JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #3

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang.
Dalam video ini, kita akan bincang
matlamat rohani yang dapat kita tetapkan
untuk beberapa bulan yang akan datang.
Tapi saya ingin kongsi beberapa laporan dahulu.
Pada 28 Mac 2025,
gempa bumi berskala 7.7
menimpa Myanmar dan Thailand.
Gegaran yang paling kuat
berlaku di bandar Mandalay di Myanmar.
Sebelum itu,
banyak saudara saudari pindah ke Mandalay
kerana perang di kawasan lain di Myanmar.
Sedihnya, sepasang suami isteri
yang berkhidmat sebagai mubaligh di Mandalay
terkorban apabila apartmen mereka runtuh.
Keluarga mereka dan saudara saudari yang mengasihi mereka
pasti berasa sangat sedih.
Kita terus berdoa
agar Yehuwa memberi mereka kekuatan dan kelegaan
pada masa yang susah ini.
Sepasang lagi suami isteri mubaligh
yang tinggal di bangunan yang sama terselamat,
tetapi cedera parah.
Mereka dibawa ke hospital
dan nampaknya akan pulih sepenuhnya.
Kita gembira dengar berita ini.
Tujuh lagi saudara saudari
mengalami kecederaan yang ringan.
Enam buah rumah saudara saudari kita musnah,
manakala 77 buah rumah,
termasuk 6 buah Dewan Perjumpaan,
mengalami kerosakan.
Jawatankuasa Cawangan sedang mengatur
kerja bantuan bencana,
termasuk kerja membaik pulih.
Di Amerika Selatan dan di sesetengah kawasan di Afrika,
terdapat rakan seiman kita yang mengalami kebuluran.
Untuk membantu mereka,
organisasi kita telah mengirim bantuan makanan
untuk lebih daripada 8,000 saudara saudari
di enam buah negara.
Kami sangat bersyukur
kerana anda memberikan sumbangan
untuk membantu mereka.
Walaupun banyak saudara saudari kita
mengalami penderitaan,
terdapat berita baik daripada saudara saudari
di serata dunia.
Kami gembira untuk umumkan bahawa
pada 12 Februari 2025,
Saudari Alganesh Tekle yang berumur 72 tahun
telah dibebaskan dari penjara di Eritrea.
Dan pada 12 Mac 2025,
Saudari Berekti Gebretatyos
yang berumur 80 tahun juga dibebaskan.
Mereka bersatu semula dengan keluarga mereka
dan terima rawatan daripada doktor.
Dua saudari ini merupakan antara 23 orang saudara saudari
yang ditangkap pada bulan September 2024.
Kami juga gembira melaporkan
bahawa enam orang saudara di Rusia telah dibebaskan
selepas tamat hukuman penjara.
Salah seorang daripada mereka
ialah Saudara Dmitry Golik
yang dipenjarakan selama empat tahun.
Dia disambut oleh keluarga, sahabat, dan isterinya.
Saudara Inver Siyukhov juga dibebaskan baru-baru ini.
Dia disambut dengan gembira oleh kakaknya dan suami kakaknya.
Dia telah dikurung selama empat tahun.
Inilah masa yang paling lama
seorang Saksi dikurung di pusat tahanan sebelum perbicaraan,
dan keadaan di situ
biasanya lebih teruk daripada penjara biasa.
Semasa dikurung,
Inver memberi kesaksian yang baik menerusi kelakuannya.
Perhatikan sebahagian daripada surat penghargaan
daripada seorang tahanan kepada Inver:
“Terima kasih
kerana menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
Teladan kamu ajar kami
bahawa kami mampu menjadi orang yang lebih baik
dan kamu juga tunjukkan caranya.
Wajahmu yang berseri-seri buat kami rasa gembira,
bahkan di pusat tahanan.
Keranamu, saya yakin dunia masih ada orang baik.
Orang seperti kamu sangat berharga bagi dunia.”
Kita sangat bangga dengan saudara saudari yang dipenjarakan.
Biarpun mereka mengalami penderitaan,
mereka terus memuliakan Yehuwa menerusi kelakuan baik mereka.
Itulah yang dikatakan di Matius 5:16,
Semoga Yehuwa terus menguatkan dan menyokong
semua saudara saudari
yang dipenjarakan demi iman mereka.
Terdapat satu lagi perkembangan.
Pada Mac 2025,
Badan Pimpinan jemput
ahli Jawatankuasa Cawangan yang berumur 80 tahun ke atas
untuk menilai situasi mereka.
Hasilnya, ada antara mereka
yang membuat keputusan peribadi
untuk tidak lagi menjadi
ahli Jawatankuasa Cawangan.
Dengarlah perasaan mereka.
Usia meningkat tanpa kita sedari.
Jadi kita mungkin tidak perasan keterbatasan kita.
Maka inilah salah satu cara
Badan Pimpinan membantu kami sedar hakikat ini
dan menerima kesan usia tua.
Saya sudah hampir 77 tahun
dalam khidmat sepenuh masa.
Selama itu, saya merasai sukacita dan kepuasan hati
kerana menerima bimbingan Yehuwa
menerusi hamba yang setia.
Saya yakin sepenuhnya aturan ini mencerminkan
kasih Yehuwa yang mendalam.
Pada masa depan,
tugasan kita mungkin berubah.
Tapi tidak kira apa tugasan itu,
aturan ini akan bantu kami
untuk berkhidmat dengan sukacita
dan berfokus untuk menyenangkan hati Yehuwa.
Inilah jawapan bagi doa saya.
Kami semakin tua.
Biarlah orang yang lebih muda
dan bertenaga buat kerja ini.
Mereka memang dapat melakukannya.
Saya berasa sangat gembira
melihat saudara muda
berkhidmat sebagai Jawatankuasa Cawangan.
Mereka buat kerja dengan sangat baik.
Saya tahu para saudara muda ini dapat
bawa manfaat yang besar bagi organisasi kita.
Saya nikmati khidmat saya
apabila saya buat apa yang saya mampu,
dan bukannya apa yang saya tidak mampu.
Bila kita ikut arahan Yehuwa,
kita akan selalu gembira.
Badan Pimpinan sangat mengasihi
dan menghormati saudara-saudara ini.
Jika keadaan mereka mengizinkan,
mereka akan terus melakukan tugasan mengajar,
seperti mengadakan penyembahan pagi,
menjadi wakil pejabat cawangan di perhimpunan litar,
dan memberikan ceramah di konvensyen serantau.
Dengan itu,
saudara saudari akan terus mendapat manfaat
dari para saudara yang setia
dan berpengalaman ini.
Kita semua menantikan Konvensyen 2025 “Ibadat Sejati.”
Siri konvensyen ini telah bermula
pada 9 hingga 11 Mei tahun ini,
dan akan diteruskan sehingga awal tahun 2026.
Kita juga ada 19 konvensyen istimewa di 13 negara.
Konvensyen istimewa pertama
diadakan pada 9 hingga 11 Mei
di Santa Cruz, Bolivia.
Jumlah hadirin ialah 12,380
dan 177 orang telah dibaptis.
Kita tentu tidak sabar-sabar
mahu menghadiri konvensyen ini.
Agar semua orang meraih manfaat sepenuhnya
daripada program konvensyen,
Badan Pimpinan mahu mengingatkan semua orang
untuk duduk dan mendengar
semasa selingan muzik mula dimainkan.
Dengan itu, kita dapat persiapkan hati dan minda
untuk terima ajaran semasa konvensyen.
Ada satu lagi laporan tentang konvensyen.
Baru-baru ini para saudara di ibu pejabat sedunia
telah menilai keperluan alat audio video
bagi konvensyen serantau di 20 negara Afrika.
Tahukah anda?
Jumlah hadirin bagi konvensyen di 20 negara ini
lebih daripada dua kali ganda jumlah penyiar.
Maksudnya, ada hampir lima juta orang yang hadir.
Tapi ramai antara mereka tidak dapat menikmati
program konvensyen seperti kita
kerana lokasi konvensyen mereka
tidak ada alat audio video yang sesuai.
Kami gembira beritahu anda
Badan Pimpinan telah memutuskan
untuk membelanjakan 21.1 juta dolar
dalam tiga tahun berikutnya
untuk membeli peralatan audio video
bagi konvensyen di Afrika.
Secara berperingkat,
kami akan membeli dan memasang peralatan ini
bagi konvensyen yang diadakan di Dewan Perhimpunan,
dewan yang disewa,
Dewan Perjumpaan,
dan bahkan di padang.
Bagi 2026,
kami akan berfokus untuk menyediakan peralatan video
dan penjana elektrik di lokasi konvensyen.
Kami juga merancang untuk memasang atau menaik taraf
peralatan video di beberapa lokasi konvensyen.
Terima kasih kerana sumbangan anda
membolehkan kami menyediakan peralatan ini
untuk menguatkan kerohanian saudara saudari,
termasuk ramai orang yang berminat.
Sekarang, mari kita bincang tentang
matlamat rohani yang dapat kita tetapkan.
Dalam beberapa minggu akan datang,
ramai antara kita yang akan menghadiri konvensyen,
atau anda akan menghadiri konvensyen
dalam beberapa bulan akan datang.
Anda juga mungkin telah merancang aktiviti lain,
seperti bercuti.
Semasa merancang,
apakah prinsip yang dapat bantu anda?
Kita akan mendapat sukacita yang terbesar
apabila kita memberi kepada Tuhan Yehuwa.
Amsal 3:9, 10 kata,
Semasa merancang aktiviti
untuk bulan-bulan akan datang,
fikirkanlah jika anda ada peluang
untuk melakukan lebih banyak bagi Yehuwa.
Anak-anak muda,
dapatkah anda tingkatkan aktiviti penyebaran
semasa musim cuti sekolah anda?
Beberapa minggu sebelum konvensyen,
kita akan menjemput orang
untuk menghadiri konvensyen bersama kita.
Inilah peluang yang baik untuk jadi perintis sokongan.
Dapatkah anda melakukannya?
Ramai antara kami gembira
kerana pernah menjadi perintis sokongan
semasa cuti sekolah.
Sudah tentu, ini bukan untuk orang muda saja.
Kita semua boleh fikir
jika kita dapat menjadi perintis sokongan.
Dapatkah anda sekeluarga
menjadi perintis sokongan?
Dapatkah anda cuba menginjil
di kawasan yang jarang dikunjungi?
Aktiviti sebegini pasti membuat anda rasa puas
dan gembira.
Adakah anda akan tamat sekolah tidak lama lagi?
Jika ya, sudahkah anda berdoa dan fikir
jika anda dapat menjadi perintis biasa?
Tahun aktiviti penyebaran baharu sudah dekat.
Dapatkah anda isi borang untuk menjadi perintis biasa?
Terdapat juga peluang untuk membantu
membina dan menyelenggara Dewan Perjumpaan.
Dapatkah anda menyertainya?
Ingatlah juga, saudara saudari terbaptis
yang berumur 18 tahun ke atas
boleh memohon untuk menyertai khidmat Bethel.
Itu juga satu matlamat rohani yang sangat baik.
Pernahkah anda terfikir untuk menyertai
Sekolah Latihan Penginjil, atau SKE?
Baru-baru ini,
Badan Pimpinan menggalakkan saudara saudari muda
untuk fikir jika mereka dapat jadi mubaligh.
Para lulusan SKE berpeluang dilantik sebagai mubaligh.
Sudahkah anda menghantar permohonan untuk SKE?
Ingatlah, saudara saudari terbaptis
yang berumur 21 tahun dan ke atas,
dan yang sudah berkhidmat sebagai perintis biasa
sekurang-kurangnya dua tahun,
boleh memohon untuk sekolah ini.
Kita ada banyak peluang
untuk berkhidmat kepada Yehuwa, bukan?
Berdoalah dan fikirlah
peluang mana yang sesuai bagi anda.
Sudah pasti, kita mahu merancang
untuk menghadiri konvensyen secara bersemuka.
Biarpun kesihatan atau keadaan anda tidak baik,
dapatkah anda datang ke konvensyen satu hari
atau bahkan setengah hari?
Dengan berbuat demikian,
anda dapat berdoa bersama-sama,
bernyanyi bersama,
dan saling menggalakkan semasa berjumpa
dengan saudara saudari.
Dalam video ini,
kita sudah membincangkan banyak cara
kita dapat berkhidmat kepada Yehuwa.
Rancangan yang baik pasti membawa hasil yang lumayan.
Kami harap semua usaha anda diberkati Yehuwa,
seperti yang dikatakan di Mazmur 20:4,
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.