00:00:06
Pada zaman ini, kita sering dibanjiri pelbagai maklumat.00:00:10
00:00:10
Sudah pasti kita mahu peka kepada berita terkini.00:00:15
00:00:15
Tapi bukan semua yang kamu lihat00:00:18
00:00:18
atau dengar adalah benar.00:00:21
00:00:21
Sesetengahnya cuma pendapat orang, teori konspirasi,00:00:25
00:00:25
atau maklumat yang palsu atau separuh benar00:00:28
00:00:28
tetapi dianggap sebagai fakta.00:00:31
00:00:31
Maklumat sebegini bukan sahaja salah00:00:33
00:00:33
tapi sangat berbahaya.00:00:36
00:00:36
Akibatnya, orang mungkin membuat keputusan yang salah,00:00:40
00:00:40
yang menjejaskan kesihatan atau keselamatan mereka.00:00:45
00:00:45
Bagaimanakah kamu dapat lindungi diri00:00:48
00:00:48
daripada maklumat yang salah?00:00:50
00:00:50
Di Ayub 12:11,00:00:53
00:00:53
Bible menggalakkan kita untuk “menguji kata-kata00:00:56
00:00:56
sebagaimana lidah mengecap makanan.”00:00:59
00:00:59
Jika kamu rasa suatu makanan sudah rosak,00:01:02
00:01:02
kamu pasti tidak akan menelannya.00:01:05
00:01:05
Begitu juga, sebelum mempercayai00:01:08
00:01:08
atau menyebarkan suatu cerita, 00:01:10
00:01:10
periksalah maklumatnya terlebih dahulu.00:01:14
00:01:14
Ada dua tip yang berguna. Tip pertama:00:01:18
00:01:18
Fikirkan sumber maklumat itu.00:01:20
00:01:20
Adakah kamu tahu sumber asalnya?00:01:23
00:01:23
Janganlah terus percaya apa yang kamu00:01:26
00:01:26
lihat di Internet walaupun hal itu nampak betul.00:01:30
00:01:30
Orang itu mungkin sedang sebarkan khabar angin00:01:33
00:01:33
atau pendapatnya sendiri sahaja.00:01:36
00:01:36
Dan sekarang ada teknologi deepfake.00:01:40
00:01:40
Orang yang jahat boleh edit muka00:01:42
00:01:42
atau suara seseorang00:01:44
00:01:44
dan cipta laporan yang langsung tidak benar.00:01:48
00:01:48
Walaupun itu berita viral, ikutlah nasihat Bible00:01:52
00:01:52
di 1 Tesalonika 5:21, “Periksalah semua perkara.”00:01:58
00:01:58
Bandingkanlah maklumat itu dengan sumber yang lain00:02:01
00:02:01
untuk tahu sama ada hal itu benar atau tidak.00:02:05
00:02:05
Tip kedua: Fikirkan sebabnya laporan itu disebarkan.00:02:10
00:02:10
Adakah sekadar menyampaikan berita00:02:13
00:02:13
atau maklumatnya berat sebelah?00:02:16
00:02:16
Ada laporan yang sengaja membesarkan00:02:19
00:02:19
atau meremehkan butiran tertentu00:02:21
00:02:21
untuk mempengaruhi pandangan kita.00:02:24
00:02:24
Selain itu, ada yang menuduh bahawa kumpulan tertentu00:02:28
00:02:28
merancang kejadian yang besar atau tragis.00:02:32
00:02:32
Orang yang menyebarkan teori konspirasi sebegitu00:02:35
00:02:35
ingin menimbulkan kebencian dan prasangka.00:02:39
00:02:39
Ini boleh merebak seperti api.00:02:42
00:02:42
Tapi ingatlah, teori konspirasi biasanya00:02:45
00:02:45
tidak disokong oleh bukti00:02:47
00:02:47
atau berasaskan dusta. Jadi, janganlah tertipu.00:02:51
00:02:51
Sebelum kamu luangkan banyak masa untuk00:02:54
00:02:54
periksa kebenaran laporan tertentu, tanyalah diri, 00:02:59
00:02:59
“Adakah laporan itu penting bagi saya?”00:03:02
00:03:02
Tajuk yang sangat menarik boleh buat berita00:03:05
00:03:05
yang tidak berguna nampak penting.00:03:08
00:03:08
Jika kamu lihat semua laporan yang timbul,00:03:12
00:03:12
kamu mungkin dibanjiri terlalu banyak maklumat00:03:15
00:03:15
atau berasa tertekan dengan laporan yang tidak penting.00:03:19
00:03:19
Jika kamu rasa begitu, tutuplah beberapa notifikasi 00:03:24
00:03:24
dan carilah maklumat yang kamu perlukan00:03:27
00:03:27
bila kamu perlukannya.00:03:29
00:03:29
Walaupun kamu tidak guna Internet,00:03:32
00:03:32
kamu mungkin dengar maklumat yang salah00:03:34
00:03:34
daripada kawan-kawan kamu.00:03:36
00:03:36
Mereka mungkin sebarkan cerita yang palsu tanpa disedari.00:03:41
00:03:43
Tidak kira apa yang kamu baca, lihat, atau terima,00:03:49
00:03:49
ingatlah kata-kata di Amsal 14:15,00:03:52
00:03:52
“Orang yang tidak berpengalaman percaya setiap kata orang,00:03:56
00:03:56
tetapi orang bijak merenungkan setiap langkahnya.”00:04:01
00:04:01
Jadi janganlah terus percaya apa yang kamu dengar. 00:04:05
00:04:05
Namun, ini tidak bermaksud kamu tidak00:04:08
00:04:08
boleh percaya sesiapa pun.00:04:10
00:04:10
Jika kamu dengar sesuatu yang00:04:12
00:04:12
buat kamu rasa takut atau ragu-ragu,00:04:15
00:04:15
carilah seseorang yang lebih berpengalaman00:04:18
00:04:18
dan yang dapat dipercayai.00:04:20
00:04:20
Dia boleh bantu kamu mengesahkan maklumat itu.00:04:23
00:04:24
Jadi, ambillah masa untuk periksa sumber00:04:27
00:04:27
dan tujuan maklumat itu disebarkan.00:04:31
00:04:31
Dengan itu, kamu tidak akan dibanjiri00:04:33
00:04:33
berita yang tidak penting.00:04:35
00:04:35
Hasilnya, kamu dapat melindungi diri daripada00:04:39
00:04:39
maklumat yang salah dan buat keputusan yang baik.00:04:43
Lindungi Diri daripada Maklumat Salah
-
Lindungi Diri daripada Maklumat Salah
Pada zaman ini, kita sering dibanjiri pelbagai maklumat.
Sudah pasti kita mahu peka kepada berita terkini.
Tapi bukan semua yang kamu lihat
atau dengar adalah benar.
Sesetengahnya cuma pendapat orang, teori konspirasi,
atau maklumat yang palsu atau separuh benar
tetapi dianggap sebagai fakta.
Maklumat sebegini bukan sahaja salah
tapi sangat berbahaya.
Akibatnya, orang mungkin membuat keputusan yang salah,
yang menjejaskan kesihatan atau keselamatan mereka.
Bagaimanakah kamu dapat lindungi diri
daripada maklumat yang salah?
Di Ayub 12:11,
Bible menggalakkan kita untuk “menguji kata-kata
sebagaimana lidah mengecap makanan.”
Jika kamu rasa suatu makanan sudah rosak,
kamu pasti tidak akan menelannya.
Begitu juga, sebelum mempercayai
atau menyebarkan suatu cerita,
periksalah maklumatnya terlebih dahulu.
Ada dua tip yang berguna. Tip pertama:
Fikirkan sumber maklumat itu.
Adakah kamu tahu sumber asalnya?
Janganlah terus percaya apa yang kamu
lihat di Internet walaupun hal itu nampak betul.
Orang itu mungkin sedang sebarkan khabar angin
atau pendapatnya sendiri sahaja.
Dan sekarang ada teknologi deepfake.
Orang yang jahat boleh edit muka
atau suara seseorang
dan cipta laporan yang langsung tidak benar.
Walaupun itu berita viral, ikutlah nasihat Bible
di 1 Tesalonika 5:21, “Periksalah semua perkara.”
Bandingkanlah maklumat itu dengan sumber yang lain
untuk tahu sama ada hal itu benar atau tidak.
Tip kedua: Fikirkan sebabnya laporan itu disebarkan.
Adakah sekadar menyampaikan berita
atau maklumatnya berat sebelah?
Ada laporan yang sengaja membesarkan
atau meremehkan butiran tertentu
untuk mempengaruhi pandangan kita.
Selain itu, ada yang menuduh bahawa kumpulan tertentu
merancang kejadian yang besar atau tragis.
Orang yang menyebarkan teori konspirasi sebegitu
ingin menimbulkan kebencian dan prasangka.
Ini boleh merebak seperti api.
Tapi ingatlah, teori konspirasi biasanya
tidak disokong oleh bukti
atau berasaskan dusta. Jadi, janganlah tertipu.
Sebelum kamu luangkan banyak masa untuk
periksa kebenaran laporan tertentu, tanyalah diri,
“Adakah laporan itu penting bagi saya?”
Tajuk yang sangat menarik boleh buat berita
yang tidak berguna nampak penting.
Jika kamu lihat semua laporan yang timbul,
kamu mungkin dibanjiri terlalu banyak maklumat
atau berasa tertekan dengan laporan yang tidak penting.
Jika kamu rasa begitu, tutuplah beberapa notifikasi
dan carilah maklumat yang kamu perlukan
bila kamu perlukannya.
Walaupun kamu tidak guna Internet,
kamu mungkin dengar maklumat yang salah
daripada kawan-kawan kamu.
Mereka mungkin sebarkan cerita yang palsu tanpa disedari.
Tidak kira apa yang kamu baca, lihat, atau terima,
ingatlah kata-kata di Amsal 14:15,
“Orang yang tidak berpengalaman percaya setiap kata orang,
tetapi orang bijak merenungkan setiap langkahnya.”
Jadi janganlah terus percaya apa yang kamu dengar.
Namun, ini tidak bermaksud kamu tidak
boleh percaya sesiapa pun.
Jika kamu dengar sesuatu yang
buat kamu rasa takut atau ragu-ragu,
carilah seseorang yang lebih berpengalaman
dan yang dapat dipercayai.
Dia boleh bantu kamu mengesahkan maklumat itu.
Jadi, ambillah masa untuk periksa sumber
dan tujuan maklumat itu disebarkan.
Dengan itu, kamu tidak akan dibanjiri
berita yang tidak penting.
Hasilnya, kamu dapat melindungi diri daripada
maklumat yang salah dan buat keputusan yang baik.
-