JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2026 #6

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang, saudara saudari.
Berita terkini ini sangat penting
jadi Badan Pimpinan mengeluarkannya dahulu dalam bahasa Inggeris.
Berita ini akan dikeluarkan dalam bahasa lain tidak lama lagi.
Sejak laporan terakhir, tujuh Konvensyen Antarabangsa “Bahagia Selamanya”
telah diadakan di Calgary, Kanada;
Quito, Ecuador;
Vilnius, Lithuania;
Hamburg, Jerman;
Utrecht, Belanda;
Johannesburg, Afrika Selatan;
dan Milwaukee, Amerika Syarikat.
Lebih daripada 30,000 wakil daripada 69 negara telah hadir.
Jumlah tertinggi hadirin adalah lebih daripada 165,000
dan 1,428 telah dibaptis.
Kita yakin kesaksian yang baik telah diberikan di tujuh bandar itu.
Ada tiga lagi konvensyen antarabangsa yang akan berlangsung
sebelum akhir tahun 2026.
Kami sudah mula merancang konvensyen bagi 2027.
Tema konvensyen tahun depan ialah “Yesuslah Jalan.”
Kita akan ada 21 konvensyen antarabangsa di 19 negara.
Seperti yang diumumkan, pada September 2026,
kita menawarkan brosur Nikmati Hidup Selama-Lamanya!
dan cuba memulakan pembelajaran Bible.
Kita juga menjemput orang ke ceramah istimewa yang bertajuk,
“Bagaimanakah Bible Dapat Membantu Anda?”
Kita sangat gembira kerana dapat membantu orang untuk mengenali
dan mengasihi Yehuwa.
Kita mengasihi orang,
jadi kita mahu kongsi berita baik dan tawarkan pembelajaran Bible.
Dapatkah anda berusaha untuk memulakan pembelajaran Bible?
Beritahulah Yehuwa bahawa anda ingin membantu seseorang menjadi murid Yesus.
Yehuwa akan beri anda sukacita
seraya anda mencari orang yang sikapnya sesuai untuk hidup kekal.
Tidak kira apa hasilnya,
percayalah Yehuwa menghargai usaha anda.
Kasih mendorong kita untuk mengongsi berita baik
dan untuk mengambil berat tentang orang yang ditimpa kesusahan.
Beberapa bulan ini, saudara saudari kita terkesan kerana bencana alam,
seperti gempa bumi yang besar di Venezuela, Jepun, dan Colombia,
kebakaran hutan di Eropah dan Amerika Utara,
dan tanah runtuh yang dahsyat di Asia.
Kerja membantu mangsa bencana di Venezuela masih sedang berlangsung.
Ada saudara saudari yang terperangkap dalam bangunan runtuh
tetapi diselamatkan oleh rakan seiman.
Saudara saudari tempatan juga menderma makanan, pakaian,
dan barang keperluan yang bernilai lebih daripada setengah juta dolar.
Pejabat cawangan telah mendirikan pusat-pusat bantuan
untuk mengedarkan barang keperluan.
Baru-baru ini Saudara Jacob Rumph dari Badan Pimpinan,
dan Troy Snyder, pembantu kepada Jawatankuasa Koordinator,
telah melawat dan menggalakkan saudara saudari yang terkesan.
Semasa tragedi berlaku, kita risau tentang saudara saudari kita dan orang lain.
Kita tahu nyawa ialah kurniaan yang berharga daripada Yehuwa.
Mazmur 36:9 kata, Yehuwa ialah “sumber segala kehidupan.”
Umat Yehuwa sentiasa memiliki pandangan-Nya bahawa nyawa itu suci.
Itulah sebabnya kita enggan menyokong peperangan,
menggugurkan anak dalam kandungan,
dan kita menjauhi sikap cuai yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Selain itu, Yehuwa berkata bahawa nyawa berkaitan dengan darah.
Di Kejadian 9:4, Yehuwa memberitahu Nuh,
“Kamu tidak boleh makan daging yang masih berdarah
kerana darah melambangkan nyawa.”
Di bawah bimbingan kuasa suci Tuhan,
para rasul juga memberikan arahan bahawa orang
Kristian harus menjauhi darah.
Mari baca Kisah 15:28, 29.
Maksudnya kita tidak makan daging yang darahnya tidak dikeluarkan.
Namun arahan ini bukan hanya tentang makanan.
Sebenarnya ini ialah peluang
untuk tunjuk kita menghormati pandangan Yehuwa tentang nyawa.
Mematuhi arahan ini juga bermaksud tidak makan atau minum darah.
Memandangkan prinsip disebalik arahan ini ialah menghargai nyawa,
kita mengelakkan apa sahaja perbuatan yang dapat
menyebabkan kehilangan nyawa, seperti membunuh orang,
bertindak terburu-buru atau bersikap cuai.
Dalam semua hal ini, Saksi-Saksi Yehuwa bertekad
untuk ikut pandangan Yehuwa bahawa nyawa dan darah itu suci.
Selama ini, Saksi-Saksi Yehuwa faham
bahawa perintah di Kisah 15
bermaksud mereka tidak boleh makan atau minum darah utuh,
tidak boleh menerima transfusi darah, dan tidak boleh menderma darah.
Pendirian ini telah melindungi umat Yehuwa secara rohani dan fizikal.
Kita juga ikut prinsip ini dalam
pandangan kita terhadap empat komponen utama darah:
Sel darah merah, sel darah putih, plasma, dan platelet.
Sains perubatan menunjukkan bahawa
rawatan tanpa transfusi darah lebih berkesan dan kurang berisiko.
Namun, teknologi yang makin
canggih menimbulkan banyak soalan tentang
cara menerapkan prinsip Bible semasa menerima rawatan perubatan.
Oleh itu, Berita Terkini Badan Pimpinan 2026 #2 menyatakan,
“Orang Kristian tidak perlu mematuhi Hukum Musa
tetapi kita mematuhi perintah yang tercatat dalam buku Kisah untuk menjauhi darah.
Bible juga tiada perintah tentang
cara seseorang harus guna darah sendiri
semasa dirawat atau dibedah.
Oleh itu, seperti dalam hal penjagaan kesihatan,
setiap orang Kristian mesti buat keputusan sendiri
tentang cara darahnya akan digunakan dalam
semua jenis rawatan dan pembedahan.”
Pemahaman ini membolehkan setiap
orang Kristian melakukan apa yang disebut di Galatia 6:5.
Selepas membuat pertimbangan dan berdoa,
Badan Pimpinan memutuskan bahawa prinsip ini juga diterapkan
kepada empat komponen utama darah,
iaitu sel darah merah, sel darah putih,
plasma, dan platelet yang diambil daripada darah orang lain.
Maka setiap orang Kristian harus buat
keputusan sendiri jika mereka akan guna empat
komponen utama ini dalam perubatan dan pembedahan.
Mereka juga mesti pilih jika mereka akan derma
komponen atau pecahan kecil darah daripada darah mereka sendiri.
Adakah ini bermaksud Badan Pimpinan
tidak lagi pandang serius rawatan yang melibatkan
satu atau beberapa komponen utama darah?
Sama sekali tidak!
Badan Pimpinan masih anggap hal ini sangat serius.
Namun, memandangkan Bible tidak kata apa-apa
tentang produk yang diambil daripada darah,
kami sedar bahawa selaras dengan 1 Korintus 4:6,
kami tidak berhak melakukan sesuatu yang “melebihi apa yang tertulis.”
Kami juga ingat akan prinsip yang penting ini di 2 Korintus 1:24.
Apakah sepatutnya pandangan kita terhadap keputusan
untuk menerima atau menolak komponen utama darah?
Setiap orang mesti berdoa dan berfikir masak-masak
apa yang terlibat sebelum membuat keputusan.
Jika kita pandang remeh hal ini, hati nurani kita
dan hubungan kita dengan Yehuwa boleh terjejas.
Apakah yang mungkin dipertimbangkan orang Kristian
semasa buat keputusan tentang
rawatan yang melibatkan produk yang
diambil daripada darah orang lain?
Setiap orang ada cara fikir sendiri.
Ada yang mungkin tolak semuanya
kerana percaya adalah salah untuk terima mana-mana bahagian darah.
Yang lain mungkin terima produk
darah tertentu kerana itu hanya membentuk peratusan kecil dalam darah utuh.
Contohnya, ada komponen
utama darah yang membentuk peratusan yang lebih
kecil dalam darah utuh
berbanding pecahan kecil darah yang mereka memang sudi terima.
Walau apa pun, Roma 14:12 kata,
“Kita bertanggungjawab kepada Tuhan atas perbuatan kita masing-masing.”
Untuk membantu umat Tuhan membuat keputusan peribadi berdasarkan fakta,
Badan Pimpinan meluluskan pengeluaran sebuah carta ringkas
tentang produk lazim yang diambil daripada darah.
Carta ini berserta sebuah artikel “Pertanyaan Pembaca” yang berdasarkan video ini
akan disediakan di jw.org dan aplikasi JW Library® tidak lama lagi.
Selain itu, rencana pembelajaran Menara Pengawal
tentang topik ini sedang disediakan.
Dokumen arahan penjagaan kesihatan juga sedang dikemaskinikan.
Selepas mempertimbangkan semua faktor, setiap orang
Kristian mesti buat keputusan sendiri jika
dia akan terima komponen utama darah atau pecahan
kecil yang diambil daripada darah orang lain.
Sidang tidak akan masuk campur
dan setiap individu tidak patut menghakimi orang lain.
Biasanya, anda tidak perlu bincang keputusan anda dengan
orang lain kecuali wakil yang disebut pada kad
arahan penjagaan kesihatan anda.
Jika anda mahu, Jawatankuasa Perhubungan Hospital
bersedia menyokong keputusan anda.
Mereka akan bantu cari doktor yang menghormati
hati nurani anda, dan maklumat tentang keputusan
anda akan kekal sulit.
Bagaimana pula jika kerja seorang Kristian melibatkan darah atau produk darah?
Prinsip dalam rencana “Pertanyaan Pembaca”
terbitan Menara Pengawal 15 April 1999 dapat
bantunya buat keputusan yang bijak dan jaga hati nurani yang murni.
Saudara saudari, kami tahu video ini ada banyak maklumat, kan?
Tapi apakah intinya?
Saksi-Saksi Yehuwa tidak terima transfusi darah utuh
dan tidak derma darah utuh untuk transfusi kepada orang lain.
Kita juga tidak makan darah atau daging yang berdarah.
Namun, setiap orang Kristian harus buat keputusan
sendiri jika dia akan terima komponen utama
atau pecahan kecil daripada darah orang lain.
Begitu juga, dia harus putuskan jika dia akan
derma komponen utama atau pecahan kecil daripada darahnya sendiri.
Yakinlah bahawa Badan Pimpinan
tetap bertekad untuk menghormati kurniaan
Yehuwa yang suci, iaitu darah dan nyawa.
Namun, kami sedar setiap orang bertanggungjawab membuat
keputusan sendiri di hadapan Yehuwa berdasarkan hati nurani mereka.
Maka Badan Pimpinan menggesa
semua penyembah Tuhan untuk berdoa dan memikirkan
semua faktor yang terlibat semasa membuat keputusan
tentang rawatan yang melibatkan produk yang diambil daripada darah.
Dengan itu, setiap orang dapat
buat keputusan yang menjaga hati nurani sendiri
dan tunjuk hormat yang mendalam kepada Yehuwa, Sumber kehidupan.
Terima kasih saudara saudari
atas iman, kasih, dan sokongan anda.
Kami sangat mengasihi anda.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.