JW subtitle extractor

Adakah Alat Elektronik Menguasai Hidup Kamu?

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak orang menggunakan
alat elektronik untuk kerja sekolah,
penyelidikan,
rangkaian sosial,
hiburan dan sebagainya.
Jika tidak berhati-hati,
kamu boleh ketagih dengan alat elektronik.
Kamu mungkin rasa gelisah tanpanya.
Ini boleh menyebabkan
kamu kehilangan kerja,
kawan-kawan,
atau bahkan nyawa kamu.
Adakah kamu ketagih
dengan alat elektronik?
Bible kata pastikan perkara
yang lebih penting.
Tanyalah diri,
adakah saya tidak tenteram
jika tidak guna alat elektronik?
Adakah saya guna alat elektronik
untuk masa yang lama?
Adakah tidur saya terganggu
kerana asyik mahu tengok mesej?
Adakah keluarga saya diabaikan?
Apakah pandangan mereka?
Jika kamu jawab ya,
jangan putus asa.
Kamu dapat menangani masalah ini.
Contohnya, hadkan masa
penggunaan alat elektronik.
Semasa memandu
letakkannya di tempat
yang susah dicapai.
Semasa makan dengan keluarga
simpan telefon di satu tempat.
Orang pertama yang mengambil telefonnya
harus cuci pinggan.
Tetapkan masa untuk tidak
gunakan alat elektronik
dan matikan telefon sebelum tidur,
barulah dapat tidur nyenyak.
Bible kata berdua lebih baik
daripada seorang diri.
Jadi, mintalah bantuan
ahli keluarga atau kawan kamu.
1 Korintus 9:25 kata,
kita harus “mengawal diri
dalam segala hal.”
Janganlah biarkan dunia teknologi
menguasai hidup kamu.
Sekali-sekala berhentilah
guna alat elektronik,
kamu akan lebih menikmati hidup.