JW subtitle extractor

Siapakah Pengarang Bible?

Video Other languages Share text Share link Show times

Siapakah pengarang Bible?
Bible mengandungi 66 buah buku kecil.
Lebih daripada 3,500 tahun dahulu,
Musa mula menulis lima buku yang pertama.
Sepanjang 1,600 tahun kemudian,
kira-kira 40 lelaki
menulis buku-buku lain dalam Bible.
Mengapakah Bible dikatakan sebagai
perkhabaran daripada Tuhan,
sedangkan manusia yang menulisnya?
Fikirkan ini:
Seorang pengurus
ingin menghantar mesej yang penting.
Dia mungkin minta setiausahanya
untuk menulis surat atau e-mel.
Dia beritahu apa yang ingin dia katakan.
Kemudian, setiausahanya akan taip maklumat itu.
Walaupun setiausaha yang taip e-mel itu,
dia bukanlah pengarangnya.
Sama juga,
para penulis guna gaya sendiri
untuk tulis Bible,
tapi mesejnya tidak
berasal daripada mereka.
Siapakah sumbernya?
Bible kata,
“Segenap Ayat-Ayat Suci diilhami oleh Tuhan.”
Tuhan Yehuwa guna kuasa-Nya
untuk menyampaikan fikiran-Nya
kepada mereka.
Contohnya, semasa Nabi Daniel tidur,
Yehuwa memberinya ilham melalui mimpi.
Ada pula yang
diberi suatu penglihatan,
seperti Nabi Yehezkiel.
Kadangkala Yehuwa juga
menggunakan para malaikat,
seperti yang dialami Rasul Yohanes.
Tapi, dapatkah Tuhan Yehuwa
menyampaikan fikiran-Nya
dalam cara begitu?
Hari ini, kita dapat
berkomunikasi dengan orang
yang berada di tempat yang jauh.
Orang bahkan dapat menghubungi
para angkasawan di angkasa lepas.
Jika manusia dapat buat begitu,
sudah tentu Pencipta kita
dapat melakukan hal yang lebih hebat.
Kita boleh percaya pada Bible
kerana Pengarangnya bukan manusia,
tetapi Pencipta kita
yang pengasih, Tuhan Yehuwa.
Anda mungkin fikir,
“Mengapa baca Bible?”
“Bagaimanakah anda dapat
memulakan pembacaan Bible?”
“Adakah kandungan Bible telah diubah?”
Untuk lihat ajaran Bible
tentang topik ini dan topik lain,
sila layari jw.org.