JW subtitle extractor

Bagaimanakah Saya Dapat Berkomunikasi dengan Ibu Bapa Saya?

Video Other languages Share text Share link Show times

Semasa kecil, kamu mungkin
selalu cari nasihat daripada ibu bapa.
Tapi sekarang mungkin kamu rasa
mereka tidak lagi memahami kamu.
Kamu memang ingin
bercakap dengan mereka.
Tapi, bagaimana pula jika
mereka tidak mendengar?
Kamu boleh tinggikan suara,
tapi jeritan kamu tidak
dapat membuka hati mereka
dan tidak tunjukkan hormat.
Kamu boleh mendiamkan diri,
tapi Amsal 15:22 berkata
hal itu akan memburukkan lagi keadaan.
Jadi, mendiamkan diri bukanlah kuncinya.
Lebih baik menunggu masa
yang sesuai untuk bercakap,
atau kamu boleh tulis surat
menggunakan kata-kata yang
hormat untuk luahkan perasaan kamu.
Namun, bagaimana pula
jika ibu bapa kamu
mahu bercakap
tapi kamu pula enggan.
Contohnya, kamu mungkin
ada masalah di sekolah.
Memang benar jika kamu
rasa terpaksa untuk bercakap,
hal itu akan menyebabkan stres
dan menjejaskan komunikasi.
Tapi, berdiam diri
tidak akan hilangkan stres.
Ibu bapa mungkin fikir
masalah kamu serius,
atau kamu sedang
sembunyikan sesuatu.
Sebaliknya, kamu boleh mulakan
dengan topik yang santai
atau yang menggembirakan.
Hal itu dapat kurangkan
atau hilangkan stres.
Hakikatnya, ibu bapa kamu
mahu bantu kamu
dan kamu perlu bantuan mereka.
Jadi pilihlah kata-kata dengan bijak,
ucapkan dengan hormat,
dan anggaplah ibu bapa sebagai kawan
bukannya lawan.
Kamu akan memerlukan bantuan mereka
semasa menghadapi bermacam-macam
situasi pada masa depan.