JW subtitle extractor

Kebersihan Tanda Kebijaksanaan

Video Other languages Share text Share link Show times

Hidup kita memang sibuk.
Mungkin kamu sibuk dengan kawan,
sekolah,
atau kerja.
Untuk tetap bersih perlukan masa,
tapi kamu mungkin fikir, “Saya tiada masa!”
Biarpun sibuk, kita masih perlu menjaga kebersihan.
Mengapa?
Sebab pertama:
Ini cara untuk menghormati orang lain.
Kedua, kamu akan rasa lebih yakin dan gembira.
Dan ketiga, hidup kamu lebih teratur dan kurang stres.
Untuk menjaga kebersihan, lakukanlah hal yang asas
seperti kerap mencuci tangan,
terutamanya sebelum makan
atau selepas menggunakan bilik air.
Ini bantu membasmi kuman dan menjaga kesihatan kamu.
Pupuklah tabiat untuk mandi selepas bersukan,
atau melakukan aktiviti yang buat kamu berpeluh.
Tapi, ada lagi!
Jangan lupa gosok gigi.
Belajarlah daripada ibu bapa cara untuk mencuci baju
supaya kamu tahu melakukannya pada lain hari.
Jadi, jadualkan masa untuk membersih supaya rumah,
kereta, dan barang kamu sentiasa kemas dan teratur.
Bible kata, orang bijak tahu pentingnya untuk melakukan
segala sesuatu “dengan baik dan teratur.”
Hidup kita memang sibuk.
Tapi janganlah terlalu sibuk
untuk menjaga kebersihan.