00:00:01
Selamat datang!00:00:03
00:00:03
Dalam program ini, kita akan bincang cara menggunakan00:00:06
00:00:06
buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! untuk mengajar orang.00:00:11
00:00:11
Sebelum itu, ada beberapa laporan terkini.00:00:14
00:00:14
Sejak laporan terakhir,00:00:16
00:00:16
tiga lagi konvensyen istimewa telah diadakan.00:00:20
00:00:20
Dari 26 hingga 28 Disember 2025,00:00:25
00:00:25
konvensyen istimewa kedua di Jakarta, Indonesia, telah diadakan.00:00:29
00:00:29
Pada hujung minggu yang sama,00:00:31
00:00:31
konvensyen istimewa telah diadakan di Lomé, Togo.00:00:35
00:00:35
Dari 9 hingga 11 Januari 2026 pula,00:00:39
00:00:39
konvensyen istimewa telah diadakan di Auckland, New Zealand.00:00:43
00:00:43
Inilah konvensyen terbesar yang pernah diadakan di New Zealand.00:00:48
00:00:48
Buat kali pertama dalam hampir 50 tahun,00:00:51
00:00:51
penyiar dari seluruh New Zealand dijemput00:00:54
00:00:54
untuk menghadiri konvensyen di lokasi yang sama.00:00:57
00:00:57
Kakitangan di lokasi konvensyen memuji ribuan pekerja sukarela00:01:02
00:01:02
yang baik hati dan sudi membantu.00:01:04
00:01:05
Mereka kata mereka tidak pernah melihat suasana sebegini.00:01:10
00:01:10
Ke mana saja mereka jalan,00:01:12
00:01:12
saudara saudari menyapa mereka dengan ramah.00:01:15
00:01:15
Bagi mereka, ini pengalaman yang sangat istimewa.00:01:19
00:01:19
Mereka bahkan kata00:01:20
00:01:20
mereka harap boleh “bungkus” kasih sayang ini untuk acara lain.00:01:25
00:01:26
Seorang pegawai di Indonesia kata,00:01:28
00:01:28
“Saksi-Saksi Yehuwa sangat teratur,00:01:31
00:01:31
dan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.00:01:34
00:01:35
Mereka selalu ramah, senyum, dan selalu tunjuk kebaikan hati.”00:01:40
00:01:41
Semasa pengurus stadium di Togo00:01:43
00:01:43
melihat konvensyen kita yang sangat tertib dan teratur,00:01:47
00:01:47
dia begitu kagum sehingga kata,00:01:49
00:01:49
“Saya rasa hampir mahu minta Saksi-Saksi Yehuwa untuk baptis saya.”00:01:54
00:01:55
Jumlah tertinggi hadirin bagi tiga konvensyen ini00:01:59
00:01:59
ialah 68,178 orang.00:02:03
00:02:03
Angka ini merangkumi lebih daripada 8,000 wakil dari 32 negara,00:02:08
00:02:08
dan kami bersukacita kerana ada 703 orang dibaptis.00:02:13
00:02:13
Selepas ini, tiada lagi konvensyen istimewa.00:02:17
00:02:17
Mengapa?00:02:18
00:02:18
Seperti yang diumumkan, bermula konvensyen 2026,00:02:23
00:02:23
kita akan guna istilah “konvensyen antarabangsa.” 00:02:27
00:02:27
Tiga konvensyen pertama akan berlangsung pada Jun 2026.00:02:32
00:02:33
Lima puluh tahun lalu, pada 1 Januari,00:02:35
00:02:35
cara Badan Pimpinan mengaturkan kerja00:02:38
00:02:38
telah mengalami perubahan yang besar.00:02:41
00:02:41
Buku “Pemberita” menggambarkannya00:02:43
00:02:43
“sebagai salah satu perubahan yang terbesar00:02:47
00:02:47
dalam sejarah moden organisasi Saksi-Saksi Yehuwa.”00:02:51
00:02:51
Mari kita lihat.00:02:52
00:02:52
Ahli Badan Pimpinan dibahagikan kepada enam jawatankuasa.00:02:57
00:02:57
Jawatankuasa Kakitangan,00:02:59
00:02:59
Penerbitan,00:03:00
00:03:00
Penyebaran,00:03:01
00:03:01
Mengajar,00:03:03
00:03:03
Penulisan,00:03:04
00:03:04
dan Jawatankuasa Koordinator.00:03:06
00:03:07
Sejak itu, semua aktiviti organisasi dan sidang di serata dunia00:03:13
00:03:13
diselia oleh enam jawatankuasa ini.00:03:16
00:03:17
Pada 1 Februari 1976,00:03:20
00:03:21
Badan Pimpinan buat satu lagi perubahan00:03:23
00:03:23
dalam cara kerja di pejabat cawangan diselia.00:03:26
00:03:27
Daripada melantik seorang saudara00:03:30
00:03:30
untuk mengambil pimpinan di cawangan,00:03:32
00:03:32
Badan Pimpinan melantik Jawatankuasa Cawangan,00:03:36
00:03:36
yang merangkumi tiga atau lebih banyak penatua00:03:38
00:03:38
yang berpengalaman.00:03:40
00:03:41
Yehuwa memberkati perubahan ini.00:03:44
00:03:44
Pada 1976, kita ada 2.1 juta orang penyiar.00:03:50
00:03:50
Tapi sekarang, 50 tahun kemudian,00:03:53
00:03:53
kita ada lebih daripada sembilan juta penyiar.00:03:56
00:03:57
Kita bersyukur kerana Yesus, “kepala sidang,”00:04:00
00:04:00
sedang membimbing kita.00:04:02
00:04:03
Dia mengawasi kerja penyebaran00:04:05
00:04:05
dan bantu Badan Pimpinan buat perubahan yang diperlukan00:04:09
00:04:09
supaya berita baik disebarkan dengan meluas.00:04:12
00:04:13
Baru-baru ini, kita menikmati kempen mengedarkan majalah00:04:18
00:04:18
yang bertajuk, “Akhir Perang—Bagaimana?”00:04:21
00:04:22
Kami dengar banyak pengalaman baik00:04:25
00:04:25
daripada saudara saudari di seluruh dunia semasa kempen ini.00:04:30
00:04:30
Ramai orang suka majalah ini kerana banyak perang sedang berlaku.00:04:34
00:04:34
Majalah kita memang sangat berguna00:04:37
00:04:37
untuk bantu kita sebarkan berita baik.00:04:40
00:04:41
Setiap tahun,00:04:42
00:04:42
kita ada tiga majalah Menara Pengawal edisi umum00:04:46
00:04:46
dan tiga majalah Sedarlah!00:04:48
00:04:48
yang boleh ditawarkan semasa menginjil.00:04:50
00:04:51
Kita boleh guna topik dalam majalah-majalah ini00:04:55
00:04:55
untuk memulakan perbualan dengan orang00:04:57
00:04:57
dan memulakan pembelajaran Bible.00:04:59
00:05:00
Untuk Januari dan Februari,00:05:02
00:05:02
kita akan berpeluang untuk menawarkan00:05:05
00:05:05
majalah edisi umum yang bertajuk,00:05:07
00:05:08
“Adakah Tuhan Peduli tentang Anda?”00:05:11
00:05:12
Topik ini sangat sesuai00:05:14
00:05:14
kerana dunia huru-hara.00:05:17
00:05:17
Kita tidak sabar-sabar untuk guna majalah ini semasa menginjil.00:05:21
00:05:21
Jangan lupa untuk ambil majalah ini di Dewan Perjumpaan anda.00:05:25
00:05:26
Pada 2021,00:05:28
00:05:28
buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! telah dikeluarkan.00:05:33
00:05:33
Buku ini telah bantu lebih dari sejuta orang dibaptis.00:05:38
00:05:38
Seperti yang dinubuatkan Yesus,00:05:40
00:05:40
ramai orang terima kebenaran.00:05:42
00:05:43
Sudah tentu, kita ingin mengadakan pembelajaran Bible00:05:47
00:05:47
dengan seseorang yang mahu belajar tentang Tuhan.00:05:50
00:05:51
Selama ini, apakah panduan yang kita ikut00:05:54
00:05:54
semasa menggunakan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya!?00:05:58
00:05:59
Pada 2021,00:06:01
00:06:01
dokumen Menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dalam Kerja Penyebaran,00:06:06
00:06:06
yang juga dipanggil S-196,00:06:09
00:06:09
telah disediakan.00:06:11
00:06:11
Kita juga menerima cadangan yang praktikal dalam brosur00:06:15
00:06:15
Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus.00:06:19
00:06:19
Lampiran C dalam brosur itu bertajuk00:06:22
00:06:22
“Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan00:06:25
00:06:25
Nikmati Hidup Selama-Lamanya!”00:06:27
00:06:27
Semasa perjumpaan pertengahan minggu00:06:30
00:06:30
dan pembelajaran Menara Pengawal,00:06:32
00:06:32
kita juga menerima banyak latihan yang berguna.00:06:36
00:06:37
Setelah menggunakan buku ini selama bertahun-tahun,00:06:40
00:06:40
kami telah belajar cara yang lebih berkesan untuk gunanya.00:06:45
00:06:45
Jadi kami ingin kongsi panduan yang terkini dengan anda.00:06:50
00:06:50
Mari kita bincang empat poin.00:06:53
00:06:53
Satu, berapa banyak maklumat yang harus dibincang setiap minggu?00:06:58
00:06:58
Dua, perlukah kita mainkan semua video?00:07:03
00:07:03
Tiga, apakah cara untuk guna bahagian “Jom Belajar”?00:07:08
00:07:08
Dan empat,00:07:09
00:07:09
bagaimana kita dapat sesuaikan bahan00:07:12
00:07:12
dengan keperluan pelajar?00:07:14
00:07:14
Pertama, berapa banyak bahan yang harus dibincang setiap minggu?00:07:19
00:07:19
Jika dapat, cubalah bincang satu pelajaran setiap minggu.00:07:24
00:07:24
Sudah tentu, situasi setiap pelajar berbeza-beza.00:07:29
00:07:30
Namun, untuk bantu kita mencapai matlamat ini,00:07:33
00:07:33
jangan guna terlalu banyak masa00:07:36
00:07:36
untuk bincang perenggan-perenggan di awal pelajaran.00:07:39
00:07:40
Bahagian itu hanyalah pengenalan.00:07:43
00:07:43
Ini seperti pembuka selera yang dihidangkan sebelum menu utama.00:07:48
00:07:49
Jadi kita tidak perlu membincangkannya secara panjang lebar.00:07:53
00:07:53
Apakah caranya?00:07:55
00:07:56
Kita boleh galakkan pelajar untuk baca pengenalan setiap pelajaran00:08:00
00:08:00
semasa mereka buat persiapan.00:08:02
00:08:03
Dengan itu,00:08:04
00:08:04
kita tidak perlu baca perenggan semasa perbincangan.00:08:08
00:08:08
Kita boleh terus bincang soalan untuk perenggan00:08:11
00:08:11
dan baca ayat Bible yang ditanda “baca.”00:08:14
00:08:15
Jadi kita ada lebih banyak masa untuk bahagian “Ketahuilah.”00:08:19
00:08:20
Dalam sesetengah bahasa, bahagian “Ketahuilah”00:08:24
00:08:24
mengandungi video.00:08:26
00:08:26
Jadi inilah soalan yang kedua,00:08:28
00:08:28
perlukah kita mainkan semua video?00:08:32
00:08:32
Dulu panduan kata kita perlu mainkan semua video.00:08:36
00:08:36
Tapi sekarang00:08:38
00:08:38
kami mahu jelaskan00:08:39
00:08:39
bahawa kita tidak perlu mainkan semua video.00:08:43
00:08:43
Jika sebuah video tidak berkaitan dengan keperluan pelajar,00:08:47
00:08:48
tidak perlu mainkannya.00:08:49
00:08:50
Betul, kan?00:08:51
00:08:51
Memang susah untuk habiskan satu pelajaran dalam satu sesi00:08:56
00:08:56
jika kita cuba mainkan semua video.00:08:59
00:09:00
Yang penting,00:09:01
00:09:01
jangan tersangkut terlalu lama di satu poin00:09:03
00:09:03
supaya pelajar tidak bosan.00:09:05
00:09:05
Jadi semasa membuat persiapan,00:09:08
00:09:08
berdoalah dan fikirkan video mana yang berkaitan00:09:12
00:09:12
atau tidak berkaitan00:09:15
00:09:15
dengan keperluan pelajar kita.00:09:17
00:09:19
Sesetengah penyiar tidak dapat mainkan video00:09:22
00:09:22
kerana kawasan mereka tiada kemudahan Internet.00:09:26
00:09:26
Jika itulah situasi anda,00:09:29
00:09:29
janganlah tawar hati kerana tidak dapat mainkan video.00:09:32
00:09:32
Anda boleh teruskan perbincangan00:09:35
00:09:35
tanpa menggunakan video.00:09:38
00:09:38
Ingat, bahan utama kita ialah Bible.00:09:43
00:09:43
Kita masih boleh guna Bible00:09:46
00:09:46
dan buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! 00:09:48
00:09:48
untuk mengajar orang dengan baik,00:09:52
00:09:52
biarpun tidak tengok video.00:09:54
00:09:55
Soalan ketiga,00:09:56
00:09:56
apakah cara untuk guna bahagian “Jom Belajar”?00:10:00
00:10:01
Semasa pembelajaran,00:10:02
00:10:02
anda tidak perlu membincangkan bahagian “Jom Belajar.”00:10:06
00:10:06
Maklumat di situ hanyalah rujukan00:10:09
00:10:09
jika pelajar kita ada soalan00:10:12
00:10:12
atau keperluan tertentu.00:10:14
00:10:14
Jika ada, kita boleh galakkan pelajar untuk sendiri baca artikel00:10:20
00:10:20
atau tengok video di bahagian itu00:10:22
00:10:22
yang kita rasa sesuai dengan keperluannya.00:10:25
00:10:26
Soalan empat,00:10:27
00:10:28
bagaimana sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar?00:10:31
00:10:32
Pelajaran dalam buku ini direka00:10:35
00:10:35
supaya pelajar dapat belajar kebenaran secara bertahap-tahap.00:10:39
00:10:39
Jadi biasanya kita akan bincang pelajaran00:10:42
00:10:42
dalam buku ini mengikut urutan.00:10:44
00:10:44
Tapi kita boleh fleksibel juga.00:10:47
00:10:47
Berdasarkan keperluan pelajar kita,00:10:50
00:10:50
kita mungkin boleh lompat ke pelajaran yang di depan00:10:53
00:10:53
atau bincang semula pelajaran yang pernah dibincangkan.00:10:57
00:10:57
Sebagai contoh,00:10:58
00:10:58
katakan orang tersayang pelajar anda baru meninggal.00:11:02
00:11:03
Anda boleh bincang dengannya pelajaran 29,00:11:07
00:11:07
“Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?”00:11:11
00:11:11
Selepas itu, kita boleh sambung pelajaran seperti biasa.00:11:16
00:11:17
Kadangkala, setelah mempertimbangkan kepercayaan00:11:21
00:11:21
dan budaya pelajar kita,00:11:23
00:11:24
kita mungkin dapati sesetengah pelajaran dalam buku ini00:11:28
00:11:28
tidak berkaitan dengan keperluan pelajar kita.00:11:31
00:11:32
Jadi macam mana?00:11:33
00:11:33
Kita boleh pilih untuk tidak bincang pelajaran itu.00:11:37
00:11:37
Yang penting,00:11:38
00:11:38
kita sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar kita.00:11:42
00:11:43
Dengan itu, kita tiru teladan Paulus.00:11:46
00:11:46
Di 1 Korintus 9:20-22, dia kata,00:11:51
00:12:30
Tapi ada satu lagi soalan orang mungkin tanya.00:12:34
00:12:34
Bagaimana jika pelajar Bible saya dibaptis sebelum habis buku?00:12:39
00:12:39
Macam mana?00:12:40
00:12:41
Jawapannya terdapat di Kolose 2:6, 7.00:12:45
00:12:46
Di ayat itu, Paulus jelaskan apa yang perlu dilakukan oleh00:12:49
00:12:49
semua orang Kristian terbaptis.00:12:52
00:13:08
Kita mahu “memantapkan iman” pelajar kita.00:13:12
00:13:12
Jadi jika pelajar kita dibaptis sebelum selesai belajar buku itu,00:13:18
00:13:18
kita mahu terus belajar dengannya00:13:21
00:13:21
sehingga habis seluruh buku.00:13:23
00:13:23
Dengan itu, imannya akan menjadi teguh.00:13:27
00:13:29
Sebagai peringatan saja,00:13:31
00:13:31
walaupun penyiar tidak perlu melaporkan00:13:34
00:13:34
jumlah masa yang mereka guna untuk menginjil,00:13:38
00:13:38
jangan lupa untuk mencatatkan00:13:40
00:13:40
jumlah pembelajaran Bible yang anda adakan00:13:43
00:13:43
semasa menghantar laporan setiap bulan.00:13:46
00:13:47
Dengan adanya panduan terkini yang dibincangkan tadi,00:13:50
00:13:50
pelajar Bible kita dapat membuat kemajuan dengan lebih cepat00:13:55
00:13:55
dan lebih menikmati pembelajaran Bible.00:13:58
00:13:58
Dalam video ini,00:14:00
00:14:00
kita sudah lihat betapa bersatu padunya umat Yehuwa00:14:04
00:14:04
semasa konvensyen,00:14:06
00:14:06
semasa arahan baru diberikan,00:14:09
00:14:09
dan semasa menginjil.00:14:11
00:14:11
Kita juga bincang cara untuk menggunakan00:14:14
00:14:14
buku Nikmati Hidup Selama-Lamanya! dengan lebih berkesan.00:14:18
00:14:19
Pendek kata,00:14:20
00:14:20
sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar00:14:23
00:14:23
dan bincang satu pelajaran setiap minggu.00:14:26
00:14:26
Semoga panduan ini bantu anda00:14:28
00:14:28
lebih menikmati kerja menjadikan orang murid Yesus.00:14:32
00:14:33
Bagaimana pula jika anda takut mengajar orang tentang Bible?00:14:38
00:14:38
Semoga kata-kata di Filipi 2:13 menggalakkan anda.00:14:43
00:14:54
Berdoalah agar Yehuwa beri anda keinginan dan kekuatan00:14:58
00:14:58
untuk mengadakan pembelajaran Bible.00:15:01
00:15:01
Dia ialah Sumber ‘setiap kurniaan yang baik00:15:03
00:15:03
dan pemberian yang sempurna.’00:15:06
00:15:06
Jadi Yehuwa pasti menunaikan permintaan anda.00:15:10
00:15:11
Saudara saudari,00:15:12
00:15:12
kami sangat mengasihi anda00:15:15
00:15:15
dan hargai usaha anda dalam kerja penyebaran.00:15:19
00:15:20
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:15:24
00:15:24
inilah Siaran JW!00:15:27
Berita Terkini Badan Pimpinan 2026 #1
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2026 #1
Selamat datang!
Dalam program ini, kita akan bincang cara menggunakan
buku <i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya! </i>untuk mengajar orang.
Sebelum itu, ada beberapa laporan terkini.
Sejak laporan terakhir,
tiga lagi konvensyen istimewa telah diadakan.
Dari 26 hingga 28 Disember 2025,
konvensyen istimewa kedua di Jakarta, Indonesia, telah diadakan.
Pada hujung minggu yang sama,
konvensyen istimewa telah diadakan di Lomé, Togo.
Dari 9 hingga 11 Januari 2026 pula,
konvensyen istimewa telah diadakan di Auckland, New Zealand.
Inilah konvensyen terbesar yang pernah diadakan di New Zealand.
Buat kali pertama dalam hampir 50 tahun,
penyiar dari seluruh New Zealand dijemput
untuk menghadiri konvensyen di lokasi yang sama.
Kakitangan di lokasi konvensyen memuji ribuan pekerja sukarela
yang baik hati dan sudi membantu.
Mereka kata mereka tidak pernah melihat suasana sebegini.
Ke mana saja mereka jalan,
saudara saudari menyapa mereka dengan ramah.
Bagi mereka, ini pengalaman yang sangat istimewa.
Mereka bahkan kata
mereka harap boleh “bungkus” kasih sayang ini untuk acara lain.
Seorang pegawai di Indonesia kata,
“Saksi-Saksi Yehuwa sangat teratur,
dan mereka terdiri daripada pelbagai bangsa.
Mereka selalu ramah, senyum, dan selalu tunjuk kebaikan hati.”
Semasa pengurus stadium di Togo
melihat konvensyen kita yang sangat tertib dan teratur,
dia begitu kagum sehingga kata,
“Saya rasa hampir mahu minta Saksi-Saksi Yehuwa untuk baptis saya.”
Jumlah tertinggi hadirin bagi tiga konvensyen ini
ialah 68,178 orang.
Angka ini merangkumi lebih daripada 8,000 wakil dari 32 negara,
dan kami bersukacita kerana ada 703 orang dibaptis.
Selepas ini, tiada lagi konvensyen istimewa.
Mengapa?
Seperti yang diumumkan, bermula konvensyen 2026,
kita akan guna istilah “konvensyen antarabangsa.”
Tiga konvensyen pertama akan berlangsung pada Jun 2026.
Lima puluh tahun lalu, pada 1 Januari,
cara Badan Pimpinan mengaturkan kerja
telah mengalami perubahan yang besar.
Buku <i>“Pemberita”</i> menggambarkannya
“sebagai salah satu perubahan yang terbesar
dalam sejarah moden organisasi Saksi-Saksi Yehuwa.”
Mari kita lihat.
Ahli Badan Pimpinan dibahagikan kepada enam jawatankuasa.
Jawatankuasa Kakitangan,
Penerbitan,
Penyebaran,
Mengajar,
Penulisan,
dan Jawatankuasa Koordinator.
Sejak itu, semua aktiviti organisasi dan sidang di serata dunia
diselia oleh enam jawatankuasa ini.
Pada 1 Februari 1976,
Badan Pimpinan buat satu lagi perubahan
dalam cara kerja di pejabat cawangan diselia.
Daripada melantik seorang saudara
untuk mengambil pimpinan di cawangan,
Badan Pimpinan melantik Jawatankuasa Cawangan,
yang merangkumi tiga atau lebih banyak penatua
yang berpengalaman.
Yehuwa memberkati perubahan ini.
Pada 1976, kita ada 2.1 juta orang penyiar.
Tapi sekarang, 50 tahun kemudian,
kita ada lebih daripada sembilan juta penyiar.
Kita bersyukur kerana Yesus, “kepala sidang,”
sedang membimbing kita.
Dia mengawasi kerja penyebaran
dan bantu Badan Pimpinan buat perubahan yang diperlukan
supaya berita baik disebarkan dengan meluas.
Baru-baru ini, kita menikmati kempen mengedarkan majalah
yang bertajuk, “Akhir Perang—Bagaimana?”
Kami dengar banyak pengalaman baik
daripada saudara saudari di seluruh dunia semasa kempen ini.
Ramai orang suka majalah ini kerana banyak perang sedang berlaku.
Majalah kita memang sangat berguna
untuk bantu kita sebarkan berita baik.
Setiap tahun,
kita ada tiga majalah <i>Menara Pengawal</i> edisi umum
dan tiga majalah <i>Sedarlah!</i>
yang boleh ditawarkan semasa menginjil.
Kita boleh guna topik dalam majalah-majalah ini
untuk memulakan perbualan dengan orang
dan memulakan pembelajaran Bible.
Untuk Januari dan Februari,
kita akan berpeluang untuk menawarkan
majalah edisi umum yang bertajuk,
“Adakah Tuhan Peduli tentang Anda?”
Topik ini sangat sesuai
kerana dunia huru-hara.
Kita tidak sabar-sabar untuk guna majalah ini semasa menginjil.
Jangan lupa untuk ambil majalah ini di Dewan Perjumpaan anda.
Pada 2021,
buku <i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya!</i> telah dikeluarkan.
Buku ini telah bantu lebih dari sejuta orang dibaptis.
Seperti yang dinubuatkan Yesus,
ramai orang terima kebenaran.
Sudah tentu, kita ingin mengadakan pembelajaran Bible
dengan seseorang yang mahu belajar tentang Tuhan.
Selama ini, apakah panduan yang kita ikut
semasa menggunakan buku <i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya!?</i>
Pada 2021,
dokumen <i>Menggunakan Nikmati Hidup Selama-Lamanya!</i>
<i>dalam Kerja Penyebaran,</i>
yang juga dipanggil S-196,
telah disediakan.
Kita juga menerima cadangan yang praktikal dalam brosur<i></i>
<i>Kasihi Orang—Jadikanlah Mereka Pengikut Yesus.</i>
Lampiran C dalam brosur itu bertajuk<i></i>
“Cara Mengadakan Pembelajaran Bible dengan Menggunakan
<i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya!”</i>
Semasa perjumpaan pertengahan minggu
dan pembelajaran <i>Menara Pengawal,</i>
kita juga menerima banyak latihan yang berguna.
Setelah menggunakan buku ini selama bertahun-tahun,
kami telah belajar cara yang lebih berkesan untuk gunanya.
Jadi kami ingin kongsi panduan yang terkini dengan anda.
Mari kita bincang empat poin.
Satu, berapa banyak maklumat yang harus dibincang setiap minggu?
Dua, perlukah kita mainkan semua video?
Tiga, apakah cara untuk guna bahagian “Jom Belajar”?
Dan empat,
bagaimana kita dapat sesuaikan bahan
dengan keperluan pelajar?
Pertama, berapa banyak bahan yang harus dibincang setiap minggu?
Jika dapat, cubalah bincang satu pelajaran setiap minggu.
Sudah tentu, situasi setiap pelajar berbeza-beza.
Namun, untuk bantu kita mencapai matlamat ini,
jangan guna terlalu banyak masa
untuk bincang perenggan-perenggan di awal pelajaran.
Bahagian itu hanyalah pengenalan.
Ini seperti pembuka selera yang dihidangkan sebelum menu utama.
Jadi kita tidak perlu membincangkannya secara panjang lebar.
Apakah caranya?
Kita boleh galakkan pelajar untuk baca pengenalan setiap pelajaran
semasa mereka buat persiapan.
Dengan itu,
kita tidak perlu baca perenggan semasa perbincangan.
Kita boleh terus bincang soalan untuk perenggan
dan baca ayat Bible yang ditanda “baca.”
Jadi kita ada lebih banyak masa untuk bahagian “Ketahuilah.”
Dalam sesetengah bahasa, bahagian “Ketahuilah”
mengandungi video.
Jadi inilah soalan yang kedua,
perlukah kita mainkan semua video?
Dulu panduan kata kita perlu mainkan semua video.
Tapi sekarang
kami mahu jelaskan
bahawa kita tidak perlu mainkan semua video.
Jika sebuah video tidak berkaitan dengan keperluan pelajar,
tidak perlu mainkannya.
Betul, kan?
Memang susah untuk habiskan satu pelajaran dalam satu sesi
jika kita cuba mainkan semua video.
Yang penting,
jangan tersangkut terlalu lama di satu poin
supaya pelajar tidak bosan.
Jadi semasa membuat persiapan,
berdoalah dan fikirkan video mana yang berkaitan
atau tidak berkaitan
dengan keperluan pelajar kita.
Sesetengah penyiar tidak dapat mainkan video
kerana kawasan mereka tiada kemudahan Internet.
Jika itulah situasi anda,
janganlah tawar hati kerana tidak dapat mainkan video.
Anda boleh teruskan perbincangan
tanpa menggunakan video.
Ingat, bahan utama kita ialah Bible.
Kita masih boleh guna Bible
dan buku <i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya! </i>
untuk mengajar orang dengan baik,
biarpun tidak tengok video.
Soalan ketiga,
apakah cara untuk guna bahagian “Jom Belajar”?
Semasa pembelajaran,
anda tidak perlu membincangkan bahagian “Jom Belajar.”
Maklumat di situ hanyalah rujukan
jika pelajar kita ada soalan
atau keperluan tertentu.
Jika ada, kita boleh galakkan pelajar untuk sendiri baca artikel
atau tengok video di bahagian itu
yang kita rasa sesuai dengan keperluannya.
Soalan empat,
bagaimana sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar?
Pelajaran dalam buku ini direka
supaya pelajar dapat belajar kebenaran secara bertahap-tahap.
Jadi biasanya kita akan bincang pelajaran
dalam buku ini mengikut urutan.
Tapi kita boleh fleksibel juga.
Berdasarkan keperluan pelajar kita,
kita mungkin boleh lompat ke pelajaran yang di depan
atau bincang semula pelajaran yang pernah dibincangkan.
Sebagai contoh,
katakan orang tersayang pelajar anda baru meninggal.
Anda boleh bincang dengannya pelajaran 29,
“Apakah yang Berlaku kepada Kita selepas Mati?”
Selepas itu, kita boleh sambung pelajaran seperti biasa.
Kadangkala, setelah mempertimbangkan kepercayaan
dan budaya pelajar kita,
kita mungkin dapati sesetengah pelajaran dalam buku ini
tidak berkaitan dengan keperluan pelajar kita.
Jadi macam mana?
Kita boleh pilih untuk tidak bincang pelajaran itu.
Yang penting,
kita sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar kita.
Dengan itu, kita tiru teladan Paulus.
Di 1 Korintus 9:20-22, dia kata,
Tapi ada satu lagi soalan orang mungkin tanya.
Bagaimana jika pelajar Bible saya dibaptis sebelum habis buku?
Macam mana?
Jawapannya terdapat di Kolose 2:6, 7.
Di ayat itu, Paulus jelaskan apa yang perlu dilakukan oleh
semua orang Kristian terbaptis.
Kita mahu “memantapkan iman” pelajar kita.
Jadi jika pelajar kita dibaptis sebelum selesai belajar buku itu,
kita mahu terus belajar dengannya
sehingga habis seluruh buku.
Dengan itu, imannya akan menjadi teguh.
Sebagai peringatan saja,
walaupun penyiar tidak perlu melaporkan
jumlah masa yang mereka guna untuk menginjil,
jangan lupa untuk mencatatkan
jumlah pembelajaran Bible yang anda adakan
semasa menghantar laporan setiap bulan.
Dengan adanya panduan terkini yang dibincangkan tadi,
pelajar Bible kita dapat membuat kemajuan dengan lebih cepat
dan lebih menikmati pembelajaran Bible.
Dalam video ini,
kita sudah lihat betapa bersatu padunya umat Yehuwa
semasa konvensyen,
semasa arahan baru diberikan,
dan semasa menginjil.
Kita juga bincang cara untuk menggunakan
buku <i>Nikmati Hidup Selama-Lamanya!</i> dengan lebih berkesan.
Pendek kata,
sesuaikan bahan dengan keperluan pelajar
dan bincang satu pelajaran setiap minggu.
Semoga panduan ini bantu anda
lebih menikmati kerja menjadikan orang murid Yesus.
Bagaimana pula jika anda takut mengajar orang tentang Bible?
Semoga kata-kata di Filipi 2:13 menggalakkan anda.
Berdoalah agar Yehuwa beri anda keinginan dan kekuatan
untuk mengadakan pembelajaran Bible.
Dia ialah Sumber ‘setiap kurniaan yang baik
dan pemberian yang sempurna.’
Jadi Yehuwa pasti menunaikan permintaan anda.
Saudara saudari,
kami sangat mengasihi anda
dan hargai usaha anda dalam kerja penyebaran.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW!
-