JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2026 #3

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang!
Kami ingin kongsi laporan terkini dari serata dunia
dan beberapa cadangan
untuk meluaskan khidmat kita
dalam beberapa bulan akan datang.
Tidak lama lagi,
Konvensyen “Bahagia Selamanya” akan bermula!
Kami gembira melihat begitu banyak
keluarga dan individu merancang
untuk menghadirinya secara bersemuka.
Hal ini selaras dengan Mazmur 111:1 yang kata,
Kita tentu tidak sabar-sabar
mahu jumpa saudara-mara,
jumpa kawan-kawan,
dan menyembah Yehuwa bersama-sama.
Konvensyen tahun ini ada lebih daripada 60 video.
Setiap bahagian konvensyen ini telah disediakan
dengan sangat teliti,
termasuk video muzik yang ditayangkan.
Video muzik sangat penting dalam konvensyen.
Bahagian ini bantu sediakan hati dan minda kita
untuk menikmati program.
Mari kita tonton previu salah satu video muzik.
Kami yakin anda pasti akan suka enam video muzik
yang disediakan untuk konvensyen tahun ini.
Jadi semasa pengerusi jemput kita untuk
kembali ke tempat duduk
kerana program akan bermula dalam lima minit,
silakan duduk.
Dengan itu, kita dapat bersedia
untuk menikmati tayangan video muzik
serta meraih manfaat yang sepenuhnya
daripada setiap satu video muzik yang ditayangkan.
Anda tentu sangat suka menonton Episod 1, 2, dan 3
bagi drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus,
yang dikeluarkan semasa konvensyen tahun 2024
dan konvensyen 2025.
Kami gembira mengumumkan,
mulai sekarang,
episod baharu Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus
akan dikeluarkan sebelum konvensyen bermula.
Jadi, tiga episod untuk konvensyen tahun ini,
iaitu Episod 4, 5, dan 6,
sudah dapat ditonton di jw.org
dan dalam aplikasi JW Library®.
Setakat ini, video-video tersebut sudah pun disediakan
dalam kira-kira 250 bahasa.
Apabila drama ini disediakan dalam lebih banyak bahasa,
anda akan melihat pengumuman
dalam bahagian “Maklumat Terkini.”
Untuk muat turun drama ini,
pergi ke jw.org
atau aplikasi JW Library
dan pilih “Perpustakaan,”
“Video,”
kemudian cari “Drama,”
“Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.”
Sudah tentu video-video ini akan ditayangkan
semasa konvensyen serantau 2026.
Ramai antara anda mungkin memilih untuk
tunggu sehingga konvensyen
untuk menonton tiga episod drama ini.
Tetapi ini terpulang kepada keputusan setiap keluarga.
Perubahan ini membolehkan ibu bapa
menonton drama itu terlebih dahulu,
agar mereka dapat mempersiapkan anak kecil mereka
untuk menontonnya semasa di konvensyen.
Ibu bapa,
bacalah ayat Bible yang berkaitan dengan drama itu
bersama anak anda,
mungkin semasa penyembahan keluarga.
Ingatkanlah anak-anak anda
bahawa kisah ini dicatatkan dalam Bible
untuk ajar kita bahawa
Yesus jauh lebih berkuasa daripada roh-roh jahat.
Selagi Yehuwa dan Yesus ada bersama kita,
kita langsung tidak perlu takut akan mereka.
Drama Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus
bantu kita gambarkan dengan tepat
peristiwa-peristiwa yang tercatat dalam Bible.
Kita berasa sangat tersentuh
semasa baca kisah hidup Yesus,
dan itu juga kesannya
semasa kita tonton drama ini.
Banyak usaha dicurahkan untuk memastikan
agar apa yang ditayangkan
tidak terlalu menakutkan.
Pada masa yang sama,
kami tidak mahu abaikan butiran penting dalam Bible.
Kami juga gembira mengumumkan
bahawa Panduan Rujukan Video
bagi Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus
akan dikemaskinikan
setiap kali ada episod baharu.
Jika anda muat turunnya dalam JW Library,
anda dapat lihat bahagian drama
yang berkaitan dengan kisah yang sedang anda baca
di tetingkap pembelajaran.
Jika anda perlukan bantuan untuk guna rujukan ini,
anda boleh taip “Panduan Rujukan Video”
di jw.org.
Terdapat sebuah video
tentang cara untuk menggunakannya.
Atau anda boleh minta bantuan
daripada saudara saudari di sidang.
Beberapa minggu sebelum konvensyen,
kita akan adakan kempen istimewa
untuk jemput sebanyak orang yang mungkin untuk hadir.
Jika ada orang tunjukkan minat,
kita boleh mainkan video tentang konvensyen kita.
Apa lagi yang dapat kita lakukan semasa menginjil?
Pada bulan Mei dan Jun,
kita akan tawarkan Menara Pengawal yang bertajuk,
Sekarang, orang dilanda bermacam-macam masalah.
Ada yang patah semangat dan hilang harapan.
Mereka mungkin rasa Tuhan tidak peduli.
Majalah ini bantu orang sedar,
Yehuwa memang ambil berat terhadap mereka,
dan mereka masih ada harapan.
Kami sangat yakin
ramai orang akan menghargai berita baik ini.
Baru-baru ini,
Badan Pimpinan meluluskan pembelian
sebuah tempat di Denmark
yang akan digunakan
sebagai pusat pendidikan Bible.
Kami gembira mengumumkan
pada 14 April 2026,
proses pembelian sudah selesai.
Inilah pusat pendidikan kita yang kedua terbesar,
yang boleh muat lebih dari 800 pelajar setiap tahun.
Ada enam bilik kelas,
134 bilik kediaman,
ada juga tempat untuk makan,
dapur, dan ruang untuk rekreasi.
Dengan adanya berkat Tuhan Yehuwa,
kami harap kelas bagi
 Sekolah Latihan Penginjil di Denmark
dapat bermula pada tahun ini.
Sekarang, mari kita bincangkan sesuatu
yang telah menguatkan iman saudara saudari
di serata dunia,
iaitu, ketabahan rakan seiman di Rusia.
Tanpa disedari, sembilan tahun telah berlalu
semenjak Mahkamah Agung
mengharamkan ibadat kita di Rusia.
Sejak 2017, saudara saudari kita
telah dianiaya dengan teruk sekali
kerana hadir perjumpaan,
berdoa, dan ajar orang tentang Bible.
Untuk bantu kita faham betapa teruknya situasi mereka,
inilah laporan setakat 27 April 2026.
Dalam sembilan tahun ini,
pihak berkuasa telah menggeledah
lebih daripada 2,300 rumah.
Kes jenayah telah dibuka terhadap
lebih daripada 950 saudara saudari kita.
Lebih daripada 450 saudara
dan lebih daripada 60 saudari
telah dipenjarakan kerana iman mereka.
Ramai antara mereka telah dikenakan saman,
ditahan di rumah,
atau kehilangan hak tertentu.
Buat masa ini, hukuman maksimum
ialah dipenjarakan lapan tahun.
Lima orang saudara dijatuhkan hukuman maksimum ini,
manakala seorang saudari dikenakan
hukuman penjara selama enam tahun.
Kita sedih kerana saudara saudari kita dilayan sebegini.
Tetapi, ada sesuatu yang kita perhatikan
selama sembilan tahun ini.
Semasa saudara saudari dibebaskan dari penjara,
kita dapat lihat bahawa semangat mereka tetap membara.
Setiap kali semasa mereka keluar,
iman mereka masih teguh,
dan keyakinan mereka terhadap Yehuwa tetap kuat.
Contohnya, pada 7 April 2026,
Saudara Danil Suvorov yang berumur 30 tahun
telah dibebaskan selepas dipenjarakan
lebih dari empat tahun setengah.
Setelah dia dipindahkan ke penjara lain,
ibunya dapat melawatnya tiga bulan sekali.
Kawan-kawan juga sering tulis surat kepadanya.
Danil kata, “Mereka tulis surat untuk galakkan saya,
dan saya tulis surat untuk galakkan orang.
Hasilnya saya tetap sibuk,
tetap tabah,
dan tetap bersemangat.
Saya tulis banyak surat semasa di penjara.”
Pada 10 April,
Saudari Olga Panyuta telah dibebaskan
setelah dipenjarakan untuk lebih daripada tiga tahun.
Keadaan di penjara sangat mencabar dan tidak selesa.
Saudari yang lanjut usia ini kata bahawa
situasi yang paling teruk adalah
semasa dia dikurung 14 hari
di dalam bilik hukuman yang sejuk.
Kasihan, kan?
Belakangan, Olga dipindahkan
ke bilik penjara yang lebih teruk.
Biarpun begitu, Olga ada hubungan yang baik
dengan banduan lain di penjara.
Mereka suka panggilnya “Aunty Olya.”
Pegawai penjara pun terkejut melihat cara orang melayannya.
Seorang pegawai bertanya,
“Hairan betul,
kenapa semua orang suka kamu?”
Saudara saudari lain juga ada pengalaman yang serupa.
Saudara Valeriy Rogozin,
yang dipenjarakan lebih dari lima tahun, kata,
“Membaca surat daripada rakan seiman
seperti menghirup udara segar.”
Dia kata, “Dengan sokongan Yehuwa,
kita dapat hadapi apa-apa saja."
Saudari Lyudmila Shchekoldina pula dibebaskan
setelah dipenjarakan untuk hampir empat tahun.
Dia tetap setia meskipun menghadapi
masalah kesihatan yang serius
dan lambat menerima rawatan perubatan.
Lyudmila kata,
“Saya dapat rasa rakan seiman
di seluruh dunia berdoa untuk saya.
Saya tidak hilang kekuatan,
saya tidak hilang semangat,
dan saya tidak hilang sukacita.”
Banyak pertubuhan antarabangsa
telah menyuarakan pendapat mereka tentang
layanan buruk pihak berkuasa Rusia
terhadap saudara saudari kita.
Contohnya, pada 2022,
Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah menyatakan
bahawa Rusia tidak patut mengharamkan ibadat kita
dan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa bukan ekstremis.
Pada tahun yang sama,
Majlis Eropah menggesa pihak kerajaan Rusia
untuk berhenti mendakwa Saksi
dan membebaskan mereka semua.
Baru-baru ini, pada Mac 2026,
Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
menyatakan Rusia bersalah
kerana menggeledah rumah para Saksi
pada tahun 2018.
Inilah kali pertama Jawatankuasa ini
mengaku dan mengesahkan
bahawa Saksi-Saksi Yehuwa
ialah kumpulan agama yang ditindas,
dan bahawa saudara saudari kita
menjadi mangsa diskriminasi
kerana kegiatan agama mereka.
Keputusan beberapa pertubuhan antarabangsa ini
membuktikan bahawa kita ialah
agama yang damai,
dan semua tuduhan tidak berasas.
Ini mengingatkan kita tentang janji di Mazmur 37:28,
Apa yang dilalui saudara saudari kita di Rusia
selama sembilan tahun ini ialah bukti
bahawa Yehuwa memang menepati janji-Nya.
Dia tak pernah tinggalkan mereka.
Setakat 27 April 2026,
178 saudara saudari di Rusia
masih dipenjarakan.
Marilah kita terus berdoa,
bukan hanya untuk saudara saudari di Rusia,
tetapi juga untuk semua 277 saudara saudari di serata dunia
yang dipenjarakan kerana iman mereka.
Kita yakin bahawa pada masa yang tepat,
Yehuwa akan menegakkan keadilan
di seluruh dunia.
Kita sangat menghargai laporan-laporan ini.
Selain bersedia untuk menghadiri konvensyen,
apa lagi yang dapat kita lakukan
beberapa bulan akan datang?
Dapatkah anda menjadi perintis sokongan
jika anda ada masa cuti?
Dapatkah anda sertai projek pembinaan organisasi kita?
Jika anda akan tamat sekolah dalam beberapa bulan lagi,
dapatkah anda memohon
untuk menjadi perintis biasa
atau pergi ke Bethel?
Jika anda seorang perintis biasa,
dapatkah anda mohon untuk menghadiri Sekolah Latihan Penginjil?
Ada yang mungkin dapat menginjil
di kawasan yang jarang dikunjungi.
Ada bermacam-macam cara
untuk berkhidmat kepada Yehuwa.
Semoga Yehuwa memberkati anda
semasa anda berdoa sambil
mempertimbangkan apa yang mampu anda lakukan
untuk meluaskan khidmat kepada-Nya
dalam masa akan datang.
Apa yang sudah kita bincang dalam laporan ini?
Kita sudah bincang tentang Konvensyen “Bahagia Selamanya”
dan pengeluaran Episod 4-6 bagi drama
Berita Baik yang Disampaikan oleh Yesus.
Kita juga sebut tentang bangunan yang akan digunakan
sebagai pusat pendidikan di Denmark.
Dalam laporan ini,
kita juga sebut tentang keadaan saudara saudari kita di Rusia
selama sembilan tahun yang lalu.
Kita melihat
bagaimana Yehuwa bantu mereka tetap teguh
biarpun mereka dianiaya.
Ketabahan mereka menguatkan iman kita
dan menggalakkan kita
untuk tetap setia kepada Yehuwa.
Kita juga telah bincang cara-cara
kita dapat meluaskan khidmat kepada Yehuwa.
Dalam beberapa bulan akan datang,
marilah kita semua guna masa,
tenaga, dan situasi kita,
untuk berkhidmat kepada Yehuwa
dan meraih sukacita yang besar.
Semoga Yehuwa memberkati usaha yang anda curahkan.
Saudara dan saudari,
kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.