JW subtitle extractor

Evolusi atau Diciptakan? Kesenian Alam Binatang

Video Other languages Share text Share link Show times

Menawan.
Mempesona.
Karya yang indah terdapat di sekeliling kita.
Ada kalanya, di tempat yang tidak kita jangkakan.
Contohnya, lintah laut yang berwarna-warni
membuat pemangsa menjauhinya.
Tetapi, warna dan coraknya sangat menakjubkan bagi kita.
Sumpah-sumpah atau kameleon
dapat menukar warna kulit
untuk memberikan amaran
atau menarik perhatian kameleon yang lain.
Sesetengah binatang dari spesies yang berlainan
ada unsur seni yang serupa.
Contohnya, labah-labah merak dan burung merak.
Lukisan atau karya seni biasanya pegun dan tidak bergerak.
Namun, banyak binatang guna pergerakan
untuk menonjolkan pelbagai warna,
tekstur, dan bentuk yang berbeza.
Contohnya, burung cenderawasih jantan
yang sangat bergaya.
Pasangan burung western grebe yang mengawan
membuat persembahan tarian yang cukup menarik.
Koreografi burung ini sangat rumit tetapi harmoni,
seperti melakukan tarian balet atas air.
Bowerbird atau burung namdur jantan
ialah jurubina yang kreatif.
Sarangnya dihiasi dengan cantik sekali
dan sangat elok dipandang.
Sesetengah binatang yang kecil juga
bagaikan seniman yang dapat menghasilkan
karya yang unik dan besar.
Ikan buntal berbintik putih pandai menghasilkan
corak di atas pasir di dasar laut.
Karyanya sungguh halus dan mengagumkan.
Ikan buntal jantan berusaha untuk
membuat rekaan yang unik supaya
dapat memikat ikan buntal betina.
Apakah pandangan anda?
Adakah kesenian alam binatang
wujud secara evolusi, atau diciptakan?