JW subtitle extractor

Bagaimanakah Keadaan Orang Mati?

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak agama mengajarkan bahawa
apabila seseorang mati,
rohnya akan terus hidup.
Tetapi apakah ajaran Bible?
Tuhan menciptakan manusia pertama, Adam,
daripada tanah,
dan memberinya hidup abadi.
Tetapi, dia sengaja melawan Tuhan.
Maka dia diberitahu bahawa
dia akan kembali ke tanah dan tidak wujud lagi.
Bagaimana pula dengan orang lain yang telah mati?
Tentang Lazarus yang telah mati,
Yesus tidak berkata bahawa Lazarus naik ke syurga.
Sebaliknya, dia berkata,
“Kawan kita Lazarus sudah tidur.”
Apa maksudnya?
Seperti orang yang tidur nyenyak,
orang mati tidak sedar akan apa-apa pun
yang berlaku di sekeliling mereka.
Sepertimana orang yang tertidur dapat dibangunkan,
Bible mengajarkan bahawa
orang mati dapat dibangkitkan.
Yesus telah membangkitkan Lazarus!
Lazarus sudah mati selama empat hari.
Jika Lazarus telah naik ke syurga,
adakah Yesus akan memaksanya turun dari syurga,
dan hidup semula di bumi?
Tidak.
Lazarus sedang tidur di dalam kubur,
dan Yesus menghidupkannya semula.
Bible menyatakan bahawa
pada masa depan, orang mati akan dibangkitkan.
Yesus merujuk kepada harapan ini dengan berkata,
“Seseorang yang beriman kepada aku
akan hidup semula meskipun dia mati.”
Apakah itu pembangkitan?
Bagaimanakah anda dapat menangani kesedihan
semasa orang tersayang meninggal?
Untuk lihat ajaran Bible
tentang topik ini dan topik lain,
sila layari jw.org.