00:00:02
Selamat datang.00:00:03
00:00:04
Sejak video yang lalu, kita telah adakan lima lagi konvensyen istimewa00:00:08
00:00:09
di tempat-tempat ini:00:00:11
00:00:12
Prague, Republik Czech;00:00:14
00:00:14
Helsinki, Finland;00:00:16
00:00:17
Budapest, Hungary;00:00:19
00:00:19
Reykjavik, Iceland;00:00:21
00:00:22
dan Zurich, Switzerland.00:00:23
00:00:23
Saudara saudari daripada 30 lebih negara telah menghadirinya.00:00:28
00:00:28
Kita sangat gembira melihat kasih dan perpaduan umat Yehuwa.00:00:32
00:00:33
Seramai 578 orang telah dibaptis di konvensyen-konvensyen ini.00:00:38
00:00:39
Satu berita baik semasa konvensyen istimewa di Iceland00:00:42
00:00:42
ialah pengeluaran Bible Terjemahan Dunia Baharu00:00:45
00:00:45
dalam bahasa Iceland.00:00:47
00:00:47
Makanan rohani yang berlimpah dalam konvensyen ini00:00:51
00:00:51
menyegarkan dan menguatkan kita untuk00:00:53
00:00:53
terus mengisytiharkan berita baik.00:00:56
00:00:57
Kita juga sedar tahun aktiviti penyebaran yang baharu00:01:01
00:01:01
akan bermula tidak lama lagi.00:01:03
00:01:04
Bermula 1 September 2024, kita akan mengadakan00:01:09
00:01:09
kempen sedunia untuk menawarkan pembelajaran Bible.00:01:13
00:01:13
Adalah baik untuk kita buat persiapan sekarang.00:01:16
00:01:17
Kita akan tawarkan pembelajaran Bible kepada00:01:20
00:01:20
seramai orang yang mungkin dengan00:01:22
00:01:22
menggunakan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya!00:01:25
00:01:26
Pada bulan itu, penyiar yang menjadi perintis sokongan dapat00:01:30
00:01:30
memilih untuk merintis sebanyak 15 jam atau 30 jam.00:01:35
00:01:36
Mungkin minggu ini, anda boleh periksa00:01:38
00:01:38
jadual anda untuk bulan September.00:01:40
00:01:41
Berdoalah dan fikir jika anda boleh luangkan00:01:43
00:01:43
lebih banyak masa untuk menginjil.00:01:45
00:01:46
Kami juga ada satu berita yang menggembirakan.00:01:50
00:01:50
Hari Ahad, 28 Julai, merupakan00:01:53
00:01:53
titik bersejarah bagi kerja terjemahan Bible.00:01:57
00:01:58
Seluruh atau sebahagian Bible Terjemahan Dunia Baharu,00:02:02
00:02:02
kini tersedia dalam 300 bahasa.00:02:05
00:02:06
Ini sangat menggalakkan.00:02:07
00:02:08
Ada banyak perkembangan menarik yang sedang00:02:11
00:02:11
berlaku dalam organisasi Yehuwa.00:02:13
00:02:14
Sekarang, mari kita beralih ke topik yang lain.00:02:17
00:02:17
Topik ini sangat penting bagi kita semua.00:02:21
00:02:22
Kita akan lihat pentingnya bertumpu kepada00:02:24
00:02:24
Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya penyelesaian00:02:27
00:02:27
kepada masalah manusia.00:02:29
00:02:29
Ini akan bantu kita untuk tetap berpendirian neutral00:02:33
00:02:33
dalam hal politik dunia.00:02:35
00:02:37
Konvensyen serantau tahun ini00:02:39
00:02:39
mengingatkan kita tentang perkara ini.00:02:41
00:02:41
Semasa konvensyen, kita akan tonton drama00:02:45
00:02:45
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.00:02:47
00:02:48
Kita lihat bahawa kelahiran Yesus ialah berita yang sangat menggembirakan.00:02:53
00:02:54
Melalui Yesus Kristus,00:02:57
00:02:57
semua janji Tuhan akan menjadi kenyataan.00:03:01
00:03:02
Apakah salah satu janji Tuhan?00:03:04
00:03:05
Kerajaan Tuhan ialah satu-satunya penyelesaian00:03:09
00:03:09
kepada semua masalah manusia, dan Yesuslah Rajanya.00:03:13
00:03:15
Apakah sifat-sifat yang Yesus ada?00:03:18
00:03:19
Mengenai Yesus Kristus, Yesaya 9:6, 7 kata,00:03:24
00:04:03
Menurut ayat ini, pemerintahan Yesus00:04:06
00:04:06
adalah berasaskan kedamaian, keadilan, dan kebaikan.00:04:12
00:04:12
Pemerintahannya akan kekal abadi.00:04:16
00:04:17
Ini sangat melegakan.00:04:19
00:04:20
Kita bersukacita00:04:22
00:04:22
kerana Kerajaan Tuhan telah ditubuhkan di syurga.00:04:24
00:04:25
Kerajaan itu memang nyata dan akan menyelesaikan00:04:28
00:04:28
semua masalah manusia buat selama-lamanya.00:04:31
00:04:32
Tapi kita mesti selalu ingat tentang hal ini.00:04:36
00:04:37
Mengapa?00:04:38
00:04:39
Kerana dunia ini dapat buat kita tersimpang00:04:42
00:04:42
dan lupa bahawa Kerajaan Tuhan ialah00:04:45
00:04:45
penyelesaian yang sejati kepada masalah kita.00:04:48
00:04:49
Ada banyak hal yang buat dunia ini berpecah belah.00:04:52
00:04:53
Contohnya, pergolakan dan peperangan.00:04:56
00:04:57
Rakyat menghadapi banyak tekanan untuk00:04:59
00:04:59
menyokong isu politik dan berpihak kepada pemimpin tertentu.00:05:04
00:05:05
Sebenarnya, kira-kira separuh daripada00:05:08
00:05:08
jumlah penduduk di dunia tinggal di tempat atau kawasan00:05:12
00:05:12
yang sudah mengadakan, atau yang akan00:05:15
00:05:15
mengadakan pilihan raya tahun ini.00:05:18
00:05:19
Semangat kebangsaan semakin membara dan00:05:22
00:05:22
banyak acara patriotik diadakan, termasuk di sekolah.00:05:26
00:05:27
Penonton acara sukan pun meluap-luap dengan00:05:30
00:05:30
perasaan cinta akan negara.00:05:31
00:05:32
Kita dengar tentang semua ini dalam berita setiap hari.00:05:37
00:05:38
Masalah dunia ini makin hari makin teruk00:05:41
00:05:42
dan ada banyak pendapat untuk selesaikan semua masalah itu.00:05:46
00:05:47
Tapi sebagai Saksi-Saksi Yehuwa,00:05:50
00:05:50
apakah sepatutnya pendirian kita?00:05:53
00:05:54
Kita tidak mengambil bahagian dalam hal-hal politik.00:05:57
00:05:57
Kita ingat akan kata-kata Yesus di Yohanes 18:36.00:06:03
00:06:08
Oleh sebab itu, kita menyokong Kerajaan Tuhan00:06:11
00:06:11
dengan sepenuh hati dan tidak terlibat dalam hal-hal politik dunia ini.00:06:17
00:06:19
Tapi, kita juga ingat Roma 13:1, 2 kata,00:06:23
00:06:23
‘Pihak berkuasa diberi00:06:25
00:06:25
kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan.’00:06:28
00:06:29
Maka, kita menghormati dan hargai kerja yang00:06:33
00:06:33
dilakukan oleh kerajaan manusia.00:06:35
00:06:36
Ini selaras dengan kata-kata Yesus di Matius 22:21 yang mengatakan,00:06:42
00:06:49
Memang, kita menghormati pihak berkuasa dan kerajaan manusia,00:06:54
00:06:54
tetapi kita tidak akan terlibat dalam apa-apa hal00:06:58
00:06:58
politik atau menyokong mana-mana pihak,00:07:00
00:07:00
walaupun matlamat mereka nampak baik atau adil.00:07:04
00:07:05
Kita terus mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya.00:07:10
00:07:11
Itulah penyelesaian yang sejati.00:07:14
00:07:15
Kita tetap berpendirian neutral, bahkan dalam hati dan minda kita.00:07:20
00:07:20
Sesetengah polisi parti politik mungkin membawa kebaikan atau sebaliknya,00:07:25
00:07:25
tapi tidak kira apa pun, kita tidak akan menyokong atau menentang mereka.00:07:30
00:07:30
Tumpuan kita ialah Kerajaan Tuhan dan Rajanya, Yesus.00:07:35
00:07:35
Itulah jalan penyelesaian yang sejati.00:07:38
00:07:40
Apakah yang bantu kita tetap neutral?00:07:43
00:07:44
Mari kita bincang dua cara.00:07:46
00:07:47
Pertama, kita tumpukan perhatian pada penyelesaiannya00:07:51
00:07:51
dan bukannya masalah di dunia ini.00:07:53
00:07:54
Kedua, kita mahu luangkan lebih banyak masa00:07:56
00:07:56
untuk cakap tentang cara masalah itu akan diselesaikan.00:08:00
00:08:01
Untuk poin pertama,00:08:03
00:08:04
apakah yang dapat bantu kita lebih bertumpu00:08:06
00:08:06
kepada penyelesaiannya dan bukan masalah dunia?00:08:10
00:08:11
Membaca dan merenungkan Bible setiap hari.00:08:14
00:08:14
Ini akan menguatkan harapan dan iman kita.00:08:18
00:08:18
Kita juga mahu jaga hati kita.00:08:20
00:08:20
Kita tidak mahu luangkan terlalu banyak masa00:08:23
00:08:23
untuk mendengar dan membaca berita00:08:25
00:08:25
atau laman media sosial kerana semua itu akan00:08:29
00:08:29
buat kita lebih khuatir, lemah, dan sedih.00:08:32
00:08:33
Poin kedua ialah kita mahu luangkan lebih banyak00:08:37
00:08:37
masa untuk bercakap tentang cara masalah itu akan diselesaikan.00:08:41
00:08:42
Ya, kita selalu bercakap tentang apa yang dekat di hati kita.00:08:46
00:08:47
Bagaimana jika kita meluahkan pandangan yang00:08:50
00:08:50
kuat tentang pilihan raya, perang, atau hal-hal politik lain?00:08:54
00:08:55
Mungkinkah itu tanda bahawa pendirian neutral kita semakin lemah?00:09:00
00:09:01
Ini seperti lampu amaran dalam kereta kita.00:09:04
00:09:05
Jadi, kita perlu lebih peka dan jaga hati kita agar tetap neutral.00:09:10
00:09:11
Cara terbaik untuk cakap tentang penyelesaiannya ialah dengan00:09:15
00:09:15
menyebarkan Kerajaan Tuhan.00:09:17
00:09:18
Ini bantu kita tetap fokus.00:09:20
00:09:21
Kita yakin Yehuwa akan menyelesaikan semua00:09:24
00:09:24
masalah kita dan menegakkan keadilan.00:09:26
00:09:27
Dengan menginjil, harapan kita menjadi lebih nyata.00:09:30
00:09:31
Harapan seperti sauh yang menstabilkan kita semasa00:09:34
00:09:34
hidup kita bergelora dengan cabaran.00:09:36
00:09:37
Kita tidak akan hanyut sehingga kita menjauhi00:09:40
00:09:40
Yehuwa atau organisasi-Nya.00:09:42
00:09:43
Jika kita melakukan semua ini, kita akan tetap00:09:47
00:09:47
berpendirian neutral dalam soal politik dunia00:09:50
00:09:51
dan kita dapat tetap bertumpu pada penyelesaian yang sejati,00:09:55
00:09:55
iaitu Kerajaan Tuhan.00:09:57
00:09:59
Badan Pimpinan ingin kongsi peringatan ini kerana00:10:02
00:10:02
Syaitan, pemerintah dunia ini, sedang berusaha sedaya upaya00:10:06
00:10:06
untuk mematahkan kesetiaan umat Yehuwa.00:10:09
00:10:10
Syaitan mahu kita terlibat dalam isu politik dunia.00:10:13
00:10:14
Jika kita terjerat, kita tidak lagi berpendirian neutral.00:10:19
00:10:20
Yang lebih teruk lagi, kita mungkin mula00:10:23
00:10:23
menentang Yehuwa, dan Kerajaan-Nya.00:10:26
00:10:27
Dalam kata lain, kita rasa Syaitan mempunyai00:10:30
00:10:30
penyelesaian kepada masalah kita.00:10:33
00:10:33
Janganlah sekali-kali terjerat.00:10:35
00:10:36
Jadi, kita mahu berdoa dan periksa diri dengan teliti00:10:41
00:10:41
supaya kita kuatkan pendirian neutral kita.00:10:43
00:10:45
Selain itu, kita juga dapat berbuat demikian dengan melakukan00:10:50
00:10:50
projek pembelajaran peribadi dan penyembahan00:10:52
00:10:52
keluarga tentang topik keneutralan.00:10:56
00:10:57
Inilah beberapa cadangan.00:10:59
00:10:59
Dalam buku Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian,00:11:02
00:11:03
kajilah topik “Kerajaan.”00:11:06
00:11:07
Untuk cari buku ini di JW Library®, tekan tab Perpustakaan,00:11:12
00:11:12
kemudian Bahan Terbitan, dan klik Buku.00:11:17
00:11:18
Anda juga boleh kaji rencana Menara Pengawal Oktober 2023 yang00:11:23
00:11:23
bertajuk, “Adakah Anda ‘Sedia Mematuhi’ Arahan?”00:11:27
00:11:28
Siaran JW bulan Mac 2019 ada maklumat yang00:11:32
00:11:32
sangat berguna tentang keneutralan.00:11:35
00:11:35
Untuk mencarinya di JW Library, tekan Perpustakaan,00:11:39
00:11:40
kemudian Video, klik Siaran JW,00:11:43
00:11:43
dan cari di bahagian Program Bulanan.00:11:47
00:11:47
Di laman jw.org, anda boleh taip “Siaran Mac 2019” di kotak carian.00:11:53
00:11:54
Selain itu, anda juga boleh taip “neutral” dan00:11:59
00:11:59
cari banyak maklumat dan video lain.00:12:01
00:12:03
Yehuwa pasti sangat gembira melihat umat-Nya di serata dunia00:12:08
00:12:08
bersatu padu untuk menyembah-Nya, tetap berpendirian neutral,00:12:12
00:12:12
dan terus mengumumkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan,00:12:16
00:12:16
sebagai satu-satunya penyelesaian kepada semua masalah manusia.00:12:21
00:12:22
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua.00:12:27
00:12:28
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.00:12:34
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #5
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #5
Selamat datang.
Sejak video yang lalu, kita telah adakan lima lagi konvensyen istimewa
di tempat-tempat ini:
Prague, Republik Czech;
Helsinki, Finland;
Budapest, Hungary;
Reykjavik, Iceland;
dan Zurich, Switzerland.
Saudara saudari daripada 30 lebih negara telah menghadirinya.
Kita sangat gembira melihat kasih dan perpaduan umat Yehuwa.
Seramai 578 orang telah dibaptis di konvensyen-konvensyen ini.
Satu berita baik semasa konvensyen istimewa di Iceland
ialah pengeluaran Bible Terjemahan Dunia Baharu
dalam bahasa Iceland.
Makanan rohani yang berlimpah dalam konvensyen ini
menyegarkan dan menguatkan kita untuk
terus mengisytiharkan berita baik.
Kita juga sedar tahun aktiviti penyebaran yang baharu
akan bermula tidak lama lagi.
Bermula 1 September 2024, kita akan mengadakan
kempen sedunia untuk menawarkan pembelajaran Bible.
Adalah baik untuk kita buat persiapan sekarang.
Kita akan tawarkan pembelajaran Bible kepada
seramai orang yang mungkin dengan
menggunakan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya!
Pada bulan itu, penyiar yang menjadi perintis sokongan dapat
memilih untuk merintis sebanyak 15 jam atau 30 jam.
Mungkin minggu ini, anda boleh periksa
jadual anda untuk bulan September.
Berdoalah dan fikir jika anda boleh luangkan
lebih banyak masa untuk menginjil.
Kami juga ada satu berita yang menggembirakan.
Hari Ahad, 28 Julai, merupakan
titik bersejarah bagi kerja terjemahan Bible.
Seluruh atau sebahagian Bible Terjemahan Dunia Baharu,
kini tersedia dalam 300 bahasa.
Ini sangat menggalakkan.
Ada banyak perkembangan menarik yang sedang
berlaku dalam organisasi Yehuwa.
Sekarang, mari kita beralih ke topik yang lain.
Topik ini sangat penting bagi kita semua.
Kita akan lihat pentingnya bertumpu kepada
Kerajaan Tuhan sebagai satu-satunya penyelesaian
kepada masalah manusia.
Ini akan bantu kita untuk tetap berpendirian neutral
dalam hal politik dunia.
Konvensyen serantau tahun ini
mengingatkan kita tentang perkara ini.
Semasa konvensyen, kita akan tonton drama
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.
Kita lihat bahawa kelahiran Yesus ialah berita yang sangat menggembirakan.
Melalui Yesus Kristus,
semua janji Tuhan akan menjadi kenyataan.
Apakah salah satu janji Tuhan?
Kerajaan Tuhan ialah satu-satunya penyelesaian
kepada semua masalah manusia, dan Yesuslah Rajanya.
Apakah sifat-sifat yang Yesus ada?
Mengenai Yesus Kristus, Yesaya 9:6, 7 kata,
Menurut ayat ini, pemerintahan Yesus
adalah berasaskan kedamaian, keadilan, dan kebaikan.
Pemerintahannya akan kekal abadi.
Ini sangat melegakan.
Kita bersukacita
kerana Kerajaan Tuhan telah ditubuhkan di syurga.
Kerajaan itu memang nyata dan akan menyelesaikan
semua masalah manusia buat selama-lamanya.
Tapi kita mesti selalu ingat tentang hal ini.
Mengapa?
Kerana dunia ini dapat buat kita tersimpang
dan lupa bahawa Kerajaan Tuhan ialah
penyelesaian yang sejati kepada masalah kita.
Ada banyak hal yang buat dunia ini berpecah belah.
Contohnya, pergolakan dan peperangan.
Rakyat menghadapi banyak tekanan untuk
menyokong isu politik dan berpihak kepada pemimpin tertentu.
Sebenarnya, kira-kira separuh daripada
jumlah penduduk di dunia tinggal di tempat atau kawasan
yang sudah mengadakan, atau yang akan
mengadakan pilihan raya tahun ini.
Semangat kebangsaan semakin membara dan
banyak acara patriotik diadakan, termasuk di sekolah.
Penonton acara sukan pun meluap-luap dengan
perasaan cinta akan negara.
Kita dengar tentang semua ini dalam berita setiap hari.
Masalah dunia ini makin hari makin teruk
dan ada banyak pendapat untuk selesaikan semua masalah itu.
Tapi sebagai Saksi-Saksi Yehuwa,
apakah sepatutnya pendirian kita?
Kita tidak mengambil bahagian dalam hal-hal politik.
Kita ingat akan kata-kata Yesus di Yohanes 18:36.
Oleh sebab itu, kita menyokong Kerajaan Tuhan
dengan sepenuh hati dan tidak terlibat dalam hal-hal politik dunia ini.
Tapi, kita juga ingat Roma 13:1, 2 kata,
‘Pihak berkuasa diberi
kedudukan masing-masing menurut aturan Tuhan.’
Maka, kita menghormati dan hargai kerja yang
dilakukan oleh kerajaan manusia.
Ini selaras dengan kata-kata Yesus di Matius 22:21 yang mengatakan,
Memang, kita menghormati pihak berkuasa dan kerajaan manusia,
tetapi kita tidak akan terlibat dalam apa-apa hal
politik atau menyokong mana-mana pihak,
walaupun matlamat mereka nampak baik atau adil.
Kita terus mengutamakan Kerajaan Tuhan dan apa yang benar di mata-Nya.
Itulah penyelesaian yang sejati.
Kita tetap berpendirian neutral, bahkan dalam hati dan minda kita.
Sesetengah polisi parti politik mungkin membawa kebaikan atau sebaliknya,
tapi tidak kira apa pun, kita tidak akan menyokong atau menentang mereka.
Tumpuan kita ialah Kerajaan Tuhan dan Rajanya, Yesus.
Itulah jalan penyelesaian yang sejati.
Apakah yang bantu kita tetap neutral?
Mari kita bincang dua cara.
Pertama, kita tumpukan perhatian pada penyelesaiannya
dan bukannya masalah di dunia ini.
Kedua, kita mahu luangkan lebih banyak masa
untuk cakap tentang cara masalah itu akan diselesaikan.
Untuk poin pertama,
apakah yang dapat bantu kita lebih bertumpu
kepada penyelesaiannya dan bukan masalah dunia?
Membaca dan merenungkan Bible setiap hari.
Ini akan menguatkan harapan dan iman kita.
Kita juga mahu jaga hati kita.
Kita tidak mahu luangkan terlalu banyak masa
untuk mendengar dan membaca berita
atau laman media sosial kerana semua itu akan
buat kita lebih khuatir, lemah, dan sedih.
Poin kedua ialah kita mahu luangkan lebih banyak
masa untuk bercakap tentang cara masalah itu akan diselesaikan.
Ya, kita selalu bercakap tentang apa yang dekat di hati kita.
Bagaimana jika kita meluahkan pandangan yang
kuat tentang pilihan raya, perang, atau hal-hal politik lain?
Mungkinkah itu tanda bahawa pendirian neutral kita semakin lemah?
Ini seperti lampu amaran dalam kereta kita.
Jadi, kita perlu lebih peka dan jaga hati kita agar tetap neutral.
Cara terbaik untuk cakap tentang penyelesaiannya ialah dengan
menyebarkan Kerajaan Tuhan.
Ini bantu kita tetap fokus.
Kita yakin Yehuwa akan menyelesaikan semua
masalah kita dan menegakkan keadilan.
Dengan menginjil, harapan kita menjadi lebih nyata.
Harapan seperti sauh yang menstabilkan kita semasa
hidup kita bergelora dengan cabaran.
Kita tidak akan hanyut sehingga kita menjauhi
Yehuwa atau organisasi-Nya.
Jika kita melakukan semua ini, kita akan tetap
berpendirian neutral dalam soal politik dunia
dan kita dapat tetap bertumpu pada penyelesaian yang sejati,
iaitu Kerajaan Tuhan.
Badan Pimpinan ingin kongsi peringatan ini kerana
Syaitan, pemerintah dunia ini, sedang berusaha sedaya upaya
untuk mematahkan kesetiaan umat Yehuwa.
Syaitan mahu kita terlibat dalam isu politik dunia.
Jika kita terjerat, kita tidak lagi berpendirian neutral.
Yang lebih teruk lagi, kita mungkin mula
menentang Yehuwa, dan Kerajaan-Nya.
Dalam kata lain, kita rasa Syaitan mempunyai
penyelesaian kepada masalah kita.
Janganlah sekali-kali terjerat.
Jadi, kita mahu berdoa dan periksa diri dengan teliti
supaya kita kuatkan pendirian neutral kita.
Selain itu, kita juga dapat berbuat demikian dengan melakukan
projek pembelajaran peribadi dan penyembahan
keluarga tentang topik keneutralan.
Inilah beberapa cadangan.
Dalam buku Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian,
kajilah topik “Kerajaan.”
Untuk cari buku ini di JW Library®, tekan tab Perpustakaan,
kemudian Bahan Terbitan, dan klik Buku.
Anda juga boleh kaji rencana Menara Pengawal Oktober 2023 yang
bertajuk, “Adakah Anda ‘Sedia Mematuhi’ Arahan?”
Siaran JW bulan Mac 2019 ada maklumat yang
sangat berguna tentang keneutralan.
Untuk mencarinya di JW Library, tekan Perpustakaan,
kemudian Video, klik Siaran JW,
dan cari di bahagian Program Bulanan.
Di laman jw.org, anda boleh taip “Siaran Mac 2019” di kotak carian.
Selain itu, anda juga boleh taip “neutral” dan
cari banyak maklumat dan video lain.
Yehuwa pasti sangat gembira melihat umat-Nya di serata dunia
bersatu padu untuk menyembah-Nya, tetap berpendirian neutral,
dan terus mengumumkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan,
sebagai satu-satunya penyelesaian kepada semua masalah manusia.
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.
-