JW subtitle extractor

Apakah Itu Prasangka?

Video Other languages Share text Share link Show times

Adakah kamu telah dijangkiti?
Bukan dengan penyakit, tapi dengan sikap prasangka.
Dari dulu lagi, sikap ini telah menjangkiti ramai orang.
Kamu mungkin fikir,
“Tiadalah! Saya suka semua jenis orang.”
Sebenarnya, kita semua boleh terjerat
atau memiliki sikap prasangka pada tahap tertentu.
Tapi, kita mungkin tidak menyedarinya.
Untuk mengatasi sikap prasangka,
kita perlu memahami maksudnya.
Jadi, apakah itu prasangka?
Seseorang yang berprasangka biasanya
ada pandangan yang berat sebelah terhadap orang lain,
bahkan orang yang tidak dikenalinya.
Dia mungkin melayan orang lain dengan baik atau buruk
berdasarkan umur,
latar belakang,
paras rupa,
kekayaan,
atau apa sahaja yang berbeza daripada dirinya.
Tapi, menghakimi orang lain mengikut rupa luaran
sebelum mengenali mereka adalah tidak munasabah dan tidak adil.
Ini seperti membenci makanan yang belum kamu cuba.
Sikap ini boleh menyebabkan kita melayan seseorang
dengan lebih istimewa berbanding orang lain.
Kita mungkin memandang rendah terhadap
orang yang berbeza daripada kita.
Sikap ini sangat bahaya.
Bible kata di Amsal 16:18 bahawa
“kesombongan mengakibatkan kemusnahan,
dan keangkuhan membawa kehancuran.”
Jika kita sombong, kita tidak akan gembira
kerana kita tiada sahabat yang sejati.
Apa yang harus kamu lakukan
jika kamu sedar kamu ada sikap prasangka?
Cubalah untuk lebih mengenali orang di sekeliling kamu.
Apakah pengalaman hidup mereka?
Apakah bakat mereka?
Apabila kita menghargai sifat-sifat baik dan kelebihan orang lain,
kita dapat mengatasi sikap prasangka.
Kemudian, fikirkan tentang kawan-kawan kamu.
Adakah kamu hanya berkawan dengan orang yang ada rupa luaran,
fikiran, dan kelakuan yang sama dengan kamu?
Jika begitu, ikutlah nasihat di 2 Korintus 6:13.
“Bukalah hati kamu lebar-lebar,”
dan berkawan dengan pelbagai jenis orang.
Bagaimana jika kamu dapati ada antara mereka
melakukan hal yang jahat?
Jauhilah mereka.
Kelakuan buruk mereka dapat mempengaruhi kamu.
Walaupun sikap prasangka berleluasa pada hari ini,
kita tidak mahu biarkannya mengawal fikiran kita.
Kita dapat melawan sikap prasangka
jika kita tidak berpandangan negatif sebelum kenal seseorang,
berusaha untuk lebih mengenali orang lain,
dan cuba berkawan dengan pelbagai jenis orang.
Apabila kita lebih mengenali orang di sekeliling kita,
kita akan lebih menghargai satu sama lain
walaupun kita berbeza.