JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #2

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang saudara saudari.
Kami ingin kongsi berita baik tentang situasi di Eritrea.
Pada April 2014,
pihak berkuasa Eritrea menangkap 31 orang saudara saudari
semasa mereka menghadiri perjumpaan.
Saudari Mikal Taddesse
dan tiga orang adik-beradiknya telah ditangkap.
Adik-beradiknya kemudian dibebaskan,
tetapi Saudari Mikal terus dipenjarakan.
Kami gembira mengumumkan
Saudari Mikal telah dibebaskan
dan kembali kepada keluarganya pada 25 Februari 2025
selepas dipenjarakan hampir 11 tahun.
Dia sangat gembira dan sedang menerima rawatan.
Kita terus berdoa untuk 251 saudara saudari di serata dunia
yang dipenjarakan kerana iman mereka,
termasuk 65 orang di Eritrea.
Dalam laporan sebelumnya,
kami menyebut tentang bencana
yang melanda saudara saudari di serata dunia.
Sejak September 2024 hingga sekarang,
saudara saudari kita telah ditimpa lebih daripada 100 bencana.
Namun, dengan adanya sumbangan anda kepada kerja sedunia,
setakat ini,
kami dapat menggunakan lebih daripada
enam juta dolar untuk bantu mangsa bencana.
Terima kasih atas sokongan anda.
Sudah tentu, kita bukan saja beri
bantuan kewangan kepada saudara saudari kita,
tetapi juga bantuan rohani dan sokongan emosi.
Perhatikan bagaimana organisasi kita melakukannya
untuk mangsa bencana di California, Amerika Syarikat.
Pada Januari tahun ini,
kebakaran yang dahsyat telah berlaku di situ.
Bila kamu lalui sesuatu seperti ini,
perasaannya susah digambarkan.
Kehidupan kamu . . .
ubah sepenuhnya.
Bila seseorang hilang segalanya,
ada banyak hal yang mereka perlu buat.
Mereka perlu cari tempat tinggal baru,
buat dokumen baru,
beli barangan baru.
Semua ini sangat membebankan
dan mungkin buat mereka risau.
Jadi organisasi akan beri mereka bantuan yang diperlukan.
Di Yesaya 41:10,
Yehuwa berjanji,
“Aku pasti akan memegangmu.”
Kami memang dapat lihat
bagaimana Yehuwa menepati janji-Nya.
Saya seorang ibu tunggal.
Apabila saya nampak saudara saudari datang untuk bantu,
itu seperti Yehuwa menghulurkan tangan-Nya kepada saya
dan kata, “Jangan risau. Saya akan jaga kamu.”
Saudara saudari kita kehilangan banyak barang,
termasuk rumah mereka.
Walaupun pasukan bantuan bencana
akan menyediakan tempat tinggal,
makanan,
dan pakaian,
mereka juga perlukan jagaan dari segi rohani.
Walaupun anda kehilangan banyak barang,
Yehuwa memastikan anda tidak kehilangan perkara yang terpenting,
iaitu iman dan persahabatan dengan-Nya.
Inilah bukti bahawa
Yehuwa sangat mengasihi anda.
Kami beritahu saudara saudari di sidang,
kami perlu selimut,
kami perlu bantal,
kami perlu bekalan,
dan kira-kira sejam kemudian,
mereka mula datang.
Terima kasih kepada saudara saudari
yang biar kami tumpang di rumah mereka.
Saya rasa sangat digalakkan dan dikasihi, sampai . . .
saya rasa mahu nangis.
Kami tidak selalunya tahu apa yang akan berlaku
atau bagaimana kami akan dapat barang keperluan,
tapi kami tahu Yehuwa pasti jaga kami.
Kami dapat rasa Yehuwa sedang ajar kami
cara untuk kuatkan saudara saudari.
Kami nangis bersama mereka,
peluk mereka,
dan ingatkan mereka
bahawa apabila mereka serahkan beban kepada Yehuwa,
Dia pasti jaga mereka.
Yehuwa memang nyata,
tapi setiap kali ada perkara buruk terjadi
dan anda rasai bantuan-Nya,
anda semakin menghampiri-Nya.
Kita memang sedih ada banyak bencana berlaku,
tapi setiap kali pun, setiap orang,
tidak kira mangsa bencana atau orang yang berikan bantuan,
semuanya jadi lebih akrab dengan Yehuwa.
Kita sangat menghargai kerja keras dan pengorbanan
saudara saudari di pejabat cawangan,
para penyelia litar,
ahli Jawatankuasa Bantuan Bencana,
dan banyak lagi sukarelawan.
Terima kasih juga kepada anda
yang telah menderma untuk kerja bantuan ini.
Usaha kita semua dapat “membantu umat suci Tuhan,”
seperti yang digambarkan di 2 Korintus 8:4.
Dengan membantu umat suci Tuhan,
kita juga menjadi “rakan sekerja” Yehuwa.
Mazmur 94:17-19 menggambarkan
apa yang sedang Yehuwa buat
untuk bantu umat-Nya yang ditimpa kesusahan.
Ayat itu kata,
Satu lagi cara Yehuwa guna organisasi-Nya
untuk membantu umat-Nya
adalah dengan mengajar mereka membaca dan menulis.
Selama puluhan tahun, kami aturkan banyak kelas.
Kami juga sediakan bahan untuk bantu mereka,
seperti brosur Belajarlah untuk Membaca dan Menulis.
Brosur ini terdapat dalam 136 bahasa,
dan lebih daripada 10 juta naskah telah dicetak.
Berita Terkini Badan Pimpinan beberapa tahun lalu
menyebut tentang pentingnya
membaca dan menulis dengan baik.
Sejak itu,
brosur Belajarlah untuk Membaca dan Menulis
telah disediakan di jw.org
supaya lebih ramai dapat gunanya.
Baru-baru ini,
versi yang lebih mudah untuk brosur ini
sedang disediakan agar dapat diterjemahkan
ke dalam lebih banyak bahasa.
Tajuknya: Marilah Membaca dan Menulis.
Sekarang, beberapa pejabat cawangan sedang cuba
menggunakan brosur baru ini dalam tiga bahasa.
Cawangan-cawangan ini juga akan mengaturkan kelas
agar seramai yang mungkin meraih manfaat.
Mengapakah hal ini begitu penting?
Dua ahli Jawatankuasa Cawangan
di Mozambique akan menjawabnya.
Pejabat cawangan kami ada perkembangan yang pesat.
Contohnya, secara purata,
setiap penyiar mengadakan dua pembelajaran Bible.
Ramai yang berpotensi menjadi Saksi.
Semasa meninjau keperluan
dalam kawasan penyebaran kami,
kami dapati ada agak ramai penyiar
yang tidak tahu membaca dan menulis.
Jika begitu,
mungkin susah bagi mereka
untuk mengajar orang tentang Bible.
Jadi, kami menjemput saudara saudari
untuk mengikut kelas membaca dan menulis,
dan hasilnya amat memberangsangkan.
Sebagai contoh, Maliko dan isterinya, Jilda,
tidak berpeluang bersekolah
kerana di kawasan mereka tiada sekolah
dan mereka sangat sibuk bekerja.
Mereka tidak tahu baca,
jadi mereka tiada pelajar Bible.
Semasa penyelia litar lawat sidang mereka pada 2022,
dia menggalakkan semua orang
untuk ikut kelas membaca dan menulis.
Selepas mengikut kelas itu,
Maliko dan Jilda sudah tahu membaca.
Kini, Maliko ada empat pembelajaran Bible,
Jilda ada tiga,
dan semua pelajar mereka menghadiri perjumpaan secara tetap.
Maliko juga sudah jadi perintis biasa.
Satu lagi contoh ialah Saudari Ana.
Dia tidak pernah bersekolah
kerana dia membesar di kawasan yang sangat terpencil.
Semasa berumur hampir 50 tahun,
dia masih tidak tahu membaca,
jadi dia susah mengadakan pembelajaran Bible.
Memandangkan dia hanya dapat menunjukkan
gambar-gambar dalam bahan bacaan,
itu tidak banyak membantu pelajarnya,
jadi pembelajarannya susah diteruskan.
Pada tahun 2024,
Ana menghadiri kelas membaca.
Sekarang dia sudah pandai membaca.
Dia ada tiga pelajar Bible yang buat kemajuan,
dan mereka semua menghadiri perjumpaan secara tetap.
Ana kata dia sangat gembira
dan bersyukur kepada Yehuwa dan organisasi
kerana mengajarnya untuk membaca.
Kami sangat gembira dan memuji Yehuwa
kerana ada brosur baru ini
Marilah Membaca dan Menulis.
Kami harap brosur ini akan bantu lebih ramai
saudara saudari untuk baca dan menulis,
bertumbuh secara rohani,
dan meluaskan khidmat mereka kepada Yehuwa.
Sekarang, ramai antara kita
pasti sedang bersedia untuk menyambut
Peringatan kematian Yesus.
Peringatan tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 12 April,
dan ceramah istimewa “Dapatkah Kebenaran Ditemui?”
akan disampaikan di kebanyakan sidang
pada minggu 31 Mac.
Tahun ini,
kita juga mahu jemput seramai yang mungkin
ke ceramah istimewa dan Peringatan.
Jemputlah ahli keluarga, pelajar Bible,
kunjungan kembali, dan orang lain yang kita kenal.
Semasa menjemput mereka,
gunakanlah halaman utama jw.org
yang mengandungi maklumat tentang dua program ini.
Dan dapatkah anda jadi perintis sokongan?
Jangan lupa, anda boleh memilih
untuk memenuhi kuota masa 15 jam
pada bulan Mac dan April.
Berdoalah tentangnya.
Bila kita renungkan korban tebusan,
hati kita tenang,
dan kita sangat bersyukur.
Anda pasti setuju,
kita perlukan ketenangan lebih-lebih lagi sekarang.
Keadaan dunia kita sekarang memang huru-hara,
seperti laut yang bergelora.
Kita sendiri juga hadapi cubaan yang bagaikan ribut.
Walaupun menghadapi banyak tekanan,
kita sebagai umat Yehuwa ada kedamaian sejati.
Apakah sebabnya?
Kerana Yesus telah berjanji
untuk mengurniakan sesuatu kepada pengikutnya.
Apakah kurniaan itu?
Perhatikan kata-kata Yesus di Yohanes 14:27,
yang diucapkan pada malam sebelum dia mati.
Yesus kata,
Yesus beri pengikutnya kurniaan yang sangat istimewa, bukan?
Apakah itu?
“Kedamaian.”
Kedamaian ini tidak bergantung pada situasi
atau hanya dirasai bila tiada masalah.
Ini kedamaian yang Yesus miliki
dalam hati dan mindanya.
Hati Yesus tenang kerana dia tahu
Yehuwa mengasihinya dan senang hati dengannya.
Yesus berjanji bahawa pengikutnya
akan memiliki kedamaian yang sama.
Janji ini pasti melegakan hati mereka.
Begitu juga bagi kita yang hidup
pada hari-hari terakhir yang tidak menentu.
Kita bersyukur kerana korban tebusan
membolehkan kita ada hubungan baik dengan Yehuwa.
Kerana itu,
kita ada harapan dan dapat tetap tenang
dalam dunia yang huru-hara.
Kita rasa lebih stabil.
Perhatikan bagaimana Mazmur 46:2 menggambarkan kita.
Ayat itu kata,
Keadaan dunia hari ini memang seperti itu, bukan?
Pada hari-hari terakhir,
pertubuhan manusia yang kukuh seperti gunung pun
boleh roboh dan seperti jatuh ke dasar laut.
Namun, apakah reaksi kita?
Ayat tadi kata ‘kita tidak akan takut.’
Mengapa?
Ayat 5-7 beritahu kita jawapannya.
Ayat itu kata,
Biarpun dunia sekarang makin huru-hara,
kita tidak perlu takut.
Ingatlah,
‘Yehuwa, ketua angkatan syurga,
sentiasa menyertai kita.’
Dia pasti menolong umat-Nya,
Dialah “tempat perlindungan kita.”
Kadangkala, kita masih berasa risau
kerana hal-hal buruk yang terjadi di sekeliling kita.
Apakah yang harus kita lakukan ketika itu?
Di Filipi 4:6, 7, kita digalakkan
untuk curahkan isi hati kepada Yehuwa.
Dengan buat begitu, apa hasilnya?
Kita akan terima sesuatu
yang lebih unggul daripada apa yang dapat difahami manusia,
“kesejahteraan daripada Tuhan.”
Hasilnya, kita dapat tetap tenang dan stabil,
tidak kira apa yang terjadi dalam hidup kita.
Tidakkah kita terdorong untuk menunjukkan kesyukuran
kepada Tuhan dan Kristus kerana menyediakan tebusan?
Salah satu cara kita tunjukkan kesyukuran
adalah dengan menginjil.
Semasa menginjil,
kita cari orang yang “suka akan kedamaian,”
iaitu orang yang mahu menjadi sahabat Tuhan.
Semasa musim Peringatan ini,
jemputlah seramai yang mungkin
untuk belajar tentang tebusan dan menunjukkan kesyukuran
atas apa yang telah Yehuwa dan Yesus lakukan untuk manusia.
Pada akhir program ini,
kami ingin mengumumkan
pengeluaran lagu konvensyen 2025, yang bertajuk
Lagu dan liriknya kini boleh dimuat turun
dalam bahasa Inggeris
di JW Library® dan jw.org,
dan akan dikeluarkan dalam bahasa-bahasa lain.
Badan Pimpinan harap semua orang boleh berlatih lagu ini
sebelum pergi ke konvensyen.
Dengan itu, kita dapat bernyanyi bersama-sama dengan sepenuh hati.
Jika lagu itu disediakan dalam bahasa anda,
anda dapat menyanyikannya semasa perjumpaan pertengahan minggu
pada minggu 7 dan 28 April 2025.
Saudara saudari, ingatlah,
kami sangat mengasihi anda semua.
Semoga anda menikmati kempen mengedarkan jemputan
dan Peringatan kematian Yesus.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.