JW subtitle extractor

Mengapakah Yesus Mati?

Video Other languages Share text Share link Show times

Sepanjang sejarah manusia,
kematian telah meragut nyawa jutaan orang.
Tetapi kematian Yesus Kristus adalah berbeza.
Mengapakah dia mati?
Apakah tujuan kematiannya?
Untuk mencari jawapannya,
mari kita kembali ke permulaan sejarah manusia.
Bible menjelaskan bahawa
Tuhan mencipta Adam sempurna tanpa dosa.
Tuhan memberikan perintah yang mudah diikuti,
iaitu Adam boleh makan buah
dari semua pokok yang ada di Taman Eden,
kecuali satu pokok.
Pokok ini melambangkan hak Tuhan untuk menentukan
apa yang baik dan jahat.
Jika Adam tetap patuh kepada Yehuwa,
dia berpeluang untuk hidup kekal di bumi firdaus.
Tetapi Adam tidak menghargai semua perkara baik
yang Tuhan lakukan baginya.
Dia mengingkari Tuhan.
Maka, dia kehilangan peluang
untuk hidup selama-lamanya.
Tapi bukan Adam saja kehilangan peluang itu.
Semua keturunannya juga mewarisi dosa.
Manusia tidak dapat bebaskan diri
daripada dosa dan kematian.
Mereka perlu seorang penyelamat.
Oleh itu, melalui kuasa-Nya,
Yehuwa memindahkan salah satu malaikat
dari syurga ke bumi sebagai manusia.
Yesus ialah manusia yang sempurna,
sama seperti Adam.
Namun Yesus berbeza, Dia patuh kepada Tuhan.
Oleh itu, dia dapat “menyerahkan nyawanya
sebagai tebusan bagi banyak orang.”
Tapi, bagaimana kematian satu orang
membawa manfaat bagi semua manusia?
Bayangkan, seorang pengurus sebuah kilang besar
mencuri wang daripada syarikat.
Akibatnya, syarikat banyak hutang
dan akhirnya perlu ditutup.
Para pekerja kehilangan kerja
dan tidak mampu bayar bil.
Oleh sebab satu orang tidak jujur,
ramai orang menderita.
Kemudian, ada seorang
lelaki yang baik dan murah hati,
berasa kasihan terhadap mereka.
Dia tergerak untuk membayar hutang syarikat itu
dan membukanya semula.
Dengan itu, dia membawa kelegaan
kepada semua pekerja dan keluarga mereka.
Adam seperti pengurus yang tidak jujur itu.
Dia terjerumus dalam kancah hutang dosa
yang diwariskan kepada keturunannya.
Yesus seperti lelaki yang murah hati itu.
Semasa dia korbankan nyawanya yang sempurna,
dia bayar hutang dosa
dan pulihkan harapan kehidupan kekal kepada kita.
Pernahkah anda fikir, adakah Yesus pernah wujud?
Adakah sekadar percaya kepada Yesus
menjamin penyelamatan?
Adakah Yesus Tuhan?
Untuk lihat ajaran Bible
tentang topik ini dan topik lain,
sila layari jw.org.