JW subtitle extractor

Bagaimanakah Saya Boleh Menghentikan Gosip?

Video Other languages Share text Share link Show times

Psst!
Dengar!
Gosip.
Gosip nampaknya tidak berbahaya.
Betulkah?
Jika kamu sedar orang
mengumpat tentang kamu,
kamu akan tahu
bahawa gosip memang menyakitkan!
Amsal 12:18 mengatakan,
kata-kata boleh melukai hati
seperti “tikaman pedang.”
Jadi bagaimana kamu
boleh pastikan bahawa
kamu tidak menikam orang.
Adakah kamu harus berhenti bercakap?
Di Filipi 2:4,
Bible menggalakkan kita untuk
mengambil berat tentang orang lain.
Memang biasa untuk
bercakap tentang orang,
tetapi perbualan itu boleh
menjadi negatif dengan cepat
dan merosakkan
reputasi seseorang.
Jadi, apakah yang
boleh kamu lakukan?
Contohnya,
apabila kata-kata sindiran
atau negatif digunakan
perbualan tersebut
mungkin menjadi gosip.
Janganlah terikut sahaja,
tukar topik perbualan.
Kamu harus bertindak
dengan cepat!
Berjaga-jagalah!
Walaupun kamu tidak
mulakan gosip itu,
dengan mengulanginya,
kamu mungkin menyebarkan
sesuatu yang tidak benar.
Sebaliknya, kamu boleh elakkan hal ini
dengan mengikuti nasihat Bible
di 1 Tesalonika 4:11,
‘Jangan mencampuri
urusan orang lain.’
Sebelum bercakap tentang orang lain
tanyalah diri,
adakah saya tahu semua fakta?
Jika apa yang saya
katakan itu diulangi,
adakah nama baik
orang itu akan tercemar?
Bagaimana pula
dengan reputasi saya?
Ingatlah
apabila perbualan
bertukar menjadi gosip,
buatlah sesuatu.
Maka, kamu dan orang
di sekeliling kamu
akan gembira.