00:00:10
Sebagai haiwan darat tertinggi,00:00:13
00:00:13
zirafah dapat makan daun
dari pokok yang tinggi dengan mudah.00:00:17
00:00:17
Tetapi minum air tidak senang bagi mereka.00:00:20
00:00:22
Masalah graviti pula lebih susah bagi zirafah.00:00:26
00:00:27
Kerana graviti,00:00:28
00:00:28
cecair senang mengalir dari atas ke bawah.00:00:31
00:00:32
Tetapi untuk membawa cecair dari bawah ke atas,00:00:35
00:00:35
kita perlu lawan daya tarikan graviti.00:00:38
00:00:39
Semakin tinggi cecair perlu naik, 00:00:41
00:00:41
semakin besar tekanan yang diperlukan.00:00:44
00:00:45
Bagi zirafah dewasa, 00:00:46
00:00:46
jantungnya perlu mengepam darah00:00:48
00:00:48
setinggi dua meter atau lebih untuk sampai ke otaknya.00:00:52
00:00:52
Maksudnya, zirafah perlu ada tekanan darah yang sangat tinggi.00:00:57
00:00:57
Tekanannya jauh lebih tinggi daripada tekanan darah mamalia lain00:01:01
00:01:01
dan sekitar dua kali ganda lebih tinggi daripada manusia.00:01:05
00:01:06
Tekanan darah setinggi ini boleh menyebabkan manusia00:01:10
00:01:10
dan mamalia lain mengalami bengkak di kaki,00:01:12
00:01:12
kerosakan ginjal dan jantung, dan bahkan strok.00:01:16
00:01:17
Bagaimanakah zirafah dapat tahan00:01:20
00:01:20
tekanan darah yang begitu tinggi?00:01:22
00:01:23
Kita belum faham semua sebabnya dengan sepenuhnya.00:01:26
00:01:26
Tetapi para saintis telah menemui beberapa fakta yang menarik.00:01:31
00:01:31
Zirafah ada dinding jantung yang sangat tebal.00:01:35
00:01:36
Jika dinding jantung manusia menebal,00:01:39
00:01:39
jantung mereka akan jadi keras 00:01:41
00:01:41
dan tidak dapat mengepam darah dengan baik.00:01:43
00:01:44
Tetapi jantung zirafah00:01:46
00:01:46
masih fleksibel dan berfungsi dengan baik.00:01:49
00:01:50
Semasa zirafah menundukkan kepalanya 00:01:52
00:01:52
untuk minum air,00:01:54
00:01:54
mengapakah tekanan darah di otaknya00:01:56
00:01:56
tidak naik secara mendadak?00:01:58
00:01:59
Ada banyak sebab.00:02:00
00:02:00
Salah satunya ialah zirafah akan mengangkang kaki depannya00:02:05
00:02:05
atau berlutut semasa minum.00:02:07
00:02:07
Dengan itu,00:02:08
00:02:08
beza ketinggian antara jantung dan kepalanya tidak begitu besar.00:02:13
00:02:14
Biarpun zirafah mengangkat kepalanya dengan cepat,00:02:17
00:02:17
tekanan darah dalam otaknya tidak akan turun secara mendadak00:02:21
00:02:21
lalu membuatnya pitam.00:02:22
00:02:22
Mengapa?00:02:24
00:02:24
Berbanding saluran darah di bahagian leher, 00:02:27
00:02:27
saluran darah di bahagian bawah kaki zirafah00:02:29
00:02:29
ada dinding yang lebih tebal00:02:31
00:02:31
dan diameter dalaman yang lebih kecil.00:02:35
00:02:35
Terdapat otot berbentuk cincin00:02:37
00:02:37
yang mengecut atau mengendur00:02:39
00:02:40
untuk mengawal aliran darah ke kaki.00:02:43
00:02:43
Dengan itu, bahagian bawah tubuh zirafah00:02:45
00:02:45
tidak akan menjadi bengkak00:02:46
00:02:46
akibat tekanan darah yang terlalu tinggi.00:02:49
00:02:49
Kesannya seperti memakai stoking mampatan00:02:52
00:02:52
untuk mengurangkan bengkak pada kaki.00:02:55
00:02:55
Para doktor sedang mengkaji00:02:56
00:02:56
sistem peredaran darah zirafah00:02:58
00:02:58
untuk menemui kaedah baharu00:03:00
00:03:00
bagi merawat tekanan darah tinggi.00:03:03
00:03:03
Kajian ini bahkan mungkin membantu menghasilkan00:03:06
00:03:06
sut angkasawan yang lebih baik.00:03:09
00:03:09
Di angkasa lepas, tekanan udara hampir kosong.00:03:12
00:03:12
Jadi sut angkasawan perlu mempunyai tekanan yang cukup00:03:15
00:03:15
supaya darah dan bendalir tubuh angkasawan00:03:18
00:03:18
kekal dalam keadaan cecair.00:03:21
00:03:21
Biarpun kita belum tahu segala-galanya tentang zirafah,00:03:25
00:03:25
kita tahu zirafah dapat hidup sihat00:03:27
00:03:27
dengan tekanan darah yang sangat tinggi.00:03:30
00:03:30
Apakah pandangan anda?00:03:32
00:03:32
Adakah sistem peredaran darah zirafah00:03:35
00:03:35
wujud secara evolusi,00:03:37
00:03:37
atau diciptakan?00:03:39
Evolusi atau Diciptakan? Sistem Peredaran Darah Zirafah
-
Evolusi atau Diciptakan? Sistem Peredaran Darah Zirafah
Sebagai haiwan darat tertinggi,
zirafah dapat makan daun
dari pokok yang tinggi dengan mudah.
Tetapi minum air tidak senang bagi mereka.
Masalah graviti pula lebih susah bagi zirafah.
Kerana graviti,
cecair senang mengalir dari atas ke bawah.
Tetapi untuk membawa cecair dari bawah ke atas,
kita perlu lawan daya tarikan graviti.
Semakin tinggi cecair perlu naik,
semakin besar tekanan yang diperlukan.
Bagi zirafah dewasa,
jantungnya perlu mengepam darah
setinggi dua meter atau lebih untuk sampai ke otaknya.
Maksudnya, zirafah perlu ada tekanan darah yang sangat tinggi.
Tekanannya jauh lebih tinggi daripada tekanan darah mamalia lain
dan sekitar dua kali ganda lebih tinggi daripada manusia.
Tekanan darah setinggi ini boleh menyebabkan manusia
dan mamalia lain mengalami bengkak di kaki,
kerosakan ginjal dan jantung, dan bahkan strok.
Bagaimanakah zirafah dapat tahan
tekanan darah yang begitu tinggi?
Kita belum faham semua sebabnya dengan sepenuhnya.
Tetapi para saintis telah menemui beberapa fakta yang menarik.
Zirafah ada dinding jantung yang sangat tebal.
Jika dinding jantung manusia menebal,
jantung mereka akan jadi keras
dan tidak dapat mengepam darah dengan baik.
Tetapi jantung zirafah
masih fleksibel dan berfungsi dengan baik.
Semasa zirafah menundukkan kepalanya
untuk minum air,
mengapakah tekanan darah di otaknya
tidak naik secara mendadak?
Ada banyak sebab.
Salah satunya ialah zirafah akan mengangkang kaki depannya
atau berlutut semasa minum.
Dengan itu,
beza ketinggian antara jantung dan kepalanya tidak begitu besar.
Biarpun zirafah mengangkat kepalanya dengan cepat,
tekanan darah dalam otaknya tidak akan turun secara mendadak
lalu membuatnya pitam.
Mengapa?
Berbanding saluran darah di bahagian leher,
saluran darah di bahagian bawah kaki zirafah
ada dinding yang lebih tebal
dan diameter dalaman yang lebih kecil.
Terdapat otot berbentuk cincin
yang mengecut atau mengendur
untuk mengawal aliran darah ke kaki.
Dengan itu, bahagian bawah tubuh zirafah
tidak akan menjadi bengkak
akibat tekanan darah yang terlalu tinggi.
Kesannya seperti memakai stoking mampatan
untuk mengurangkan bengkak pada kaki.
Para doktor sedang mengkaji
sistem peredaran darah zirafah
untuk menemui kaedah baharu
bagi merawat tekanan darah tinggi.
Kajian ini bahkan mungkin membantu menghasilkan
sut angkasawan yang lebih baik.
Di angkasa lepas, tekanan udara hampir kosong.
Jadi sut angkasawan perlu mempunyai tekanan yang cukup
supaya darah dan bendalir tubuh angkasawan
kekal dalam keadaan cecair.
Biarpun kita belum tahu segala-galanya tentang zirafah,
kita tahu zirafah dapat hidup sihat
dengan tekanan darah yang sangat tinggi.
Apakah pandangan anda?
Adakah sistem peredaran darah zirafah
wujud secara evolusi,
atau diciptakan?
-