:06:50
00:06:50
dan menunjukkan fikiran yang sihat, terutamanya semasa00:06:53
00:06:53
pergi ke Dewan Perjumpaan atau menginjil.00:06:57
00:06:57
Untuk memahami ungkapan dalam ayat ini,00:07:00
00:07:00
mari kita lihat nota pembelajaran dalam bahasa Inggeris.00:07:04
00:07:04
Untuk istilah “sopan,” nota pembelajaran beri penjelasan ini:00:07:09
00:07:24
Kalau pakaian kita sangat ketat atau menjolok mata,00:07:28
00:07:28
adakah itu baik, sesuai, dan bermartabat?00:07:32
00:07:32
Adakah itu sesuai untuk pakai semasa beribadat?00:07:36
00:07:36
Pasti anda setuju itu tidak sesuai.00:07:39
00:07:39
Jadi kita mesti fikir baik-baik apa yang kita akan pakai,00:07:44
00:07:44
terutamanya semasa melakukan hal rohani.00:07:47
00:07:47
Jika pakaian kita selekeh atau terlalu kasual,00:07:51
00:07:51
adakah itu sesuai untuk pakai semasa perjumpaan atau menginjil?00:07:56
00:07:56
Sudah pasti tidak, bukan?00:07:59
00:07:59
Tapi pasti anda setuju, pakaian yang sesuai juga00:08:03
00:08:03
bergantung pada aktiviti yang kita buat.00:08:06
00:08:06
Contohnya, ada baju yang sesuai untuk pergi ke pantai atau piknik,00:08:11
00:08:11
dan ada yang lebih sesuai untuk hadir majlis perkahwinan.00:08:15
00:08:15
Ada juga pakaian yang sesuai untuk waktu kita pergi00:08:19
00:08:19
perjumpaan atau buat kerja penyebaran.00:08:22
00:08:22
Pengajarannya?00:08:24
00:08:25
Kita sedar gaya berubah mengikut zaman.00:08:28
00:08:28
Tapi, kita masih perlu buat pertimbangan yang baik agar00:08:31
00:08:31
pakaian kita sesuai dengan aktiviti yang kita lakukan.00:08:36
00:08:36
Itulah yang kita semua mahu ingat.00:08:38
00:08:40
Sekarang, bagaimana pula dengan istilah berpakaian00:08:44
00:08:44
“dengan sederhana”?00:08:46
00:08:46
Nota pembelajaran kata:00:08:48
00:09:08
Maka, semasa membuat pilihan, kita akan fikir tentang00:09:12
00:09:12
perasaan saudara saudari dan orang lain.00:09:16
00:09:16
Kalau pakaian kita pelik atau ekstrem,00:09:19
00:09:19
sudah pasti kita tidak menunjukkan sikap sederhana.00:09:24
00:09:24
Kita tidak mahu terlalu menarik perhatian kepada diri sendiri00:09:27
00:09:27
atau buat orang tersimpang kerana cara pemakaian kita.00:09:32
00:09:32
Kita mahu halakan semua perhatian kepada Yehuwa00:09:35
00:09:35
dan mesej Kerajaan Tuhan.00:09:38
00:09:39
Untuk istilah “fikiran yang sihat,” nota pembelajaran00:09:42
00:09:42
memberikan penjelasan ini. Sini kata,00:09:46
00:09:51
Sikap ini bantu kita elakkan pakaian dan dandanan yang tidak kemas.00:09:57
00:09:57
Bayangkan anda dijemput untuk hadir majlis bersama pegawai kerajaan.00:10:02
00:10:02
Apa anda akan pakai?00:10:04
00:10:04
Adakah anda akan pakai baju tidur atau baju pergi pantai?00:10:08
00:10:08
Pasti tidak!00:10:09
00:10:09
Anda pasti pilih pakaian yang akan tunjuk hormat00:10:13
00:10:13
kepada acara itu dan orang di sana.00:10:16
00:10:16
Lebih-lebih lagi, kita mahu berpakaian sesuai semasa00:10:20
00:10:20
beribadat atau menginjil.00:10:23
00:10:25
Prinsip kedua yang akan kita kaji ada di 2 Korintus 6:3, 4.00:10:31
00:10:44
Kita patut fikir bagaimana pakaian kita mempengaruhi00:10:48
00:10:48
pandangan orang terhadap kerja penyebaran dan ibadat kita.00:10:52
00:10:52
Ini penting kerana orang mungkin ada tanggapan yang00:10:55
00:10:55
baik atau buruk terhadap kebenaran berdasarkan penampilan kita.00:11:00
00:11:00
Tanyalah diri, “Adakah orang di kawasan saya00:11:04
00:11:04
akan anggap saya sebagai ‘hamba Tuhan’ jika saya00:11:07
00:11:07
berpakaian atau berdandan dalam cara ini?00:11:10
00:11:10
Dapatkah mereka ‘lihat perbezaan’ antara umat Tuhan Yehuwa00:11:14
00:11:14
dengan orang yang tidak sembah Tuhan?”00:11:17
00:11:18
Untuk prinsip ketiga, sila lihat 1 Yohanes 2:15-17.00:11:25
00:11:55
Sini mengingatkan kita bahawa pakaian kita tidak patut00:11:59
00:11:59
mencerminkan sikap cinta akan dunia.00:12:02
00:12:02
Gaya sering berubah, dan ada beberapa gaya yang lebih00:12:06
00:12:06
diterima orang berbanding yang lain.00:12:09
00:12:09
Majalah kita sering menyatakan, ‘janganlah terburu-buru00:12:12
00:12:12
untuk ikut stail baru atau jadi orang terakhir untuk tinggalkan gaya lama.’00:12:18
00:12:18
Tapi ada sesetengah gaya yang kita pasti tidak mahu ikut.00:12:22
00:12:22
Contohnya, pakaian yang tidak sopan, menjolok mata,00:12:26
00:12:26
tidak kemas, atau selekeh.00:12:29
00:12:29
Selain memikirkan gaya pakaian itu, kita juga mahu perhatikan00:12:34
00:12:34
sama ada baju itu terlalu ketat atau longgar bagi kita.00:12:38
00:12:38
Kita mahu pakaian kita sopan dan menunjukkan hormat00:12:42
00:12:42
kepada Yehuwa dan standard-Nya.00:12:44
00:12:45
Kita sudah bincang tiga prinsip yang dapat bantu kita buat00:12:49
00:12:49
keputusan yang bijak dalam soal pakaian.00:12:52
00:12:52
Prinsip yang sama juga dapat diterapkan dalam pilihan dandanan,00:12:57
00:12:57
contohnya gaya rambut atau tentang menyimpan janggut.00:13:00
00:13:00
Adakah gaya atau panjang rambut kita sesuai?00:13:04
00:13:04
Prinsip ini juga boleh bantu para saudara untuk 00:13:07
00:13:07
memastikan janggut mereka kemas dan rapi.00:13:11
00:13:11
Kita bersyukur Yehuwa memberi kita prinsip-prinsip ini dalam Firman-Nya.00:13:17
00:13:17
Ini peringatan yang baik dan sesuai dengan perubahan baru-baru ini.00:13:22
00:13:22
Selepas dengar peringatan ini, kita boleh berdoa kepada Yehuwa00:13:26
00:13:26
supaya kita dapat lihat sama ada terdapat perubahan00:13:30
00:13:30
yang kita perlu buat.00:13:32
00:13:32
Tanyalah pendapat seorang Kristian yang matang tentang00:13:36
00:13:36
pakaian anda, dan ketua keluarga boleh bantu isteri dan anak-anak00:13:40
00:13:40
menerapkan prinsip-prinsip Bible ini.00:13:44
00:13:44
Saudara saudari sekalian, kami sangat sayang dan00:13:48
00:13:48
hormat anda semua.00:13:50
00:13:50
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:13:53
00:13:53
inilah Siaran JW.00:13:56
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #3
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #3
Selamat datang semua.
Dalam laporan ini, kita akan bincang prinsip Bible
untuk bantu kita dalam soal pakaian dan dandanan.
Tapi sebelum itu, kami ingin kongsi
kerja bantuan bencana yang dibuat baru-baru ini.
Di Afrika tenggara, negara-negara seperti Malawi,
Mozambique, dan Zimbabwe mengalami kemarau yang teruk.
Menurut anggaran cawangan Zimbabwe, sekitar 13,500 penyiar
memerlukan bantuan asas untuk terus hidup.
Di Malawi pula, banjir telah merosakkan rumah beberapa saudara saudari.
Bekalan makanan mereka turut hilang akibatnya.
Pada hujung April, Saudara Gage Fleegle telah melawat Malawi
dan Zimbabwe untuk menggalakkan rakan seiman kita.
Badan Pimpinan telah menghantar sumbangan supaya
mereka boleh mendapat bekalan makanan seperti jagung,
kacang, ikan kering, dan minyak masak.
Di Jepun, gempa bumi yang berskala 7.6 telah melanda pada Januari.
Lebih daripada 600 rumah saudara saudari rosak, 8 telah musnah,
dan 13 Dewan Perjumpaan turut rosak.
Kerja-kerja pembaikan telah dibuat oleh pihak kerajaan.
Selain itu, cawangan mengaturkan kerja untuk membina
dan membaiki rumah saudara saudari.
Pada 3 April, gempa bumi paling dahsyat dalam lebih daripada 25 tahun
telah melanda Taiwan, dan amaran tsunami dikeluarkan di Jepun dan Filipina.
Kami sangat lega tiada saudara saudari yang cedera atau terkorban,
dan rumah mereka hanya mengalami kerosakan kecil.
Dua puluh Dewan Perjumpaan, termasuk pejabat penterjemahan
bahasa Amis juga mengalami kerosakan dan sedang dibaiki sekarang.
Walaupun dilanda pelbagai kesusahan, saudara saudari kita
telah merelakan diri untuk membantu dalam kerja bantuan bencana.
Kami juga ingin ucapkan terima kasih atas doa-doa yang anda
ucapkan dan sumbangan yang anda berikan.
Tidak lama lagi satu video gempar akan keluar dalam
bahagian Video atas Permintaan.
Video itu adalah tentang penemuan manuskrip yang
disangka telah hilang. Manuskrip ini ialah terjemahan
bahasa Inggeris Kitab Yunani Kristian yang menggunakan
nama Yehuwa sekitar 200 kali. Video ini bertajuk,
Penemuan Manuskrip Terjemahan Bible yang Penting.
Nikmatilah previunya.
Pada abad ke-18, ahli politik dan pemimpin gereja sering
bertengkar tentang isu penterjemahan.
Pada zaman itu, orang tidak boleh meluahkan pendapat sesuka hati.
Usaha dia untuk cari kebenaran ditentang oleh orang berkuasa.
Jika kamu percaya Bible ialah buku yang suci,
kamu pasti tidak akan gembira jika ada kesalahan dalam terjemahannya.
Kami bukan mahu buat andaian saja,
tapi kami mahu buat penyelidikan dan dapatkan jawapannya.
Terjemahan ini dilakukan oleh para cendekiawan yang
tahu bahasa Ibrani dan Yunani.
Selama ini, kami fikir terjemahan ini sudah lenyap.
Ini sangat mengagumkan, dan lebih banyak orang harus mengetahuinya.
Kami yakin anda akan menikmati video penuh
yang mengisahkan penemuan penting ini.
Baru-baru ini, kita dengar pengumuman tentang pakaian dan dandanan.
Kita bincang tentang janggut, pemakaian seluar slek,
dan kot serta tali leher.
Kita bersyukur Yehuwa mempercayai kita untuk buat pilihan yang bijak.
Tapi ada yang tertanya-tanya,
“Adakah penyesuaian ini bermaksud kita sedang
merendahkan standard pemakaian kita?”
Jawapannya, tidak.
Kita sedar kita perlu tunjukkan hormat yang mendalam kepada Yehuwa.
Perubahan ini tidak bermaksud kita kurang mementingkan ibadat kita.
Sebaliknya, ini menunjukkan kita sedar zaman telah berubah,
dan pakaian yang dianggap formal atau sesuai untuk
acara tertentu juga telah berubah.
Adakah anda masih ingat gambar yang ditunjukkan dalam
Berita Terkini Badan Pimpinan #8 tahun lalu?
Memang tidak munasabah untuk pakai seperti orang pada zaman Bible
atau orang yang hidup 100 tahun yang lalu.
Gaya berubah dengan peredaran masa.
Apa yang dianggap formal dan sopan juga berubah
seraya masa berlalu.
Perubahan yang dibuat menunjukkan kita mengakui kenyataan ini.
Satu lagi soalan yang mungkin anda fikirkan ialah,
“Meskipun terdapat perubahan ini, bagaimanakah kita
dapat terus memastikan kita memuliakan Yehuwa
dan ibadat kita kepada-Nya?”
Memandangkan ada banyak stail yang berbeza,
kita perlu pertimbangkan prinsip Bible yang sesuai.
Perhatikan tiga prinsip ini.
Anda pun tahu prinsip-prinsip ini, dan kami yakin anda
mengasihi Yehuwa dan standard-Nya.
Mari kita lihat bagaimana ayat-ayat ini dapat bantu kita
buat pilihan yang bijak.
Ayat pertama ialah 1 Timotius 2:9, 10.
Daripada ayat itu, apakah prinsip yang membimbing pilihan kita?
Orang di dunia mungkin memilih pakaian yang mereka rasa paling selesa.
Tapi kita buat pilihan yang menunjukkan kita orang yang
“mengaku diri sebagai penyembah Tuhan.”
Sebagai orang Kristian, kita mahu pakaian dan
dandanan kita memuliakan Yehuwa.
Jadi, kita pilih gaya yang sopan, sederhana,
dan menunjukkan fikiran yang sihat, terutamanya semasa
pergi ke Dewan Perjumpaan atau menginjil.
Untuk memahami ungkapan dalam ayat ini,
mari kita lihat nota pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Untuk istilah “sopan,” nota pembelajaran beri penjelasan ini:
Kalau pakaian kita sangat ketat atau menjolok mata,
adakah itu baik, sesuai, dan bermartabat?
Adakah itu sesuai untuk pakai semasa beribadat?
Pasti anda setuju itu tidak sesuai.
Jadi kita mesti fikir baik-baik apa yang kita akan pakai,
terutamanya semasa melakukan hal rohani.
Jika pakaian kita selekeh atau terlalu kasual,
adakah itu sesuai untuk pakai semasa perjumpaan atau menginjil?
Sudah pasti tidak, bukan?
Tapi pasti anda setuju, pakaian yang sesuai juga
bergantung pada aktiviti yang kita buat.
Contohnya, ada baju yang sesuai untuk pergi ke pantai atau piknik,
dan ada yang lebih sesuai untuk hadir majlis perkahwinan.
Ada juga pakaian yang sesuai untuk waktu kita pergi
perjumpaan atau buat kerja penyebaran.
Pengajarannya?
Kita sedar gaya berubah mengikut zaman.
Tapi, kita masih perlu buat pertimbangan yang baik agar
pakaian kita sesuai dengan aktiviti yang kita lakukan.
Itulah yang kita semua mahu ingat.
Sekarang, bagaimana pula dengan istilah berpakaian
“dengan sederhana”?
Nota pembelajaran kata:
Maka, semasa membuat pilihan, kita akan fikir tentang
perasaan saudara saudari dan orang lain.
Kalau pakaian kita pelik atau ekstrem,
sudah pasti kita tidak menunjukkan sikap sederhana.
Kita tidak mahu terlalu menarik perhatian kepada diri sendiri
atau buat orang tersimpang kerana cara pemakaian kita.
Kita mahu halakan semua perhatian kepada Yehuwa
dan mesej Kerajaan Tuhan.
Untuk istilah “fikiran yang sihat,” nota pembelajaran
memberikan penjelasan ini. Sini kata,
Sikap ini bantu kita elakkan pakaian dan dandanan yang tidak kemas.
Bayangkan anda dijemput untuk hadir majlis bersama pegawai kerajaan.
Apa anda akan pakai?
Adakah anda akan pakai baju tidur atau baju pergi pantai?
Pasti tidak!
Anda pasti pilih pakaian yang akan tunjuk hormat
kepada acara itu dan orang di sana.
Lebih-lebih lagi, kita mahu berpakaian sesuai semasa
beribadat atau menginjil.
Prinsip kedua yang akan kita kaji ada di 2 Korintus 6:3, 4.
Kita patut fikir bagaimana pakaian kita mempengaruhi
pandangan orang terhadap kerja penyebaran dan ibadat kita.
Ini penting kerana orang mungkin ada tanggapan yang
baik atau buruk terhadap kebenaran berdasarkan penampilan kita.
Tanyalah diri, “Adakah orang di kawasan saya
akan anggap saya sebagai ‘hamba Tuhan’ jika saya
berpakaian atau berdandan dalam cara ini?
Dapatkah mereka ‘lihat perbezaan’ antara umat Tuhan Yehuwa
dengan orang yang tidak sembah Tuhan?”
Untuk prinsip ketiga, sila lihat 1 Yohanes 2:15-17.
Sini mengingatkan kita bahawa pakaian kita tidak patut
mencerminkan sikap cinta akan dunia.
Gaya sering berubah, dan ada beberapa gaya yang lebih
diterima orang berbanding yang lain.
Majalah kita sering menyatakan, ‘janganlah terburu-buru
untuk ikut stail baru atau jadi orang terakhir untuk tinggalkan gaya lama.’
Tapi ada sesetengah gaya yang kita pasti tidak mahu ikut.
Contohnya, pakaian yang tidak sopan, menjolok mata,
tidak kemas, atau selekeh.
Selain memikirkan gaya pakaian itu, kita juga mahu perhatikan
sama ada baju itu terlalu ketat atau longgar bagi kita.
Kita mahu pakaian kita sopan dan menunjukkan hormat
kepada Yehuwa dan standard-Nya.
Kita sudah bincang tiga prinsip yang dapat bantu kita buat
keputusan yang bijak dalam soal pakaian.
Prinsip yang sama juga dapat diterapkan dalam pilihan dandanan,
contohnya gaya rambut atau tentang menyimpan janggut.
Adakah gaya atau panjang rambut kita sesuai?
Prinsip ini juga boleh bantu para saudara untuk
memastikan janggut mereka kemas dan rapi.
Kita bersyukur Yehuwa memberi kita prinsip-prinsip ini dalam Firman-Nya.
Ini peringatan yang baik dan sesuai dengan perubahan baru-baru ini.
Selepas dengar peringatan ini, kita boleh berdoa kepada Yehuwa
supaya kita dapat lihat sama ada terdapat perubahan
yang kita perlu buat.
Tanyalah pendapat seorang Kristian yang matang tentang
pakaian anda, dan ketua keluarga boleh bantu isteri dan anak-anak
menerapkan prinsip-prinsip Bible ini.
Saudara saudari sekalian, kami sangat sayang dan
hormat anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-