00:00:01
Selamat datang saudara saudari.00:00:03
00:00:03
Sejak video yang lalu,00:00:05
00:00:05
kita telah mengadakan dua konvensyen istimewa di Chile.00:00:10
00:00:10
Lebih daripada 4,700 saudara saudari00:00:15
00:00:15
dari 21 negara telah hadir dua konvensyen ini.00:00:20
00:00:20
Lebih daripada 17,000 orang telah menghadirinya,00:00:24
00:00:24
dan 123 orang dibaptis.00:00:28
00:00:29
Para hadirin sangat tersentuh.00:00:32
00:00:32
Salah seorangnya ialah Saudara Jonathan.00:00:36
00:00:36
Dia kata,00:00:37
00:00:37
“Kami merasai kasih yang melimpah yang anda tunjukkan00:00:42
00:00:42
melalui sambutan mesra di lapangan terbang, aktiviti yang diaturkan,00:00:47
00:00:47
hadiah-hadiah yang cantik, kawan-kawan yang pengasih di konvensyen,00:00:52
00:00:52
dan sambutan mesra semasa di hotel.00:00:56
00:00:56
Kami sangat terharu!00:00:58
00:00:58
Kami bersyukur kepada Yehuwa atas pengalaman00:01:02
00:01:02
yang sangat menggalakkan ini.”00:01:05
00:01:04
Seorang saudari bernama Jessica kata,00:01:08
00:01:08
“Kami rasa seperti kami sudah di dunia baru!00:01:11
00:01:11
Terima kasih.”00:01:13
00:01:14
Belakangan ini, banyak bencana alam telah00:01:18
00:01:18
mempengaruhi saudara saudari kita.00:01:21
00:01:21
Pada September, Ribut Boris membadai Eropah Tengah00:01:26
00:01:26
dan membawa hujan lebat dan angin kencang.00:01:29
00:01:29
Ratusan penyiar terpaksa berpindah dan telah diberikan00:01:33
00:01:33
bantuan bencana.00:01:35
00:01:35
Di kawasan lain,00:01:37
00:01:37
misalnya bahagian selatan Afrika pula terus dilanda kemarau yang teruk.00:01:42
00:01:42
Cawangan di Malawi, Mozambique, dan Zimbabwe telah mengedarkan00:01:48
00:01:48
bekalan makanan untuk ribuan saudara saudari.00:01:52
00:01:52
Pada hujung September dan awal Oktober,00:01:55
00:01:55
Taufan Helene dan Milton membawa kemusnahan teruk00:02:00
00:02:00
di bahagian tenggara Amerika Syarikat.00:02:03
00:02:03
Akibatnya, banyak tempat dilanda tanah runtuh dan banjir.00:02:08
00:02:08
Sedih sekali, tiga penyiar terkorban.00:02:12
00:02:12
Lebih daripada 11,000 penyiar terpaksa berpindah.00:02:16
00:02:16
Banyak bangunan rosak atau musnah, termasuk 17 Dewan Perjumpaan00:02:22
00:02:22
dan lebih daripada 2,500 rumah penyiar.00:02:26
00:02:26
Kita terus berdoa untuk rakan seiman yang terkesan akibat bencana,00:02:32
00:02:32
dan kita ucap terima kasih kepada mereka yang00:02:36
00:02:36
menyokong kerja bantuan bencana.00:02:39
00:02:39
Kita turut menghargai sumbangan anda yang murah hati00:02:43
00:02:43
yang bantu menampung keperluan saudara saudari yang00:02:47
00:02:47
mengalami kesusahan.00:02:49
00:02:51
Pada 27 September 2024, pihak berkuasa Eritrea menyerbu rumah00:02:58
00:02:58
seorang Saksi semasa perjumpaan Kristian diadakan secara aman.00:03:04
00:03:04
Pada mulanya, 24 saudara saudari ditangkap, termasuk 2 kanak-kanak.00:03:10
00:03:10
Kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan.00:03:14
00:03:13
Serbuan ini berlaku hampir 30 tahun selepas perintah presiden Eritrea00:03:19
00:03:19
dikeluarkan pada 1994 untuk membatalkan kewarganegaraan para Saksi.00:03:27
00:03:27
Perintah ini masih berkuat kuasa.00:03:29
00:03:29
Maka, ramai Saksi tidak dapat menjalani kehidupan biasa,00:03:34
00:03:34
memiliki kerja atau perniagaan, mahupun hartanah.00:03:39
00:03:39
Beberapa hari selepas serbuan itu, polis menahan dan00:03:43
00:03:43
memenjarakan Saudari Letebrhan Tesfay yang berumur 85 tahun.00:03:49
00:03:49
Dia ialah antara orang pertama di Eritrea yang belajar Bible00:03:54
00:03:54
dengan para Saksi dan dibaptis pada 1957.00:03:59
00:03:59
Lapan anaknya dan lapan orang cucunya juga menyembah Yehuwa.00:04:04
00:04:04
Anak perempuannya Hadassa Zerisenay juga dipenjarakan bersamanya.00:04:10
00:04:10
Saudari Saron Ghebru dan suaminya juga ditahan.00:04:14
00:04:14
Saron mengandung kira-kira enam bulan.00:04:17
00:04:17
Abangnya Henok ialah saudara yang dipenjarakan paling lama00:04:22
00:04:22
di Eritrea buat masa sekarang.00:04:24
00:04:24
Dia ditahan pertama kali pada Januari 2005.00:04:28
00:04:28
Setakat 1 November, 64 rakan seiman kita dipenjarakan di Eritrea.00:04:35
00:04:35
Kita terus berdoa untuk 223 saudara saudari yang dipenjarakan00:04:41
00:04:41
di serata dunia kerana iman mereka.00:04:45
00:04:45
Pada mesyuarat tahunan 5 Oktober 2024,00:04:49
00:04:49
ada satu pengumuman yang sangat menarik.00:04:52
00:04:52
Saudara Jody Jedele dan Jacob Rumph telah dilantik00:04:57
00:04:57
sebagai ahli Badan Pimpinan.00:05:00
00:05:00
Kami gembira mereka bersama kami hari ini.00:05:03
00:05:03
Mari kita luangkan sedikit masa untuk mengenali mereka00:05:07
00:05:07
dengan lebih baik.00:05:09
00:05:09
Selamat datang saudara-saudara!00:05:12
00:05:12
Kami ada beberapa soalan untuk tanya kamu.00:05:15
00:05:15
Kami mahu tahu apa yang bantu kamu untuk memupuk00:05:19
00:05:19
hubungan yang akrab dengan Yehuwa.00:05:21
00:05:21
Apakah yang bantu kamu untuk mengenali Yehuwa00:05:25
00:05:25
dan mahu berkhidmat kepada-Nya?00:05:27
00:05:27
Saudara Jedele.00:05:28
00:05:28
Saya dibesarkan dalam kebenaran.00:05:30
00:05:30
Bapa saya dibaptis pada 1940-an dan dia setia sampai akhir hayatnya.00:05:36
00:05:36
Ibu pula dibaptis pada 1950-an.00:05:39
00:05:39
Kasih mereka kepada Yehuwa dan organisasi-Nya bantu saya dan00:05:43
00:05:43
adik perempuan saya untuk bina hubungan yang akrab dengan Yehuwa.00:05:48
00:05:48
Seraya saya membesar, saya sedar inilah kebenaran.00:05:52
00:05:52
Tapi apa yang benar-benar meyakinkan saya inilah cara hidup yang terbaik00:05:56
00:05:56
adalah kasih antara umat Yehuwa.00:05:59
00:05:59
Saya ingat masa cuti, saudara saudari dari banyak tempat00:06:03
00:06:03
akan menginjil di kawasan penyebaran yang belum ditugaskan00:06:07
00:06:07
yang berdekatan dengan kami.00:06:08
00:06:08
Kami tidak kenal mereka.00:06:10
00:06:10
Tapi sebaik sahaja mereka tiba, kami seperti keluarga.00:06:14
00:06:14
Kami rasai kasih ini kerana kami sembah Yehuwa.00:06:17
00:06:17
Itulah yang saya selalu ingat.00:06:20
00:06:20
Ibu bapa saya dibesarkan dalam kebenaran.00:06:23
00:06:23
Tapi ibu saya tidak aktif, dan semasa membesar,00:06:26
00:06:26
bapa saya juga bukan Saksi.00:06:29
00:06:29
Jadi, kami tidak pernah bergaul banyak dengan sidang.00:06:32
00:06:32
Walaupun begitu, ibu ada ajar kami kebenaran Bible yang asas.00:06:37
00:06:37
Contohnya, saya tahu nama Tuhan ialah Yehuwa.00:06:39
00:06:39
Saya hanya boleh berdoa kepada-Nya, dan bumi akan jadi Firdaus.00:06:44
00:06:44
Sekali atau dua kali setahun, saya akan lawat nenek sebelah bapa saya,00:06:49
00:06:49
dan dia seorang Saksi yang setia.00:06:52
00:06:52
Nenek ada sifat-sifat Kristian yang baik,00:06:55
00:06:55
dan ini buat saya rasa tertarik dan ingin tahu siapa itu Yehuwa.00:06:59
00:06:59
Semasa saya 13 tahun, saya minta izin ibu untuk belajar Bible.00:07:05
00:07:05
Saya fikir, “Kalau ini ialah kebenaran,00:07:07
00:07:07
saya mahu jadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa.00:07:10
00:07:10
Kalau ini bukan kebenaran,00:07:12
00:07:12
saya masih mahu jadi orang yang baik.”00:07:14
00:07:14
Pada masa itu, sebenarnya ibu pun mahu kembali kepada Yehuwa.00:07:19
00:07:19
Jadi kami sama-sama buat kemajuan.00:07:22
00:07:22
Tidak lama selepas saya mula belajar,00:07:25
00:07:25
saya sedar ini memang kebenaran yang saya cari.00:07:28
00:07:28
Ibu menjadi aktif semula, dan sebulan kemudian,00:07:32
00:07:32
saya jadi penyiar yang belum dibaptis.00:07:35
00:07:35
Sekarang, seluruh keluarga saya dalam kebenaran,00:07:39
00:07:39
dan mereka ialah teladan yang baik bagi saya.00:07:42
00:07:42
Saudara Rumph, apa yang mendorong kamu00:07:45
00:07:45
untuk menceburi khidmat sepenuh masa?00:07:48
00:07:48
Bagi saya, teladan baik perintis yang matang00:07:52
00:07:52
dan juga termasuk penyelia litar yang mengambil berat terhadap saya,00:07:57
00:07:57
itu memberi kesan yang besar terhadap saya semasa membesar.00:08:01
00:08:01
Saya nampak mereka sangat gembira dan selalu ada cerita00:08:04
00:08:04
yang menarik untuk kongsi.00:08:06
00:08:06
Mereka berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan00:08:09
00:08:09
dan bahkan di luar negara.00:08:11
00:08:11
Jadi, ini buat saya bermatlamat mahu jadi mubaligh.00:08:15
00:08:15
Selepas tamat sekolah menengah, saya pun jadi perintis.00:08:19
00:08:19
Cerita saya hampir sama juga.00:08:21
00:08:21
Saya sangat digalakkan oleh teladan mereka yang00:08:24
00:08:24
berkhidmat sepenuh masa.00:08:26
00:08:26
Ibu bapa saya perintis, dan mereka terus merintis00:08:30
00:08:30
sehingga kami adik-beradik lahir.00:08:32
00:08:32
Ibu saya kemudiannya dapat merintis semula sampai hari ini.00:08:37
00:08:37
Semasa cuti, kami sekeluarga akan jadi perintis sokongan.00:08:41
00:08:41
Kami juga suka menginjil bersama penyelia litar,00:08:44
00:08:44
dan kadangkala kami lawat Bethel.00:08:46
00:08:46
Semua aktiviti ini bantu saya lihat khidmat sepenuh masa00:08:50
00:08:50
ialah cara hidup yang terbaik.00:08:52
00:08:52
Selepas tamat sekolah, saya mula merintis dan kemudian dijemput00:08:56
00:08:56
ke Bethel semasa umur 19 tahun.00:08:59
00:08:59
Adik saya dan suaminya juga berkhidmat di Bethel.00:09:02
00:09:02
Apakah beberapa tugasan yang telah kamu buat00:09:05
00:09:05
dan manfaat yang kamu raih?00:09:08
00:09:08
Saya ditugaskan ke Bahagian Pembersihan di Bethel Wallkill00:09:12
00:09:12
dan saya gembira dapat kerja bersama saudara saudari.00:09:15
00:09:15
Saya perlu kerja dengan team yang berbeza00:09:17
00:09:17
dan buat kerja yang berlainan.00:09:19
00:09:19
Jadi semua ini bantu saya untuk fleksibel supaya kerja dapat siap.00:09:23
00:09:23
Sekitar dua tahun setengah kemudian,00:09:26
00:09:26
saya pindah ke bahagian lain dan bantu urus hal-hal kakitangan00:09:29
00:09:29
dan perubatan.00:09:31
00:09:31
Saya juga dapat bantu para mubaligh dalam soal perubatan.00:09:34
00:09:34
Selepas Damaris dan saya berkahwin,00:09:37
00:09:37
kami berpindah ke Bethel Brooklyn dan tugasan saya masih sama.00:09:40
00:09:40
Tapi pada 2005, kami meninggalkan Bethel untuk jaga ibu bapa kami.00:09:46
00:09:46
Kami berdua merintis, dan saya bantu dalam00:09:49
00:09:49
Jawatankuasa Perhubungan Hospital dan Pembinaan Serantau.00:09:52
00:09:52
Lapan tahun kemudian, kami kembali ke Bethel untuk bantu dalam00:09:56
00:09:56
projek pembinaan di Warwick selama dua minggu,00:09:59
00:09:59
tapi kami masih di sini sampai sekarang.00:10:02
00:10:02
Pada 2015, kami pindah ke Paterson dan kerja00:10:05
00:10:05
di Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan, atau LDC.00:10:09
00:10:09
Pada 2018, LDC pindah ke Wallkill.00:10:13
00:10:13
Jadi akhirnya, kami balik lagi ke Wallkill.00:10:17
00:10:17
Kemudian pada 2021, saya ditugaskan ke Bahagian Maklumat Hospital.00:10:22
00:10:22
Tahun seterusnya, saya berpindah ke Warwick untuk bantu00:10:25
00:10:25
dalam Bahagian Khidmat Maklumat Hospital.00:10:28
00:10:28
Dalam setiap tugasan yang saya terima,00:10:31
00:10:31
saya berpeluang untuk belajar daripada saudara dan saudari yang matang.00:10:35
00:10:35
Para saudara yang memikul tanggungjawab yang berat00:10:39
00:10:39
selalu baik hati dan rendah hati.00:10:41
00:10:41
Mereka sudi kongsi ilmu mereka dengan kami,00:10:45
00:10:45
dan saya sangat digalakkan oleh teladan mereka.00:10:48
00:10:48
Semasa kami di luar Bethel,00:10:51
00:10:51
kami dapat lihat ibu bapa yang bekerja keras00:10:53
00:10:53
untuk besarkan anak mereka dalam kebenaran,00:10:56
00:10:56
dan semangat saudara saudari untuk menyokong kegiatan rohani.00:11:00
00:11:00
Saya sangat menghargai teladan baik mereka.00:11:03
00:11:03
Bagi saya pula, semasa konvensyen 1998,00:11:08
00:11:08
ada satu ceramah yang sebut tentang beberapa negara yang00:11:11
00:11:11
ada keperluan untuk lebih banyak perintis,00:11:14
00:11:14
dan salah satunya ialah Ecuador.00:11:16
00:11:16
Jadi saya berdoa tentangnya, fikir tentang situasi sendiri,00:11:20
00:11:20
buat penyelidikan, dan selepas konvensyen itu,00:11:24
00:11:24
saya tulis kepada cawangan Ecuador untuk minta maklumat.00:11:27
00:11:27
Saya pun lawat Ecuador, dan selepas itu, dengan bantuan Yehuwa,00:11:31
00:11:31
saya dapat pindah ke sana.00:11:33
00:11:33
Kawasan penyebaran di sana sangat subur00:11:37
00:11:37
dan ada banyak orang yang sedang mencari kebenaran.00:11:40
00:11:40
Impian saya untuk jadi mubaligh seolah-olah menjadi nyata.00:11:44
00:11:44
Tapi bagi saya, berkat yang terbesar ialah00:11:47
00:11:47
saya berpeluang jumpa bakal isteri saya, Inga.00:11:51
00:11:51
Selepas kahwin, kami terus berkhidmat di Ecuador,00:11:55
00:11:55
dan beberapa tahun kemudian, kami dilantik sebagai perintis khas00:12:00
00:12:00
dan juga membantu dalam kerja litar.00:12:03
00:12:03
Antara kawasan yang ditugaskan kepada kami ialah00:12:06
00:12:06
sidang-sidang di kawasan hutan Amazon, dan itu sangat menarik.00:12:11
00:12:11
Pada 2011, kami terkejut kerana dijemput ke kelas Gilead yang ke-132.00:12:18
00:12:18
Ini penghormatan yang besar bagi kami.00:12:21
00:12:21
Selepas Gilead, kehidupan kami mengalami banyak perubahan.00:12:26
00:12:26
Kami dapat berkhidmat di banyak tempat di seluas dunia00:12:29
00:12:29
dan melakukan pelbagai tugasan.00:12:31
00:12:31
Apa yang kami belajar ialah tidak kira apa tugasan00:12:35
00:12:35
yang Yehuwa beri kepada kami,00:12:37
00:12:37
kami mahu berpuas hati dan lakukan yang terbaik setiap hari.00:12:41
00:12:41
Jangan terlalu risau tentang apa yang kami tidak boleh kawal.00:12:45
00:12:45
Dan satu lagi perkara ialah apa yang membuat tugasan kami istimewa00:12:50
00:12:50
bukanlah tempat, tetapi orang di sana.00:12:53
00:12:53
Kami sangat mengasihi saudara saudari di tempat-tempat itu.00:12:58
00:12:57
Apakah ayat Bible yang menguatkan kamu untuk pikul tugasan baru ini?00:13:03
00:13:03
Saya terfikir tentang contoh Yosua dan apa yang Yehuwa00:13:07
00:13:07
beritahu dia semasa dia menerima tugasan yang baharu.00:13:11
00:13:11
Yosua ialah seorang hamba Yehuwa yang sangat berani.00:13:15
00:13:15
Dia telah menyeberangi Laut Merah,00:13:18
00:13:18
memimpin orang Israel melawan orang Amalek,00:13:21
00:13:21
menjadi seorang pengintip,00:13:23
00:13:23
dan dia bantu Musa selama bertahun-tahun dalam00:13:25
00:13:25
banyak situasi yang susah.00:13:28
00:13:28
Walaupun Yosua sudah tunjukkan keberanian,00:13:31
00:13:31
Yehuwa kata di Yosua 1:9,00:13:34
00:13:34
“Sesungguhnya Aku memerintahkan engkau:00:13:37
00:13:37
Hendaklah engkau berani dan teguh.00:13:39
00:13:39
Janganlah berasa takut atau gentar.”00:13:42
00:13:42
Yehuwa ingatkan Yosua bahawa00:13:44
00:13:44
dia dapat memikul tanggungjawab barunya dengan berkata,00:13:48
00:13:48
“kerana Aku, Yehuwa, ialah Tuhanmu00:13:50
00:13:50
yang akan menyertaimu ke mana sahaja engkau pergi.”00:13:54
00:13:54
Itulah pengajarannya.00:13:56
00:13:56
Yehuwa menyertai kita dalam tugasan baharu kita.00:14:00
00:14:00
Apabila saya mengenang kembali cara Yehuwa telah bantu saya dulu,00:14:04
00:14:04
saya yakin Dia juga akan bantu saya sekarang.00:14:07
00:14:07
Saya juga suka kata-kata Yehuwa bahawa Dia akan menyertai Yosua.00:14:12
00:14:12
Yehuwa sendiri mahu tolong dia.00:14:15
00:14:15
Yehuwa tidak pernah berubah.00:14:17
00:14:17
Ini bukan tentang kebolehan saya,00:14:19
00:14:19
tapi tentang apa yang Yehuwa dapat lakukan,00:14:22
00:14:22
dan Yehuwa dapat melakukan apa sahaja.00:14:25
00:14:25
Dia menyokong setiap seorang daripada hamba-Nya.00:14:29
00:14:29
Jadi, saya boleh yakin Yehuwa akan menyertai saya00:14:32
00:14:32
dan bantu saya memikul tanggungjawab baharu ini. 00:14:36
00:14:36
Saya pula rasa seperti Gideon semasa diberi tugasannya.00:14:40
00:14:40
Gideon datang dari keluarga yang biasa00:14:43
00:14:43
dan dia rasa ragu-ragu dengan kebolehannya.00:14:46
00:14:46
Tapi melalui satu malaikat, Yehuwa kata di Hakim-Hakim 6:14,00:14:54
00:15:04
Hakikatnya ialah dengan kekuatan sendiri,00:15:07
00:15:07
Gideon tidak dapat buat banyak.00:15:10
00:15:10
Jadi Yehuwa ingatkan dia,00:15:11
00:15:11
“Kamu lakukan saja apa yang kamu dapat,00:15:14
00:15:14
dan Saya akan buat yang selebihnya.”00:15:16
00:15:16
Sejujurnya, saya dan isteri rasa takut bila kami terima tugasan ini.00:15:22
00:15:22
Tapi kami mahu tiru Gideon dan buat apa yang kami mampu00:15:27
00:15:27
dan kami biarkan Yehuwa lakukan yang selebihnya.00:15:31
00:15:31
Ini bukan kerja manusia.00:15:33
00:15:33
Yehuwalah yang akan pastikan semuanya berjaya.00:15:36
00:15:36
Terima kasih.00:15:38
00:15:38
Saya ingat 30 tahun lalu waktu saya mula berkhidmat00:15:43
00:15:43
sebagai ahli Badan Pimpinan,00:15:45
00:15:45
saya juga ada perasaan yang sama.00:15:47
00:15:47
Saya yakin Yehuwa akan bantu kamu.00:15:50
00:15:50
Kami sungguh berbesar hati untuk berkhidmat bersama kamu00:15:55
00:15:55
dan mohon Yehuwa memberkati kamu berdua.00:15:59
00:15:59
Saudara saudari, kami mengasihi anda semua00:16:03
00:16:03
dan selalu berdoa untuk anda.00:16:06
00:16:06
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.00:16:12
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #7
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2024 #7
Selamat datang saudara saudari.
Sejak video yang lalu,
kita telah mengadakan dua konvensyen istimewa di Chile.
Lebih daripada 4,700 saudara saudari
dari 21 negara telah hadir dua konvensyen ini.
Lebih daripada 17,000 orang telah menghadirinya,
dan 123 orang dibaptis.
Para hadirin sangat tersentuh.
Salah seorangnya ialah Saudara Jonathan.
Dia kata,
“Kami merasai kasih yang melimpah yang anda tunjukkan
melalui sambutan mesra di lapangan terbang, aktiviti yang diaturkan,
hadiah-hadiah yang cantik, kawan-kawan yang pengasih di konvensyen,
dan sambutan mesra semasa di hotel.
Kami sangat terharu!
Kami bersyukur kepada Yehuwa atas pengalaman
yang sangat menggalakkan ini.”
Seorang saudari bernama Jessica kata,
“Kami rasa seperti kami sudah di dunia baru!
Terima kasih.”
Belakangan ini, banyak bencana alam telah
mempengaruhi saudara saudari kita.
Pada September, Ribut Boris membadai Eropah Tengah
dan membawa hujan lebat dan angin kencang.
Ratusan penyiar terpaksa berpindah dan telah diberikan
bantuan bencana.
Di kawasan lain,
misalnya bahagian selatan Afrika pula terus dilanda kemarau yang teruk.
Cawangan di Malawi, Mozambique, dan Zimbabwe telah mengedarkan
bekalan makanan untuk ribuan saudara saudari.
Pada hujung September dan awal Oktober,
Taufan Helene dan Milton membawa kemusnahan teruk
di bahagian tenggara Amerika Syarikat.
Akibatnya, banyak tempat dilanda tanah runtuh dan banjir.
Sedih sekali, tiga penyiar terkorban.
Lebih daripada 11,000 penyiar terpaksa berpindah.
Banyak bangunan rosak atau musnah, termasuk 17 Dewan Perjumpaan
dan lebih daripada 2,500 rumah penyiar.
Kita terus berdoa untuk rakan seiman yang terkesan akibat bencana,
dan kita ucap terima kasih kepada mereka yang
menyokong kerja bantuan bencana.
Kita turut menghargai sumbangan anda yang murah hati
yang bantu menampung keperluan saudara saudari yang
mengalami kesusahan.
Pada 27 September 2024, pihak berkuasa Eritrea menyerbu rumah
seorang Saksi semasa perjumpaan Kristian diadakan secara aman.
Pada mulanya, 24 saudara saudari ditangkap, termasuk 2 kanak-kanak.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibebaskan.
Serbuan ini berlaku hampir 30 tahun selepas perintah presiden Eritrea
dikeluarkan pada 1994 untuk membatalkan kewarganegaraan para Saksi.
Perintah ini masih berkuat kuasa.
Maka, ramai Saksi tidak dapat menjalani kehidupan biasa,
memiliki kerja atau perniagaan, mahupun hartanah.
Beberapa hari selepas serbuan itu, polis menahan dan
memenjarakan Saudari Letebrhan Tesfay yang berumur 85 tahun.
Dia ialah antara orang pertama di Eritrea yang belajar Bible
dengan para Saksi dan dibaptis pada 1957.
Lapan anaknya dan lapan orang cucunya juga menyembah Yehuwa.
Anak perempuannya Hadassa Zerisenay juga dipenjarakan bersamanya.
Saudari Saron Ghebru dan suaminya juga ditahan.
Saron mengandung kira-kira enam bulan.
Abangnya Henok ialah saudara yang dipenjarakan paling lama
di Eritrea buat masa sekarang.
Dia ditahan pertama kali pada Januari 2005.
Setakat 1 November, 64 rakan seiman kita dipenjarakan di Eritrea.
Kita terus berdoa untuk 223 saudara saudari yang dipenjarakan
di serata dunia kerana iman mereka.
Pada mesyuarat tahunan 5 Oktober 2024,
ada satu pengumuman yang sangat menarik.
Saudara Jody Jedele dan Jacob Rumph telah dilantik
sebagai ahli Badan Pimpinan.
Kami gembira mereka bersama kami hari ini.
Mari kita luangkan sedikit masa untuk mengenali mereka
dengan lebih baik.
Selamat datang saudara-saudara!
Kami ada beberapa soalan untuk tanya kamu.
Kami mahu tahu apa yang bantu kamu untuk memupuk
hubungan yang akrab dengan Yehuwa.
Apakah yang bantu kamu untuk mengenali Yehuwa
dan mahu berkhidmat kepada-Nya?
Saudara Jedele.
Saya dibesarkan dalam kebenaran.
Bapa saya dibaptis pada 1940-an dan dia setia sampai akhir hayatnya.
Ibu pula dibaptis pada 1950-an.
Kasih mereka kepada Yehuwa dan organisasi-Nya bantu saya dan
adik perempuan saya untuk bina hubungan yang akrab dengan Yehuwa.
Seraya saya membesar, saya sedar inilah kebenaran.
Tapi apa yang benar-benar meyakinkan saya inilah cara hidup yang terbaik
adalah kasih antara umat Yehuwa.
Saya ingat masa cuti, saudara saudari dari banyak tempat
akan menginjil di kawasan penyebaran yang belum ditugaskan
yang berdekatan dengan kami.
Kami tidak kenal mereka.
Tapi sebaik sahaja mereka tiba, kami seperti keluarga.
Kami rasai kasih ini kerana kami sembah Yehuwa.
Itulah yang saya selalu ingat.
Ibu bapa saya dibesarkan dalam kebenaran.
Tapi ibu saya tidak aktif, dan semasa membesar,
bapa saya juga bukan Saksi.
Jadi, kami tidak pernah bergaul banyak dengan sidang.
Walaupun begitu, ibu ada ajar kami kebenaran Bible yang asas.
Contohnya, saya tahu nama Tuhan ialah Yehuwa.
Saya hanya boleh berdoa kepada-Nya, dan bumi akan jadi Firdaus.
Sekali atau dua kali setahun, saya akan lawat nenek sebelah bapa saya,
dan dia seorang Saksi yang setia.
Nenek ada sifat-sifat Kristian yang baik,
dan ini buat saya rasa tertarik dan ingin tahu siapa itu Yehuwa.
Semasa saya 13 tahun, saya minta izin ibu untuk belajar Bible.
Saya fikir, “Kalau ini ialah kebenaran,
saya mahu jadi seorang Saksi-Saksi Yehuwa.
Kalau ini bukan kebenaran,
saya masih mahu jadi orang yang baik.”
Pada masa itu, sebenarnya ibu pun mahu kembali kepada Yehuwa.
Jadi kami sama-sama buat kemajuan.
Tidak lama selepas saya mula belajar,
saya sedar ini memang kebenaran yang saya cari.
Ibu menjadi aktif semula, dan sebulan kemudian,
saya jadi penyiar yang belum dibaptis.
Sekarang, seluruh keluarga saya dalam kebenaran,
dan mereka ialah teladan yang baik bagi saya.
Saudara Rumph, apa yang mendorong kamu
untuk menceburi khidmat sepenuh masa?
Bagi saya, teladan baik perintis yang matang
dan juga termasuk penyelia litar yang mengambil berat terhadap saya,
itu memberi kesan yang besar terhadap saya semasa membesar.
Saya nampak mereka sangat gembira dan selalu ada cerita
yang menarik untuk kongsi.
Mereka berkhidmat di tempat yang memerlukan bantuan
dan bahkan di luar negara.
Jadi, ini buat saya bermatlamat mahu jadi mubaligh.
Selepas tamat sekolah menengah, saya pun jadi perintis.
Cerita saya hampir sama juga.
Saya sangat digalakkan oleh teladan mereka yang
berkhidmat sepenuh masa.
Ibu bapa saya perintis, dan mereka terus merintis
sehingga kami adik-beradik lahir.
Ibu saya kemudiannya dapat merintis semula sampai hari ini.
Semasa cuti, kami sekeluarga akan jadi perintis sokongan.
Kami juga suka menginjil bersama penyelia litar,
dan kadangkala kami lawat Bethel.
Semua aktiviti ini bantu saya lihat khidmat sepenuh masa
ialah cara hidup yang terbaik.
Selepas tamat sekolah, saya mula merintis dan kemudian dijemput
ke Bethel semasa umur 19 tahun.
Adik saya dan suaminya juga berkhidmat di Bethel.
Apakah beberapa tugasan yang telah kamu buat
dan manfaat yang kamu raih?
Saya ditugaskan ke Bahagian Pembersihan di Bethel Wallkill
dan saya gembira dapat kerja bersama saudara saudari.
Saya perlu kerja dengan team yang berbeza
dan buat kerja yang berlainan.
Jadi semua ini bantu saya untuk fleksibel supaya kerja dapat siap.
Sekitar dua tahun setengah kemudian,
saya pindah ke bahagian lain dan bantu urus hal-hal kakitangan
dan perubatan.
Saya juga dapat bantu para mubaligh dalam soal perubatan.
Selepas Damaris dan saya berkahwin,
kami berpindah ke Bethel Brooklyn dan tugasan saya masih sama.
Tapi pada 2005, kami meninggalkan Bethel untuk jaga ibu bapa kami.
Kami berdua merintis, dan saya bantu dalam
Jawatankuasa Perhubungan Hospital dan Pembinaan Serantau.
Lapan tahun kemudian, kami kembali ke Bethel untuk bantu dalam
projek pembinaan di Warwick selama dua minggu,
tapi kami masih di sini sampai sekarang.
Pada 2015, kami pindah ke Paterson dan kerja
di Bahagian Rekaan dan Pembinaan Tempatan, atau LDC.
Pada 2018, LDC pindah ke Wallkill.
Jadi akhirnya, kami balik lagi ke Wallkill.
Kemudian pada 2021, saya ditugaskan ke Bahagian Maklumat Hospital.
Tahun seterusnya, saya berpindah ke Warwick untuk bantu
dalam Bahagian Khidmat Maklumat Hospital.
Dalam setiap tugasan yang saya terima,
saya berpeluang untuk belajar daripada saudara dan saudari yang matang.
Para saudara yang memikul tanggungjawab yang berat
selalu baik hati dan rendah hati.
Mereka sudi kongsi ilmu mereka dengan kami,
dan saya sangat digalakkan oleh teladan mereka.
Semasa kami di luar Bethel,
kami dapat lihat ibu bapa yang bekerja keras
untuk besarkan anak mereka dalam kebenaran,
dan semangat saudara saudari untuk menyokong kegiatan rohani.
Saya sangat menghargai teladan baik mereka.
Bagi saya pula, semasa konvensyen 1998,
ada satu ceramah yang sebut tentang beberapa negara yang
ada keperluan untuk lebih banyak perintis,
dan salah satunya ialah Ecuador.
Jadi saya berdoa tentangnya, fikir tentang situasi sendiri,
buat penyelidikan, dan selepas konvensyen itu,
saya tulis kepada cawangan Ecuador untuk minta maklumat.
Saya pun lawat Ecuador, dan selepas itu, dengan bantuan Yehuwa,
saya dapat pindah ke sana.
Kawasan penyebaran di sana sangat subur
dan ada banyak orang yang sedang mencari kebenaran.
Impian saya untuk jadi mubaligh seolah-olah menjadi nyata.
Tapi bagi saya, berkat yang terbesar ialah
saya berpeluang jumpa bakal isteri saya, Inga.
Selepas kahwin, kami terus berkhidmat di Ecuador,
dan beberapa tahun kemudian, kami dilantik sebagai perintis khas
dan juga membantu dalam kerja litar.
Antara kawasan yang ditugaskan kepada kami ialah
sidang-sidang di kawasan hutan Amazon, dan itu sangat menarik.
Pada 2011, kami terkejut kerana dijemput ke kelas Gilead yang ke-132.
Ini penghormatan yang besar bagi kami.
Selepas Gilead, kehidupan kami mengalami banyak perubahan.
Kami dapat berkhidmat di banyak tempat di seluas dunia
dan melakukan pelbagai tugasan.
Apa yang kami belajar ialah tidak kira apa tugasan
yang Yehuwa beri kepada kami,
kami mahu berpuas hati dan lakukan yang terbaik setiap hari.
Jangan terlalu risau tentang apa yang kami tidak boleh kawal.
Dan satu lagi perkara ialah apa yang membuat tugasan kami istimewa
bukanlah tempat, tetapi orang di sana.
Kami sangat mengasihi saudara saudari di tempat-tempat itu.
Apakah ayat Bible yang menguatkan kamu untuk pikul tugasan baru ini?
Saya terfikir tentang contoh Yosua dan apa yang Yehuwa
beritahu dia semasa dia menerima tugasan yang baharu.
Yosua ialah seorang hamba Yehuwa yang sangat berani.
Dia telah menyeberangi Laut Merah,
memimpin orang Israel melawan orang Amalek,
menjadi seorang pengintip,
dan dia bantu Musa selama bertahun-tahun dalam
banyak situasi yang susah.
Walaupun Yosua sudah tunjukkan keberanian,
Yehuwa kata di Yosua 1:9,
“Sesungguhnya Aku memerintahkan engkau:
Hendaklah engkau berani dan teguh.
Janganlah berasa takut atau gentar.”
Yehuwa ingatkan Yosua bahawa
dia dapat memikul tanggungjawab barunya dengan berkata,
“kerana Aku, Yehuwa, ialah Tuhanmu
yang akan menyertaimu ke mana sahaja engkau pergi.”
Itulah pengajarannya.
Yehuwa menyertai kita dalam tugasan baharu kita.
Apabila saya mengenang kembali cara Yehuwa telah bantu saya dulu,
saya yakin Dia juga akan bantu saya sekarang.
Saya juga suka kata-kata Yehuwa bahawa Dia akan menyertai Yosua.
Yehuwa sendiri mahu tolong dia.
Yehuwa tidak pernah berubah.
Ini bukan tentang kebolehan saya,
tapi tentang apa yang Yehuwa dapat lakukan,
dan Yehuwa dapat melakukan apa sahaja.
Dia menyokong setiap seorang daripada hamba-Nya.
Jadi, saya boleh yakin Yehuwa akan menyertai saya
dan bantu saya memikul tanggungjawab baharu ini.
Saya pula rasa seperti Gideon semasa diberi tugasannya.
Gideon datang dari keluarga yang biasa
dan dia rasa ragu-ragu dengan kebolehannya.
Tapi melalui satu malaikat, Yehuwa kata di Hakim-Hakim 6:14,
Hakikatnya ialah dengan kekuatan sendiri,
Gideon tidak dapat buat banyak.
Jadi Yehuwa ingatkan dia,
“Kamu lakukan saja apa yang kamu dapat,
dan Saya akan buat yang selebihnya.”
Sejujurnya, saya dan isteri rasa takut bila kami terima tugasan ini.
Tapi kami mahu tiru Gideon dan buat apa yang kami mampu
dan kami biarkan Yehuwa lakukan yang selebihnya.
Ini bukan kerja manusia.
Yehuwalah yang akan pastikan semuanya berjaya.
Terima kasih.
Saya ingat 30 tahun lalu waktu saya mula berkhidmat
sebagai ahli Badan Pimpinan,
saya juga ada perasaan yang sama.
Saya yakin Yehuwa akan bantu kamu.
Kami sungguh berbesar hati untuk berkhidmat bersama kamu
dan mohon Yehuwa memberkati kamu berdua.
Saudara saudari, kami mengasihi anda semua
dan selalu berdoa untuk anda.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.
-