JW subtitle extractor

Adakah Tuhan Menerima Semua Agama?

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak orang percaya bahawa semua agama
adalah seperti jalan yang berlainan
yang menuju ke matlamat yang sama,
iaitu mendapat perkenan Tuhan.
Adakah hal ini benar?
Adakah Tuhan menerima semua agama?
Bible menggambarkan dua jenis jalan.
Jalan yang lebar yang penuh dengan orang
dan jalan yang sempit yang kurang orang.
Jalan yang sempit melambangkan
ibadat yang diperkenankan Tuhan.
Hanya jalan ini yang diberkati Tuhan.
Bagaimanakah kita dapat memastikan
bahawa kita memilih jalan yang betul?
Katakan anda sesat
dan anda bertanya arah.
Seorang kata, “Pergi ke barat.”
Dan seorang lagi kata, “Pergi ke timur.”
Akhirnya, seorang membuka peta,
dan menunjukkan bahawa arah yang betul
ialah utara.
Siapakah yang akan anda percayai?
Bible seperti peta itu
yang membimbing kita kepada Tuhan.
Jadi, mengapakah terdapat begitu banyak
kepercayaan yang bercanggahan?
Banyak agama mengajarkan bahawa roh manusia
hidup selama-lamanya di alam roh.
Ada agama pula
mengajarkan bahawa kita akan dilahirkan semula
dalam tubuh yang lain atau bentuk yang lain.
Ajaran-ajaran ini bercanggahan, bukan?
Jadi ajaran manakah yang benar?
Menurut peta itu,
“Orang mati tidak tahu apa-apa pun.”
Pada masa depan,
Tuhan akan membangkitkan mereka
dan orang yang baik
akan hidup selama-lamanya di bumi.
Apakah ajaran Bible tentang hal-hal yang lain,
seperti kelakuan kita?
Kita mungkin mempunyai agama,
tetapi jika kelakuan kita
tidak menyenangkan hati Tuhan,
Dia akan menolak ibadat kita.
Bible mengajarkan bahawa dewasa ini
banyak orang tidak tahu mengawal diri,
garang,
dan tidak mencintai kebaikan.
Bible juga mengajarkan bahawa
penyembah Tuhan yang sejati
suka berdamai
dan tahu mengawal kata-kata
dan perbuatan mereka.
Bible menyatakan bahawa Tuhan
tidak menerima semua agama.
Ya, hanya ada satu agama yang diterima-Nya.
Ibadat sejati membantu orang menghampiri Tuhan
dan mendapat hidup abadi.
Jadi, bagaimanakah anda dapat
mencari agama yang benar?
Perlukah anda menyertai kumpulan
agama tertentu agar diterima Tuhan?
Untuk lihat ajaran Bible tentang
topik ini dan topik lain,
sila layari jw.org