00:00:01
Selamat datang, saudara saudari.00:00:03
00:00:03
Sebagai permulaan, kita akan kongsi00:00:05
00:00:05
beberapa laporan tentang kerja bantuan bencana00:00:09
00:00:09
yang dilakukan di beberapa tempat.00:00:11
00:00:12
Pada Januari 2025, kebakaran liar telah melanda California.00:00:17
00:00:17
Lebih daripada 1,100 penyiar terpaksa berpindah.00:00:20
00:00:20
Setakat 23 Januari, 91 rumah saudara saudari00:00:25
00:00:25
telah musnah dan 48 lagi telah mengalami kerosakan.00:00:30
00:00:30
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.00:00:33
00:00:33
Penyelia litar dan penatua tempatan sedang00:00:36
00:00:36
memberikan sokongan rohani dan bantuan00:00:39
00:00:39
kepada mereka yang terjejas.00:00:42
00:00:42
Belakangan ini, saudara saudari di Cuba00:00:45
00:00:45
bukan sahaja mengalami taufan, tetapi juga gempa bumi.00:00:49
00:00:49
Sekitar 500 rumah penyiar telah rosak atau musnah.00:00:54
00:00:54
Beberapa Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan00:00:58
00:00:58
untuk menyediakan keperluan rakan seiman00:01:01
00:01:01
dan membantu membaiki rumah mereka.00:01:05
00:01:05
Selain itu, sekitar 130 penyiar di Mayotte00:01:10
00:01:10
yang terletak di bahagian timur Afrika00:01:13
00:01:13
menghadapi banyak masalah termasuk kekurangan air,00:01:17
00:01:17
inflasi, dan perang.00:01:19
00:01:19
Kemudian pada Disember 2024,00:01:22
00:01:22
Taufan Chido melanda dan merosakkan jalan raya,00:01:26
00:01:26
menyebabkan bekalan elektrik terputus,00:01:28
00:01:28
dan penduduk tidak dapat menggunakan telefon atau Internet.00:01:32
00:01:32
36 rumah penyiar telah rosak atau musnah00:01:36
00:01:36
dan 2 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk.00:01:39
00:01:39
Cawangan Perancis menghantar lapan saudara saudari ke Mayotte,00:01:43
00:01:43
termasuk seorang penyelia litar00:01:45
00:01:44
dan seorang Saksi yang merupakan doktor.00:01:47
00:01:47
Mereka bawa bantuan bekalan keperluan00:01:49
00:01:49
dan tiba di sana pada 26 Disember.00:01:53
00:01:53
Pada 13 Januari, satu lagi bencana,00:01:56
00:01:56
iaitu ribut tropika,00:01:58
00:01:58
telah melanda Mayotte sekali lagi.00:02:00
00:02:00
Sebenarnya, Mozambique juga terkesan oleh Taufan Chido00:02:04
00:02:04
yang berlaku pada bulan Disember.00:02:06
00:02:06
28 rumah penyiar dan 2 tempat perjumpaan00:02:10
00:02:10
telah rosak atau musnah.00:02:13
00:02:13
Beberapa kawasan di Mozambique juga mengalami00:02:15
00:02:15
kemarau dan pergolakan.00:02:18
00:02:18
Teruslah berdoa untuk saudara saudari kita yang00:02:21
00:02:21
sedang menderita akibat bencana alam di merata tempat.00:02:25
00:02:25
Kami juga ingin melafazkan penghargaan kepada00:02:28
00:02:28
cawangan tempatan dan saudara saudari yang00:02:31
00:02:31
berusaha menyokong kerja bantuan bencana.00:02:34
00:02:34
Terima kasih juga atas sumbangan anda yang murah hati.00:02:38
00:02:38
Sokongan anda kepada kerja sedunia00:02:40
00:02:40
membolehkan semua ini untuk dilakukan.00:02:43
00:02:43
Pada 6 Disember 2024, mahkamah Rusia mensabitkan00:02:48
00:02:48
empat saudari kita atas dakwaan melakukan00:02:51
00:02:51
kegiatan ekstremis.00:02:53
00:02:53
Sebenarnya mereka hanya bertemu untuk00:02:56
00:02:56
membincangkan Bible secara aman.00:02:58
00:02:58
Saudari kita telah dijatuhkan hukuman buruh paksa00:03:01
00:03:01
lebih daripada dua tahun.00:03:03
00:03:04
Mereka telah membuat rayuan untuk kes mereka.00:03:07
00:03:07
Selama enam tahun, empat saudari ini dan00:03:11
00:03:11
keluarga mereka telah dianiaya oleh pihak berkuasa.00:03:15
00:03:15
Suami kepada tiga saudari kita sedang00:03:18
00:03:18
menjalankan hukuman penjara mereka.00:03:20
00:03:22
Pada 18 Disember 2024, Saudara Arslan Vepayev00:03:27
00:03:27
yang berumur 21 tahun dari Turkmenistan telah00:03:31
00:03:31
dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana00:03:34
00:03:34
enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani.00:03:39
00:03:39
Pada 8 Januari 2025, mahkamah rayuan tetap00:03:43
00:03:43
mensabitkan Saudara Arslan tetapi menukar hukumannya00:03:47
00:03:47
kepada hukuman buruh paksa dua tahun.00:03:50
00:03:50
Kini, Saudara Arslan telah dibebaskan dan00:03:53
00:03:53
dapat bersatu semula dengan keluarganya.00:03:56
00:03:56
Anda mungkin ingat di Eritrea, 23 penyiar ditahan00:04:00
00:04:00
pada September 2024.00:04:03
00:04:03
Antara mereka termasuk Saudari Mizan Gebreyesus,00:04:06
00:04:06
yang berumur 82 tahun.00:04:09
00:04:09
Kami gembira untuk mengumumkan Saudari Mizan00:04:13
00:04:13
telah dibebaskan pada 15 Januari 2025,00:04:17
00:04:17
dan kini dapat menerima rawatan yang diperlukan.00:04:20
00:04:20
Seperti yang dilaporkan dalam video yang lalu,00:04:24
00:04:24
Saudari Saron Ghebru dibebaskan pada 7 Disember.00:04:28
00:04:28
Kami sungguh gembira saudari kita telah pun00:04:32
00:04:32
melahirkan seorang anak perempuan dan mereka berdua sihat.00:04:36
00:04:36
Teruslah berdoa untuk lebih daripada 235 saudara saudari kita00:04:42
00:04:42
yang sedang dipenjarakan kerana iman mereka.00:04:46
00:04:46
Walaupun menghadapi bencana dan penganiayaan,00:04:50
00:04:50
saudara saudari kita tetap berusaha dengan gigih.00:04:54
00:04:54
Dua Timotius 4:5 kata,00:04:57
00:05:08
Paulus menggalakkan kita untuk hadapi cabaran00:05:11
00:05:11
dengan tabah dan “melaksanakan tugas” untuk menginjil00:05:15
00:05:15
dan menyokong rakan seiman.00:05:17
00:05:17
Mari kita lihat beberapa aturan yang telah dibuat00:05:21
00:05:20
untuk bantu kita capai matlamat ini.00:05:23
00:05:23
Di serata dunia,00:05:25
00:05:25
Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik00:05:27
00:05:27
sedang diadakan tahun ini.00:05:29
00:05:29
Sekolah ini melatih penyelia litar, penatua, dan00:05:33
00:05:33
pembantu sidang agar dapat terus mencerminkan00:05:36
00:05:36
sifat-sifat Yehuwa dengan lebih teliti dan melatih00:05:41
00:05:41
mereka untuk menjaga sidang dengan lebih baik.00:05:45
00:05:45
Dan ada satu perubahan yang menarik.00:05:47
00:05:47
Isteri saudara terlantik yang telah dibaptis00:05:50
00:05:50
dijemput untuk dengar dua ceramah terakhir00:05:53
00:05:53
bersama suami mereka.00:05:56
00:05:56
Ada satu lagi aturan baik yang dibuat,00:05:59
00:05:59
iaitu beberapa seminar diadakan untuk melatih00:06:03
00:06:02
Bahagian Maklumat Hospital di setiap cawangan.00:06:06
00:06:06
Cawangan pula akan melatih Jawatankuasa Perhubungan Hospital,00:06:10
00:06:10
atau HLC, di kawasan mereka.00:06:13
00:06:13
Latihan ini bantu para saudara beri kelegaan00:06:16
00:06:16
yang diperlukan dan melengkapi mereka untuk00:06:19
00:06:19
cari rawatan tanpa darah yang terbaik dan00:06:22
00:06:22
yang tersedia di kawasan mereka.00:06:24
00:06:24
Kami ucapkan terima kasih kepada lebih daripada00:06:27
00:06:27
50,000 saudara di serata dunia yang membantu00:06:31
00:06:31
dalam HLC atau Kumpulan Melawat Pesakit.00:06:35
00:06:35
Satu lagi berkat yang kita terima ialah00:06:38
00:06:38
ciri baharu dalam JW Library.00:06:40
00:06:40
Ciri ini bantu kita buat penyelidikan00:06:43
00:06:43
dengan lebih mudah semasa baca Bible.00:06:46
00:06:46
Mari kita lihat.00:06:47
00:06:48
Beberapa ciri baharu telah ditambah supaya00:06:51
00:06:51
pengguna JW Library dapat buat penyelidikan00:06:54
00:06:54
semasa membaca Bible.00:06:56
00:06:56
Contohnya, jika anda buka Lukas 2,00:06:59
00:06:59
tetingkap pembelajaran akan menunjukkan semua00:07:03
00:07:03
bahan rujukan bagi bab itu. 00:07:05
00:07:05
Jika anda ingin lihat bahan untuk satu ayat,00:07:09
00:07:09
klik pada ayat itu00:07:10
00:07:10
dan kemudian, klik pada ikon permata untuk00:07:13
00:07:13
lihat bahan rujukannya.00:07:15
00:07:15
Mula-mula, anda akan lihat nota peribadi00:07:18
00:07:18
diikuti dengan bahan rujukan daripada00:07:21
00:07:21
Bible edisi pembelajaran, video, rujukan silang,00:07:25
00:07:25
dan nota kaki.00:07:26
00:07:26
Selain itu, setiap bahan daripada Panduan Penyelidikan00:07:31
00:07:31
akan disenaraikan.00:07:32
00:07:32
Dengan itu, anda dapat cari bahan yang sesuai00:07:35
00:07:35
dan yang tersedia dalam bahasa anda.00:07:38
00:07:38
Adakah anda mahu cari maklumat daripada siri rencana,00:07:42
00:07:42
majalah Menara Pengawal,00:07:44
00:07:44
atau maklumat daripada buku-buku lain?00:07:48
00:07:48
Semua bahan rujukan bermula dari tahun 1986 hingga00:07:52
00:07:52
sekarang akan ditunjukkan.00:07:54
00:07:54
Pastikan anda baca dari bahan terkini untuk dapatkan00:07:58
00:07:58
maklumat yang tepat dan pemahaman Bible yang terkini.00:08:01
00:08:02
Gunakanlah ciri baharu ini untuk lebih memahami00:08:06
00:08:05
ayat-ayat Bible dan menyediakan komen bagi perjumpaan.00:08:10
00:08:10
Kita bersyukur ada alat-alat seperti JW Library00:08:14
00:08:14
yang bantu kita melaksanakan tugas kita dengan sepenuhnya.00:08:19
00:08:20
Satu lagi alat yang sangat baik ialah brosur00:08:23
00:08:23
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus.00:08:27
00:08:27
Alat ini bantu kita jadi penginjil yang lebih mahir,00:08:31
00:08:31
tunjukkan minat, dan membuat penyesuaian00:08:33
00:08:33
agar dapat mulakan perbualan semasa menginjil.00:08:37
00:08:38
Mengapakah penting untuk belajar cara memulakan perbualan?00:08:42
00:08:42
Sebab kemahiran ini dapat bantu kita menjadikan00:08:46
00:08:46
orang pengikut Yesus Kristus.00:08:48
00:08:48
Kita mahu ajar mereka tentang Yehuwa, Tuhan kita yang pengasih.00:08:53
00:08:53
Tapi saudara saudari, pernahkah anda rasa susah00:08:57
00:08:57
kerana anda tidak tahu apa yang anda mahu cakap?00:09:01
00:09:01
Ini lebih mencabar terutamanya semasa menginjil00:09:04
00:09:04
dari rumah ke rumah.00:09:05
00:09:05
Apakah yang dapat bantu kita mulakan perbualan00:09:08
00:09:08
dengan orang lain?00:09:10
00:09:10
Brosur Kasihi Orang ada lampiran yang bertajuk00:09:13
00:09:13
“Kebenaran yang Kita Suka Kongsikan”00:09:16
00:09:16
yang mengandungi kebenaran asas seperti00:09:19
00:09:19
“Tuhan ada nama,”00:09:20
00:09:20
“Tuhan lihat penderitaan anda dan Dia ingin membantu anda,”00:09:24
00:09:24
“Orang tersayang kita yang sudah mati akan dibangkitkan.”00:09:27
00:09:27
Bagaimanakah kita dapat guna topik-topik ini semasa menginjil?00:09:32
00:09:32
Bahagian lampiran kata,00:09:34
00:09:47
Saya mahu kongsi satu contoh kepada anda.00:09:50
00:09:50
Di sesetengah tempat, anda boleh memperkenalkan diri dulu.00:09:54
00:09:54
Kemudian, anda boleh tanya penghuni rumah,00:09:57
00:09:57
“Pernahkah anda dengar tentang nama Tuhan?”00:10:00
00:10:00
lalu anda boleh kongsikan ayat-ayat Bible dalam lampiran.00:10:04
00:10:04
Ini salah satu cadangan yang kita boleh terapkan.00:10:08
00:10:08
Tapi ingatlah, kita mahu fikir tentang penghuni rumah itu00:10:12
00:10:12
dan pilih kebenaran yang sesuai00:10:14
00:10:14
dan yang mungkin dia minat.00:10:16
00:10:16
Dalam lampiran ada 34 kebenaran00:10:19
00:10:19
yang kita boleh kongsi.00:10:21
00:10:21
Untuk menggunakannya dengan lebih efektif,00:10:23
00:10:23
kita perlu luangkan masa untuk biasakan diri00:10:27
00:10:27
dengan kebenaran dan ayat-ayat Bible00:10:29
00:10:29
di bahagian lampiran ini.00:10:31
00:10:31
Barulah kita dapat kongsi sesuatu yang00:10:34
00:10:34
benar-benar bermanfaat kepada orang lain.00:10:37
00:10:37
Mungkin kita dapat belajar dan berlatih00:10:40
00:10:40
semasa melakukan penyembahan keluarga.00:10:43
00:10:43
Cara ini baik kerana anak-anak pun dapat belajar00:10:46
00:10:46
kebenaran asas ini dan membela iman mereka.00:10:50
00:10:50
Mari kita lihat satu contoh.00:10:52
00:10:53
Bagus.00:10:54
00:10:54
Kamu masih ingat ayat yang kita belajar minggu lalu.00:10:57
00:10:57
Apa yang kita mahu buat ialah belajar semua kebenaran ini.00:11:02
00:11:02
Jadi hari ini, kita akan belajar satu lagi kebenaran.00:11:07
00:11:07
Apa ayat Bible yang ajar Tuhan ada nama?00:11:11
00:11:11
OK, Lia.00:11:13
00:11:13
Mazmur 83 . . . ayat . . .00:11:19
00:11:19
Kalau tidak ingat, tidak apa Lia.00:11:22
00:11:22
Kamu boleh lihat sini, di bawah tajuk “Tuhan.”00:11:25
00:11:25
Saya tahu!00:11:26
00:11:26
Mazmur 83:18.00:11:30
00:11:30
Sangat bagus Lia.00:11:31
00:11:31
Apa ayat itu kata?00:11:33
00:11:34
“Hendaklah orang tahu bahawa Engkau,00:11:38
00:11:38
yang bernama Yehuwa, 00:11:40
00:11:40
ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi00:11:46
00:11:46
di seluruh bumi.”00:11:48
00:11:48
Sangat baik.00:11:49
00:11:49
Bagus cara Lia baca.00:11:52
00:11:52
Orang dapat faham isi penting ayat itu.00:11:54
00:11:55
Ya, Alba.00:11:56
00:11:56
Saya suka Yeremia 10:10.00:11:58
00:11:58
Bagus.00:12:00
00:12:00
Apakah kata-kata dalam ayat itu yang ajar kebenaran ini?00:12:04
00:12:04
Sini kata, “Yehuwa ialah Tuhan yang benar.”00:12:08
00:12:08
Sangat baik.00:12:09
00:12:09
Bagaimanakah kita boleh guna ayat-ayat itu00:12:12
00:12:12
untuk ajar kebenaran ini: “Tuhan ada nama”?00:12:16
00:12:17
Alba mahu jawab dulu?00:12:18
00:12:18
Saya akan tanya,00:12:20
00:12:20
“Kamu pernah dengarkah Tuhan ada nama?”00:12:23
00:12:23
Ya, bagus.00:12:24
00:12:24
Selepas itu pula?00:12:26
00:12:26
Saya akan tunjuk Mazmur 83:18.00:12:29
00:12:29
Sangat bagus.00:12:31
00:12:31
Semua ini kebenaran dan ayat Bible yang kita suka kongsi00:12:35
00:12:35
dan kamu dua sudah belajar dan gunakannya dengan baik.00:12:38
00:12:41
Saya rasa orang muda00:12:43
00:12:43
dan yang berjiwa muda00:12:46
00:12:46
pun akan suka belajar dengan cara ini.00:12:49
00:12:49
Mungkin kita boleh latih dengan kawan-kawan.00:12:52
00:12:52
Semakin banyak kita berlatih,00:12:54
00:12:54
semakin mudah kita menggunakannya00:12:56
00:12:56
untuk mulakan perbualan00:12:58
00:12:58
dan ajar kebenaran Bible.00:13:00
00:13:00
Kita juga dapat buat persiapan dengan mengikut00:13:03
00:13:03
cadangan dari pelajaran 1 brosur Kasihi Orang.00:13:07
00:13:07
Poin 3 galakkan kita untuk renungkan apa yang sedang00:13:10
00:13:10
difikirkan orang di kawasan kita.00:13:12
00:13:12
Tanyalah diri,00:13:14
00:13:21
Kemudian kita boleh tanya diri,00:13:23
00:13:23
“Kebenaran yang manakah sesuai untuk dikongsikan?”00:13:26
00:13:26
Dengan membuat penyesuaian,00:13:28
00:13:28
kita sedang tiru teladan Paulus.00:13:31
00:13:31
Di 1 Korintus 9:22, 23, dia kata,00:13:35
00:13:51
Itulah matlamat kita:00:13:53
00:13:53
Untuk mulakan perbualan dengan orang00:13:55
00:13:55
dengan menggunakan topik yang menarik minat mereka.00:13:58
00:13:58
Ya saudara saudari,00:14:00
00:14:00
dengan berbuat demikian,00:14:01
00:14:01
kita sedang ‘melakukan apa saja yang terdaya00:14:04
00:14:04
untuk bantu segala macam orang supaya dengan00:14:08
00:14:08
segala cara kita dapat menyelamatkan beberapa orang.’00:14:12
00:14:12
Semoga Yehuwa memberkati usaha kita untuk saling00:14:15
00:14:15
menyokong dan “berganding bahu” dalam khidmat-Nya.00:14:19
00:14:19
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua.00:14:23
00:14:23
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:14:27
00:14:27
inilah Siaran JW.00:14:29
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #1
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #1
Selamat datang, saudara saudari.
Sebagai permulaan, kita akan kongsi
beberapa laporan tentang kerja bantuan bencana
yang dilakukan di beberapa tempat.
Pada Januari 2025, kebakaran liar telah melanda California.
Lebih daripada 1,100 penyiar terpaksa berpindah.
Setakat 23 Januari, 91 rumah saudara saudari
telah musnah dan 48 lagi telah mengalami kerosakan.
Satu Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.
Penyelia litar dan penatua tempatan sedang
memberikan sokongan rohani dan bantuan
kepada mereka yang terjejas.
Belakangan ini, saudara saudari di Cuba
bukan sahaja mengalami taufan, tetapi juga gempa bumi.
Sekitar 500 rumah penyiar telah rosak atau musnah.
Beberapa Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan
untuk menyediakan keperluan rakan seiman
dan membantu membaiki rumah mereka.
Selain itu, sekitar 130 penyiar di Mayotte
yang terletak di bahagian timur Afrika
menghadapi banyak masalah termasuk kekurangan air,
inflasi, dan perang.
Kemudian pada Disember 2024,
Taufan Chido melanda dan merosakkan jalan raya,
menyebabkan bekalan elektrik terputus,
dan penduduk tidak dapat menggunakan telefon atau Internet.
36 rumah penyiar telah rosak atau musnah
dan 2 Dewan Perjumpaan mengalami kerosakan teruk.
Cawangan Perancis menghantar lapan saudara saudari ke Mayotte,
termasuk seorang penyelia litar
dan seorang Saksi yang merupakan doktor.
Mereka bawa bantuan bekalan keperluan
dan tiba di sana pada 26 Disember.
Pada 13 Januari, satu lagi bencana,
iaitu ribut tropika,
telah melanda Mayotte sekali lagi.
Sebenarnya, Mozambique juga terkesan oleh Taufan Chido
yang berlaku pada bulan Disember.
28 rumah penyiar dan 2 tempat perjumpaan
telah rosak atau musnah.
Beberapa kawasan di Mozambique juga mengalami
kemarau dan pergolakan.
Teruslah berdoa untuk saudara saudari kita yang
sedang menderita akibat bencana alam di merata tempat.
Kami juga ingin melafazkan penghargaan kepada
cawangan tempatan dan saudara saudari yang
berusaha menyokong kerja bantuan bencana.
Terima kasih juga atas sumbangan anda yang murah hati.
Sokongan anda kepada kerja sedunia
membolehkan semua ini untuk dilakukan.
Pada 6 Disember 2024, mahkamah Rusia mensabitkan
empat saudari kita atas dakwaan melakukan
kegiatan ekstremis.
Sebenarnya mereka hanya bertemu untuk
membincangkan Bible secara aman.
Saudari kita telah dijatuhkan hukuman buruh paksa
lebih daripada dua tahun.
Mereka telah membuat rayuan untuk kes mereka.
Selama enam tahun, empat saudari ini dan
keluarga mereka telah dianiaya oleh pihak berkuasa.
Suami kepada tiga saudari kita sedang
menjalankan hukuman penjara mereka.
Pada 18 Disember 2024, Saudara Arslan Vepayev
yang berumur 21 tahun dari Turkmenistan telah
dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana
enggan menyertai khidmat tentera atas dasar hati nurani.
Pada 8 Januari 2025, mahkamah rayuan tetap
mensabitkan Saudara Arslan tetapi menukar hukumannya
kepada hukuman buruh paksa dua tahun.
Kini, Saudara Arslan telah dibebaskan dan
dapat bersatu semula dengan keluarganya.
Anda mungkin ingat di Eritrea, 23 penyiar ditahan
pada September 2024.
Antara mereka termasuk Saudari Mizan Gebreyesus,
yang berumur 82 tahun.
Kami gembira untuk mengumumkan Saudari Mizan
telah dibebaskan pada 15 Januari 2025,
dan kini dapat menerima rawatan yang diperlukan.
Seperti yang dilaporkan dalam video yang lalu,
Saudari Saron Ghebru dibebaskan pada 7 Disember.
Kami sungguh gembira saudari kita telah pun
melahirkan seorang anak perempuan dan mereka berdua sihat.
Teruslah berdoa untuk lebih daripada 235 saudara saudari kita
yang sedang dipenjarakan kerana iman mereka.
Walaupun menghadapi bencana dan penganiayaan,
saudara saudari kita tetap berusaha dengan gigih.
Dua Timotius 4:5 kata,
Paulus menggalakkan kita untuk hadapi cabaran
dengan tabah dan “melaksanakan tugas” untuk menginjil
dan menyokong rakan seiman.
Mari kita lihat beberapa aturan yang telah dibuat
untuk bantu kita capai matlamat ini.
Di serata dunia,
Sekolah Bible untuk Saudara Terlantik
sedang diadakan tahun ini.
Sekolah ini melatih penyelia litar, penatua, dan
pembantu sidang agar dapat terus mencerminkan
sifat-sifat Yehuwa dengan lebih teliti dan melatih
mereka untuk menjaga sidang dengan lebih baik.
Dan ada satu perubahan yang menarik.
Isteri saudara terlantik yang telah dibaptis
dijemput untuk dengar dua ceramah terakhir
bersama suami mereka.
Ada satu lagi aturan baik yang dibuat,
iaitu beberapa seminar diadakan untuk melatih
Bahagian Maklumat Hospital di setiap cawangan.
Cawangan pula akan melatih Jawatankuasa Perhubungan Hospital,
atau HLC, di kawasan mereka.
Latihan ini bantu para saudara beri kelegaan
yang diperlukan dan melengkapi mereka untuk
cari rawatan tanpa darah yang terbaik dan
yang tersedia di kawasan mereka.
Kami ucapkan terima kasih kepada lebih daripada
50,000 saudara di serata dunia yang membantu
dalam HLC atau Kumpulan Melawat Pesakit.
Satu lagi berkat yang kita terima ialah
ciri baharu dalam JW Library.
Ciri ini bantu kita buat penyelidikan
dengan lebih mudah semasa baca Bible.
Mari kita lihat.
Beberapa ciri baharu telah ditambah supaya
pengguna JW Library dapat buat penyelidikan
semasa membaca Bible.
Contohnya, jika anda buka Lukas 2,
tetingkap pembelajaran akan menunjukkan semua
bahan rujukan bagi bab itu.
Jika anda ingin lihat bahan untuk satu ayat,
klik pada ayat itu
dan kemudian, klik pada ikon permata untuk
lihat bahan rujukannya.
Mula-mula, anda akan lihat nota peribadi
diikuti dengan bahan rujukan daripada
Bible edisi pembelajaran, video, rujukan silang,
dan nota kaki.
Selain itu, setiap bahan daripada Panduan Penyelidikan
akan disenaraikan.
Dengan itu, anda dapat cari bahan yang sesuai
dan yang tersedia dalam bahasa anda.
Adakah anda mahu cari maklumat daripada siri rencana,
majalah Menara Pengawal,
atau maklumat daripada buku-buku lain?
Semua bahan rujukan bermula dari tahun 1986 hingga
sekarang akan ditunjukkan.
Pastikan anda baca dari bahan terkini untuk dapatkan
maklumat yang tepat dan pemahaman Bible yang terkini.
Gunakanlah ciri baharu ini untuk lebih memahami
ayat-ayat Bible dan menyediakan komen bagi perjumpaan.
Kita bersyukur ada alat-alat seperti JW Library
yang bantu kita melaksanakan tugas kita dengan sepenuhnya.
Satu lagi alat yang sangat baik ialah brosur
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus.
Alat ini bantu kita jadi penginjil yang lebih mahir,
tunjukkan minat, dan membuat penyesuaian
agar dapat mulakan perbualan semasa menginjil.
Mengapakah penting untuk belajar cara memulakan perbualan?
Sebab kemahiran ini dapat bantu kita menjadikan
orang pengikut Yesus Kristus.
Kita mahu ajar mereka tentang Yehuwa, Tuhan kita yang pengasih.
Tapi saudara saudari, pernahkah anda rasa susah
kerana anda tidak tahu apa yang anda mahu cakap?
Ini lebih mencabar terutamanya semasa menginjil
dari rumah ke rumah.
Apakah yang dapat bantu kita mulakan perbualan
dengan orang lain?
Brosur Kasihi Orang ada lampiran yang bertajuk
“Kebenaran yang Kita Suka Kongsikan”
yang mengandungi kebenaran asas seperti
“Tuhan ada nama,”
“Tuhan lihat penderitaan anda dan Dia ingin membantu anda,”
“Orang tersayang kita yang sudah mati akan dibangkitkan.”
Bagaimanakah kita dapat guna topik-topik ini semasa menginjil?
Bahagian lampiran kata,
Saya mahu kongsi satu contoh kepada anda.
Di sesetengah tempat, anda boleh memperkenalkan diri dulu.
Kemudian, anda boleh tanya penghuni rumah,
“Pernahkah anda dengar tentang nama Tuhan?”
lalu anda boleh kongsikan ayat-ayat Bible dalam lampiran.
Ini salah satu cadangan yang kita boleh terapkan.
Tapi ingatlah, kita mahu fikir tentang penghuni rumah itu
dan pilih kebenaran yang sesuai
dan yang mungkin dia minat.
Dalam lampiran ada 34 kebenaran
yang kita boleh kongsi.
Untuk menggunakannya dengan lebih efektif,
kita perlu luangkan masa untuk biasakan diri
dengan kebenaran dan ayat-ayat Bible
di bahagian lampiran ini.
Barulah kita dapat kongsi sesuatu yang
benar-benar bermanfaat kepada orang lain.
Mungkin kita dapat belajar dan berlatih
semasa melakukan penyembahan keluarga.
Cara ini baik kerana anak-anak pun dapat belajar
kebenaran asas ini dan membela iman mereka.
Mari kita lihat satu contoh.
Bagus.
Kamu masih ingat ayat yang kita belajar minggu lalu.
Apa yang kita mahu buat ialah belajar semua kebenaran ini.
Jadi hari ini, kita akan belajar satu lagi kebenaran.
Apa ayat Bible yang ajar Tuhan ada nama?
OK, Lia.
Mazmur 83 . . . ayat . . .
Kalau tidak ingat, tidak apa Lia.
Kamu boleh lihat sini, di bawah tajuk “Tuhan.”
Saya tahu!
Mazmur 83:18.
Sangat bagus Lia.
Apa ayat itu kata?
“Hendaklah orang tahu bahawa Engkau,
yang bernama Yehuwa,
ialah satu-satunya Tuhan Yang Maha Tinggi
di seluruh bumi.”
Sangat baik.
Bagus cara Lia baca.
Orang dapat faham isi penting ayat itu.
Ya, Alba.
Saya suka Yeremia 10:10.
Bagus.
Apakah kata-kata dalam ayat itu yang ajar kebenaran ini?
Sini kata, “Yehuwa ialah Tuhan yang benar.”
Sangat baik.
Bagaimanakah kita boleh guna ayat-ayat itu
untuk ajar kebenaran ini: “Tuhan ada nama”?
Alba mahu jawab dulu?
Saya akan tanya,
“Kamu pernah dengarkah Tuhan ada nama?”
Ya, bagus.
Selepas itu pula?
Saya akan tunjuk Mazmur 83:18.
Sangat bagus.
Semua ini kebenaran dan ayat Bible yang kita suka kongsi
dan kamu dua sudah belajar dan gunakannya dengan baik.
Saya rasa orang muda
dan yang berjiwa muda
pun akan suka belajar dengan cara ini.
Mungkin kita boleh latih dengan kawan-kawan.
Semakin banyak kita berlatih,
semakin mudah kita menggunakannya
untuk mulakan perbualan
dan ajar kebenaran Bible.
Kita juga dapat buat persiapan dengan mengikut
cadangan dari pelajaran 1 brosur Kasihi Orang.
Poin 3 galakkan kita untuk renungkan apa yang sedang
difikirkan orang di kawasan kita.
Tanyalah diri,
Kemudian kita boleh tanya diri,
“Kebenaran yang manakah sesuai untuk dikongsikan?”
Dengan membuat penyesuaian,
kita sedang tiru teladan Paulus.
Di 1 Korintus 9:22, 23, dia kata,
Itulah matlamat kita:
Untuk mulakan perbualan dengan orang
dengan menggunakan topik yang menarik minat mereka.
Ya saudara saudari,
dengan berbuat demikian,
kita sedang ‘melakukan apa saja yang terdaya
untuk bantu segala macam orang supaya dengan
segala cara kita dapat menyelamatkan beberapa orang.’
Semoga Yehuwa memberkati usaha kita untuk saling
menyokong dan “berganding bahu” dalam khidmat-Nya.
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-