JW subtitle extractor

Fikir Dahulu Sebelum Minum

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak yang fikir
bahawa kita perlu minum alkohol untuk berseronok.
Tapi Amsal 23:32 kata
alkohol seperti “ular berbisa.”
Jika kamu menyalahgunakan alkohol,
kamu mungkin akan didenda,
disuruh untuk membuat khidmat awam,
digantung lesen memandu, atau bahkan dipenjarakan.
Alkohol dapat buat kamu terjebak
dalam kelakuan buruk
yang biasanya kamu tidak akan buat.
Kamu juga mungkin akan tercakap
atau terbuat sesuatu yang akan kamu kesali nanti.
Tapi jika kamu hadiri parti
dan nampak orang minum secara berlebihan,
apa yang sepatutnya kamu buat?
Bible kata orang yang bijak
mengelakkan bahaya apabila melihatnya.
Fikirlah sejenak,
apakah masalah yang mungkin timbul?
Bagaimanakah kamu dapat beredar dari situ
dan tidak diejek?
Mintalah ibu bapa kamu untuk telefon
atau mesej kamu pada masa yang telah ditentukan.
Bagaimana pula kalau kamu
dipaksa untuk minum alkohol?
Roma 6:16 kata jika kamu membiarkan
keputusan kamu dikawal orang lain,
kamu akan menjadi hambanya.
Kamu boleh pilih untuk ikut saja
dan biarkan kawan kamu kawal hidup kamu
atau kamu boleh kata dengan tegas,
“Tidak apa,”
atau “Maaf, saya tidak berminat.”
Bagaimana pula jika kawan kamu
memandu dalam keadaan mabuk?
Menurut Bible,
orang yang bersahabat dengan orang bodoh
akan celaka.
Apakah yang akan berlaku?
Adakah kamu ada pilihan lain?
Jangan tumpang keretanya
jika dia memandu dalam keadaan mabuk.
Kamu boleh memilih
untuk menaiki pengangkutan awam.
Ingatlah,
kamu tidak semestinya
perlu minum alkohol untuk berseronok,
dan janganlah bergaul dengan
orang yang suka minum.
Fikirlah dahulu sebelum minum.