JW subtitle extractor

Apakah Itu Sahabat Sejati?

Video Other languages Share text Share link Show times

Apakah itu sahabat sejati?
Sahabat sejati ialah orang yang
bantu kamu pupuk sifat yang baik.
Dia selalu ada, tidak kira
susah atau senang.
Amsal 18:24 kata
dia boleh jadi lebih karib
daripada saudara kandung.
Itulah sahabat sejati!
Tidak senang untuk
cari sahabat sebegini.
Jika kamu hanya
mahu disukai orang,
kamu mungkin akan memilih
sahabat yang tidak baik.
Jadi apakah ciri-ciri
sahabat sejati?
Seperti buku janganlah
lihat luarannya sahaja,
lihatlah apa yang di dalamnya.
Carilah sahabat yang dapat dipercayai,
sudi mengampuni,
dan tidak berdendam.
Sebenarnya, seorang sahabat sejati
lebih baik daripada seratus
sahabat yang tidak ikhlas.
Sahabat sejati tidak semestinya
orang yang sebaya dengan kamu.
Bukalah hati kamu dan
lihatlah di sekeliling kamu,
mereka mungkin ada di tempat
yang kamu tidak jangka.
Jangan hanya berkawan dengan
orang yang sama seperti kamu,
carilah orang yang ada hobi
atau kemahiran lain.
Mereka mungkin lebih tua, lebih muda,
mempunyai latar belakang
atau budaya yang berbeza.
Jadi bergaulah dengan semua orang.
Tapi ingat sahabat sejati
perlu ada sifat yang baik.
Pernahkah kawan kamu ambil
kesempatan atas kamu?
Bergosip? Atau fitnah tentang kamu?
Mereka bukanlah sahabat sejati.
Jadi berhati-hatilah dengan
kawan yang seperti racun.
Mereka hanya mahu
mempergunakan kamu,
mereka ejek cara kamu bercakap,
penampilan atau kepercayaan kamu.
Tapi sahabat sejati bukan seperti itu
mereka terima kamu seadanya.
Carilah sahabat yang bukan saja pandai
tapi tahu buat keputusan yang bijak.
Mereka ada sifat-sifat yang baik
dan berani buat apa yang betul.
Amsal 27:17 kata
sahabat sejati “belajar
daripada satu sama lain”
dan bantu kamu jadi
orang yang lebih baik.
Jadi apakah caranya
untuk mencari sahabat sejati?
Jangan tunggu orang datang
berkawan dengan kamu.
Kamu perlu bertindak!
Berusahalah untuk mulakan
perbualan dengan orang.
Tapi jangan hanya cakap
tentang diri kamu,
tanyalah dia soalan
dan dengarlah dengan teliti.
Jika kamu berikan perhatian
semasa dia bercakap,
dia pasti menghargainya.
Seterusnya, kamu harus curahkan usaha.
Ya, kamu perlu berusaha
untuk membina persahabatan kamu.
Jadilah sahabat yang setia,
dan yang tidak berdendam.
Janganlah tinggalkan mereka
semasa mereka hadapi masalah,
barulah persahabatan
kamu akan bertumbuh.
Filipi 2:4 kata,
‘Jagalah kepentingan orang lain,
bukan hanya kepentingan kamu sendiri.’
Untuk menjadi sahabat sejati,
kita harus ambil berat
tentang orang lain.
Kamu akan jumpa banyak
jenis orang dalam hidup kamu.
Jadi semasa memilih sahabat,
pilihlah dengan bijak,
pilihlah sahabat sejati.