JW subtitle extractor

Gunakan Rangkaian Sosial dengan Bijak

Video Other languages Share text Share link Show times

Apakah kegunaan rangkaian sosial?
Kamu dapat berhubung dengan orang
banyak orang.
Kongsi foto kamu,
berjenaka,
kamu boleh kongsi tentang
apa-apa saja
dan lihat apa kawan kamu
sedang buat.
Senangkan,
tapi itulah masalahnya,
rangkaian sosial terlalu senang
untuk digunakan.
Nampaknya rangkaian sosial
tidak bahaya,
tapi berhati-hatilah
kerana memang ada banyak jeratnya.
Jadi jika ibu bapa membenarkan
kamu guna rangkaian sosial
gunalah dengan bijak,
ikutlah panduan ini.
Jika kamu tidak mahu maklumat
tentang kamu tersebar luas,
janganlah paparkannya,
termasuk maklumat peribadi kamu
seperti nombor telefon,
alamat,
dan sekolah kamu.
Jangan beritahu orang masa
kamu tiada di rumah,
atau bila kamu akan pergi bercuti.
Jika kamu buat begitu,
pencuri mungkin akan
guna maklumat itu
untuk pecah masuk
ke dalam rumah kamu
atau mencuri maklumat peribadi kamu.
Apakah pandangan orang tentang kamu?
orang boleh tahu
banyak tentang kamu
daripada foto dan komen kamu.
Jika kamu berbuat hal bodoh
tanyalah, adakah saya mahu
orang fikir buruk tentang saya
bukan saja sekarang
tapi juga semasa cari kerja?
Dalam Bible Amsal 22:1 kata,
‘nama baik lebih baik
daripada perak dan emas.’
Apa yang kamu paparkan
susah untuk dipadamkan
seperti menulis dengan dakwat
yang tidak dapat dipadamkan.
Jadi kamu berhati-hati tentang
apa yang kamu paparkan.
Sekarang fikirkan siapa yang
dapat lihat maklumat kamu.
Siapakah kawan kamu?
ada orang yang
mempunyai ratusan
atau ribuan kawan.
Jadi kamu mungkin fikir
lebih banyak,
lebih baguskan?
Bahaya untuk fikir begitu!
Jika kamu berhubung
dengan kawan kamu,
kamu juga sedang berhubung
dengan kawan mereka
dan kawan, kawan mereka juga.
Jadi kamu akan lihat
apa yang dipaparkan
oleh orang yang kamu tidak kenal.
Kepercayaan dan nilai moral mereka
mungkin lain dengan kamu.
Mereka mungkin guna
kata-kata kesat,
atau paparkan perkara yang
kamu tahu adalah salah.
Kamu pasti tidak mahu
kawan seperti mereka
sama ada dalam atau
di luar rangkaian sosial.
Ada satu lagi jerat,
ayat Bible di Mazmur 26:4
memberi amaran tentang
orang yang berpura-pura.
Mereka mungkin menyamar
sebagai orang lain
dan nampaknya sangat baik.
Tetapi, mereka mungkin orang jahat.
Jadi, berhati-hatilah
semasa memilih kawan.
Pilihlah kawan yang
sudah kamu kenal
di luar rangkaian sosial.
Fikirkan juga hal ini,
tentang masa kamu.
Kamu mungkin asyik
melihat maklumat terkini
yang dipaparkan.
Tetapkanlah batasan,
jangan asyik guna rangkaian sosial
sehingga tiada masa
untuk perkara yang lebih penting.
Berhubung dengan kawan
di rangkaian sosial
memang seronok dan selamat.
Tapi kamu mesti
berhati-hati dengan jeratnya.
Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak
semasa menggunakan rangkaian sosial.