JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #4

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang saudara saudari
ke program bulan ini.
Hari ini kita akan bincang cara guna prinsip Bible
untuk buat keputusan yang baik.
Sebelum itu, saya ingin kongsi beberapa laporan.
Baru-baru ini, dua konvensyen istimewa telah diadakan.
Pada 23-25 Mei 2025,
konvensyen istimewa telah diadakan di Santa Cruz, Bolivia.
Inilah konvensyen terbesar yang pernah diadakan di Bolivia.
Lebih daripada 1,900 orang
dari kira-kira 10 negara telah datang.
Jumlah tertinggi hadirin ialah 19,233,
dan 277 orang telah dibaptis.
Kemudian, pada 13-15 Jun,
konvensyen istimewa telah diadakan
di Tiranë, Albania.
Jumlah tertinggi hadirin ialah 8,987,
termasuk 2,000 saudara saudari dari 17 negara.
Inilah konvensyen terbesar yang pernah diadakan di Albania,
dan 83 orang telah dibaptis.
Kita sangat gembira melihat umat Yehuwa
bersama-sama menjalankan ibadat sejati.
Konvensyen buat kita teringat
kata-kata di Mazmur 133:1.
Sekarang mari kita bincang
bagaimana orang Kristian dapat membuat
keputusan yang bijak
berdasarkan prinsip Bible
dan bukannya banyak peraturan.
Fikirkan contoh masa kita kecil.
Ibu bapa beri kita peraturan
untuk melindungi kita.
Mereka mungkin kata,
“Kamu mesti pegang tangan saya
semasa menyeberangi jalan.”
Ibu bapa buat peraturan
kerana mahu melindungi kita.
Bila sudah besar,
kita tidak perlu pegang tangan ibu bapa lagi.
Kenapa tidak perlu lagi?
Jalan masih berbahaya,
tapi kita sudah belajar untuk tengok kiri kanan
sebelum menyeberangi jalan.
Sebenarnya, pelik juga kan,
kalau sudah umur 30 dan sihat,
tapi masih mahu pegang tangan mama
untuk menyeberangi jalan.
Begitu juga, orang Kristian yang matang
tidak perlu peraturan untuk setiap situasi.
Sebaliknya, kita menilai setiap situasi
berdasarkan prinsip Bible.
Jika tidak ada hukum Bible yang spesifik,
kita buat keputusan menurut hati nurani
yang dilatih prinsip Bible.
Sebagai contoh,
fikirkan lambang atau amalan
yang mungkin berkaitan dengan agama palsu.
Saudara saudari kita datang dari 240 kawasan.
Jadi bayangkan berapa banyaknya lambang atau amalan
yang ada di semua tempat ini.
Bagaimanakah kita dapat memutuskan
jika suatu lambang atau amalan boleh diterima?
Ada tiga prinsip Bible yang boleh difikirkan.
Yang pertama:
Adakah Yehuwa akan sakit hati?
Di 2 Korintus 6:17,
Yehuwa memberitahu kita,
Prinsip ini menunjukkan
bahawa orang Kristian mesti menjauhi
apa-apa lambang atau amalan
yang berkaitan dengan agama palsu dan ilmu sihir.
Yang kedua:
Apakah perasaan saudara saudari di sidang?
Roma 14:19, 21 mengingatkan kita,
Biarpun suatu lambang atau amalan tidak salah,
kita masih perlu fikir
perasaan orang lain di sidang tentangnya.
Kita sama sekali tidak mahu melakukan sesuatu
yang akan menyinggung perasaan mereka.
Pada masa yang sama,
orang Kristian yang matang sedar bahawa orang lain pun berhak
membuat keputusan sendiri
mengikut hati nurani mereka yang dilatih Bible.
Yang ketiga:
Apakah pandangan orang di sekeliling saya tentang
lambang atau amalan ini?
Apakah prinsipnya?
1 Korintus 9:20, 21, 23.
Menurut prinsip ini,
kita harus ambil kira pandangan
dan perasaan orang lain.
Jadi sangatlah penting untuk tahu pandangan
orang tempatan terhadap suatu lambang
atau amalan.
Sesuatu yang langsung tidak boleh diterima
di negara atau budaya kita,
mungkin langsung tiada masalah
di budaya atau negara lain.
Pada tahun 1976,
majalah Sedarlah! menanyakan
soalan yang penting ini:
Artikel itu menyambung,
Artikel itu menyebut beberapa contoh simbol
yang dahulunya berkaitan dengan agama palsu,
tetapi sekarang tidak lagi.
Contoh yang disebut merangkumi
simbol love, 
lambang tiga kelopak bunga lili,
dan buah delima.
Kemudian artikel itu memberikan nasihat ini:
Prinsip yang sangat berguna, bukan?
Begitu juga dengan amalan.
Maknanya boleh berubah mengikut masa.
Majalah Sedarlah! 8 Januari 2000
mengandungi sebuah artikel yang bertajuk,
“Pandangan Seimbang terhadap Amalan yang Popular.”
Artikel itu kata,
Artikel itu sebut beberapa contoh amalan
yang mungkin berasal daripada kepercayaan yang palsu.
Artikel itu menyambung,
Kemudian artikel itu tanya,
Apakah sesetengah contoh hari ini?
Kita biasanya tutup mulut
semasa menguap.
Pada zaman kuno,
orang tutup mulut semasa menguap
kerana mereka tidak mahu roh mereka
terkeluar dari tubuh.
Tapi hari ini,
kita tutup mulut semasa menguap
kerana mahu sopan.
Amalan ini langsung tiada kaitan dengan roh.
Macam mana pula dengan cincin?
Ada sejarawan kata cincin kahwin berkaitan dengan agama kafir.
Tapi kebanyakan orang hari ini pakai cincin kahwin
sebagai tanda bahawa mereka
sudah kahwin.
Satu lagi faktor penting ialah masa
amalan itu dilakukan.
Banyak ahli keluarga Bethel di Warwick
suka pasang lampu-lampu kecil di balkoni
sebagai perhiasan,
kecuali pada November dan Disember.
Mengapa begitu?
Kerana di kawasan ini,
lampu perhiasan itu berkaitan dengan Krismas,
perayaan agama palsu.
Jadi keluarga Bethel tidak mahu beri orang tanggapan
bahawa mereka juga ikut menyambut perayaan Krismas.
Satu lagi contoh ialah minum ucap selamat
atau mendentingkan gelas.
Selama ini, Saksi-Saksi Yehuwa tidak ikut amalan ini
kerana asal usulnya mungkin berkaitan dengan agama palsu.
Tapi sekarang di kebanyakan tempat,
minum ucap selamat dan mendentingkan gelas
tidak ada lagi kaitan dengan agama palsu.
Ini hanya untuk meluahkan sukacita.
Maka selepas berdoa dan buat perenungan dengan mendalam,
Badan Pimpinan menyimpulkan
bahawa kita tidak perlu buat peraturan
tentang minum ucap selamat
dan mendentingkan gelas.
Setiap orang Kristian
harus guna prinsip yang dibincangkan dalam program ini
dan hati nurani yang dilatih Bible
untuk membuat keputusan.
Jadi sekarang,
adakah kita boleh minum ucap selamat
pada bila-bila masa,
dalam apa situasi saja?
Tentulah tidak.
Badan Pimpinan hanya kata
kita tidak perlu buat peraturan.
Setiap orang Kristian harus guna prinsip Bible
untuk membuat keputusan dalam setiap situasi.
Memandangkan umat Yehuwa tinggal di 240 kawasan
dan mungkin menghadapi bermacam-macam situasi,
tidakkah kita bersyukur
kerana Yehuwa telah memberikan
prinsip Bible untuk membimbing kita?
Mari kita ulang kaji.
Pertama dan yang terpenting,
kita mengasihi Yehuwa
dan mahu senangkan hati-Nya.
Jadi kita mahu tanya diri,
“Adakah saya akan buat Yehuwa sakit hati?”
Maka fikirlah, adakah minum ucap selamat akan dikaitkan dengan
agama atau semangat kebangsaan?
Atau adakah itu hanya bermaksud,
“Wahai sahabatku,
semoga kamu sihat dan sejahtera”?
Kedua, kita mengasihi rakan seiman kita
dan tidak mahu membuat apa-apa
yang menyinggung perasaan mereka.
Kita menghormati perasaan dan hati nurani mereka.
Ketiga, kita mengasihi Yehuwa dan orang lain.
Jadi kita ambil kira perasaan orang tempatan
terhadap suatu amalan atau lambang.
Apa yang sudah kita belajar?
Yehuwa tidak membebani kita
dengan banyak peraturan.
Sebaliknya, Dia memberi kita prinsip dalam Firman-Nya
supaya kita membuat pertimbangan yang baik
dan membuat keputusan yang bijak
tentang lambang dan amalan.
Kita tidak mahu paksa orang ikut pandangan kita
dan kita mahu menghormati hati nurani mereka.
Yehuwa sudah beri kita kebebasan
dan kita juga mahu menghormati kebebasan orang lain.
Dengan mengikut prinsip Bible dan menunjukkan kasih,
kita dapat tetap bersatu
dan tidak membuat orang tersandung.
Seperti yang Paulus katakan
di Efesus 4:13
kami berharap agar “kita semua
mencapai kesatuan
dari segi kepercayaan
dan pengetahuan yang tepat tentang Anak Tuhan.
Dengan ini, kita dapat menjadi
orang yang matang
dan mencapai tahap kematangan Kristus.”
Saudara saudari,
ingatlah,
kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia
Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.