JW subtitle extractor

Cara Mengurus Wang Kamu

Video Other languages Share text Share link Show times

Wah, dah dapat kerja!
Mak ayah pasti bangga dengan kamu.
Baru dapat gaji?
Apa yang kamu mahu
buat dengan wang itu?
Hmm...
Wang memang penting,
dan mungkin kamu sudah
bertungkus-lumus buat kerja kamu.
Walaupun kamu perlu kerja keras,
sekarang kamu ada wang untuk belanja.
Kamu boleh beli barang keperluan hidup,
atau beli barang-barang yang kamu suka.
Tapi ada beberapa hal yang kamu mesti ingat.
Jangan asyik fikir tentang wang saja.
Sebenarnya, ada hal-hal lain
yang lebih penting dalam hidup.
Bible kata, jadilah ‘kaya di mata Tuhan.’
Maksudnya, kita mahu kenali Tuhan
dan jadi sahabat-Nya.
Dia akan bantu kita berpuas hati,
tidak kira wang kita banyak atau sikit.
Kamu akan rasa gembira
dan buat Tuhan gembira.
Amsal 23:5 kata,
wang itu “bersayap”
dan boleh terbang begitu saja.
Jadi, mulai sekarang
belajarlah untuk urus wang kamu
supaya kamu ada wang bila kamu perlukannya.
Mula-mula, buatlah bajet.
Senaraikan apa yang kamu perlu
dan kosnya.
Sudah?
Sekarang senaraikan apa yang kamu mahu
dan harganya.
Tambahkan semuanya,
dan bandingkan dengan jumlah wang
yang kamu terima setiap minggu.
Hmm...
adakah terdapat beberapa barang
yang tidak semestinya kamu beli sekarang?
Mungkin lebih baik untuk simpan duit itu
supaya kamu ada duit
bila kamu perlu gunakannya.
Pengkhutbah 9:11 kata
“kejadian yang tidak terduga” boleh menimpa kita.
Jadi, simpanlah wang untuk kecemasan
atau untuk bantu orang lain.
Ya, sediakanlah payung sebelum hujan.
Tapi, bagaimana jika kamu perlu beli
sesuatu yang lebih mahal?
Simpanlah sedikit duit setiap minggu
dan tunggulah.
Apa? Kamu tidak mahu tunggu?
Mahu beli guna kad kredit?
Itu memang mudah.
Tapi ingat, kamu perlu bayar faedahnya
dan jumlahnya mungkin besar.
Kamu mungkin tidak sedar
berapa banyak kamu sudah belanja.
Akhirnya, kamu berhutang keliling pinggang
dan harus bayar hutang seumur hidup kamu.
Jadi, rancanglah perbelanjaan kamu.
Jangan melebihi bajet.
Simpanlah wang untuk kecemasan,
dan elakkan berhutang.
Barulah kamu ada lebih masa
untuk kenali Tuhan.
Semoga kamu dapat
mengurus wang dengan bijak.