JW subtitle extractor

Jangan Biarkan Rokok Merosakkan Hidup Kamu

Video Other languages Share text Share link Show times

Adakah kamu merokok?
Adakah kamu ingin mencubanya,
mungkin kerana orang lain pun merokok,
mungkin kerana rasa stres,
atau mungkin kerana rasa ingin tahu?
Tak kira apa sebabnya,
kamu harus tahu kesan merokok.
Roma 12:1 kata,
‘gunakanlah daya pemikiran kamu.’
Jadi janganlah terikut-ikut
dengan orang ramai.
Jadilah bijak
dan buatlah keputusan sendiri.
Syarikat tembakau membelanjakan banyak duit
untuk mengiklankan rokok
dan ramai orang terjatuh
ke dalam perangkap itu
tanpa memikirkan kesan buruknya.
Contohnya, merokok menjejaskan
kesihatan kamu
dan bahkan penampilan kamu.
Bible kata, ‘Sucikanlah diri
daripada perkara yang menajiskan kita.’
Hal ini termasuk merokok.
Orang yang merokok
lebih senang mendapat kanser,
serangan sakit jantung,
dan penyakit lain.
Merokok bukan sahaja
membawa kesan buruk kepada kamu,
tetapi juga kepada orang di sekeliling kamu.
Bagaimana pula dengan vaping?
Adakah vaping lebih selamat?
Memang tidak!
Ada yang mendakwa bahawa vaping
lebih selamat daripada merokok.
Tapi vaping dipercayai menyebabkan
ramai orang jatuh sakit dan mati.
Seperti merokok,
vaping membuat kamu ketagih.
Siapa yang untung kalau kamu ketagih?
Jadi apakah yang akan kamu lakukan
jika ada orang ajak kamu merokok?
Kamu boleh kata,
“Tidak apa! Saya tidak merokok.”
Atau “Saya tidak mahu merokok,
kerana merokok itu berbahaya.”
Tetapi, bagaimana pula
jika kamu sudah ketagih?
Walaupun kamu rasa tidak dapat berhenti,
kamu dapat melakukannya.
Pertama,
mintalah bantuan,
terutamanya daripada seseorang
yang telah berjaya membuang tabiat itu.
Kedua, hindari orang dan tempat
yang boleh buat kamu merokok.
Jangan lupa untuk berdoa.
Jika kamu berdoa dengan
bersungguh-sungguh semasa digoda,
kamu dapat berhenti dengan bantuan Tuhan.
Mazmur 18:29 kata,
‘Dengan kuasa Tuhan, aku berjaya
melompat merentasi tembok.’
Ya, biarpun kamu bergelut
dengan ketagihan kamu,
kamu dapat melawannya.
Lawanlah keinginan untuk menggunakan
apa-apa jenis bahan tembakau.
Kamu akan lebih sihat,
lebih gembira,
dan rasa lebih lega
kerana nyawa kamu tidak
melayang seperti asap rokok.