JW subtitle extractor

Mengapa Kita Harus Jujur?

Video Other languages Share text Share link Show times

Semua orang suka menang.
Tapi dapatkah kamu menang jika kamu selalu jujur?
Kita semua tidak suka orang yang menipu.
Tapi orang yang menipu,
nampaknya selalu dapat apa yang mereka mahu.
Kenapa kamu saja yang mesti jujur,
terutamanya jika menipu
tidak bawa masalah kepada orang lain?
Seorang penipu mungkin untung banyak,
tapi perbuatan itu sebenarnya sangat merugikan.
Jika kamu mula ikut haluan yang jahat itu,
sangat susah untuk kamu berhenti.
Dan jika kamu berjaya menipu seseorang,
itu akan jadi biasa dan kamu mungkin menipu lagi.
Mungkin kamu rasa tidak salah
untuk hanya bagi tahu sebahagian
daripada cerita yang benar.
Tapi ini masih menipu,
terutamanya jika orang itu berhak
untuk tahu seluruh cerita itu.
Dan apa salahnya untuk ubah cerita sedikit
supaya ada lebih banyak kawan?
Sebenarnya itu pun menipu
sebab itu bukan diri kamu yang sebenar.
Semuanya mungkin nampak OK buat seketika waktu.
Tapi lama-kelamaan,
kamu semakin berubah
sehingga kamu tidak kenal siapa diri kamu.
Kamu perlu ingat setiap bohong yang kamu cakap.
Kamu akan selalu risau
kerana takut rahsia kamu terbocor.
Dan akhirnya, kamu perlu tanggung akibatnya.
Bible kata di Amsal 21:6 bahawa
apa-apa “yang diperoleh dengan tipu daya
seperti kabus yang cepat hilang.”
Kamu akan hilang kepercayaan
dan hormat keluarga kamu.
Kamu akan hilang kawan.
Dan jika kamu menipu sepanjang hidup,
kamu akan dapat akibat yang lebih teruk.
Selain itu,
kamu akan hilang sesuatu yang sangat bernilai,
iaitu harga diri kamu.
Tapi kamu boleh pilih untuk bersikap jujur
dan rasakan sendiri kebaikannya.
Apabila kamu tergoda
untuk ikut jalan pintas dengan menipu,
lawanlah keinginan itu.
Kamu akan rasa bangga kerana apa yang kamu
dapat ialah hasil kerja keras kamu.
Jika kamu bersikap jujur,
keluarga kamu akan hormat dan percaya kamu.
Walaupun ada akibat yang buruk,
kamu boleh belajar daripadanya.
Berkawanlah dengan orang
yang terima kamu seadanya.
Bersikap jujur pasti membawa hasil baik
dalam keluarga,
dengan kawan,
dan dengan diri kamu sendiri.