00:00:02
Selamat datang!00:00:04
00:00:04
Kali ini, kami akan kongsi tentang00:00:07
00:00:07
drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus00:00:10
00:00:10
dan manfaat baik yang kita raih daripadanya.00:00:13
00:00:13
Sebelum itu, kami ingin kongsi laporan yang singkat.00:00:18
00:00:18
Seperti yang disebut dalam video lalu,00:00:20
00:00:20
pada Oktober 2025, Taufan Melissa telah00:00:25
00:00:25
melanda kepulauan Caribbean.00:00:27
00:00:27
Di Cuba,00:00:29
00:00:29
kira-kira 70 rumah saudara saudari telah musnah00:00:33
00:00:33
dan 600 lebih mengalami kerosakan.00:00:37
00:00:37
Selain itu, penyakit seperti demam denggi,00:00:41
00:00:41
demam chikungunya, dan penyakit lain00:00:44
00:00:44
mula menular.00:00:46
00:00:46
Pada Disember 2025,00:00:49
00:00:49
kami sangat sedih untuk dengar beberapa saudara saudari00:00:53
00:00:53
telah meninggal akibat wabak ini00:00:55
00:00:55
dan ramai lagi telah dijangkiti.00:00:58
00:00:58
Jawatankuasa Bantuan Bencana telah sediakan00:01:02
00:01:02
barang-barang perlindungan00:01:04
00:01:04
seperti kelambu serta ubat nyamuk,00:01:06
00:01:06
dan mengajar saudara saudari00:01:08
00:01:08
langkah-langkah untuk mencegah wabak ini.00:01:11
00:01:11
Kami amat menghargai semua yang telah00:01:14
00:01:14
menghulurkan bantuan dan kami berdoa untuk00:01:18
00:01:18
saudara saudari di Cuba,00:01:20
00:01:20
termasuk mereka yang memberikan sokongan00:01:22
00:01:22
kepada rakan seiman mereka.00:01:25
00:01:25
Kami yakin Yehuwa, “Tuhan yang melegakan hati kita,”00:01:29
00:01:29
amat dekat dengan saudara saudari00:01:31
00:01:31
yang sedang bersedih sekarang.00:01:33
00:01:34
Baru-baru ini, Badan Pimpinan telah membuat keputusan00:01:38
00:01:38
bermula 1 Januari 2026,00:01:41
00:01:41
saudara yang berumur 80 tahun ke atas tidak lagi00:01:45
00:01:45
akan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Cawangan.00:01:48
00:01:48
Tapi mereka akan terus menyokong dan membimbing ahli-ahli lain.00:01:53
00:01:53
Sudah tentu, pengalaman mereka akan membantu00:01:57
00:01:57
dan membawa manfaat kepada00:01:58
00:01:58
Jawatankuasa Cawangan dan keluarga Bethel.00:02:02
00:02:02
Kami benar-benar menghargai kerja baik mereka00:02:05
00:02:05
dan juga para isteri mereka.00:02:08
00:02:10
Pada tahun ini,00:02:12
00:02:12
saudara saudari di Jakarta, Indonesia,00:02:15
00:02:15
akan menikmati dua konvensyen istimewa.00:02:18
00:02:18
Konvensyen pertama telah diadakan pada 12-14 Disember.00:02:23
00:02:23
3,300 lebih saudara saudari dari sembilan negara telah datang.00:02:28
00:02:28
Jumlah hadirin tertinggi ialah 13,600 lebih orang00:02:33
00:02:33
dan 136 orang telah dibaptis.00:02:36
00:02:36
Kami tidak sabar menantikan tiga lagi00:02:39
00:02:39
konvensyen istimewa yang akan diadakan.00:02:42
00:02:42
Semasa konvensyen,00:02:44
00:02:44
kita sangat menikmati pergaulan dan00:02:47
00:02:47
makanan rohani yang melimpah.00:02:49
00:02:49
Salah satu program yang kita semua sangat suka00:02:53
00:02:53
ialah tiga episod daripada00:02:55
00:02:55
drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.00:02:59
00:03:00
Semasa projek ini diumumkan00:03:03
00:03:03
pada mesyuarat tahunan 2020,00:03:05
00:03:05
kita semua sangat teruja.00:03:08
00:03:08
Tapi ada yang fikir,00:03:10
00:03:10
“Adakah drama ini akan disediakan dalam bahasa saya?”00:03:14
00:03:14
Dengan berkat Yehuwa,00:03:16
00:03:16
episod pertama diterjemahkan ke dalam 450 bahasa.00:03:21
00:03:21
Dan kini,00:03:22
00:03:22
drama ini telah dihasilkan dalam lebih banyak bahasa,00:03:27
00:03:27
iaitu kira-kira 514 bahasa.00:03:30
00:03:30
Ini termasuk 80 lebih bahasa yang00:03:34
00:03:34
tiada terjemahan Bible dalam bahasa mereka.00:03:37
00:03:37
Daripada jumlah itu,00:03:39
00:03:39
40 lebih bahasa itu merupakan bahasa isyarat.00:03:43
00:03:43
Memang hebat!00:03:44
00:03:44
Perkembangan ini memang00:03:47
00:03:47
sangat menggalakkan kita semua.00:03:50
00:03:50
Sekarang, jauh lebih ramai orang dapat menikmati00:03:53
00:03:53
drama tentang Yesus dalam bahasa mereka.00:03:57
00:03:58
Apakah perasaan mereka?00:04:01
00:04:01
Mari dengar.00:04:03
00:04:04
Semasa konvensyen serantau,00:04:06
00:04:06
kami sangat tersentuh kerana00:04:09
00:04:09
kami pertama kali dengar drama yang panjang00:04:12
00:04:12
dalam bahasa Greenland.00:04:14
00:04:16
Semua orang sangat fokus dengan drama itu.00:04:19
00:04:19
Mereka senyap saja.00:04:21
00:04:21
Saya betul-betul menghayati drama itu.00:04:24
00:04:24
Macam saya ada di sana.00:04:27
00:04:27
Ya, drama itu sangat bagus!00:04:29
00:04:29
Kami jemput satu orang pekak00:04:31
00:04:31
untuk hadir konvensyen ini.00:04:33
00:04:33
Dia datang pada hari Sabtu.00:04:35
00:04:35
Bila dia nampak ini ialah perjumpaan agama,00:04:37
00:04:37
dia tidak gembira.00:04:39
00:04:39
Kami bagi tahu dia ada drama dalam bahasa isyarat00:04:42
00:04:42
dan dia boleh pulang selepas tengok drama itu.00:04:45
00:04:45
Dia pun setuju.00:04:47
00:04:47
Dia sangat suka drama itu dan akhirnya tidak jadi pulang.00:04:51
00:04:51
Bila saya nampak Zakharia dan malaikat-malaikat00:04:54
00:04:54
cakap bahasa saya . . .00:04:56
00:05:03
saya rasa sangat tersentuh dan digalakkan.00:05:07
00:05:07
Saya dapat rasa Yehuwa prihatin sama saya.00:05:10
00:05:10
Saya kata dalam hati,00:05:11
00:05:11
“Yehuwa buat video ini khas untuk saya.”00:05:15
00:05:16
Inilah salah satu hadiah terbaik yang Yehuwa00:05:19
00:05:19
berikan kepada saya sejak saya kenal-Nya.00:05:22
00:05:23
Kami gembira dengar laporan baik itu.00:05:26
00:05:27
Apa lagi manfaat yang diraih oleh00:05:29
00:05:29
saudara saudari secara peribadi?00:05:31
00:05:31
Sebuah keluarga kata,00:05:34
00:05:34
“Kami bersyukur dapat baca Bible Terjemahan Dunia Baharu.00:05:39
00:05:39
Kami juga bersyukur dapat mendengar00:05:42
00:05:42
rakaman audio Bible,00:05:44
00:05:44
dan kami sangat bersyukur kami dapat melihat,00:05:49
00:05:49
mendengar, dan merasai kisah Bible melalui drama ini.”00:05:54
00:05:54
Seorang saudari tulis,00:05:57
00:05:57
“Sejak kecil, saya selalu pandang rendah diri00:06:00
00:06:00
dan rasa diri tidak cukup baik.00:06:02
00:06:02
Saya tahu Yesus mencerminkan Bapanya dengan sempurna.00:06:06
00:06:06
Tapi bila saya baca Bible,00:06:08
00:06:08
saya selalu bayangkan Yesus orang yang serius00:06:11
00:06:11
atau mungkin tegas,00:06:13
00:06:13
dan itulah pandangan saya tentang Yehuwa juga.00:06:16
00:06:16
Kadang-kadang bila saya baca Bible,00:06:19
00:06:19
saya cuba bayangkan00:06:21
00:06:21
apa perasaan saya bila jumpa Yesus00:06:24
00:06:24
dan bagaimana dia akan layan saya.00:06:27
00:06:27
Selepas ada drama ini,00:06:29
00:06:29
apa yang saya bayangkan telah berubah.00:06:31
00:06:31
Sekarang, saya dapat merasai kasihnya,00:06:34
00:06:34
belas kasihannya, dan sifatnya yang lemah lembut.00:06:39
00:06:39
Saya juga lihat senyumannya yang ikhlas.00:06:43
00:06:43
Terima kasih!00:06:44
00:06:44
Drama ini telah membuka hati dan minda saya,00:06:47
00:06:47
dan saya dapat lebih mengenali Yesus dan Yehuwa.00:06:51
00:06:52
Mungkin ramai antara kita pun rasa seperti itu.00:06:57
00:06:57
Sebenarnya, drama ini juga membuka peluang00:07:01
00:07:01
untuk kita memberi kesaksian.00:07:03
00:07:03
Mari dengar pengalaman ini yang sangat menarik.00:07:07
00:07:07
Saya ada rakan kerja yang suka baca Bible00:07:10
00:07:10
dan kami ada perbualan yang sangat bagus.00:07:13
00:07:13
Saya jemput dia pergi konvensyen.00:07:15
00:07:15
Tapi dia tidak dapat ikut.00:07:17
00:07:17
Saya pun hantar dia drama Berita Baik Episod 1-3.00:07:22
00:07:22
Dia sangat nikmatinya00:07:23
00:07:23
sampai dia belum sedia tengok Episod 300:07:26
00:07:26
sebab dia tidak mahu drama itu habis.00:07:29
00:07:29
Oleh kerana drama itu dari Bible00:07:31
00:07:31
dan dia sangat kenal ayat-ayat Bible,00:07:34
00:07:34
dia boleh ikut jalan ceritanya dalam Bible sendiri.00:07:38
00:07:38
Saya rasa sebab drama itulah00:07:40
00:07:40
dia sudi belajar Bible.00:07:42
00:07:42
Kami sudah sampai pelajaran 6 buku Nikmati,00:07:45
00:07:45
dan dia pernah ikut dua perjumpaan,00:07:48
00:07:48
dan dia sangat suka.00:07:49
00:07:49
Saya sangat gembira dia menghargai hal-hal rohani.00:07:52
00:07:53
Wah! Sangat bagus kan?00:07:55
00:07:55
Dan satu lagi hal.00:07:56
00:07:56
Kalau semasa menginjil ada orang kata,00:07:59
00:07:59
“Saksi-Saksi Yehuwa tidak percaya Yesus,”00:08:02
00:08:02
tunggu dulu!00:08:04
00:08:04
Tunjuklah mereka drama00:08:06
00:08:06
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.00:08:09
00:08:10
Di awal video,00:08:11
00:08:11
kami sebut bahawa drama ini telah diterjemahkan00:08:15
00:08:15
ke dalam lebih banyak bahasa.00:08:18
00:08:18
Tapi selain drama,00:08:19
00:08:19
kami juga buat aturan supaya konvensyen00:08:22
00:08:22
dapat diadakan dalam lebih banyak bahasa lagi.00:08:26
00:08:26
Untuk sesetengah bahasa,00:08:28
00:08:28
mereka tidak dapat menikmati program tiga hari.00:08:32
00:08:32
Ini mungkin sebab mereka tidak cukup saudara00:08:36
00:08:36
untuk menyampaikan ceramah.00:08:38
00:08:38
Jadi, mereka hanya dapat dengar program konvensyen00:08:42
00:08:42
untuk satu atau dua hari saja.00:08:46
00:08:46
Pada tahun ini,00:08:47
00:08:47
satu aturan baru telah dibuat untuk00:08:50
00:08:50
menangani situasi ini.00:08:53
00:08:53
Pada Mei 2025, rakaman telah dibuat untuk00:08:56
00:08:56
satu konvensyen bahasa Inggeris.00:08:59
00:08:59
Dari rakaman itu,00:09:01
00:09:01
skrip disediakan dan diberikan kepada cawangan00:09:04
00:09:04
untuk diterjemahkan dan dirakam00:09:07
00:09:07
mengikut keperluan bahasa.00:09:09
00:09:09
Seboleh-bolehnya cawangan digalakkan untuk atur00:09:14
00:09:14
supaya ceramah disampaikan secara langsung,00:09:17
00:09:17
tapi jika tidak cukup penceramah,00:09:19
00:09:19
rakaman ceramah boleh dimainkan.00:09:22
00:09:22
Memang kami mahu saudara saudari dapat00:09:25
00:09:25
berkumpul bersama dan mendengar ceramah00:09:28
00:09:28
yang disampaikan secara langsung.00:09:31
00:09:31
Dengan adanya aturan baru ini,00:09:34
00:09:34
lebih ramai saudara saudari kita dapat00:09:37
00:09:37
berkumpul bersama dan menikmati program tiga hari00:09:41
00:09:41
dalam bahasa mereka sendiri.00:09:43
00:09:44
Terima kasih banyak kepada saudara saudari00:09:47
00:09:47
yang terlibat untuk membantu menjayakan00:09:50
00:09:50
konvensyen kita di serata dunia.00:09:53
00:09:53
Ada satu lagi pengumuman00:09:55
00:09:55
sebelum kami akhiri program ini.00:09:58
00:09:58
Kami gembira mengumumkan00:10:00
00:10:00
pengeluaran video penuh temu ramah00:10:02
00:10:02
dengan Saudara Negede Teklemariam.00:10:05
00:10:05
Video ini disediakan dalam bahasa Inggeris00:10:08
00:10:08
dan bahasa lain juga.00:10:10
00:10:10
Luangkanlah masa untuk melihat video ini00:10:13
00:10:13
yang mengisahkan saudara-saudara kita yang tabah.00:10:17
00:10:17
Iman anda akan dikuatkan00:10:19
00:10:19
apabila anda lihat bagaimana Yehuwa00:10:21
00:10:21
telah menyokong mereka selama 26 tahun di penjara.00:10:26
00:10:26
Selepas tonton video itu,00:10:28
00:10:28
pasti anda setuju dengan kata-kata di Ibrani 13:3:00:10:33
00:10:44
Setakat 12 Disember 2025,00:10:48
00:10:48
seramai 270 saudara saudari kita00:10:51
00:10:51
dipenjarakan kerana iman mereka.00:10:54
00:10:55
Maka, teruslah berdoa untuk rakan seiman kita.00:11:01
00:11:01
Dari video ini,00:11:03
00:11:03
memang menyentuh hati untuk lihat bagaimana Yehuwa00:11:07
00:11:07
memenuhi keperluan rohani setiap orang.00:11:11
00:11:11
Seperti kata Mazmur 145:16,00:11:16
00:11:23
Kita juga berdoa agar Yehuwa memberkati00:11:25
00:11:25
penghasilan episod-episod yang akan datang00:11:29
00:11:29
untuk drama Berita Baik.00:11:31
00:11:31
Saudara saudari sekalian,00:11:33
00:11:33
ingatlah kami sangat mengasihi anda semua!00:11:38
00:11:38
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:11:41
00:11:41
inilah Siaran JW!00:11:44
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #8
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2025 #8
Selamat datang!
Kali ini, kami akan kongsi tentang
drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus
dan manfaat baik yang kita raih daripadanya.
Sebelum itu, kami ingin kongsi laporan yang singkat.
Seperti yang disebut dalam video lalu,
pada Oktober 2025, Taufan Melissa telah
melanda kepulauan Caribbean.
Di Cuba,
kira-kira 70 rumah saudara saudari telah musnah
dan 600 lebih mengalami kerosakan.
Selain itu, penyakit seperti demam denggi,
demam chikungunya, dan penyakit lain
mula menular.
Pada Disember 2025,
kami sangat sedih untuk dengar beberapa saudara saudari
telah meninggal akibat wabak ini
dan ramai lagi telah dijangkiti.
Jawatankuasa Bantuan Bencana telah sediakan
barang-barang perlindungan
seperti kelambu serta ubat nyamuk,
dan mengajar saudara saudari
langkah-langkah untuk mencegah wabak ini.
Kami amat menghargai semua yang telah
menghulurkan bantuan dan kami berdoa untuk
saudara saudari di Cuba,
termasuk mereka yang memberikan sokongan
kepada rakan seiman mereka.
Kami yakin Yehuwa, “Tuhan yang melegakan hati kita,”
amat dekat dengan saudara saudari
yang sedang bersedih sekarang.
Baru-baru ini, Badan Pimpinan telah membuat keputusan
bermula 1 Januari 2026,
saudara yang berumur 80 tahun ke atas tidak lagi
akan berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Cawangan.
Tapi mereka akan terus menyokong dan membimbing ahli-ahli lain.
Sudah tentu, pengalaman mereka akan membantu
dan membawa manfaat kepada
Jawatankuasa Cawangan dan keluarga Bethel.
Kami benar-benar menghargai kerja baik mereka
dan juga para isteri mereka.
Pada tahun ini,
saudara saudari di Jakarta, Indonesia,
akan menikmati dua konvensyen istimewa.
Konvensyen pertama telah diadakan pada 12-14 Disember.
3,300 lebih saudara saudari dari sembilan negara telah datang.
Jumlah hadirin tertinggi ialah 13,600 lebih orang
dan 136 orang telah dibaptis.
Kami tidak sabar menantikan tiga lagi
konvensyen istimewa yang akan diadakan.
Semasa konvensyen,
kita sangat menikmati pergaulan dan
makanan rohani yang melimpah.
Salah satu program yang kita semua sangat suka
ialah tiga episod daripada
drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.
Semasa projek ini diumumkan
pada mesyuarat tahunan 2020,
kita semua sangat teruja.
Tapi ada yang fikir,
“Adakah drama ini akan disediakan dalam bahasa saya?”
Dengan berkat Yehuwa,
episod pertama diterjemahkan ke dalam 450 bahasa.
Dan kini,
drama ini telah dihasilkan dalam lebih banyak bahasa,
iaitu kira-kira 514 bahasa.
Ini termasuk 80 lebih bahasa yang
tiada terjemahan Bible dalam bahasa mereka.
Daripada jumlah itu,
40 lebih bahasa itu merupakan bahasa isyarat.
Memang hebat!
Perkembangan ini memang
sangat menggalakkan kita semua.
Sekarang, jauh lebih ramai orang dapat menikmati
drama tentang Yesus dalam bahasa mereka.
Apakah perasaan mereka?
Mari dengar.
Semasa konvensyen serantau,
kami sangat tersentuh kerana
kami pertama kali dengar drama yang panjang
dalam bahasa Greenland.
Semua orang sangat fokus dengan drama itu.
Mereka senyap saja.
Saya betul-betul menghayati drama itu.
Macam saya ada di sana.
Ya, drama itu sangat bagus!
Kami jemput satu orang pekak
untuk hadir konvensyen ini.
Dia datang pada hari Sabtu.
Bila dia nampak ini ialah perjumpaan agama,
dia tidak gembira.
Kami bagi tahu dia ada drama dalam bahasa isyarat
dan dia boleh pulang selepas tengok drama itu.
Dia pun setuju.
Dia sangat suka drama itu dan akhirnya tidak jadi pulang.
Bila saya nampak Zakharia dan malaikat-malaikat
cakap bahasa saya . . .
saya rasa sangat tersentuh dan digalakkan.
Saya dapat rasa Yehuwa prihatin sama saya.
Saya kata dalam hati,
“Yehuwa buat video ini khas untuk saya.”
Inilah salah satu hadiah terbaik yang Yehuwa
berikan kepada saya sejak saya kenal-Nya.
Kami gembira dengar laporan baik itu.
Apa lagi manfaat yang diraih oleh
saudara saudari secara peribadi?
Sebuah keluarga kata,
“Kami bersyukur dapat baca Bible Terjemahan Dunia Baharu.
Kami juga bersyukur dapat mendengar
rakaman audio Bible,
dan kami sangat bersyukur kami dapat melihat,
mendengar, dan merasai kisah Bible melalui drama ini.”
Seorang saudari tulis,
“Sejak kecil, saya selalu pandang rendah diri
dan rasa diri tidak cukup baik.
Saya tahu Yesus mencerminkan Bapanya dengan sempurna.
Tapi bila saya baca Bible,
saya selalu bayangkan Yesus orang yang serius
atau mungkin tegas,
dan itulah pandangan saya tentang Yehuwa juga.
Kadang-kadang bila saya baca Bible,
saya cuba bayangkan
apa perasaan saya bila jumpa Yesus
dan bagaimana dia akan layan saya.
Selepas ada drama ini,
apa yang saya bayangkan telah berubah.
Sekarang, saya dapat merasai kasihnya,
belas kasihannya, dan sifatnya yang lemah lembut.
Saya juga lihat senyumannya yang ikhlas.
Terima kasih!
Drama ini telah membuka hati dan minda saya,
dan saya dapat lebih mengenali Yesus dan Yehuwa.
Mungkin ramai antara kita pun rasa seperti itu.
Sebenarnya, drama ini juga membuka peluang
untuk kita memberi kesaksian.
Mari dengar pengalaman ini yang sangat menarik.
Saya ada rakan kerja yang suka baca Bible
dan kami ada perbualan yang sangat bagus.
Saya jemput dia pergi konvensyen.
Tapi dia tidak dapat ikut.
Saya pun hantar dia drama Berita Baik Episod 1-3.
Dia sangat nikmatinya
sampai dia belum sedia tengok Episod 3
sebab dia tidak mahu drama itu habis.
Oleh kerana drama itu dari Bible
dan dia sangat kenal ayat-ayat Bible,
dia boleh ikut jalan ceritanya dalam Bible sendiri.
Saya rasa sebab drama itulah
dia sudi belajar Bible.
Kami sudah sampai pelajaran 6 buku Nikmati,
dan dia pernah ikut dua perjumpaan,
dan dia sangat suka.
Saya sangat gembira dia menghargai hal-hal rohani.
Wah! Sangat bagus kan?
Dan satu lagi hal.
Kalau semasa menginjil ada orang kata,
“Saksi-Saksi Yehuwa tidak percaya Yesus,”
tunggu dulu!
Tunjuklah mereka drama
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.
Di awal video,
kami sebut bahawa drama ini telah diterjemahkan
ke dalam lebih banyak bahasa.
Tapi selain drama,
kami juga buat aturan supaya konvensyen
dapat diadakan dalam lebih banyak bahasa lagi.
Untuk sesetengah bahasa,
mereka tidak dapat menikmati program tiga hari.
Ini mungkin sebab mereka tidak cukup saudara
untuk menyampaikan ceramah.
Jadi, mereka hanya dapat dengar program konvensyen
untuk satu atau dua hari saja.
Pada tahun ini,
satu aturan baru telah dibuat untuk
menangani situasi ini.
Pada Mei 2025, rakaman telah dibuat untuk
satu konvensyen bahasa Inggeris.
Dari rakaman itu,
skrip disediakan dan diberikan kepada cawangan
untuk diterjemahkan dan dirakam
mengikut keperluan bahasa.
Seboleh-bolehnya cawangan digalakkan untuk atur
supaya ceramah disampaikan secara langsung,
tapi jika tidak cukup penceramah,
rakaman ceramah boleh dimainkan.
Memang kami mahu saudara saudari dapat
berkumpul bersama dan mendengar ceramah
yang disampaikan secara langsung.
Dengan adanya aturan baru ini,
lebih ramai saudara saudari kita dapat
berkumpul bersama dan menikmati program tiga hari
dalam bahasa mereka sendiri.
Terima kasih banyak kepada saudara saudari
yang terlibat untuk membantu menjayakan
konvensyen kita di serata dunia.
Ada satu lagi pengumuman
sebelum kami akhiri program ini.
Kami gembira mengumumkan
pengeluaran video penuh temu ramah
dengan Saudara Negede Teklemariam.
Video ini disediakan dalam bahasa Inggeris
dan bahasa lain juga.
Luangkanlah masa untuk melihat video ini
yang mengisahkan saudara-saudara kita yang tabah.
Iman anda akan dikuatkan
apabila anda lihat bagaimana Yehuwa
telah menyokong mereka selama 26 tahun di penjara.
Selepas tonton video itu,
pasti anda setuju dengan kata-kata di Ibrani 13:3:
Setakat 12 Disember 2025,
seramai 270 saudara saudari kita
dipenjarakan kerana iman mereka.
Maka, teruslah berdoa untuk rakan seiman kita.
Dari video ini,
memang menyentuh hati untuk lihat bagaimana Yehuwa
memenuhi keperluan rohani setiap orang.
Seperti kata Mazmur 145:16,
Kita juga berdoa agar Yehuwa memberkati
penghasilan episod-episod yang akan datang
untuk drama Berita Baik.
Saudara saudari sekalian,
ingatlah kami sangat mengasihi anda semua!
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW!
-