JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #6

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang.
Kami gembira mengongsi laporan yang menggalakkan dengan anda.
Sejak video yang lalu, dua konvensyen istimewa telah diadakan
di Harare, Zimbabwe dan satu di Colombo, Sri Lanka.
Lebih daripada 64,600 orang
telah menghadiri konvensyen-konvensyen ini
dan 1,330 orang telah dibaptis.
Terdapat 7,000 lebih saudara saudari
dari 20 negara yang turut menghadiri konvensyen ini.
Mulai tahun depan,
istilah “konvensyen istimewa” akan digantikan
dengan istilah “konvensyen antarabangsa.”
Kita akan mengadakannya setiap tahun
dan saiznya akan berbeza-beza.
Seperti yang diumumkan,
kita akan mengadakan 19 konvensyen istimewa
pada tahun depan di serata dunia.
Saudara saudari yang menghadiri konvensyen ini
dapat menyertai kerja penyebaran,
bergaul dengan saudara saudari tempatan,
dan menyertai aktiviti yang lain.
Pada Ogos yang lalu, sebuah pusat pelawat yang baharu dibuka
di cawangan Eropah Tengah di Selters, Jerman.
Apakah yang akan anda lihat di sana?
Mari kita tengok.
Satu pameran yang menarik ialah muzium Bible.
Temanya ialah “Adanya Cahaya—Sejarah Bible di Jerman.”
Para pelawat dapat belajar bagaimana warisan ini dipertahankan
dan manfaat yang dibawa kepada penterjemah Bible yang lain.
Terdapat Bible yang dicetak pada zaman dulu dan jarang dijumpai.
Mereka akan lihat
bagaimana Bible mula-mula dicetak dalam bahasa Latin
dan kemudiannya dicetak dalam bahasa Jerman.
Pameran ini juga tunjukkan cara penghasilan Bible Jerman
telah menyumbang kepada kerja menterjemah
dan mencetak Bible dalam bahasa lain di Eropah.
Media tempatan telah membuat siaran tentang muzium ini
dan menjelaskan manfaatnya bagi masyarakat.
Anda dialu-alukan untuk melawat muzium baharu ini
di cawangan Eropah Tengah.
Mohonlah lawatan di jw.org.
Sebagai umat Tuhan,
kita sedar Bible bukan sekadar buku yang bagus
atau satu barang warisan.
Tapi kita sedar betapa pentingnya Firman Tuhan bagi kita.
Kita perlukannya sepertimana kita perlu makanan,
pakaian, dan perlindungan.
Itulah cara Yehuwa ciptakan kita.
Yesus tonjolkan kebenaran ini dalam kata-katanya di Matius 5:3.
Ayat itu kata,
Jadi untuk benar-benar gembira,
kita mesti sedar keperluan rohani kita
dan ambil langkah untuk memenuhinya.
Apakah maksudnya untuk “sedar akan keperluan rohani”?
Istilah Yunani yang asal memberikan gambaran
seseorang yang mengemis dan merayu
untuk memenuhi keinginan rohaninya.
Bayangkan seorang pengemis yang bajunya compang-camping.
Dia tidur di tepi jalan.
Dia lapar dan kasihan kerana terdedah kepada cuaca panas dan sejuk.
Dia merayu minta bantuan supaya hidupnya jadi lebih baik.
Begitu juga, orang yang sedar akan keperluan rohani
tahu mereka perlukan bantuan Yehuwa
dan mencari-Nya dengan bersungguh-sungguh.
Apakah sifat-sifat yang diperlukan
orang yang sedar akan keperluan rohani?
Mari lihat contoh wanita Fenisia.
Kisahnya ada di Matius 15:22-28.
Cuba lihat bagaimana dia hampiri Yesus dan minta bantuannya.
Semasa wanita Fenisia itu jumpa Yesus,
dia berseru,
Wanita ini bukan orang Yahudi.
Dia dari Fenisia.
Tapi dia merayu kepada Yesus,
‘Tuan, kasihanilah aku.’
Pada mulanya, Yesus tidak menjawab dia.
Kemudian, dia kata
dia dihantar kepada “orang Israel,
yang bagaikan biri-biri yang sesat.”
Dan Yesus guna perumpamaan untuk menyamakan wanita itu
dengan anak anjing.
Kalau anda wanita itu,
adakah anda rasa dihina dan mahu putus asa?
Wanita Fenisia tidak tersinggung.
Dia tunjuk tiga sifat yang ajar kita
apa yang kita perlukan untuk penuhi keperluan rohani kita,
iaitu rendah hati, gigih, dan iman.
Wanita ini rendah hati.
Dia tidak marah atau bertengkar dengan Yesus.
Dia tahu Yesus berbelas kasihan dan dapat bantu dia.
Selain itu, dia juga gigih dan tidak putus asa.
Dia terus meminta bantuan Yesus walaupun pengikutnya mahu halau dia.
Dia juga ada iman yang kuat.
Dia yakin Yesus dapat bantu dia
walaupun apa yang dia dapat hanyalah “sisa” perhatiannya.
Yesus begitu kagum dan tersentuh dengan iman wanita itu.
Jadi, dia buat sesuatu yang sangat menakjubkan.
Dia sembuhkan anak wanita itu walaupun dia bukan orang Yahudi.
Apakah yang kita belajar daripada kisah ini?
Yehuwa dan Yesus sangat ingin membantu
orang yang sedar akan keperluan rohani mereka.
Seperti wanita Fenisia,
kita perlu ada kerendahan hati,
gigih tanpa berputus asa, dan tunjukkan iman.
Di bahagian awal video,
kita telah samakan keperluan rohani dengan keperluan fizikal kita,
seperti makanan, pakaian, dan perlindungan.
Tapi, bagaimanakah kita dapat memenuhi tiga keperluan rohani ini?
Mari kita kaji cara Yehuwa sediakan semua ini.
Pertama, kita akan fikir tentang aspek makanan rohani.
Sebelum Yesus naik ke syurga,
dia beritahu Rasul Petrus,
“Peliharalah anak bebiriku.”
Petrus memang menjaga
dan memberi makanan rohani kepada biri-biri Yesus.
Yehuwa juga gunakannya untuk tulis dua surat
yang dimasukkan ke dalam Bible.
Petrus pun perlu jaga kerohaniannya sendiri.
Dia perlu makan makanan rohani.
Jadi, dia sangat rajin
mengkaji surat-surat yang ditulis oleh Paulus.
Tapi Petrus kata,
“Ada beberapa hal dalam suratnya yang sukar difahami.”
Amin!
Kita pun setuju.
Tapi Petrus tidak putus asa.
Dia ada iman bahawa Yehuwa akan bantu dia faham
dan terapkan makanan rohani yang keras itu
yang terkandung dalam Bible.
Kita pun mesti selalu mengkaji Bible dan makan makanan rohani.
Kita mahu pupuk minat terhadap makanan rohani yang lebih keras,
iaitu kebenaran Bible yang lebih dalam
dan yang mungkin susah faham pada mulanya.
Memang ini akan perlukan masa dan usaha,
tapi ini sangat berbaloi.
Kasih kita kepada Yehuwa akan jadi lebih kuat
dan kita terdorong untuk beritahu orang tentang-Nya.
Tentang aspek pakaian rohani,
Paulus kata di Kolose 3:9, 10,
Paulus bukan cakap sahaja, tapi dia sendiri terapkannya.
Dulu dia orang yang sangat panas baran.
Kisah 9:1 kata dia marah dan benci dengan pengikut Yesus
dan “hasratnya untuk membunuh mereka berkobar-kobar.”
Tapi kemudian, Yesus muncul kepadanya,
lalu dia pun tergerak untuk bertaubat.
Adakah itu sudah cukup?
Apa lagi yang perlu Paulus buat?
Paulus perlu melawan sifatnya yang negatif,
seolah-olah “memukuli tubuhnya”
dan dengan bantuan Yehuwa,
dia terus mengenakan keperibadian yang baharu.
Kita semua pun sama.
Tidak kira berapa lama kita sudah menyembah Yehuwa,
kita masih perlu ada tekad
untuk terus mengenakan keperibadian yang baharu.
Tapi kadangkala, kita mungkin tawar hati.
Kita fikir kita sudah tanggalkan keperibadian lama dengan sepenuhnya.
Tapi bila kita tidak jangkanya,
tiba-tiba keperibadian lama kita muncul semula.
Jadi, bagaimana?
Janganlah putus asa dan terus tanggalkan keperibadian lama.
Ya, ingatlah:
Yehuwa janji Dia akan bantu kita
untuk terus mengenakan keperibadian baru.
Selain makanan rohani dan pakaian rohani,
kita perlukan satu lagi hal untuk benar-benar bahagia,
iaitu perlindungan secara rohani.
Mari kita lihat apa yang Raja Daud tulis tentang Yehuwa
di Mazmur 27:5.
Apabila Daud patuh kepada Yehuwa,
dia dilindungi daripada kesan buruk
yang dialami orang yang sengaja berdosa.
Tapi apabila Daud mengingkari Yehuwa,
Yehuwa pun tidak melindunginya daripada akibat buruknya.
Kita boleh tiru Daud dengan mendapatkan bimbingan Yehuwa
sebelum membuat keputusan.
Ada kalanya, kita mungkin menghadapi kesusahan
bukan kerana Yehuwa tidak melindungi kita,
tapi kerana kita buat keputusan yang kurang bijak.
Pada masa yang lain pula,
kita mungkin mengalami kesusahan
kerana kejadian yang tidak terduga menimpa kita.
Jadi, macam mana?
Luahkanlah isi hati kita kepada Yehuwa melalui doa.
Dan, apakah yang Yehuwa akan buat?
Dia akan melindungi hati dan fikiran kita.
Dia tidak akan biarkan apa-apa menghancurkan iman kita.
Kita amat bersyukur Yehuwa telah menyediakan makanan,
pakaian, dan perlindungan rohani.
Terima kasih Yehuwa
kerana memberi kita semua yang kita perlukan
untuk terus hidup dan benar-benar bahagia.
Ingatlah kata-kata Yesus di Matius 5:3.
Untuk bantu kita ingat kunci kebahagiaan sejati ini,
Matius 5:3 dipilih sebagai ayat tahunan 2026.
Semoga kita tidak sesekali pun melupakan kata-kata ini,
Kami juga sangat gembira untuk mengumumkan
lagu asal baharu yang berdasarkan ayat ini.
Temanya ialah “Terus Kenali Yehuwa.”
Lagu ini mengungkapkan keinginan kita
untuk luang waktu dan teguhkan iman kita
dan hidup untuk sembah Yehuwa.
Kita tidak sabar-sabar menyanyikan lagu ini
semasa mesyuarat tahunan yang akan datang.
Ini ialah lagu 162 dalam buku lagu kita.
Lagu ini sudah disediakan dalam beberapa bahasa
dan anda boleh muat turunnya.
Lagu ini akan dikeluarkan kemudian untuk bahasa-bahasa yang lain.
Saudara saudari, ingatlah ini:
Untuk pastikan kita terus sedar akan keperluan rohani kita,
kita mesti rendah hati, gigih tanpa berputus asa,
dan ada iman yang kuat kepada Tuhan kita, Yehuwa.
Dengan itu, kita dapat penuhi keperluan rohani kita setiap hari
dan kita akan benar-benar bahagia.
Saudara saudari sekalian,
kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.