JW subtitle extractor

Siapakah Perekanya? Gema Lokasi

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak makhluk bergantung pada mata untuk melihat.
Tetapi bagaimana pula
dalam keadaan di mana deria penglihatan sangat terhad?
Sesetengah haiwan menggunakan gema lokasi.
Dengan pantulan bunyi,
mereka dapat mengesan objek
yang tidak dapat dilihat dengan mata.
Kebanyakan kelawar ada kebolehan ini.
Tetapi memandangkan kelawar tinggal dalam kumpulan besar,
mereka perlu selalu mengetahui
keadaan sekeliling untuk mengelakkan pertembungan.
Bagaimana?
Kelawar akan menggerakkan otot yang tertentu
dalam kerongkong atau lidah dengan sangat cepat
untuk menghasilkan isyarat bunyi yang singkat secara berturut-turut.
Kemudian, mereka kenal pasti jangka masa antara gema
dan memprosesnya untuk mengetahui lokasi objek dengan tepat.
Yang menariknya, kelawar coklat besar
dapat mengesan jarak antara dua benda yang kurang daripada satu milimeter.
Tidak seperti kelawar,
ikan paus sperma menghasilkan bunyi dari dalam kepalanya yang besar.
Sebahagian udara yang disedut paus sperma sebelum menyelam
digunakan untuk menghasilkan bunyi klik atau tepukan
yang kekuatannya boleh mencapai 230 desibel,
lebih kuat daripada bunyi pesawat berlepas.
Untuk menghasilkan bunyi,
paus sperma memaksa udara bergerak
melalui satu struktur khas dalam kepalanya.
Bunyi itu dipantulkan oleh sebuah kantung udara
dan bergerak melalui organ spermaseti ke arah tengkorak paus,
lalu dipantulkan oleh satu lagi kantung udara
dan bergerak melalui kumpulan tisu yang dipanggil junk,
sebelum dipancar keluar.
Bahagian ini membolehkan isyarat bunyi difokuskan
dan diarahkan seperti cahaya lampu suluh.
Paus yang beratnya 40 tan tidak dapat berhenti secara mendadak.
Jadi kebolehan ini dapat membantunya mengelakkan bahaya.
Ikan lumba-lumba yang tinggal lebih dekat dengan permukaan laut
juga menggunakan gema lokasi.
Seperti paus bergigi, ikan lumba-lumba tiada telinga luar.
Sebaliknya, isyarat bunyi dikesan oleh rahang bawahnya
dan disampaikan menerusi lemak khas ke bahagian dalam telinga.
Sesetengah ikan lumba-lumba dapat mengesan objek
yang jauhnya lebih daripada 650 meter.
Tidak kira di lautan luas,
air yang dalam,
atau kegelapan pekat,
sesetengah haiwan dapat “melihat” dengan jelas
kerana adanya gema lokasi.
Apakah pendapat anda,
adakah kebolehan ini wujud secara evolusi, atau direka?