00:00:01
Selamat datang.00:00:03
00:00:03
Dalam video ini,00:00:05
00:00:05
kita akan lihat keadaan saudara saudari kita yang dipenjarakan00:00:09
00:00:09
di serata dunia kerana iman mereka.00:00:12
00:00:12
Tapi sebelum itu,00:00:14
00:00:14
mari kita lihat laporan tentang konvensyen tahun ini.00:00:19
00:00:20
Di beberapa negara, konvensyen serantau00:00:24
00:00:24
‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ sudah pun bermula.00:00:28
00:00:28
Programnya sungguh menggalakkan!00:00:31
00:00:31
Dengarlah komen daripada beberapa saudara saudari.00:00:35
00:00:37
Ramai saudara saudari buat pengorbanan yang besar00:00:40
00:00:40
untuk sokong konvensyen ini.00:00:42
00:00:42
Saya perlu minta cuti dari majikan saya.00:00:44
00:00:44
Kami juga minta cuti untuk anak kami.00:00:47
00:00:47
Kami bangun sangat awal.00:00:49
00:00:49
Usaha yang kita curahkan sangat berbaloi.00:00:52
00:00:52
Berkat yang kita dapat tiada tandingnya.00:00:55
00:00:55
Kita dapat jumpa saudara saudari yang kita jarang jumpa.00:00:58
00:00:58
Kamu dapat jumpa saudara saudari dan peluk mereka.00:01:03
00:01:03
Saya suka itu.00:01:04
00:01:04
Hanya di sini kita boleh peluk saudara saudari.00:01:06
00:01:06
Memang sangat berbeza bila tengok di rumah00:01:09
00:01:09
dan hadir secara bersemuka.00:01:12
00:01:12
Konvensyen bersemuka lebih seronok.00:01:15
00:01:15
Saya suka dengar semua orang bernyanyi.00:01:17
00:01:17
Semua orang sangat bersemangat semasa kita bernyanyi bersama.00:01:21
00:01:21
Kami digalakkan dan hati kami berkobar-kobar.00:01:25
00:01:25
Sangat gembira dapat tonton episod pertama drama tentang Yesus.00:01:30
00:01:30
Saya dapat bayangkan adegan drama semasa membaca Bible00:01:35
00:01:35
dan lebih memahaminya.00:01:36
00:01:36
Dulu bila baca kisah Bible ini, saya rasa biasa saja.00:01:40
00:01:40
Tapi selepas tengok drama hari ini, hati saya tersentuh00:01:44
00:01:44
sehingga menitiskan air mata.00:01:46
00:01:46
Rasanya seperti saya dalam kisah Bible.00:01:49
00:01:49
Makanan rohani yang berlimpah ini00:01:52
00:01:52
bantu kita mendekati Yehuwa dan kuatkan iman kita.00:01:55
00:01:55
Kalau boleh, saya mahu hadir konvensyen ini tiga atau empat kali.00:02:00
00:02:00
Bagi saya, tiada tempat yang lebih baik daripada00:02:03
00:02:03
bersama umat Yehuwa.00:02:05
00:02:05
Kita sebahagian daripada keluarga rohani yang besar dan indah.00:02:10
00:02:10
Kami gembira boleh bersama saudara saudari.00:02:12
00:02:12
Janganlah lepaskan peluang ini.00:02:15
00:02:15
Kami menggalakkan anda untuk menghadiri konvensyen00:02:19
00:02:19
secara bersemuka,00:02:22
00:02:22
kerana dengan itu, anda dapat meraih manfaat00:02:27
00:02:27
yang terbesar daripada program00:02:30
00:02:30
dan menerima galakan semasa bergaul dengan kawan-kawan,00:02:35
00:02:35
termasuk mereka yang sudah lama anda tidak jumpa.00:02:39
00:02:39
Sudah tentu kami memahami juga,00:02:42
00:02:42
ada antara anda yang sudah tua atau ada masalah kesihatan00:02:47
00:02:47
dan harus menonton program menerusi strim.00:02:51
00:02:51
Tahun ini, 15 konvensyen istimewa juga akan diadakan di serata dunia.00:03:00
00:03:00
Konvensyen pertama telah pun diadakan00:03:03
00:03:03
di pulau Guadeloupe pada 7-9 Jun.00:03:07
00:03:07
Saudara Jeff Winder dan Clive Martin telah mengunjungi00:03:12
00:03:12
konvensyen itu dan menyampaikan ceramah di sana.00:03:15
00:03:15
Saudara saudari dari 11 negara telah dijemput dan00:03:20
00:03:20
jumlah hadirin tertinggi adalah sebanyak 8,602 orang.00:03:26
00:03:26
Pada hari Sabtu, 74 orang dibaptis.00:03:30
00:03:30
Kita bersukacita melihat kasih00:03:33
00:03:33
dan perpaduan persaudaraan antarabangsa kita.00:03:38
00:03:38
Sekarang, kita akan bertumpu kepada keadaan saudara saudari kita00:03:44
00:03:44
yang dipenjarakan kerana iman mereka.00:03:48
00:03:48
Dengan itu, kita dapat terapkan nasihat di Ibrani 13:300:03:56
00:03:56
yang berkata,00:03:58
00:04:14
Setakat 17 Jun,00:04:17
00:04:17
lebih daripada 199 rakan seiman kita dipenjarakan00:04:22
00:04:22
kerana iman mereka.00:04:24
00:04:24
Daripada jumlah itu,00:04:25
00:04:25
sembilan orang dipenjarakan di Crimea, 39 di Eritrea,00:04:32
00:04:32
lapan di Singapura, dan lebih daripada 17 di negara lain.00:04:37
00:04:37
Tetapi, jumlah tertinggi saudara saudari yang dipenjarakan ialah00:04:42
00:04:42
di Rusia, iaitu sebanyak 126 orang.00:04:47
00:04:47
Di Korea Selatan,00:04:50
00:04:50
para saudara tidak perlu dipenjarakan kerana00:04:54
00:04:54
menolak khidmat tentera.00:04:57
00:04:57
Tapi, khidmat alternatif yang ditawarkan pun sangat berat.00:05:02
00:05:02
Mereka harus tinggal dan kerja di penjara selama tiga tahun.00:05:08
00:05:08
Itu sangat susah.00:05:11
00:05:12
Baru-baru ini,00:05:14
00:05:14
Saudara Mark Sanderson telah melawat dua kumpulan00:05:17
00:05:17
saudara yang sedang melakukan khidmat alternatif di penjara.00:05:22
00:05:22
Kita berharap situasi mereka akan menjadi lebih baik,00:05:28
00:05:28
dan kita terus berdoa untuk mereka dan keluarga mereka.00:05:34
00:05:34
Kadangkala, kita ingat hanya para saudara saja yang dipenjarakan.00:05:41
00:05:41
Tapi sebenarnya, ada 12 saudari di Eritrea yang dipenjarakan00:05:47
00:05:47
kerana iman mereka.00:05:50
00:05:50
Dan di Rusia pula ada lapan orang saudari yang sedang00:05:54
00:05:54
menjalankan hukuman penjara.00:05:57
00:05:57
Para saudari kita amat memerlukan doa-doa kita.00:06:03
00:06:03
Ramai saudara saudari juga harus menanggung00:06:07
00:06:07
tempoh pemenjaraan yang lama,00:06:09
00:06:09
dan bahkan dilayan dengan buruk juga.00:06:13
00:06:13
Salah seorangnya ialah Saudara Rinat Kiramov di Rusia.00:06:18
00:06:18
Pada April 2024, beberapa banduan memaksa saudara kita untuk00:06:24
00:06:24
mendedahkan nama rakan seimannya.00:06:26
00:06:26
Tapi saudara kita enggan melakukannya.00:06:29
00:06:29
Jadi, dia dipukul00:06:31
00:06:31
dan bahkan diseksa dengan menggunakan senjata renjat00:06:34
00:06:34
selama empat hari.00:06:36
00:06:36
Kita terus berdoa untuk Saudara Kiramov00:06:40
00:06:40
dan 199 saudara saudari kita yang dipenjarakan00:06:46
00:06:46
dan kita tidak lupa tentang keluarga mereka juga.00:06:51
00:06:51
Kesetiaan rakan seiman kita yang dipenjarakan00:06:55
00:06:55
mengingatkan kita tentang kata-kata di Roma 12:21.00:07:01
00:07:10
Walaupun mereka harus bertabah menghadapi tentangan00:07:14
00:07:14
dan ujian iman,00:07:16
00:07:16
mereka tidak biarkan diri ‘dikalahkan oleh kejahatan,00:07:21
00:07:21
tetapi terus kalahkan kejahatan dengan kebaikan.’00:07:26
00:07:26
Kita sangat mengasihi dan menghormati mereka.00:07:32
00:07:32
Semasa saudara saudari kita dianiaya, sering kali00:07:37
00:07:37
peluang istimewa terbuka bagi mereka untuk kongsi berita baik.00:07:44
00:07:44
Itulah yang berlaku kepada para Saksi di bandar Birobidzhan, Rusia.00:07:51
00:07:51
Pada 2018, pihak berkuasa menyerbu 22 rumah Saksi00:07:57
00:07:57
pada hari yang sama.00:07:59
00:07:59
Dalam video berikut, perhatikan bagaimana mereka memberikan00:08:04
00:08:04
kesaksian yang baik dan mengekalkan sukacita mereka,00:08:08
00:08:08
serta ‘mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’00:08:13
00:08:13
Pada pagi 17 Mei 2018,00:08:16
00:08:16
ada orang ketuk pintu kami dengan kuat,00:08:19
00:08:19
dan kami pun terbangun.00:08:20
00:08:20
Saya bertanya, “Siapa di sana?”00:08:22
00:08:22
Mereka jawab, “Ini polis.”00:08:24
00:08:24
Kami rasa sangat stres dan tertekan.00:08:27
00:08:27
Jadi, pada masa itu,00:08:29
00:08:29
kami pun berdoa kepada Yehuwa dalam hati.00:08:32
00:08:33
Kemudian, kami dapat tahu operasi ini dipanggil Hari Penghakiman00:08:39
00:08:39
dan sebanyak 150 pegawai terlibat.00:08:42
00:08:42
Semasa kes jenayah dibuka,00:08:45
00:08:45
semua akaun bank saya dibekukan.00:08:48
00:08:48
Saya terpaksa pergi banyak bank yang lain.00:08:51
00:08:54
Semasa pekerja bank melihat saya,00:08:57
00:08:57
mereka pura-pura takut dan kata,00:08:59
00:08:59
“Oh! Si penjahat datang lagi,” dan mereka pun senyum.00:09:03
00:09:03
Pernah sekali, saya naik teksi untuk pergi ke bangunan FSB00:09:08
00:09:08
untuk disoal siasat.00:09:10
00:09:10
Pemandu teksi tanya saya, “Kamu mahu pergi mana?”00:09:13
00:09:13
Saya kata, “Bangunan FSB.”00:09:16
00:09:16
Dia tanya, “Kamu kerja di sana?”00:09:19
00:09:19
“Tidak, tidak. Saya pergi untuk disoal siasat,” saya jawab.00:09:23
00:09:23
Dia sangat keliru. Dia tidak percaya.00:09:26
00:09:26
Jadi, saya pun beritahu dia saya seorang Saksi-Saksi Yehuwa00:09:30
00:09:30
dan saya disoal siasat kerana iman saya.00:09:33
00:09:33
Beberapa hari kemudian, saya mahu pergi ke bangunan FSB lagi.00:09:37
00:09:37
Jadi, saya pun panggil teksi, dan teksi yang sama datang.00:09:41
00:09:41
Kali ini, saya dapat beritahu pemandu itu00:09:44
00:09:44
tentang nubuat-nubuat Bible00:09:46
00:09:46
dan kami ada perbualan yang baik.00:09:48
00:09:50
Semasa kami disoal siasat,00:09:53
00:09:53
kami mahu tunjuk kebaikan hati00:09:55
00:09:55
dari kata-kata dan perbuatan kami.00:09:58
00:09:58
Kami mahu para pegawai ada tanggapan yang baik terhadap00:10:02
00:10:02
para Saksi dan tahu kami bukan orang jahat atau ekstremis.00:10:06
00:10:06
Pada akhir siasatan, kami buat kad untuk mereka semua.00:10:11
00:10:11
Kami tuliskan hal-hal baik yang mereka buat dan sifat baik mereka.00:10:16
00:10:16
Peguam saya sangat risau dan dia kata,00:10:19
00:10:19
“Saya rasa kamu orang yang baik00:10:22
00:10:22
dan tidak patut masuk penjara.00:10:24
00:10:24
Saya yakin Tuhan kamu akan bantu kamu.00:10:27
00:10:27
Tapi tolonglah Artur,00:10:30
00:10:30
janganlah meninggalkan kepercayaan kamu.00:10:32
00:10:32
Tetaplah teguh sehingga akhir.”00:10:34
00:10:34
Perbicaraan kami pun bermula,00:10:37
00:10:37
dan kami empat saudari dapat hakim yang sama.00:10:40
00:10:40
Hakim itu berpandangan negatif dan sangat prasangka terhadap kami.00:10:45
00:10:45
Dia mencela kami, dia kata kami tidak berpendidikan,00:10:50
00:10:50
dan dia menghina kami.00:10:52
00:10:52
Jadi, kami pun tertanya-tanya,00:10:54
00:10:54
“Yehuwa mahu kami beri kesaksian di sini.00:10:56
00:10:56
Tapi bagaimana kami dapat melakukannya jika orang itu00:11:00
00:11:00
enggan beri kami peluang untuk cakap apa-apa?”00:11:03
00:11:03
Kami pun minta Yehuwa untuk lembutkan hati dia00:11:07
00:11:07
supaya kami dapat berikan kesaksian kepadanya.00:11:11
00:11:11
Kami juga berusaha untuk tetap sopan dan tunjukkan hormat.00:11:15
00:11:15
Kami juga bersapa dengan dia.00:11:17
00:11:17
Saya bertekad untuk tunjuk sikap yang baik dari kata-kata,00:11:22
00:11:22
nada suara, dan raut wajah saya.00:11:25
00:11:25
Tiba-tiba, ada sesuatu berlaku00:11:29
00:11:29
dan keadaan berubah dengan sepenuhnya.00:11:31
00:11:31
Dia mula mendengar kami dan bersapa dengan kami.00:11:35
00:11:35
Semasa kami menonton rakaman video perjumpaan di mahkamah,00:11:40
00:11:40
hakim itu juga menulis nota.00:11:42
00:11:42
Kemudian hakim itu tanya, “Bahagian mana dia baca itu?”00:11:46
00:11:46
Pada mulanya, kerana takut, saya tidak dapat ingat.00:11:49
00:11:49
Tapi selepas itu, saya jawab, “Dari Bible.”00:11:52
00:11:52
Dia pun kata, “Memanglah. Tapi bahagian mana dia baca?”00:11:55
00:11:55
Saya kata, “Di Ayub.”00:11:57
00:11:57
“Apa?” dia tanya.00:11:58
00:11:58
Saya kata, “Ayub.”00:12:00
00:12:00
Tapi dia tanya lagi.00:12:01
00:12:01
Sekarang peguam saya yang kata, “Di Ayub.”00:12:04
00:12:04
“Oh! Ayub,” dan dia pun tulisnya.00:12:07
00:12:07
Dan saya kata, “Bab 42 ayat 10.”00:12:10
00:12:10
Semasa hakim itu baca keputusan mahkamah, dia tanya,00:12:15
00:12:15
“Irina, betulkah cara saya sebut nama Tuhan?”00:12:19
00:12:19
Saya berdoa kepada Yehuwa,00:12:21
00:12:21
“Yehuwa, hari ini mahkamah akan umumkan keputusan,00:12:25
00:12:25
dan saya mahu nama Engkau dimuliakan.00:12:27
00:12:27
Biarlah hakim menyebut nama Engkau 10 kali00:12:31
00:12:31
dan sebutannya mesti betul.”00:12:33
00:12:33
Sebab hakim itu selalu salah sebut.00:12:36
00:12:37
Dan itulah yang berlaku.00:12:39
00:12:39
Dia sebut nama Tuhan dengan betul sebanyak 10 kali.00:12:42
00:12:46
Semasa hukuman saya diumumkan,00:12:49
00:12:49
ada banyak kawan bersama saya.00:12:51
00:12:51
Mereka bawa banyak bunga untuk saya.00:12:54
00:12:54
Kemudian seorang wanita dan dua kawannya nampak saya.00:12:57
00:12:57
Dia pun senyum dan tanya,00:12:59
00:12:59
“Kamu nampak cantik. Apa acaranya?”00:13:02
00:13:02
Saya pun beritahu dia, “Saya seorang Saksi-Saksi Yehuwa,00:13:07
00:13:07
dan saya baru terima hukuman penjara tertangguh00:13:10
00:13:10
selama dua tahun setengah.”00:13:12
00:13:12
Dia dan kawan-kawannya tersenyum dan mereka berdiri kaku saja.00:13:16
00:13:16
Saya kerja dari rumah.00:13:18
00:13:18
Jadi bila klien datang dan nampak banyak bunga, mereka tanya,00:13:23
00:13:23
“Ada sambutan istimewakah?”00:13:25
00:13:25
Saya kata, “Tiada.”00:13:27
00:13:27
Tapi yang istimewa ialah saya ada banyak00:13:29
00:13:29
saudara saudari pengasih yang bagi saya semua ini.00:13:33
00:13:33
Daripada 23 saudara saudari yang dibicarakan,00:13:39
00:13:39
empat daripada mereka sedang berada di penjara.00:13:43
00:13:47
Apabila kami tahu suami kami akan dibawa ke penjara,00:13:51
00:13:51
kami pergi ke stesen kereta api untuk jumpa mereka.00:13:55
00:13:56
Semasa di kereta api, mereka ditanya,00:13:59
00:13:59
“Siapa semua orang yang datang untuk hantar kamu?00:14:02
00:14:02
Persatuan amalkah?”00:14:04
00:14:04
Walaupun para saudara itu dihantar ke penjara,00:14:07
00:14:07
saudara saudari sedang bersukacita dan bernyanyi lagu.00:14:12
00:14:13
Masa itu sangat mencabar.00:14:16
00:14:16
Tapi bila saya fikir balik, saya sangat bersyukur00:14:19
00:14:19
kerana Yehuwa menyokong kami sepanjang perbicaraan kami.00:14:24
00:14:28
Ada satu masa saya rasa iman saya semakin lemah,00:14:32
00:14:32
dan saya kata kepada Artur,00:14:34
00:14:34
“Saya rasa Yehuwa tidak bantu saya.”00:14:37
00:14:37
Tapi Artur cuba galakkan saya.00:14:40
00:14:40
Artur beritahu saya, “Sebenarnya—00:14:46
00:14:48
Sebenarnya, kamu sedang bertabah,00:14:52
00:14:52
dan itulah bukti bantuan Yehuwa.00:14:54
00:14:54
Kamu tidak tinggalkan Dia.00:14:57
00:14:57
Kamu masih menyembah-Nya.00:14:59
00:14:59
Itulah cara Yehuwa menyokong kamu.”00:15:02
00:15:02
Itu menguatkan saya,00:15:04
00:15:04
dan saya sedar Syaitanlah yang sedang menguji iman saya,00:15:09
00:15:09
dan saya perlu kuatkan iman saya kepada Yehuwa.00:15:13
00:15:13
Syaitan mahu merampas sukacita kita,00:15:16
00:15:16
tapi itu mustahil kerana sukacita milik Yehuwa.00:15:20
00:15:20
Jadi apa yang Syaitan buat?00:15:22
00:15:22
Dia mahu kita fikir bahawa Yehuwa00:15:24
00:15:24
tidak akan memberkati kita dengan sukacita.00:15:27
00:15:27
Tapi Yehuwa selalu bantu kita untuk lihat00:15:29
00:15:29
sebab-sebab untuk bersukacita.00:15:32
00:15:32
Yehuwa memang sahabat yang baik dan dapat diharapkan.00:15:36
00:15:36
Mereka yang menganiaya kami mahu kami berhenti menginjil.00:15:41
00:15:41
Tapi sebenarnya, mereka sedang beri kami lebih banyak peluang00:15:46
00:15:46
untuk cakap tentang nama Yehuwa.00:15:48
00:16:02
Semangat dan sukacita saudara saudari kita00:16:07
00:16:07
serta tekad mereka untuk menginjil dan tetap setia00:16:11
00:16:11
menggalakkan kita.00:16:13
00:16:13
Mereka ada peluang istimewa untuk menginjil dan mereka00:16:17
00:16:17
bergantung pada Yehuwa untuk melakukannya.00:16:21
00:16:21
Kami tahu setiap seorang daripada anda00:16:24
00:16:24
sedang menghadapi cabaran00:16:26
00:16:26
atau dugaan hidup masing-masing.00:16:29
00:16:29
Sudah pasti,00:16:31
00:16:31
pengalaman rakan seiman di Rusia00:16:34
00:16:34
akan menggalakkan kita semua untuk00:16:36
00:16:36
terus bergantung pada Yehuwa00:16:39
00:16:39
dan terus menginjil dalam apa jua situasi.00:16:44
00:16:45
Dengan bantuan Yehuwa,00:16:48
00:16:48
kita pasti dapat ‘mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’00:16:53
00:16:54
Semoga kita semua terus ‘ingat akan mereka yang dipenjarakan,00:16:59
00:16:59
seolah-olah kita juga dipenjarakan bersama-sama mereka.’00:17:05
00:17:05
Kesungguhan dan ketabahan anda buat kami rasa bangga.00:17:11
00:17:11
Kami amat mengasihi anda semua.00:17:14
00:17:14
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.00:17:21
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #4
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #4
Selamat datang.
Dalam video ini,
kita akan lihat keadaan saudara saudari kita yang dipenjarakan
di serata dunia kerana iman mereka.
Tapi sebelum itu,
mari kita lihat laporan tentang konvensyen tahun ini.
Di beberapa negara, konvensyen serantau
‘Isytiharkanlah Berita Baik!’ sudah pun bermula.
Programnya sungguh menggalakkan!
Dengarlah komen daripada beberapa saudara saudari.
Ramai saudara saudari buat pengorbanan yang besar
untuk sokong konvensyen ini.
Saya perlu minta cuti dari majikan saya.
Kami juga minta cuti untuk anak kami.
Kami bangun sangat awal.
Usaha yang kita curahkan sangat berbaloi.
Berkat yang kita dapat tiada tandingnya.
Kita dapat jumpa saudara saudari yang kita jarang jumpa.
Kamu dapat jumpa saudara saudari dan peluk mereka.
Saya suka itu.
Hanya di sini kita boleh peluk saudara saudari.
Memang sangat berbeza bila tengok di rumah
dan hadir secara bersemuka.
Konvensyen bersemuka lebih seronok.
Saya suka dengar semua orang bernyanyi.
Semua orang sangat bersemangat semasa kita bernyanyi bersama.
Kami digalakkan dan hati kami berkobar-kobar.
Sangat gembira dapat tonton episod pertama drama tentang Yesus.
Saya dapat bayangkan adegan drama semasa membaca Bible
dan lebih memahaminya.
Dulu bila baca kisah Bible ini, saya rasa biasa saja.
Tapi selepas tengok drama hari ini, hati saya tersentuh
sehingga menitiskan air mata.
Rasanya seperti saya dalam kisah Bible.
Makanan rohani yang berlimpah ini
bantu kita mendekati Yehuwa dan kuatkan iman kita.
Kalau boleh, saya mahu hadir konvensyen ini tiga atau empat kali.
Bagi saya, tiada tempat yang lebih baik daripada
bersama umat Yehuwa.
Kita sebahagian daripada keluarga rohani yang besar dan indah.
Kami gembira boleh bersama saudara saudari.
Janganlah lepaskan peluang ini.
Kami menggalakkan anda untuk menghadiri konvensyen
secara bersemuka,
kerana dengan itu, anda dapat meraih manfaat
yang terbesar daripada program
dan menerima galakan semasa bergaul dengan kawan-kawan,
termasuk mereka yang sudah lama anda tidak jumpa.
Sudah tentu kami memahami juga,
ada antara anda yang sudah tua atau ada masalah kesihatan
dan harus menonton program menerusi strim.
Tahun ini, 15 konvensyen istimewa juga akan diadakan di serata dunia.
Konvensyen pertama telah pun diadakan
di pulau Guadeloupe pada 7-9 Jun.
Saudara Jeff Winder dan Clive Martin telah mengunjungi
konvensyen itu dan menyampaikan ceramah di sana.
Saudara saudari dari 11 negara telah dijemput dan
jumlah hadirin tertinggi adalah sebanyak 8,602 orang.
Pada hari Sabtu, 74 orang dibaptis.
Kita bersukacita melihat kasih
dan perpaduan persaudaraan antarabangsa kita.
Sekarang, kita akan bertumpu kepada keadaan saudara saudari kita
yang dipenjarakan kerana iman mereka.
Dengan itu, kita dapat terapkan nasihat di Ibrani 13:3
yang berkata,
Setakat 17 Jun,
lebih daripada 199 rakan seiman kita dipenjarakan
kerana iman mereka.
Daripada jumlah itu,
sembilan orang dipenjarakan di Crimea, 39 di Eritrea,
lapan di Singapura, dan lebih daripada 17 di negara lain.
Tetapi, jumlah tertinggi saudara saudari yang dipenjarakan ialah
di Rusia, iaitu sebanyak 126 orang.
Di Korea Selatan,
para saudara tidak perlu dipenjarakan kerana
menolak khidmat tentera.
Tapi, khidmat alternatif yang ditawarkan pun sangat berat.
Mereka harus tinggal dan kerja di penjara selama tiga tahun.
Itu sangat susah.
Baru-baru ini,
Saudara Mark Sanderson telah melawat dua kumpulan
saudara yang sedang melakukan khidmat alternatif di penjara.
Kita berharap situasi mereka akan menjadi lebih baik,
dan kita terus berdoa untuk mereka dan keluarga mereka.
Kadangkala, kita ingat hanya para saudara saja yang dipenjarakan.
Tapi sebenarnya, ada 12 saudari di Eritrea yang dipenjarakan
kerana iman mereka.
Dan di Rusia pula ada lapan orang saudari yang sedang
menjalankan hukuman penjara.
Para saudari kita amat memerlukan doa-doa kita.
Ramai saudara saudari juga harus menanggung
tempoh pemenjaraan yang lama,
dan bahkan dilayan dengan buruk juga.
Salah seorangnya ialah Saudara Rinat Kiramov di Rusia.
Pada April 2024, beberapa banduan memaksa saudara kita untuk
mendedahkan nama rakan seimannya.
Tapi saudara kita enggan melakukannya.
Jadi, dia dipukul
dan bahkan diseksa dengan menggunakan senjata renjat
selama empat hari.
Kita terus berdoa untuk Saudara Kiramov
dan 199 saudara saudari kita yang dipenjarakan
dan kita tidak lupa tentang keluarga mereka juga.
Kesetiaan rakan seiman kita yang dipenjarakan
mengingatkan kita tentang kata-kata di Roma 12:21.
Walaupun mereka harus bertabah menghadapi tentangan
dan ujian iman,
mereka tidak biarkan diri ‘dikalahkan oleh kejahatan,
tetapi terus kalahkan kejahatan dengan kebaikan.’
Kita sangat mengasihi dan menghormati mereka.
Semasa saudara saudari kita dianiaya, sering kali
peluang istimewa terbuka bagi mereka untuk kongsi berita baik.
Itulah yang berlaku kepada para Saksi di bandar Birobidzhan, Rusia.
Pada 2018, pihak berkuasa menyerbu 22 rumah Saksi
pada hari yang sama.
Dalam video berikut, perhatikan bagaimana mereka memberikan
kesaksian yang baik dan mengekalkan sukacita mereka,
serta ‘mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’
Pada pagi 17 Mei 2018,
ada orang ketuk pintu kami dengan kuat,
dan kami pun terbangun.
Saya bertanya, “Siapa di sana?”
Mereka jawab, “Ini polis.”
Kami rasa sangat stres dan tertekan.
Jadi, pada masa itu,
kami pun berdoa kepada Yehuwa dalam hati.
Kemudian, kami dapat tahu operasi ini dipanggil Hari Penghakiman
dan sebanyak 150 pegawai terlibat.
Semasa kes jenayah dibuka,
semua akaun bank saya dibekukan.
Saya terpaksa pergi banyak bank yang lain.
Semasa pekerja bank melihat saya,
mereka pura-pura takut dan kata,
“Oh! Si penjahat datang lagi,” dan mereka pun senyum.
Pernah sekali, saya naik teksi untuk pergi ke bangunan FSB
untuk disoal siasat.
Pemandu teksi tanya saya, “Kamu mahu pergi mana?”
Saya kata, “Bangunan FSB.”
Dia tanya, “Kamu kerja di sana?”
“Tidak, tidak. Saya pergi untuk disoal siasat,” saya jawab.
Dia sangat keliru. Dia tidak percaya.
Jadi, saya pun beritahu dia saya seorang Saksi-Saksi Yehuwa
dan saya disoal siasat kerana iman saya.
Beberapa hari kemudian, saya mahu pergi ke bangunan FSB lagi.
Jadi, saya pun panggil teksi, dan teksi yang sama datang.
Kali ini, saya dapat beritahu pemandu itu
tentang nubuat-nubuat Bible
dan kami ada perbualan yang baik.
Semasa kami disoal siasat,
kami mahu tunjuk kebaikan hati
dari kata-kata dan perbuatan kami.
Kami mahu para pegawai ada tanggapan yang baik terhadap
para Saksi dan tahu kami bukan orang jahat atau ekstremis.
Pada akhir siasatan, kami buat kad untuk mereka semua.
Kami tuliskan hal-hal baik yang mereka buat dan sifat baik mereka.
Peguam saya sangat risau dan dia kata,
“Saya rasa kamu orang yang baik
dan tidak patut masuk penjara.
Saya yakin Tuhan kamu akan bantu kamu.
Tapi tolonglah Artur,
janganlah meninggalkan kepercayaan kamu.
Tetaplah teguh sehingga akhir.”
Perbicaraan kami pun bermula,
dan kami empat saudari dapat hakim yang sama.
Hakim itu berpandangan negatif dan sangat prasangka terhadap kami.
Dia mencela kami, dia kata kami tidak berpendidikan,
dan dia menghina kami.
Jadi, kami pun tertanya-tanya,
“Yehuwa mahu kami beri kesaksian di sini.
Tapi bagaimana kami dapat melakukannya jika orang itu
enggan beri kami peluang untuk cakap apa-apa?”
Kami pun minta Yehuwa untuk lembutkan hati dia
supaya kami dapat berikan kesaksian kepadanya.
Kami juga berusaha untuk tetap sopan dan tunjukkan hormat.
Kami juga bersapa dengan dia.
Saya bertekad untuk tunjuk sikap yang baik dari kata-kata,
nada suara, dan raut wajah saya.
Tiba-tiba, ada sesuatu berlaku
dan keadaan berubah dengan sepenuhnya.
Dia mula mendengar kami dan bersapa dengan kami.
Semasa kami menonton rakaman video perjumpaan di mahkamah,
hakim itu juga menulis nota.
Kemudian hakim itu tanya, “Bahagian mana dia baca itu?”
Pada mulanya, kerana takut, saya tidak dapat ingat.
Tapi selepas itu, saya jawab, “Dari Bible.”
Dia pun kata, “Memanglah. Tapi bahagian mana dia baca?”
Saya kata, “Di Ayub.”
“Apa?” dia tanya.
Saya kata, “Ayub.”
Tapi dia tanya lagi.
Sekarang peguam saya yang kata, “Di Ayub.”
“Oh! Ayub,” dan dia pun tulisnya.
Dan saya kata, “Bab 42 ayat 10.”
Semasa hakim itu baca keputusan mahkamah, dia tanya,
“Irina, betulkah cara saya sebut nama Tuhan?”
Saya berdoa kepada Yehuwa,
“Yehuwa, hari ini mahkamah akan umumkan keputusan,
dan saya mahu nama Engkau dimuliakan.
Biarlah hakim menyebut nama Engkau 10 kali
dan sebutannya mesti betul.”
Sebab hakim itu selalu salah sebut.
Dan itulah yang berlaku.
Dia sebut nama Tuhan dengan betul sebanyak 10 kali.
Semasa hukuman saya diumumkan,
ada banyak kawan bersama saya.
Mereka bawa banyak bunga untuk saya.
Kemudian seorang wanita dan dua kawannya nampak saya.
Dia pun senyum dan tanya,
“Kamu nampak cantik. Apa acaranya?”
Saya pun beritahu dia, “Saya seorang Saksi-Saksi Yehuwa,
dan saya baru terima hukuman penjara tertangguh
selama dua tahun setengah.”
Dia dan kawan-kawannya tersenyum dan mereka berdiri kaku saja.
Saya kerja dari rumah.
Jadi bila klien datang dan nampak banyak bunga, mereka tanya,
“Ada sambutan istimewakah?”
Saya kata, “Tiada.”
Tapi yang istimewa ialah saya ada banyak
saudara saudari pengasih yang bagi saya semua ini.
Daripada 23 saudara saudari yang dibicarakan,
empat daripada mereka sedang berada di penjara.
Apabila kami tahu suami kami akan dibawa ke penjara,
kami pergi ke stesen kereta api untuk jumpa mereka.
Semasa di kereta api, mereka ditanya,
“Siapa semua orang yang datang untuk hantar kamu?
Persatuan amalkah?”
Walaupun para saudara itu dihantar ke penjara,
saudara saudari sedang bersukacita dan bernyanyi lagu.
Masa itu sangat mencabar.
Tapi bila saya fikir balik, saya sangat bersyukur
kerana Yehuwa menyokong kami sepanjang perbicaraan kami.
Ada satu masa saya rasa iman saya semakin lemah,
dan saya kata kepada Artur,
“Saya rasa Yehuwa tidak bantu saya.”
Tapi Artur cuba galakkan saya.
Artur beritahu saya, “Sebenarnya—
Sebenarnya, kamu sedang bertabah,
dan itulah bukti bantuan Yehuwa.
Kamu tidak tinggalkan Dia.
Kamu masih menyembah-Nya.
Itulah cara Yehuwa menyokong kamu.”
Itu menguatkan saya,
dan saya sedar Syaitanlah yang sedang menguji iman saya,
dan saya perlu kuatkan iman saya kepada Yehuwa.
Syaitan mahu merampas sukacita kita,
tapi itu mustahil kerana sukacita milik Yehuwa.
Jadi apa yang Syaitan buat?
Dia mahu kita fikir bahawa Yehuwa
tidak akan memberkati kita dengan sukacita.
Tapi Yehuwa selalu bantu kita untuk lihat
sebab-sebab untuk bersukacita.
Yehuwa memang sahabat yang baik dan dapat diharapkan.
Mereka yang menganiaya kami mahu kami berhenti menginjil.
Tapi sebenarnya, mereka sedang beri kami lebih banyak peluang
untuk cakap tentang nama Yehuwa.
Semangat dan sukacita saudara saudari kita
serta tekad mereka untuk menginjil dan tetap setia
menggalakkan kita.
Mereka ada peluang istimewa untuk menginjil dan mereka
bergantung pada Yehuwa untuk melakukannya.
Kami tahu setiap seorang daripada anda
sedang menghadapi cabaran
atau dugaan hidup masing-masing.
Sudah pasti,
pengalaman rakan seiman di Rusia
akan menggalakkan kita semua untuk
terus bergantung pada Yehuwa
dan terus menginjil dalam apa jua situasi.
Dengan bantuan Yehuwa,
kita pasti dapat ‘mengalahkan kejahatan dengan kebaikan.’
Semoga kita semua terus ‘ingat akan mereka yang dipenjarakan,
seolah-olah kita juga dipenjarakan bersama-sama mereka.’
Kesungguhan dan ketabahan anda buat kami rasa bangga.
Kami amat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.
-