JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2022 #8

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang.
Dalam laporan ini, kita akan bincang pentingnya
membuat penyesuaian mengikut kenderaan Yehuwa di syurga,
dan mendengar beberapa laporan terkini.
Bermula tahun aktiviti penyebaran 2023,
kelulusan diberikan untuk adakan lawatan pejabat cawangan.
Jawatankuasa Penyebaran akan menugaskan
seorang ahli Badan Pimpinan atau wakil ibu pejabat
untuk melawat pejabat cawangan di serata dunia.
Sepertimana penyelia litar melawat sidang,
Badan Pimpinan dan wakil ibu pejabat
akan membuat kunjungan penggembalaan di pejabat-pejabat cawangan.
Setakat 28 November,
lebih daripada 15 lawatan ini telah dilakukan.
Semua yang terlibat amat digalakkan
dan ini menguatkan perpaduan kita.
Kami juga mendengar komen yang menggalakkan
daripada saudara saudari tentang
perjumpaan khas bersama perintis
sempena perhimpunan litar.
Seorang perintis dari New York kata,
“Akhirnya, selepas tiga tahun, saya dapat menghadiri
perjumpaan ini secara bersemuka.
Saya begitu terharu dan menangis beberapa kali
kerana saya sedar Yehuwa betul-betul memahami
apa yang kami lalui semasa pandemik ini.”
Saya yakin perintis lain di serata dunia juga rasa begitu.
Kami juga gembira kerja Bahagian Rekaan
dan Pembinaan Tempatan sedang berkembang maju.
Jika tiada larangan kerajaan,
kumpulan pembinaan Dewan Perjumpaan
dapat menyambung semula projek-projek mereka.
Lebih daripada 15,700 projek pengubahsuaian
dan pembinaan dewan perlu dilakukan.
Dewan-dewan ini sangat penting
untuk perjumpaan kita secara bersemuka.
Dalam tahun ini saja, lebih daripada 1,600 projek
di serata dunia telah dirancang.
Pejabat cawangan juga sedang mengatur lokasi
bagi perhimpunan litar dan sekolah teokratik
secara bersemuka yang akan bermula pada Januari 2023.
Dapatkah anda bantu dalam projek seperti ini?
Mintalah maklumat lanjut daripada penatua sidang anda.
Kita digalakkan untuk melihat orang muda
mengerahkan tenaga dalam kerja ini.
Bahkan selepas Armagedon,
latihan yang mereka terima dapat digunakan.
Laporan seterusnya berkaitan dengan
kebebasan kita untuk beribadat.
Di Matius 10:22, Yesus kata bahawa
kita akan menghadapi tentangan.
Dia kata,
“Kamu akan dibenci oleh semua orang kerana namaku.”
Baru-baru ini, Pejabat Kebebasan Beragama
telah ditubuhkan di cawangan Eropah Tengah.
Pejabat ini akan bantu mengaturkan kerja-kerja
yang diperlukan untuk mempertahankan
hak beribadat di Eropah.
Tapi bukankah kerja kita sudah lama
diasaskan di kawasan Eropah?
Jadi, adakah aturan ini diperlukan?
Ya, memang perlu.
Contohnya, baru-baru ini, kerajaan Norway
memutuskan bahawa Saksi-Saksi Yehuwa
tidak lagi akan mendapat bantuan yang biasanya
diberikan kepada semua agama yang berdaftar.
Saudara Jørgen Pedersen akan kongsi
lebih lanjut dengan kita.
Kami sangat terkejut apabila kami menerima
surat daripada pihak berkuasa di Oslo, Norway
yang mengugut untuk membatalkan
pendaftaran organisasi kita.
Saksi-Saksi Yehuwa telah giat menginjil
di Norway selama lebih daripada 120 tahun.
Dulu, para Saksi telah dianiaya
semasa pemerintahan Nazi di Norway
ketika Perang Dunia Kedua.
Seorang bekas menteri hal ehwal agama Norway
mengakui bahawa hanya Saksi-Saksi Yehuwa
yang berpendirian teguh dan
tidak menyokong pemerintahan Nazi.
Dia bahkan kata bahawa rakyat di seluruh negara
patut tahu tentang hal ini,
terutamanya kaum muda.
Kita memang dikenali sebagai rakyat yang baik.
Bahkan satu laporan berita kata bahawa
para Saksi mematuhi undang-undang negara dengan teliti.
Sekarang pihak berkuasa telah menarik balik
bantuan kewangan yang diberikan kepada kita,
manakala 700 pertubuhan agama lain tetap menerimanya.
Keputusan ini bertentangan dengan undang-undang
dan menggugat kebebasan beragama rakyat Norway.
Dengan bantuan daripada Pejabat Kebebasan Beragama,
kami berusaha untuk pertahankan hak kita di sisi undang-undang.
Selain itu, kami cuba untuk adakan perbincangan
dengan pegawai-pegawai kerajaan
dan kami berdoa agar situasi ini dapat diselesaikan.
Terima kasih, Saudara Pedersen.
Kerajaan Norway telah ugut untuk
membatalkan pendaftaran organisasi kita
kerana aturan penyingkiran kita
yang berdasarkan prinsip Bible.
Pada masa depan, kebebasan kita untuk
beribadat akan terancam di tempat lain juga.
Pihak kerajaan mungkin mendesak kita
untuk ubah pendirian Kristian kita.
Tapi kita tidak akan berganjak!
Banyak usaha sedang dicurahkan
untuk menangani situasi ini.
Saudara saudari sekalian,
teruslah berdoa tentang hal ini juga.
Semasa pandemik bermula,
banyak aktiviti kita telah dihentikan.
Tapi sekarang, dengan cepat sekali,
aktiviti kita telah disambung semula.
Kita tidak hairan
kerana kenderaan Yehuwa di syurga
sedang bergerak pantas seperti kilat.
Perhatikan gambaran yang terdapat di Yehezkiel 1:16, 17.
Yehezkiel telah mendapat penglihatan
tentang kenderaan itu. Dia kata,
“Keempat-empat roda itu sama bentuknya
dan kelihatan seperti batu krisolit yang berkilau.
Binaannya seperti dua buah roda
yang dipasang bersilang.
Roda-roda itu dapat bergerak ke empat arah
tanpa perlu mengubah haluan.”
Memang menakjubkan apabila kita bayangkan
bahagian organisasi Yehuwa di syurga.
Buku Ibadat Sejati kata,
‘Kenderaan di syurga dikawal oleh Tuhan Yehuwa,
dan Dia dapat segera membuat apa pun
penyesuaian yang diperlukan untuk
mencapai kehendak-Nya.
Hal ini selaras dengan maksud nama-Nya.
Kita juga tidak perlu risau bahawa Yehuwa
akan berlambat-lambat untuk memenuhi keperluan kita
atau bahawa organisasi-Nya akan gagal
mengharungi rintangan di dunia ini.
Ini mengingatkan kita bahawa organisasi Yehuwa
sentiasa bergerak maju.
Kata-kata ini memang benar,
seperti yang kita lihat sepanjang pandemik ini.
Kami menghargai usaha anda untuk
menyesuaikan diri kepada semua perubahan ini.
Semasa pandemik bermula,
kita tidak dapat berkumpul bersama.
Tapi kita mengikut bimbingan Yehuwa
dan mengadakan perjumpaan
dan menginjil melalui panggilan video.
Sekarang situasi kita sudah berubah.
Kita sangat gembira dapat berkumpul
bersama-sama lagi.
Pada bulan Julai, ada pengumuman yang dibuat
kepada sidang-sidang tentang menghadiri
perjumpaan secara bersemuka.
Masihkah anda ingat isi-isi utama pengumuman itu?
Surat itu kata, ‘Ketika meninjau hasil
daripada penyambungan semula
perjumpaan secara bersemuka,
adalah jelas bahawa Yehuwa
telah memberkati aturan ini.
Kita bersyukur kepada Yehuwa kerana dapat
bersapa dengan saudara saudari secara bersemuka,
menyanyikan lagu pujian untuk Yehuwa dengan harmoni,
dan dapat menunjukkan kasih sayang Kristian.
Kita sangat menghargai perjumpaan Kristian
secara bersemuka setelah lebih daripada
dua tahun kita tidak dapat berkumpul
di Dewan Perjumpaan.
Ini telah menaikkan semangat dan menguatkan
iman kita dalam masa yang sukar ini.
Surat itu juga kata, ‘Kami sedar ada yang uzur,
lanjut usia, atau ada keadaan yang tidak
mengizinkan mereka untuk menghadiri
perjumpaan secara bersemuka.
Bagi mereka, ingatlah kata-kata
yang menggalakkan ini di Ibrani 6:10:
“Tuhan bukannya tidak adil.
Dia tidak melupakan kerja yang telah kamu lakukan
dan kasih yang telah kamu tunjukkan demi nama-Nya.”
Yehuwa tidak melupakan anda dan kesetiaan anda.
Anda terus menunjukkan kasih dengan menghadiri
dan mengambil bahagian dalam perjumpaan melalui Zoom.
Hal ini sungguh menggalakkan seluruh sidang.
Ya, mungkin ramai sudah biasa menggunakan Zoom.
Sejujurnya bagi saya, saya melakukannya
kerana itulah aturan yang ditetapkan semasa pandemik.
Tapi saya tidak sabar-sabar untuk kembali ke Dewan Perjumpaan.
Memang berbeza apabila kita dapat berkumpul
bersama saudara saudari kita.
Memang bukan semua yang dapat buat begitu.
Tapi saya bersyukur dapat kembali ke dewan,
dan pasti ramai juga ada perasaan yang sama.
Mari kita dengar beberapa komen saudara saudari
yang dapat kembali ke Dewan Perjumpaan.
Saya sangat sedih kami tidak dapat berkumpul
di Dewan Perjumpaan sebab pandemik COVID-19.
Perasaan saya bercampur aduk.
Saya rasa seperti terkurung.
Saya kecewa dan lemah semangat
sebab tidak dapat pergi ke Dewan Perjumpaan
untuk program rohani.
Selama dua tahun itu, Badan Pimpinan buat aturan
supaya kami mendengar program perjumpaan melalui radio.
Tapi saya tiada radio. Jadi saya akan pergi
ke rumah saudara saudari lain untuk hadir perjumpaan.
Selepas itu, penatua buat aturan supaya perjumpaan
diadakan melalui Zoom.
Tapi saya juga tiada smartphone.
Jadi saya akan pergi ke rumah saudara saudari lain.
Kadang-kadang bila saya sampai,
baru saya tahu data Internet mereka sudah habis digunakan.
Memang masa pandemik itu sangat susah bagi saya.
Bila saya dengar perjumpaan secara bersemuka
akan disambung semula, saya rasa sangat gembira.
Akhirnya, saya dapat jumpa semua saudara saudari saya
dan saya dapat menikmati makanan rohani
di Dewan Perjumpaan seperti dulu lagi.
Saya rasa memang sangat mencabar bagi saya
bila tidak dapat pergi ke dewan.
Aturan Zoom memang sangat baik
kerana kita masih dapat makanan rohani.
Ini satu berkat, tapi saya rindu saudara saudari.
Bila saya dengar kami akan kembali ke Dewan Perjumpaan,
saya sangat teruja.
Rasanya macam budak kecil masuk kedai gula-gula.
Saya sangat gembira.
Saya rasa bersemangat semula dan sangat bertenaga.
Kita semua ada cabaran dan rasa letih.
Jadi, kita sebenarnya sangat memerlukan galakan.
Bagi saya, saya bertekad untuk menghadiri
perjumpaan secara bersemuka.
Ada kawan-kawan yang lebih tua dari saya,
dan ada juga yang lebih muda.
Anak-anak kecil akan datang menyambut kamu.
Itu buat saya tersenyum
dan hati saya melimpah dengan sukacita.
Itulah kasih persaudaraan yang Yehuwa mahu kita rasai.
Bila saya berada di Dewan Perjumpaan
bersama saudara saudari, saya lebih gembira.
Komen mereka memang menggalakkan kita semua.
Kami dengar banyak laporan baik tentang
perjumpaan secara bersemuka.
Contohnya, cawangan Burundi telah menulis,
“Aturan untuk kembali ke Dewan Perjumpaan
merupakan suatu berkat bagi saudara saudari di Burundi.
Walaupun mereka berusaha untuk menyokong
aturan perjumpaan melalui Internet,
hakikatnya ialah keadaan mereka
tidak mengizinkan mereka berbuat demikian.
Sejak perjumpaan diadakan lagi di dewan,
hadirin perjumpaan telah meningkat secara mendadak.
Contohnya, jumlah hadirin di sebuah sidang
semasa perjumpaan diadakan melalui Internet ialah 140 orang.
Tapi selepas perjumpaan secara bersemuka diadakan lagi,
jumlahnya meningkat kepada 227 orang.
Mengenai pengumuman yang disebut tadi,
ada satu pernyataan yang sangat penting.
Selepas menyebut tentang mereka yang uzur, yang lanjut usia,
atau mempunyai keadaan yang tidak mengizinkan
mereka untuk menghadiri perjumpaan secara bersemuka,
terdapat pernyataan ini dalam surat tersebut:
“Sebaliknya, sesetengah saudara dan saudari
yang lebih muda dan sihat
memiliki keadaan yang lebih baik
yang membolehkan mereka menghadiri perjumpaan Kristian
secara tetap di Dewan Perjumpaan.
Namun, didapati ada sesetengah yang telah memupuk tabiat
untuk menghadiri perjumpaan melalui persidangan video
biarpun keadaan mereka mengizinkan mereka
untuk menghadiri perjumpaan di Dewan Perjumpaan.”
Peringatan yang sungguh baik,
dan kita boleh memikirkannya dari masa ke masa.
Kenderaan Yehuwa sedang maju.
Kita sedang bersiap sedia untuk perhimpunan litar
dan konvensyen serantau.
Maka sekaranglah masanya untuk menyelidiki pandangan kita
terhadap perjumpaan secara bersemuka.
Memang ada yang situasi mereka
benar-benar tidak mengizinkan.
Tapi bagaimana pula bagi mereka yang dapat hadir?
Apakah yang boleh bantu kita
memeriksa situasi kita dengan jujur?
Surat itu sebut tiga ayat Bible
yang membantu kita merenungkan pandangan
Yehuwa terhadap hal ini.
Mari kita baca salah satu ayat itu.
Mazmur 22:22, “Aku akan mengisytiharkan
nama-Mu kepada saudara-saudaraku;
aku akan memuji-Mu di tengah-tengah sidang.”
Semasa perjumpaan secara bersemuka,
kita ada peluang untuk berada “di tengah-tengah sidang.”
Penghujung surat itu kata,
“Iman yang kuat dan ketabahan diperlukan
untuk menghadapi keadaan dunia yang semakin buruk ini.
Jadi, kami mengambil kesempatan ini untuk memuji
saudara dan saudari yang dikasihi atas kesetiaan,
kasih, dan hasrat yang tulus untuk
memuji Tuhan kita yang mulia, Yehuwa.
Kami sangat mengasihi kamu!”
Bagi saudara saudari di Ukraine untuk menghadiri
perjumpaan secara bersemuka,
memang sesuatu yang sangat mencabar.
Baru-baru ini, kira-kira 100 sidang di Ukraine
diluluskan untuk mengadakan perjumpaan bersemuka
jika selamat untuk berbuat demikian.
Saudara saudari sangat teruja dengan aturan itu.
Mereka rasa sangat gembira dan juga mendapat banyak manfaat
daripada perjumpaan secara bersemuka.
Saudari Svitlana kata, “Apabila pengumuman dibuat
tentang perjumpaan yang diadakan secara bersemuka,
dengan serta-merta saya berdoa
dan beritahu Yehuwa terima kasih.
Perjumpaan secara bersemuka menguatkan dan menyegarkan saya.
Pelukan dan perbualan dengan rakan seiman
beri saya ketenangan dan sokongan yang saya sangat perlukan,
terutamanya selepas berkurung di bilik bawah tanah
dan asyik mendengar letupan bom.”
Nadia pula kata, “Perjumpaan secara online
macam bot penyelamat
yang bantu kita mengharungi masa yang susah.
Perjumpaan bersemuka pula seperti berada dalam kapal
yang besar dan selesa.
Perang ini membawa banyak kesan buruk kepada kita.
Tapi bila di Dewan Perjumpaan,
saya lupa tentang kerisauan, masalah,
dan bahkan perang buat seketika waktu.
Saudara Stanislav yang telah dibaptis semasa pandemik
tidak pernah hadir satu perjumpaan pun secara bersemuka.
Dia kata, “Saya biasa dengan teknologi moden,
dan menikmati perjumpaan melalui Zoom juga.
Tapi bila saya di Dewan Perjumpaan,
saya rasa suasana itu sangat luar biasa.
Saya juga rasa lebih senang untuk ikut
apa yang dibincangkan dan mengingatinya.”
Walaupun menghadapi banyak cabaran,
kesungguhan yang ditunjukkan mereka
untuk menghadiri perjumpaan secara
bersemuka sangat menggalakkan kita.
Perasaan mereka seperti kata-kata di Mazmur 122:1.
“Aku bersukacita semasa orang berkata kepadaku,
‘Marilah kita pergi ke Rumah Yehuwa.’”
Daripada laporan ini, kita telah lihat pentingnya
selalu bersedia membuat perubahan
agar dapat ikut kenderaan Yehuwa yang sedang maju.
Kita melakukan hal ini dengan menghadiri perjumpaan,
menyertai kerja penyebaran,
dan juga melakukan pembelajaran peribadi.
Bila kita terus mengikut kenderaan Yehuwa,
kita menunjukkan hormat dan keyakinan pada Tuhan.
Hasilnya, kita akan menikmati apa yang dikatakan di Mazmur 29:11,
‘Yehuwa akan memberikan kekuatan
dan kesejahteraan kepada umat-Nya.’
Bila kita menjadi sebahagian daripada organisasi Yehuwa,
kita mendapat kekuatan dan ketenangan yang dikurniakan oleh Yehuwa.
Semoga kita mengikut kenderaan Yehuwa dengan teliti
dan menikmati berkat-berkat-Nya.
Dari ibu pejabat sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.