00:00:01
Selamat datang, saudara saudari sekalian.00:00:04
00:00:04
Kita sangat gembira kerana dapat00:00:07
00:00:07
menyertai kempen Peringatan bulan ini.00:00:10
00:00:10
Selepas perubahan kuota masa perintis,00:00:13
00:00:13
lebih ramai dapat menyertai khidmat ini.00:00:17
00:00:17
Saudara saudari sangat gembira dengan00:00:20
00:00:20
perubahan ini dan mereka menghantar banyak00:00:24
00:00:24
kad dan surat penghargaan kepada kami.00:00:26
00:00:26
Seorang saudari menulis,00:00:28
00:00:28
“Saya seorang ibu, suri rumah,00:00:32
00:00:32
saya perlu jaga ibu bapa yang tua,00:00:34
00:00:34
dan kerja part-time.00:00:36
00:00:36
Saya sangat teruja bila saya dengar00:00:38
00:00:38
berita terkini tentang perubahan itu.00:00:40
00:00:40
Saya sangat terharu sehingga00:00:42
00:00:42
menitiskan air mata.00:00:44
00:00:44
Kehidupan hari ini buat kita sangat penat.00:00:47
00:00:47
Tapi kita mahu beri Yehuwa yang terbaik00:00:50
00:00:50
dan kita mahu terus menginjil dengan giat00:00:52
00:00:52
pada hari-hari terakhir ini.00:00:54
00:00:54
Perubahan kuota masa perintis00:00:57
00:00:57
seperti jawapan daripada Yehuwa.00:01:00
00:01:00
Kita dapat merasai kasih Yehuwa yang00:01:03
00:01:03
mendalam dan iman kita pun dikuatkan.00:01:06
00:01:06
Saya mahu ucapkan terima kasih.”00:01:09
00:01:09
Seorang lagi saudari tulis,00:01:11
00:01:11
“Saya begitu gembira sehingga00:01:14
00:01:14
menangis bila saya dengar kuota masa00:01:17
00:01:17
perintis sokongan telah diubah.00:01:19
00:01:19
Saya perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu.00:01:25
00:01:25
Itu buat saya sangat letih.00:01:27
00:01:27
Tapi kalau 15 jam, saya boleh melakukannya!00:01:31
00:01:31
Yehuwa memang Tuhan yang sangat pengasih!”00:01:34
00:01:35
Kata-kata ini juga mencerminkan perasaan00:01:38
00:01:38
anda semua, saudara saudari.00:01:41
00:01:41
Kita juga sangat digalakkan kerana00:01:43
00:01:43
sejak 1 Januari tahun ini,00:01:46
00:01:46
sekolah-sekolah teokratik mula00:01:47
00:01:47
diadakan secara bersemuka.00:01:50
00:01:50
Di seluas dunia, lebih daripada 430 kelas00:01:54
00:01:54
bagi Sekolah Latihan Penginjil00:01:56
00:01:56
dan lebih daripada 170 kelas bagi00:01:59
00:01:59
Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka00:02:02
00:02:02
telah diluluskan.00:02:04
00:02:04
Selain itu, Sekolah untuk Penatua Sidang00:02:07
00:02:07
juga telah diadakan secara bersemuka.00:02:10
00:02:10
Kita berdoa agar Yehuwa terus memberkati00:02:13
00:02:13
semua aturan yang telah dibuat.00:02:16
00:02:16
Kami juga ingin kongsi berita baik ini.00:02:19
00:02:19
Mulai 1 Jun 2023, para pengunjung boleh00:02:24
00:02:24
melawat Bethel di seluas dunia00:02:27
00:02:27
jika keadaan tempatan mengizinkan.00:02:29
00:02:29
Tapi kami mahu terus berwaspada.00:02:32
00:02:32
Jadi, sebagai permulaan, jumlah pelawat00:02:36
00:02:36
yang dapat datang ke Bethel akan00:02:38
00:02:38
dihadkan untuk sementara waktu.00:02:40
00:02:40
Kami akan memantau situasi ini00:02:42
00:02:42
dan jika semuanya berjalan lancar,00:02:44
00:02:44
secara beransur-ansur,00:02:46
00:02:46
lebih ramai orang dapat melawat Bethel.00:02:49
00:02:49
Pejabat cawangan tempatan akan beri00:02:52
00:02:52
lebih banyak maklumat pada hujung bulan ini.00:02:55
00:02:57
Baru-baru ini, kita telah dengar00:03:00
00:03:00
pengumuman yang sangat menggembirakan!00:03:03
00:03:03
Pada 18 Januari 2023,00:03:07
00:03:07
Saudara Gage Fleegle dan Jeffrey Winder00:03:10
00:03:10
telah dilantik sebagai ahli Badan Pimpinan.00:03:13
00:03:13
Kami sangat gembira mereka ada di studio00:03:16
00:03:16
bersama kami hari ini,00:03:17
00:03:17
dan kami ingin menemu ramah mereka00:03:19
00:03:19
dan mengenali mereka dengan lebih baik.00:03:22
00:03:24
Terima kasih kerana menyertai program hari ini.00:03:27
00:03:27
Kami ingin tahu sedikit tentang latar belakang kamu.00:03:30
00:03:30
Boleh tanya apa yang bantu kamu mengasihi Yehuwa dan ingin menyembah-Nya?00:03:35
00:03:35
Jeff, boleh cerita dulu?00:03:37
00:03:38
Ibu bapa saya yang juga mengasihi Yehuwa00:03:41
00:03:41
telah memberi pengaruh yang baik00:03:43
00:03:43
kepada kami adik-beradik.00:03:45
00:03:45
Itulah yang bantu saya memilih untuk menyembah Yehuwa.00:03:49
00:03:49
Tapi semasa remaja, itulah masanya00:03:53
00:03:53
kebenaran betul-betul menyentuh hati saya,00:03:56
00:03:56
seolah-olah lukisan yang hitam putih00:03:58
00:03:58
kini menjadi lukisan yang berwarna.00:04:01
00:04:01
Dan saya ingat semasa konvensyen tahun 1985,00:04:06
00:04:06
ada dua ceramah yang betul-betul00:04:08
00:04:08
memberi kesan yang dalam kepada saya,00:04:10
00:04:10
iaitu ceramah pembaptisan dan00:04:13
00:04:13
ceramah penutupan bagi konvensyen itu.00:04:16
00:04:16
Dari masa itulah hubungan saya dengan Yehuwa00:04:19
00:04:19
menjadi semakin akrab dan pada tahun seterusnya,00:04:23
00:04:23
saya membaktikan diri dan dibaptis.00:04:26
00:04:26
Bagus! Terima kasih banyak Jeff kerana kongsi itu.00:04:30
00:04:31
Gage, bagaimana pula dengan kamu? Boleh cerita sikit?00:04:34
00:04:34
Saya pun rasa seperti Jeff.00:04:37
00:04:37
Ibu bapa saya adalah teladan yang baik00:04:39
00:04:39
secara rohani untuk saya dan adik-beradik saya.00:04:43
00:04:43
Bapa saya selalu berusaha untuk mendidik kami00:04:46
00:04:46
tentang Yehuwa dan kebenaran.00:04:48
00:04:48
Sering kali, bapa saya akan ajar kami tentang00:04:51
00:04:51
sifat-sifat Yehuwa dan keperibadian-Nya melalui ciptaan.00:04:56
00:04:56
Saya masih ingat saya selalu bangun awal00:04:58
00:04:58
untuk lihat matahari terbit bersama-sama dia.00:05:02
00:05:02
Ibu saya mula merintis semasa saya00:05:05
00:05:05
berumur 11 tahun dan dia masih00:05:07
00:05:07
merintis sampai sekarang.00:05:09
00:05:09
Dia selalu mengutamakan Yehuwa dan00:05:12
00:05:12
dia ialah teladan yang baik untuk saya.00:05:14
00:05:14
Saya pun mahu ikut jejak langkahnya.00:05:16
00:05:16
Jadi saya mula merintis00:05:18
00:05:18
pada tahun terakhir sekolah menengah saya00:05:21
00:05:21
sehinggalah saya masuk Bethel.00:05:23
00:05:23
Itu sangat menggalakkan, dan kami juga ingin tahu00:05:27
00:05:27
apa yang telah mendorong kamu untuk menceburi00:05:30
00:05:30
khidmat sepenuh masa dan khidmat Bethel. Jeff?00:05:33
00:05:34
Bagi saya, pergaulan yang baik telah00:05:37
00:05:37
membantu saya utamakan Yehuwa.00:05:39
00:05:39
Semasa perhimpunan litar di mana saya dibaptis,00:05:42
00:05:42
ada beberapa saudara muda dari00:05:44
00:05:44
sidang saya yang dibaptis bersama saya.00:05:47
00:05:47
Bila kami tahu kami dapat jadi00:05:49
00:05:49
perintis sokongan sekarang,00:05:51
00:05:51
kami pun memohon untuk khidmat ini00:05:53
00:05:53
pada bulan seterusnya.00:05:55
00:05:55
Kami sangat menikmatinya, jadi kami pun00:05:58
00:05:58
terus merintis untuk beberapa bulan.00:06:01
00:06:01
Kami tidak mahu henti. Jadi kami bertiga00:06:04
00:06:04
terus memohon untuk jadi perintis biasa.00:06:07
00:06:07
Untuk khidmat Bethel pula,00:06:09
00:06:09
semasa saya masih remaja,00:06:11
00:06:11
dua orang abang saya sudah berkhidmat di Wallkill.00:06:14
00:06:14
Semasa melawat mereka di Bethel, saya dapat00:06:17
00:06:17
lihat kerja-kerja yang dilakukan di sana00:06:20
00:06:20
dan itu buat saya berhasrat untuk00:06:23
00:06:23
berkhidmat di Bethel juga lain kali.00:06:25
00:06:25
Sangat bagus! Dan Gage, kamu pula?00:06:28
00:06:28
Saya tahu khidmat sepenuh masa00:06:31
00:06:31
ialah haluan yang terbaik.00:06:33
00:06:33
Bagi saya, oleh sebab saya sudah00:06:36
00:06:36
membaktikan diri kepada Yehuwa,00:06:38
00:06:38
saya mahu beri Dia yang terbaik.00:06:40
00:06:40
Ibu bapa saya juga menggalakkan kami00:06:42
00:06:42
untuk mencapai matlamat itu.00:06:45
00:06:45
Saudara saudari yang berkhidmat sepenuh masa00:06:47
00:06:47
seperti penyelia litar dan ahli Bethel00:06:50
00:06:50
selalu tinggal di rumah kami.00:06:52
00:06:52
Saya nampak mereka selalu gembira00:06:54
00:06:54
dan saya mahu menjadi seperti mereka.00:06:56
00:06:56
Bila saya 12 tahun, saya hadir konvensyen00:07:00
00:07:00
dan saya ikut perjumpaan bagi mereka yang00:07:02
00:07:02
berminat untuk berkhidmat di Bethel.00:07:04
00:07:04
Sejak itu, Bethel menjadi matlamat saya.00:07:07
00:07:07
Sejak kecil, kamu sudah minat dengan khidmat Bethel!00:07:11
00:07:11
Itu sangat menggalakkan. Ini soalan yang ketiga.00:07:15
00:07:15
Apakah tugasan yang telah kamu nikmati di Bethel,00:07:18
00:07:18
dan apakah yang telah kamu belajar daripadanya? Jeff?00:07:22
00:07:22
Tugasan pertama saya di Bethel Wallkill00:07:25
00:07:25
ialah di Bahagian Pembersihan.00:07:27
00:07:27
Bagi saya, tugasan ini latihan yang bagus.00:07:30
00:07:30
Ini permulaan yang sangat baik sebab00:07:34
00:07:34
tugasan ini ajar saya sifat-sifat yang penting00:07:37
00:07:37
seperti ketaatan, kesabaran, dan kerendahan hati.00:07:41
00:07:41
Melalui khidmat di Bahagian Pembersihan,00:07:43
00:07:43
saya belajar untuk bantu orang lain.00:07:46
00:07:46
Semua sifat ini sangat berguna00:07:48
00:07:48
dalam khidmat saya.00:07:50
00:07:50
Selepas itu, saya dipindahkan ke Bahagian Ladang00:07:54
00:07:54
dan kerja saya termasuk memproses sayur dan buah-buahan.00:07:58
00:07:58
Saudara saudari di sana sangat matang.00:08:01
00:08:01
Memang kami perlu kerja keras,00:08:03
00:08:03
tapi saya rasa sangat seronok00:08:05
00:08:05
dan saya dapat berkhidmat di bahagian itu kira-kira 3 tahun.00:08:09
00:08:10
Selepas itu, tugasan saya berubah lagi00:08:13
00:08:13
dan untuk sekitar 22 tahun,00:08:15
00:08:15
saya berkhidmat sebagai setiausaha 00:08:18
00:08:18
untuk bahagian yang berbeza di Bethel Wallkill.00:08:21
00:08:22
Sepanjang masa itu, saya berpeluang bekerja00:08:25
00:08:25
bersama saudara-saudara yang sudah lama00:08:28
00:08:28
menyembah Yehuwa, sangat berpengalaman,00:08:31
00:08:31
dan pandai mengatur kerja-kerja di Bethel.00:08:34
00:08:34
Apa yang saya belajar pada masa itu00:08:37
00:08:37
telah bantu saya dalam banyak tugasan lain00:08:40
00:08:40
dan dalam tugasan saya sekarang.00:08:42
00:08:42
Dan masih ingat, saya pernah kerja dengan00:08:44
00:08:44
kamu di Pejabat Bethel untuk 10 tahun.00:08:48
00:08:48
Pada tahun 2016, ada perubahan lagi.00:08:52
00:08:52
Kali ini, saya ditugaskan ke00:08:54
00:08:54
Bahagian Khidmat Audio/Video di Paterson.00:08:57
00:08:57
Saya terkejut sebab saya tidak tahu00:08:59
00:08:59
apa-apa tentang hal audio video.00:09:01
00:09:01
Saya ada banyak soalan tapi saudara saudari00:09:04
00:09:04
di sana sangat sabar dengan saya dan selalu bantu saya.00:09:08
00:09:08
Lama-kelamaan, saya semakin biasa dengan kerja itu dan saya sukanya.00:09:12
00:09:12
Kerja itu sangat menarik sebab kami00:09:15
00:09:15
dapat sediakan makanan rohani dalam bentuk audio video.00:09:18
00:09:18
Saya juga dapat banyak kawan baik di bahagian itu.00:09:22
00:09:22
Kemudian, pada tahun 2020,00:09:25
00:09:25
sekali lagi saya ditugaskan ke tempat lain.00:09:28
00:09:28
Kali ini, saya pergi ke00:09:29
00:09:29
Pejabat Jawatankuasa Kakitangan di Warwick00:09:32
00:09:32
dan saya dapat bekerja dengan00:09:34
00:09:34
saudara-saudara yang sangat berpengalaman.00:09:37
00:09:37
Saya sangat menikmati masa di sana.00:09:39
00:09:39
Terima kasih Jeff kerana kongsi pengalaman kamu,00:09:42
00:09:42
dan sekarang giliran Gage pula.00:09:44
00:09:44
Apakah beberapa tugasan kamu dan00:09:46
00:09:46
apakah yang kamu belajar daripadanya?00:09:49
00:09:49
Pada mulanya, saya bekerja di00:09:51
00:09:51
Bahagian Penjilidan Buku selama 8 tahun.00:09:54
00:09:54
Saya belajar pentingnya untuk menepati masa,00:09:57
00:09:57
bekerja keras, dan mengatasi cabaran00:10:00
00:10:00
di tempat kerja kerana tempat itu panas.00:10:03
00:10:03
Tapi, kami berusaha juga untuk menyiapkan kerja kami.00:10:06
00:10:06
Selain itu, saya dapat mengenali saudara saudari00:10:10
00:10:10
dari pelbagai latar belakang.00:10:12
00:10:12
Saya sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama dengan baik.00:10:15
00:10:16
Kemudian, saya ditugaskan di Bahagian Kerja Penyebaran.00:10:19
00:10:19
Suasananya sangat baru bagi saya.00:10:22
00:10:22
Dalam khidmat ini, saya belajar betapa pentingnya00:10:25
00:10:25
untuk mendapatkan maklumat yang lengkap,00:10:28
00:10:28
meminta pendapat orang lain,00:10:30
00:10:30
dan mendapatkan bimbingan daripada00:10:32
00:10:32
para saudara sebelum memberikan arahan.00:10:35
00:10:35
Saya juga belajar bahawa Firman Tuhan00:10:37
00:10:37
sangat penting untuk menyelesaikan masalah00:10:40
00:10:40
tidak kira dalam hal peribadi, keluarga, atau sidang.00:10:44
00:10:44
Nasihatnya dapat diterapkan dalam apa-apa situasi.00:10:48
00:10:48
Kemudian, pada 2015, saya mula berkhidmat00:10:52
00:10:52
di Pejabat Jawatankuasa Mengajar.00:10:54
00:10:54
Di sini saya lihat semasa menyediakan00:10:57
00:10:57
makanan rohani, kami bukan sahaja00:11:00
00:11:00
mahu pilih ‘kata-kata yang indah,’00:11:02
00:11:02
tapi juga mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.00:11:05
00:11:05
Banyak kali kami juga lihat bagaimana Yehuwa00:11:09
00:11:09
menggunakan kuasa suci-Nya untuk00:11:11
00:11:11
menyokong kami dan projek kami dapat00:11:13
00:11:13
diselesaikan tepat pada masanya.00:11:16
00:11:16
Terima kasih banyak Gage.00:11:18
00:11:18
Kami juga sangat gembira dengar lebih banyak00:11:20
00:11:20
tentang khidmat kamu di Bethel.00:11:23
00:11:23
Sekarang, kami ingin tanya,00:11:25
00:11:25
adakah mana-mana ayat Bible yang telah00:11:27
00:11:27
menguatkan kamu apabila kamu menerima tugasan baharu ini?00:11:31
00:11:32
Silakan, Jeff.00:11:33
00:11:33
Saya dan isteri saya sangat suka ayat di Yesaya bab 26.00:11:38
00:11:38
Kami balik-balik lihat ayat-ayat di buku itu,00:11:41
00:11:41
terutamanya pada masa sekarang.00:11:44
00:11:44
Saya sedar saya tidak boleh bergantung00:11:46
00:11:46
pada diri sendiri untuk melakukan tugas ini.00:11:50
00:11:50
Ada kalanya memang kami rasa khuatir.00:11:53
00:11:53
Tapi ayat 12 sangat menggalakkan kami. Sini kata,00:11:57
00:11:57
“Ya Yehuwa, Engkau akan mengurniai kami kedamaian.00:12:01
00:12:01
Segala pencapaian kami merupakan hasil perbuatan-Mu.”00:12:05
00:12:05
Saya rasa Yehuwa seperti beritahu saya,00:12:08
00:12:08
“Jangan risau. Saya akan bantu kamu.00:12:11
00:12:11
Kamu tidak akan melakukannya seorang diri.”00:12:13
00:12:13
Dan sini juga kata segala pencapaian kami00:12:16
00:12:16
ialah hasil perbuatan Yehuwa.00:12:18
00:12:18
Maksudnya dulu pun, Yehuwa sudah pernah00:12:21
00:12:21
bantu saya mencapai banyak hal00:12:23
00:12:23
dalam tugasan-tugasan yang lain.00:12:26
00:12:26
Jika Dia pernah bantu saya dulu, Dia akan bantu saya sekarang.00:12:29
00:12:29
Itulah cara Yehuwa beri saya kedamaian.00:12:32
00:12:32
Ayat 3 juga jelaskan dengan lebih lanjut. Sini kata,00:12:36
00:12:36
“Engkau melindungi orang yang bergantung sepenuhnya pada-Mu.00:12:40
00:12:40
Engkau mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan, 00:12:44
00:12:44
kerana mereka yakin kepada-Mu.”00:12:46
00:12:46
Jadi dari ayat ini, saya lihat00:12:48
00:12:48
untuk terus menikmati kedamaian,00:12:51
00:12:51
saya mesti bergantung pada Yehuwa.00:12:53
00:12:53
Kalau saya mula rasa risau atau tertekan,00:12:56
00:12:56
saya akan ingatkan diri,00:12:58
00:12:58
“Jangan risau, Jeff. Teruslah bergantung pada Yehuwa.00:13:02
00:13:02
Dia akan bantu kamu berjaya.”00:13:04
00:13:04
Itu buat saya rasa tenang.00:13:06
00:13:06
Itu memang ayat-ayat yang sangat menggalakkan.00:13:10
00:13:10
Bagaimana pula dengan kamu, Gage?00:13:12
00:13:13
Saya pun ada dua ayat.00:13:14
00:13:14
Yang pertama ialah Markus 14:36.00:13:18
00:13:18
Ini ialah doa Yesus pada malam sebelum kematiannya.00:13:21
00:13:21
Dia doa, “Janganlah turut kehendakku,00:13:24
00:13:24
tetapi turutlah kehendak-Mu.”00:13:26
00:13:26
Sebenarnya saya dan isteri saya sangat pemalu.00:13:30
00:13:30
Jadi, tugasan baru ini tidak mudah bagi kami.00:13:34
00:13:34
Tapi, kami fikir hidup kami milik Yehuwa.00:13:38
00:13:38
Jadi kami mahu buat kehendak-Nya dan ikut bimbingan-Nya.00:13:41
00:13:41
Satu lagi ayat ialah Yesaya 41:10.00:13:46
00:13:46
Dalam ayat ini, Yehuwa melegakan kami00:13:50
00:13:50
dengan kata-kata ini:00:13:51
00:13:51
“Janganlah takut kerana Aku menyertaimu.00:13:54
00:13:54
Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.00:13:57
00:13:57
Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.”00:14:00
00:14:00
Jadi Yehuwa tidak meminta lebih daripada00:14:03
00:14:03
apa yang kita mampu dan Dia selalu00:14:06
00:14:06
membantu kami untuk buat kehendak-Nya.00:14:08
00:14:08
Ini menguatkan kami untuk terus00:14:10
00:14:10
berkhidmat dalam tugasan ini.00:14:12
00:14:12
Terima kasih Gage kerana kongsi00:14:14
00:14:14
ayat-ayat yang menggalakkan itu.00:14:16
00:14:16
Kami sangat menikmati temu ramah ini dengan kamu berdua.00:14:19
00:14:19
Kami gembira dapat berkhidmat bersama-sama00:14:22
00:14:22
dan kami berdoa agar Yehuwa memberkati00:14:25
00:14:25
usaha kamu dalam tugasan baharu ini.00:14:28
00:14:29
Memang sangat menggalakkan untuk lihat00:14:31
00:14:31
semangat saudara saudari dalam khidmat Yehuwa.00:14:34
00:14:34
Sepanjang musim Peringatan ini,00:14:36
00:14:36
kami yakin anda akan meraih banyak sukacita00:14:39
00:14:39
dalam kerja penyebaran.00:14:42
00:14:42
Semoga Yehuwa mencurahkan berkat-Nya dengan berlimpah-limpah!00:14:47
00:14:47
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.00:14:53
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #2
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #2
Selamat datang, saudara saudari sekalian.
Kita sangat gembira kerana dapat
menyertai kempen Peringatan bulan ini.
Selepas perubahan kuota masa perintis,
lebih ramai dapat menyertai khidmat ini.
Saudara saudari sangat gembira dengan
perubahan ini dan mereka menghantar banyak
kad dan surat penghargaan kepada kami.
Seorang saudari menulis,
“Saya seorang ibu, suri rumah,
saya perlu jaga ibu bapa yang tua,
dan kerja part-time.
Saya sangat teruja bila saya dengar
berita terkini tentang perubahan itu.
Saya sangat terharu sehingga
menitiskan air mata.
Kehidupan hari ini buat kita sangat penat.
Tapi kita mahu beri Yehuwa yang terbaik
dan kita mahu terus menginjil dengan giat
pada hari-hari terakhir ini.
Perubahan kuota masa perintis
seperti jawapan daripada Yehuwa.
Kita dapat merasai kasih Yehuwa yang
mendalam dan iman kita pun dikuatkan.
Saya mahu ucapkan terima kasih.”
Seorang lagi saudari tulis,
“Saya begitu gembira sehingga
menangis bila saya dengar kuota masa
perintis sokongan telah diubah.
Saya perlu menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu.
Itu buat saya sangat letih.
Tapi kalau 15 jam, saya boleh melakukannya!
Yehuwa memang Tuhan yang sangat pengasih!”
Kata-kata ini juga mencerminkan perasaan
anda semua, saudara saudari.
Kita juga sangat digalakkan kerana
sejak 1 Januari tahun ini,
sekolah-sekolah teokratik mula
diadakan secara bersemuka.
Di seluas dunia, lebih daripada 430 kelas
bagi Sekolah Latihan Penginjil
dan lebih daripada 170 kelas bagi
Sekolah untuk Penyelia Litar dan Isteri Mereka
telah diluluskan.
Selain itu, Sekolah untuk Penatua Sidang
juga telah diadakan secara bersemuka.
Kita berdoa agar Yehuwa terus memberkati
semua aturan yang telah dibuat.
Kami juga ingin kongsi berita baik ini.
Mulai 1 Jun 2023, para pengunjung boleh
melawat Bethel di seluas dunia
jika keadaan tempatan mengizinkan.
Tapi kami mahu terus berwaspada.
Jadi, sebagai permulaan, jumlah pelawat
yang dapat datang ke Bethel akan
dihadkan untuk sementara waktu.
Kami akan memantau situasi ini
dan jika semuanya berjalan lancar,
secara beransur-ansur,
lebih ramai orang dapat melawat Bethel.
Pejabat cawangan tempatan akan beri
lebih banyak maklumat pada hujung bulan ini.
Baru-baru ini, kita telah dengar
pengumuman yang sangat menggembirakan!
Pada 18 Januari 2023,
Saudara Gage Fleegle dan Jeffrey Winder
telah dilantik sebagai ahli Badan Pimpinan.
Kami sangat gembira mereka ada di studio
bersama kami hari ini,
dan kami ingin menemu ramah mereka
dan mengenali mereka dengan lebih baik.
Terima kasih kerana menyertai program hari ini.
Kami ingin tahu sedikit tentang latar belakang kamu.
Boleh tanya apa yang bantu kamu mengasihi Yehuwa dan ingin menyembah-Nya?
Jeff, boleh cerita dulu?
Ibu bapa saya yang juga mengasihi Yehuwa
telah memberi pengaruh yang baik
kepada kami adik-beradik.
Itulah yang bantu saya memilih untuk menyembah Yehuwa.
Tapi semasa remaja, itulah masanya
kebenaran betul-betul menyentuh hati saya,
seolah-olah lukisan yang hitam putih
kini menjadi lukisan yang berwarna.
Dan saya ingat semasa konvensyen tahun 1985,
ada dua ceramah yang betul-betul
memberi kesan yang dalam kepada saya,
iaitu ceramah pembaptisan dan
ceramah penutupan bagi konvensyen itu.
Dari masa itulah hubungan saya dengan Yehuwa
menjadi semakin akrab dan pada tahun seterusnya,
saya membaktikan diri dan dibaptis.
Bagus! Terima kasih banyak Jeff kerana kongsi itu.
Gage, bagaimana pula dengan kamu? Boleh cerita sikit?
Saya pun rasa seperti Jeff.
Ibu bapa saya adalah teladan yang baik
secara rohani untuk saya dan adik-beradik saya.
Bapa saya selalu berusaha untuk mendidik kami
tentang Yehuwa dan kebenaran.
Sering kali, bapa saya akan ajar kami tentang
sifat-sifat Yehuwa dan keperibadian-Nya melalui ciptaan.
Saya masih ingat saya selalu bangun awal
untuk lihat matahari terbit bersama-sama dia.
Ibu saya mula merintis semasa saya
berumur 11 tahun dan dia masih
merintis sampai sekarang.
Dia selalu mengutamakan Yehuwa dan
dia ialah teladan yang baik untuk saya.
Saya pun mahu ikut jejak langkahnya.
Jadi saya mula merintis
pada tahun terakhir sekolah menengah saya
sehinggalah saya masuk Bethel.
Itu sangat menggalakkan, dan kami juga ingin tahu
apa yang telah mendorong kamu untuk menceburi
khidmat sepenuh masa dan khidmat Bethel. Jeff?
Bagi saya, pergaulan yang baik telah
membantu saya utamakan Yehuwa.
Semasa perhimpunan litar di mana saya dibaptis,
ada beberapa saudara muda dari
sidang saya yang dibaptis bersama saya.
Bila kami tahu kami dapat jadi
perintis sokongan sekarang,
kami pun memohon untuk khidmat ini
pada bulan seterusnya.
Kami sangat menikmatinya, jadi kami pun
terus merintis untuk beberapa bulan.
Kami tidak mahu henti. Jadi kami bertiga
terus memohon untuk jadi perintis biasa.
Untuk khidmat Bethel pula,
semasa saya masih remaja,
dua orang abang saya sudah berkhidmat di Wallkill.
Semasa melawat mereka di Bethel, saya dapat
lihat kerja-kerja yang dilakukan di sana
dan itu buat saya berhasrat untuk
berkhidmat di Bethel juga lain kali.
Sangat bagus! Dan Gage, kamu pula?
Saya tahu khidmat sepenuh masa
ialah haluan yang terbaik.
Bagi saya, oleh sebab saya sudah
membaktikan diri kepada Yehuwa,
saya mahu beri Dia yang terbaik.
Ibu bapa saya juga menggalakkan kami
untuk mencapai matlamat itu.
Saudara saudari yang berkhidmat sepenuh masa
seperti penyelia litar dan ahli Bethel
selalu tinggal di rumah kami.
Saya nampak mereka selalu gembira
dan saya mahu menjadi seperti mereka.
Bila saya 12 tahun, saya hadir konvensyen
dan saya ikut perjumpaan bagi mereka yang
berminat untuk berkhidmat di Bethel.
Sejak itu, Bethel menjadi matlamat saya.
Sejak kecil, kamu sudah minat dengan khidmat Bethel!
Itu sangat menggalakkan. Ini soalan yang ketiga.
Apakah tugasan yang telah kamu nikmati di Bethel,
dan apakah yang telah kamu belajar daripadanya? Jeff?
Tugasan pertama saya di Bethel Wallkill
ialah di Bahagian Pembersihan.
Bagi saya, tugasan ini latihan yang bagus.
Ini permulaan yang sangat baik sebab
tugasan ini ajar saya sifat-sifat yang penting
seperti ketaatan, kesabaran, dan kerendahan hati.
Melalui khidmat di Bahagian Pembersihan,
saya belajar untuk bantu orang lain.
Semua sifat ini sangat berguna
dalam khidmat saya.
Selepas itu, saya dipindahkan ke Bahagian Ladang
dan kerja saya termasuk memproses sayur dan buah-buahan.
Saudara saudari di sana sangat matang.
Memang kami perlu kerja keras,
tapi saya rasa sangat seronok
dan saya dapat berkhidmat di bahagian itu kira-kira 3 tahun.
Selepas itu, tugasan saya berubah lagi
dan untuk sekitar 22 tahun,
saya berkhidmat sebagai setiausaha
untuk bahagian yang berbeza di Bethel Wallkill.
Sepanjang masa itu, saya berpeluang bekerja
bersama saudara-saudara yang sudah lama
menyembah Yehuwa, sangat berpengalaman,
dan pandai mengatur kerja-kerja di Bethel.
Apa yang saya belajar pada masa itu
telah bantu saya dalam banyak tugasan lain
dan dalam tugasan saya sekarang.
Dan masih ingat, saya pernah kerja dengan
kamu di Pejabat Bethel untuk 10 tahun.
Pada tahun 2016, ada perubahan lagi.
Kali ini, saya ditugaskan ke
Bahagian Khidmat Audio/Video di Paterson.
Saya terkejut sebab saya tidak tahu
apa-apa tentang hal audio video.
Saya ada banyak soalan tapi saudara saudari
di sana sangat sabar dengan saya dan selalu bantu saya.
Lama-kelamaan, saya semakin biasa dengan kerja itu dan saya sukanya.
Kerja itu sangat menarik sebab kami
dapat sediakan makanan rohani dalam bentuk audio video.
Saya juga dapat banyak kawan baik di bahagian itu.
Kemudian, pada tahun 2020,
sekali lagi saya ditugaskan ke tempat lain.
Kali ini, saya pergi ke
Pejabat Jawatankuasa Kakitangan di Warwick
dan saya dapat bekerja dengan
saudara-saudara yang sangat berpengalaman.
Saya sangat menikmati masa di sana.
Terima kasih Jeff kerana kongsi pengalaman kamu,
dan sekarang giliran Gage pula.
Apakah beberapa tugasan kamu dan
apakah yang kamu belajar daripadanya?
Pada mulanya, saya bekerja di
Bahagian Penjilidan Buku selama 8 tahun.
Saya belajar pentingnya untuk menepati masa,
bekerja keras, dan mengatasi cabaran
di tempat kerja kerana tempat itu panas.
Tapi, kami berusaha juga untuk menyiapkan kerja kami.
Selain itu, saya dapat mengenali saudara saudari
dari pelbagai latar belakang.
Saya sangat gembira kerana kami dapat bekerjasama dengan baik.
Kemudian, saya ditugaskan di Bahagian Kerja Penyebaran.
Suasananya sangat baru bagi saya.
Dalam khidmat ini, saya belajar betapa pentingnya
untuk mendapatkan maklumat yang lengkap,
meminta pendapat orang lain,
dan mendapatkan bimbingan daripada
para saudara sebelum memberikan arahan.
Saya juga belajar bahawa Firman Tuhan
sangat penting untuk menyelesaikan masalah
tidak kira dalam hal peribadi, keluarga, atau sidang.
Nasihatnya dapat diterapkan dalam apa-apa situasi.
Kemudian, pada 2015, saya mula berkhidmat
di Pejabat Jawatankuasa Mengajar.
Di sini saya lihat semasa menyediakan
makanan rohani, kami bukan sahaja
mahu pilih ‘kata-kata yang indah,’
tapi juga mendapatkan maklumat yang tepat dan benar.
Banyak kali kami juga lihat bagaimana Yehuwa
menggunakan kuasa suci-Nya untuk
menyokong kami dan projek kami dapat
diselesaikan tepat pada masanya.
Terima kasih banyak Gage.
Kami juga sangat gembira dengar lebih banyak
tentang khidmat kamu di Bethel.
Sekarang, kami ingin tanya,
adakah mana-mana ayat Bible yang telah
menguatkan kamu apabila kamu menerima tugasan baharu ini?
Silakan, Jeff.
Saya dan isteri saya sangat suka ayat di Yesaya bab 26.
Kami balik-balik lihat ayat-ayat di buku itu,
terutamanya pada masa sekarang.
Saya sedar saya tidak boleh bergantung
pada diri sendiri untuk melakukan tugas ini.
Ada kalanya memang kami rasa khuatir.
Tapi ayat 12 sangat menggalakkan kami. Sini kata,
“Ya Yehuwa, Engkau akan mengurniai kami kedamaian.
Segala pencapaian kami merupakan hasil perbuatan-Mu.”
Saya rasa Yehuwa seperti beritahu saya,
“Jangan risau. Saya akan bantu kamu.
Kamu tidak akan melakukannya seorang diri.”
Dan sini juga kata segala pencapaian kami
ialah hasil perbuatan Yehuwa.
Maksudnya dulu pun, Yehuwa sudah pernah
bantu saya mencapai banyak hal
dalam tugasan-tugasan yang lain.
Jika Dia pernah bantu saya dulu, Dia akan bantu saya sekarang.
Itulah cara Yehuwa beri saya kedamaian.
Ayat 3 juga jelaskan dengan lebih lanjut. Sini kata,
“Engkau melindungi orang yang bergantung sepenuhnya pada-Mu.
Engkau mengurniai mereka kedamaian yang berkekalan,
kerana mereka yakin kepada-Mu.”
Jadi dari ayat ini, saya lihat
untuk terus menikmati kedamaian,
saya mesti bergantung pada Yehuwa.
Kalau saya mula rasa risau atau tertekan,
saya akan ingatkan diri,
“Jangan risau, Jeff. Teruslah bergantung pada Yehuwa.
Dia akan bantu kamu berjaya.”
Itu buat saya rasa tenang.
Itu memang ayat-ayat yang sangat menggalakkan.
Bagaimana pula dengan kamu, Gage?
Saya pun ada dua ayat.
Yang pertama ialah Markus 14:36.
Ini ialah doa Yesus pada malam sebelum kematiannya.
Dia doa, “Janganlah turut kehendakku,
tetapi turutlah kehendak-Mu.”
Sebenarnya saya dan isteri saya sangat pemalu.
Jadi, tugasan baru ini tidak mudah bagi kami.
Tapi, kami fikir hidup kami milik Yehuwa.
Jadi kami mahu buat kehendak-Nya dan ikut bimbingan-Nya.
Satu lagi ayat ialah Yesaya 41:10.
Dalam ayat ini, Yehuwa melegakan kami
dengan kata-kata ini:
“Janganlah takut kerana Aku menyertaimu.
Janganlah risau kerana Akulah Tuhanmu.
Aku akan meneguhkanmu, dan Aku akan membantumu.”
Jadi Yehuwa tidak meminta lebih daripada
apa yang kita mampu dan Dia selalu
membantu kami untuk buat kehendak-Nya.
Ini menguatkan kami untuk terus
berkhidmat dalam tugasan ini.
Terima kasih Gage kerana kongsi
ayat-ayat yang menggalakkan itu.
Kami sangat menikmati temu ramah ini dengan kamu berdua.
Kami gembira dapat berkhidmat bersama-sama
dan kami berdoa agar Yehuwa memberkati
usaha kamu dalam tugasan baharu ini.
Memang sangat menggalakkan untuk lihat
semangat saudara saudari dalam khidmat Yehuwa.
Sepanjang musim Peringatan ini,
kami yakin anda akan meraih banyak sukacita
dalam kerja penyebaran.
Semoga Yehuwa mencurahkan berkat-Nya dengan berlimpah-limpah!
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa, inilah Siaran JW.
-