00:00:02
Selamat datang!00:00:04
00:00:04
Dalam program ini,00:00:05
00:00:05
kami ingin kongsi beberapa hal menarik00:00:08
00:00:08
daripada Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 202500:00:11
00:00:11
dan pengalaman yang menggalakkan00:00:13
00:00:13
daripada kempen pada bulan September.00:00:15
00:00:15
Mari dengar beberapa laporan terlebih dahulu.00:00:19
00:00:19
Pada 24-26 Oktober tahun ini,00:00:23
00:00:23
satu konvensyen istimewa00:00:24
00:00:24
telah diadakan di Kobe, Jepun.00:00:27
00:00:27
Lebih daripada 3,000 saudara saudari00:00:29
00:00:29
dari 35 negara telah menghadirinya.00:00:32
00:00:32
Jumlah hadirin ialah 22,591 orang00:00:37
00:00:37
dan sebanyak 93 saudara saudari telah dibaptis.00:00:42
00:00:43
Konvensyen kuatkan perpaduan kita00:00:46
00:00:46
dan memberi kesaksian yang baik.00:00:49
00:00:49
Seorang saudara dari Mauritius00:00:51
00:00:51
kongsi pengalaman ini.00:00:53
00:00:53
Seorang tukang masak tanya dia,00:00:56
00:00:56
“‘Kamu semua dari mana?’00:00:57
00:00:57
Saya jelaskan kami ialah Saksi-Saksi Yehuwa00:01:00
00:01:00
dan kami hadir satu acara yang istimewa.00:01:03
00:01:03
Dia kata,00:01:04
00:01:04
‘Semua orang yang memakai lencana ini sangat ramah,00:01:08
00:01:08
sopan, dan selalu senyum.’00:01:10
00:01:10
Dia juga bawa rakan kerjanya00:01:13
00:01:13
dan dengan teruja, dia kata,00:01:15
00:01:15
‘Inilah orang yang saya ceritakan.00:01:17
00:01:17
Mereka berpakaian sopan dan sangat mesra.’00:01:20
00:01:20
Dia kata dia mungkin akan hadir konvensyen00:01:23
00:01:23
pada hari cutinya.00:01:25
00:01:25
Dia juga tambah,00:01:27
00:01:27
‘Saya pernah jumpa penginjil dari agama lain,00:01:30
00:01:30
tapi kamu semua sangat berbeza.00:01:32
00:01:32
Saya bersemangat untuk datang kerja setiap hari.00:01:36
00:01:36
Bila kamu ada, suasana sangat menyenangkan.’”00:01:40
00:01:40
Memang ibadat sejati memuliakan Yehuwa.00:01:44
00:01:46
Laporan itu memang buat kita gembira.00:01:49
00:01:49
Tapi kita sedar00:01:50
00:01:50
sesetengah saudara saudari kita sedang menderita00:01:53
00:01:53
kerana bencana alam.00:01:55
00:01:55
Di Filipina, lima taufan dan dua gempa bumi00:01:59
00:01:59
yang dahsyat telah melanda negara itu dalam00:02:02
00:02:02
tempoh masa tujuh minggu.00:02:05
00:02:05
Akibatnya, hampir 2,000 penyiar terpaksa berpindah00:02:09
00:02:09
dan 99 rumah telah musnah.00:02:11
00:02:11
Selain itu, 548 rumah dan 36 Dewan Perjumpaan00:02:17
00:02:17
mengalami kerosakan.00:02:18
00:02:18
Sepuluh saudara saudari kita telah cedera.00:02:21
00:02:21
Tapi syukurlah, tiada yang terkorban.00:02:24
00:02:24
Dua belas Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.00:02:29
00:02:29
Pada 28 Oktober 2025,00:02:32
00:02:32
Taufan Melissa yang berkategori lima00:02:35
00:02:35
telah melanda Jamaica.00:02:37
00:02:37
Angin itu mencapai hampir 300 kilometer sejam.00:02:40
00:02:40
Itu antara taufan yang paling kuat00:02:43
00:02:43
yang pernah dilaporkan terjadi di Lautan Atlantik.00:02:47
00:02:47
Beberapa penduduk juga meninggal00:02:49
00:02:49
akibat banjir dan tanah runtuh00:02:51
00:02:51
di bahagian selatan Jamaica.00:02:54
00:02:54
Haiti, Republik Dominika, Cuba, Bahamas,00:02:58
00:02:58
Kepulauan Turks dan Caicos, dan Bermuda juga terkesan.00:03:03
00:03:03
Apakah keadaan saudara saudari?00:03:06
00:03:06
Kita bersyukur tiada yang terkorban.00:03:09
00:03:09
Tapi 14 saudara saudari kita telah cedera,00:03:12
00:03:12
679 penyiar terpaksa berpindah,00:03:16
00:03:16
79 rumah telah musnah,00:03:19
00:03:19
dan 1,165 rumah rosak.00:03:23
00:03:23
Empat Dewan Perjumpaan musnah.00:03:25
00:03:25
Empat puluh Dewan Perjumpaan00:03:27
00:03:27
dan lima Dewan Perhimpunan juga mengalami kerosakan.00:03:30
00:03:30
Empat Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.00:03:34
00:03:34
Semasa bencana terjadi,00:03:37
00:03:37
kita sangat risau tentang rakan seiman kita.00:03:40
00:03:40
Seperti kata Paulus di 1 Korintus 12:25, 26:00:03:46
00:03:58
Dalam bahasa asal,00:04:00
00:04:00
ungkapan “setiap anggota tubuh akan saling memperhatikan”00:04:04
00:04:04
bermaksud “setiap anggota patut sangat prihatin00:04:08
00:04:08
terhadap satu sama lain.”00:04:09
00:04:23
Teruslah berdoa untuk saudara saudari00:04:27
00:04:27
yang terkesan oleh bencana.00:04:29
00:04:29
Kami juga sangat berterima kasih00:04:32
00:04:32
kepada semua saudara saudari,00:04:34
00:04:34
termasuk anda,00:04:35
00:04:35
yang memberikan bantuan kepada rakan seiman.00:04:39
00:04:39
Doa dan sumbangan anda menjayakan00:04:43
00:04:43
kerja bantuan mangsa bencana.00:04:45
00:04:45
Saudara saudari,00:04:46
00:04:46
meskipun anda menghadapi cabaran,00:04:49
00:04:49
semangat anda dalam kerja penyebaran00:04:51
00:04:51
juga menggalakkan kami.00:04:53
00:04:53
Ini dapat dilihat dengan jelas00:04:55
00:04:55
semasa kempen pada bulan September.00:04:58
00:04:58
Sepanjang bulan itu,00:05:00
00:05:00
kita bergiat untuk mengedarkan00:05:02
00:05:02
majalah Menara Pengawal yang bertajuk,00:05:04
00:05:04
“Akhir Perang—Bagaimana?”00:05:06
00:05:06
dan menjemput orang yang berminat00:05:08
00:05:08
untuk mendengar ceramah istimewa.00:05:10
00:05:10
Dengarlah beberapa pengalaman yang baik00:05:13
00:05:13
daripada kempen itu.00:05:14
00:05:14
Seorang saudari di Argentina ingin memberi kesaksian00:05:18
00:05:18
semasa makan tengah hari di tempat kerjanya.00:05:21
00:05:21
Dia tahu majikannya pernah belajar Bible.00:05:24
00:05:24
Jadi dia beritahunya tentang kempen itu.00:05:26
00:05:26
Dia juga menggalakkannya00:05:28
00:05:28
untuk sambung belajar Bible.00:05:30
00:05:30
Pada masa itu,00:05:31
00:05:31
ada dua rakan sekerja saudari kita00:05:33
00:05:33
terdengar perbualan mereka00:05:35
00:05:35
dan ada banyak soalan.00:05:36
00:05:36
Kedua-dua rakan sekerja itu mahu belajar Bible.00:05:40
00:05:40
Dan pada hari berikutnya,00:05:42
00:05:42
majikan saudari kita juga kata00:05:44
00:05:44
dia mahu sambung belajar Bible.00:05:46
00:05:46
Sekarang, mereka semua sedang belajar00:05:48
00:05:48
dan ada dua yang hadir ceramah istimewa.00:05:50
00:05:50
Di Belgium, dua saudari kita telah menawarkan00:05:54
00:05:54
majalah Menara Pengawal kepada seorang wanita yang ramah.00:05:58
00:05:58
Semasa kunjungan seterusnya,00:06:00
00:06:00
wanita itu beritahu00:06:01
00:06:01
dia ada tengok laman web kita00:06:03
00:06:03
dan dia juga tengok video yang bertajuk,00:06:06
00:06:06
“Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan?”00:06:09
00:06:09
Dia kata dia sangat suka video itu kerana00:06:12
00:06:12
penjelasannya logik dan melegakan hatinya.00:06:15
00:06:15
Dia pun terima pembelajaran Bible00:06:17
00:06:17
dan hadir ceramah istimewa.00:06:19
00:06:19
Wanita itu beri penuh perhatian semasa program itu00:06:23
00:06:23
dan meluahkan perasaannya bahawa00:06:25
00:06:25
dia sangat suka bersama orang yang ikhlas00:06:27
00:06:27
ingin menyembah Tuhan.00:06:29
00:06:29
Kini, dia masih belajar Bible dengan tetap.00:06:32
00:06:32
Sebenarnya, itu hanya beberapa pengalaman00:06:36
00:06:36
daripada banyak pengalaman yang baik00:06:38
00:06:38
yang kita raih.00:06:39
00:06:39
Sekarang, mari kita lihat pencapaian kita00:06:42
00:06:42
dalam Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2025.00:06:46
00:06:46
Ayat tahunan kata,00:06:48
00:06:48
“Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.”00:06:52
00:06:52
Itulah yang umat Yehuwa lakukan di serata dunia.00:06:56
00:06:56
Kita sangat gembira kerana terdapat 9,047,083 penyiar.00:07:03
00:07:03
Itu peningkatan sebanyak 2.5 peratus.00:07:07
00:07:07
Kita juga menginjil di 241 negara dan kawasan,00:07:11
00:07:11
dan 96 kawasan itu melaporkan jumlah tertinggi penyiar00:07:16
00:07:16
yang baharu.00:07:17
00:07:17
Selain kempen menawarkan pembelajaran Bible00:07:20
00:07:20
pada bulan September 2024,00:07:22
00:07:22
beberapa cawangan telah mengatur kempen penyebaran00:07:25
00:07:25
di kawasan tempatan.00:07:27
00:07:27
Usaha saudara saudari untuk mulakan perbualan00:07:30
00:07:30
dan menawarkan pembelajaran Bible telah diberkati.00:07:33
00:07:33
Contohnya di Peru,00:07:36
00:07:36
saudara saudari mengadakan kempen menginjil00:07:38
00:07:38
dari Jun hingga Ogos 2025.00:07:41
00:07:41
Mereka berusaha untuk mencapai penduduk00:07:44
00:07:44
di lima kawasan di Peru00:07:46
00:07:46
seperti kawasan di Sungai Amazon yang panjang00:07:50
00:07:50
dan Pergunungan Andes yang tinggi.00:07:53
00:07:53
Bagaimanakah sambutannya?00:07:55
00:07:55
Sekitar 10,000 orang menunjukkan minat00:07:59
00:07:59
terhadap kursus pembelajaran Bible00:08:02
00:08:02
dan ingin tahu lebih banyak tentangnya.00:08:04
00:08:05
Dari bulan Julai hingga Ogos 2025,00:08:09
00:08:09
ribuan saudara saudari menyertai kempen menginjil00:08:12
00:08:12
yang diadakan di bahagian barat Zambia00:08:14
00:08:14
buat kali pertama.00:08:16
00:08:16
Kira-kira 1.3 juta orang tinggal di kawasan00:08:20
00:08:20
yang luas dan cantik ini.00:08:22
00:08:22
Banyak orang yang tinggal di kawasan terpencil itu00:08:26
00:08:26
mendengar mesej Bible buat kali pertama.00:08:29
00:08:29
Sepanjang kempen itu,00:08:30
00:08:30
lebih daripada 24,500 orang telah00:08:34
00:08:34
memohon untuk belajar Bible.00:08:37
00:08:37
Sangat menggalakkan, bukan?00:08:39
00:08:39
Sememangnya, “ladang-ladang sudah menguning00:08:42
00:08:42
dan siap untuk dituai.”00:08:44
00:08:44
Ya, pada tahun aktiviti penyebaran yang lalu,00:08:47
00:08:47
jumlah pembelajaran Bible meningkat00:08:49
00:08:49
sebanyak 1.6 peratus.00:08:52
00:08:52
Kita juga sangat gembira untuk dengar00:08:54
00:08:54
seramai 304,643 orang juga dibaptis.00:09:00
00:09:00
Ini peningkatan sebanyak 2.8 peratus00:09:02
00:09:02
berbanding sebelumnya.00:09:04
00:09:04
Selain itu, 20,635,015 orang telah00:09:10
00:09:10
menghadiri sambutan Peringatan00:09:12
00:09:12
dan 15 negara telah melaporkan00:09:15
00:09:15
jumlah tertinggi hadirin yang baharu.00:09:18
00:09:18
Apa lagi perkembangan baik yang lain?00:09:20
00:09:20
Mari kita dengar laporan berikut.00:09:22
00:09:22
Di Filipina,00:09:24
00:09:24
kami ada jumlah tertinggi penyiar yang baru00:09:26
00:09:26
iaitu 268,200 lebih penyiar.00:09:32
00:09:32
Jumlah perintis biasa terus meningkat selama tiga tahun.00:09:36
00:09:36
Sekarang kami ada hampir 80,000 perintis biasa.00:09:41
00:09:41
Di Mexico,00:09:42
00:09:42
kami ada jumlah tertinggi penyiar dan perintis yang baru, 00:09:45
00:09:45
iaitu kira-kira 900,000 penyiar00:09:49
00:09:49
dan 173,000 lebih perintis biasa.00:09:52
00:09:52
Di Indonesia, kami ada jumlah tertinggi penyiar yang baru,00:09:56
00:09:56
sebanyak 32,371 penyiar.00:10:01
00:10:01
Itu peningkatan tiga peratus dari tahun lepas.00:10:04
00:10:04
Kami juga ada jumlah perintis biasa yang baru,00:10:07
00:10:07
iaitu lebih daripada 7,100 perintis biasa.00:10:13
00:10:13
Di Angola, kami ada jumlah tertinggi penyiar,00:10:16
00:10:16
iaitu 184,000 lebih penyiar.00:10:20
00:10:20
Ini peningkatan enam peratus dari tahun lalu.00:10:23
00:10:23
Tapi pada September tahun penyebaran ini,00:10:26
00:10:26
kami ada angka penyiar baru,00:10:28
00:10:28
iaitu 190,000 lebih penyiar.00:10:31
00:10:31
Di Zimbabwe, kami gembira ada00:10:34
00:10:34
jumlah tertinggi penyiar yang baru,00:10:36
00:10:36
iaitu lebih daripada 53,000 orang.00:10:39
00:10:39
Itu peningkatan sebanyak tujuh peratus.00:10:43
00:10:43
Jumlah perintis biasa juga mencapai angka tertinggi,00:10:46
00:10:46
iaitu 10,000 lebih perintis.00:10:49
00:10:50
Di Congo (Kinshasa), jumlah penyiar meningkat 11 peratus.00:10:55
00:10:55
Kini, ada lebih daripada 297,000 penyiar.00:11:00
00:11:00
Jumlah pembelajaran Bible dan hadirin Peringatan00:11:04
00:11:04
juga terus meningkat.00:11:06
00:11:06
Terdapat lebih daripada 1.4 juta orang00:11:10
00:11:10
menghadiri Peringatan.00:11:12
00:11:12
Kami sangat gembira.00:11:14
00:11:14
Sebenarnya, angka ini ialah empat kali lebih banyak00:11:18
00:11:18
berbanding jumlah penyiar.00:11:20
00:11:20
Di Perancis, kami bersukacita untuk melaporkan00:11:25
00:11:25
jumlah tertinggi penyiar,00:11:27
00:11:27
iaitu 139,548 penyiar.00:11:33
00:11:33
Di Madagascar, jumlah penyiar meningkat tujuh peratus.00:11:37
00:11:37
Jadi angka tertinggi yang baru ialah00:11:40
00:11:40
lebih daripada 44,500 penyiar,00:11:43
00:11:43
dan jumlah hadirin Peringatan00:11:46
00:11:46
empat kali ganda jumlah penyiar,00:11:48
00:11:48
iaitu 176,453 orang.00:11:53
00:11:53
Di Brazil, jumlah tertinggi penyiar kami ialah00:11:57
00:11:57
930,000 lebih penyiar.00:12:01
00:12:01
Tapi pada September tahun ini,00:12:03
00:12:03
kami ada angka baru,00:12:05
00:12:05
iaitu lebih daripada 940,000 penyiar.00:12:10
00:12:11
Daripada beberapa laporan baik yang kita dengar tadi,00:12:14
00:12:14
tidakkah jelas bahawa Yehuwa memberkati kita00:12:18
00:12:18
dengan melimpah?00:12:19
00:12:19
Itu juga bukti anda menginjil dengan bersemangat.00:12:23
00:12:23
Saudara saudari, kami ingin memuji anda00:12:27
00:12:27
kerana terus ‘memuliakan Tuhan dan00:12:29
00:12:29
nama-Nya yang gemilang.’00:12:31
00:12:32
Dalam video ini,00:12:33
00:12:33
kita dapat lihat saudara saudari kita tidak kebal00:12:37
00:12:37
dengan cabaran yang berat00:12:38
00:12:38
seperti bencana alam.00:12:40
00:12:40
Tapi mereka “berbuat baik tanpa berputus asa.”00:12:44
00:12:44
Yehuwa menguatkan dan memberkati00:12:46
00:12:46
mereka yang setia.00:12:48
00:12:48
Dia juga memberkati setiap seorang daripada kita.00:12:52
00:12:52
Jadi, marilah kita bergiat menginjil00:12:55
00:12:55
dan beri Yehuwa yang terbaik.00:12:57
00:12:57
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua00:13:02
00:13:02
dan akan terus berdoa untuk anda.00:13:04
00:13:04
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:13:08
00:13:08
inilah Siaran JW.00:13:09
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #7
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #7
Selamat datang!
Dalam program ini,
kami ingin kongsi beberapa hal menarik
daripada Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2025
dan pengalaman yang menggalakkan
daripada kempen pada bulan September.
Mari dengar beberapa laporan terlebih dahulu.
Pada 24-26 Oktober tahun ini,
satu konvensyen istimewa
telah diadakan di Kobe, Jepun.
Lebih daripada 3,000 saudara saudari
dari 35 negara telah menghadirinya.
Jumlah hadirin ialah 22,591 orang
dan sebanyak 93 saudara saudari telah dibaptis.
Konvensyen kuatkan perpaduan kita
dan memberi kesaksian yang baik.
Seorang saudara dari Mauritius
kongsi pengalaman ini.
Seorang tukang masak tanya dia,
“‘Kamu semua dari mana?’
Saya jelaskan kami ialah Saksi-Saksi Yehuwa
dan kami hadir satu acara yang istimewa.
Dia kata,
‘Semua orang yang memakai lencana ini sangat ramah,
sopan, dan selalu senyum.’
Dia juga bawa rakan kerjanya
dan dengan teruja, dia kata,
‘Inilah orang yang saya ceritakan.
Mereka berpakaian sopan dan sangat mesra.’
Dia kata dia mungkin akan hadir konvensyen
pada hari cutinya.
Dia juga tambah,
‘Saya pernah jumpa penginjil dari agama lain,
tapi kamu semua sangat berbeza.
Saya bersemangat untuk datang kerja setiap hari.
Bila kamu ada, suasana sangat menyenangkan.’”
Memang ibadat sejati memuliakan Yehuwa.
Laporan itu memang buat kita gembira.
Tapi kita sedar
sesetengah saudara saudari kita sedang menderita
kerana bencana alam.
Di Filipina, lima taufan dan dua gempa bumi
yang dahsyat telah melanda negara itu dalam
tempoh masa tujuh minggu.
Akibatnya, hampir 2,000 penyiar terpaksa berpindah
dan 99 rumah telah musnah.
Selain itu, 548 rumah dan 36 Dewan Perjumpaan
mengalami kerosakan.
Sepuluh saudara saudari kita telah cedera.
Tapi syukurlah, tiada yang terkorban.
Dua belas Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.
Pada 28 Oktober 2025,
Taufan Melissa yang berkategori lima
telah melanda Jamaica.
Angin itu mencapai hampir 300 kilometer sejam.
Itu antara taufan yang paling kuat
yang pernah dilaporkan terjadi di Lautan Atlantik.
Beberapa penduduk juga meninggal
akibat banjir dan tanah runtuh
di bahagian selatan Jamaica.
Haiti, Republik Dominika, Cuba, Bahamas,
Kepulauan Turks dan Caicos, dan Bermuda juga terkesan.
Apakah keadaan saudara saudari?
Kita bersyukur tiada yang terkorban.
Tapi 14 saudara saudari kita telah cedera,
679 penyiar terpaksa berpindah,
79 rumah telah musnah,
dan 1,165 rumah rosak.
Empat Dewan Perjumpaan musnah.
Empat puluh Dewan Perjumpaan
dan lima Dewan Perhimpunan juga mengalami kerosakan.
Empat Jawatankuasa Bantuan Bencana telah ditubuhkan.
Semasa bencana terjadi,
kita sangat risau tentang rakan seiman kita.
Seperti kata Paulus di 1 Korintus 12:25, 26:
Dalam bahasa asal,
ungkapan “setiap anggota tubuh akan saling memperhatikan”
bermaksud “setiap anggota patut sangat prihatin
terhadap satu sama lain.”
Teruslah berdoa untuk saudara saudari
yang terkesan oleh bencana.
Kami juga sangat berterima kasih
kepada semua saudara saudari,
termasuk anda,
yang memberikan bantuan kepada rakan seiman.
Doa dan sumbangan anda menjayakan
kerja bantuan mangsa bencana.
Saudara saudari,
meskipun anda menghadapi cabaran,
semangat anda dalam kerja penyebaran
juga menggalakkan kami.
Ini dapat dilihat dengan jelas
semasa kempen pada bulan September.
Sepanjang bulan itu,
kita bergiat untuk mengedarkan
majalah Menara Pengawal yang bertajuk,
“Akhir Perang—Bagaimana?”
dan menjemput orang yang berminat
untuk mendengar ceramah istimewa.
Dengarlah beberapa pengalaman yang baik
daripada kempen itu.
Seorang saudari di Argentina ingin memberi kesaksian
semasa makan tengah hari di tempat kerjanya.
Dia tahu majikannya pernah belajar Bible.
Jadi dia beritahunya tentang kempen itu.
Dia juga menggalakkannya
untuk sambung belajar Bible.
Pada masa itu,
ada dua rakan sekerja saudari kita
terdengar perbualan mereka
dan ada banyak soalan.
Kedua-dua rakan sekerja itu mahu belajar Bible.
Dan pada hari berikutnya,
majikan saudari kita juga kata
dia mahu sambung belajar Bible.
Sekarang, mereka semua sedang belajar
dan ada dua yang hadir ceramah istimewa.
Di Belgium, dua saudari kita telah menawarkan
majalah Menara Pengawal kepada seorang wanita yang ramah.
Semasa kunjungan seterusnya,
wanita itu beritahu
dia ada tengok laman web kita
dan dia juga tengok video yang bertajuk,
“Mengapakah Tuhan Membenarkan Penderitaan?”
Dia kata dia sangat suka video itu kerana
penjelasannya logik dan melegakan hatinya.
Dia pun terima pembelajaran Bible
dan hadir ceramah istimewa.
Wanita itu beri penuh perhatian semasa program itu
dan meluahkan perasaannya bahawa
dia sangat suka bersama orang yang ikhlas
ingin menyembah Tuhan.
Kini, dia masih belajar Bible dengan tetap.
Sebenarnya, itu hanya beberapa pengalaman
daripada banyak pengalaman yang baik
yang kita raih.
Sekarang, mari kita lihat pencapaian kita
dalam Laporan Tahun Aktiviti Penyebaran 2025.
Ayat tahunan kata,
“Muliakanlah Yehuwa kerana nama-Nya yang gemilang.”
Itulah yang umat Yehuwa lakukan di serata dunia.
Kita sangat gembira kerana terdapat 9,047,083 penyiar.
Itu peningkatan sebanyak 2.5 peratus.
Kita juga menginjil di 241 negara dan kawasan,
dan 96 kawasan itu melaporkan jumlah tertinggi penyiar
yang baharu.
Selain kempen menawarkan pembelajaran Bible
pada bulan September 2024,
beberapa cawangan telah mengatur kempen penyebaran
di kawasan tempatan.
Usaha saudara saudari untuk mulakan perbualan
dan menawarkan pembelajaran Bible telah diberkati.
Contohnya di Peru,
saudara saudari mengadakan kempen menginjil
dari Jun hingga Ogos 2025.
Mereka berusaha untuk mencapai penduduk
di lima kawasan di Peru
seperti kawasan di Sungai Amazon yang panjang
dan Pergunungan Andes yang tinggi.
Bagaimanakah sambutannya?
Sekitar 10,000 orang menunjukkan minat
terhadap kursus pembelajaran Bible
dan ingin tahu lebih banyak tentangnya.
Dari bulan Julai hingga Ogos 2025,
ribuan saudara saudari menyertai kempen menginjil
yang diadakan di bahagian barat Zambia
buat kali pertama.
Kira-kira 1.3 juta orang tinggal di kawasan
yang luas dan cantik ini.
Banyak orang yang tinggal di kawasan terpencil itu
mendengar mesej Bible buat kali pertama.
Sepanjang kempen itu,
lebih daripada 24,500 orang telah
memohon untuk belajar Bible.
Sangat menggalakkan, bukan?
Sememangnya, “ladang-ladang sudah menguning
dan siap untuk dituai.”
Ya, pada tahun aktiviti penyebaran yang lalu,
jumlah pembelajaran Bible meningkat
sebanyak 1.6 peratus.
Kita juga sangat gembira untuk dengar
seramai 304,643 orang juga dibaptis.
Ini peningkatan sebanyak 2.8 peratus
berbanding sebelumnya.
Selain itu, 20,635,015 orang telah
menghadiri sambutan Peringatan
dan 15 negara telah melaporkan
jumlah tertinggi hadirin yang baharu.
Apa lagi perkembangan baik yang lain?
Mari kita dengar laporan berikut.
Di Filipina,
kami ada jumlah tertinggi penyiar yang baru
iaitu 268,200 lebih penyiar.
Jumlah perintis biasa terus meningkat selama tiga tahun.
Sekarang kami ada hampir 80,000 perintis biasa.
Di Mexico,
kami ada jumlah tertinggi penyiar dan perintis yang baru,
iaitu kira-kira 900,000 penyiar
dan 173,000 lebih perintis biasa.
Di Indonesia, kami ada jumlah tertinggi penyiar yang baru,
sebanyak 32,371 penyiar.
Itu peningkatan tiga peratus dari tahun lepas.
Kami juga ada jumlah perintis biasa yang baru,
iaitu lebih daripada 7,100 perintis biasa.
Di Angola, kami ada jumlah tertinggi penyiar,
iaitu 184,000 lebih penyiar.
Ini peningkatan enam peratus dari tahun lalu.
Tapi pada September tahun penyebaran ini,
kami ada angka penyiar baru,
iaitu 190,000 lebih penyiar.
Di Zimbabwe, kami gembira ada
jumlah tertinggi penyiar yang baru,
iaitu lebih daripada 53,000 orang.
Itu peningkatan sebanyak tujuh peratus.
Jumlah perintis biasa juga mencapai angka tertinggi,
iaitu 10,000 lebih perintis.
Di Congo (Kinshasa), jumlah penyiar meningkat 11 peratus.
Kini, ada lebih daripada 297,000 penyiar.
Jumlah pembelajaran Bible dan hadirin Peringatan
juga terus meningkat.
Terdapat lebih daripada 1.4 juta orang
menghadiri Peringatan.
Kami sangat gembira.
Sebenarnya, angka ini ialah empat kali lebih banyak
berbanding jumlah penyiar.
Di Perancis, kami bersukacita untuk melaporkan
jumlah tertinggi penyiar,
iaitu 139,548 penyiar.
Di Madagascar, jumlah penyiar meningkat tujuh peratus.
Jadi angka tertinggi yang baru ialah
lebih daripada 44,500 penyiar,
dan jumlah hadirin Peringatan
empat kali ganda jumlah penyiar,
iaitu 176,453 orang.
Di Brazil, jumlah tertinggi penyiar kami ialah
930,000 lebih penyiar.
Tapi pada September tahun ini,
kami ada angka baru,
iaitu lebih daripada 940,000 penyiar.
Daripada beberapa laporan baik yang kita dengar tadi,
tidakkah jelas bahawa Yehuwa memberkati kita
dengan melimpah?
Itu juga bukti anda menginjil dengan bersemangat.
Saudara saudari, kami ingin memuji anda
kerana terus ‘memuliakan Tuhan dan
nama-Nya yang gemilang.’
Dalam video ini,
kita dapat lihat saudara saudari kita tidak kebal
dengan cabaran yang berat
seperti bencana alam.
Tapi mereka “berbuat baik tanpa berputus asa.”
Yehuwa menguatkan dan memberkati
mereka yang setia.
Dia juga memberkati setiap seorang daripada kita.
Jadi, marilah kita bergiat menginjil
dan beri Yehuwa yang terbaik.
Saudara saudari, kami sangat mengasihi anda semua
dan akan terus berdoa untuk anda.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-