JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #3

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang, saudara saudari.
Pada 4 April 2023,
kita telah menyambut Peringatan kematian Yesus,
iaitu acara yang terpenting pada tahun ini.
Beberapa minggu sebelum itu, Saksi-Saksi Yehuwa mengedarkan jemputan
kepada semua orang di serata dunia.
Inilah kali pertama selepas pandemik
di mana kita dapat mengedarkan jemputan Peringatan
dari rumah ke rumah dan melalui kesaksian awam.
Ramai yang dapat meluaskan khidmat mereka
semasa musim Peringatan.
Ada juga yang dapat menjadi perintis sokongan
dan memenuhi kuota masa baru sebanyak 15 jam.
Kita sangat teruja melihat jutaan saudara saudari dan orang lain
berkumpul untuk menghadiri sambutan Peringatan
dan menunjukkan penghargaan mereka terhadap korban tebusan.
Apabila hal buruk berlaku
atau kita kehilangan orang tersayang,
kita diingatkan betapa pentingnya kurniaan tebusan.
Pada Mac 2023,
kita sangat terkejut mendengar peristiwa tembakan
di Dewan Perjumpaan di Hamburg, Jerman.
Sila lihat video berikut.
Pada hari Khamis, 9 Mac 2023,
satu tragedi yang dahsyat telah berlaku di Hamburg,
selepas tamat perjumpaan pertengahan minggu.
Sedihnya, empat saudara, dua saudari,
dan anak dalam kandungan seorang saudari yang tercedera
telah terkorban.
Selain mereka, dua saudara dan tujuh saudari cedera parah.
Tetapi, kita bersyukur mereka tidak memerlukan rawatan intensif.
Selepas kejadian itu, arahan telah diberikan kepada semua sidang di Hamburg
untuk mengadakan perjumpaan melalui panggilan video.
Tetapi, saudara saudari di sidang Hamburg-Winterhude
ingin sekali berkumpul semula secara bersemuka
secepat mungkin.
Tidak lama kemudian, kelulusan diberikan
untuk menyambung semula perjumpaan secara bersemuka.
Bahkan beberapa saudara saudari yang cedera
dapat ikut perjumpaan melalui Zoom dari hospital.
Jawatankuasa Cawangan Eropah Tengah segera
membuat aturan untuk memberikan kelegaan dan sokongan.
Ahli Jawatankuasa Cawangan dan isteri mereka juga pergi ke Hamburg
untuk menyokong penyelia litar dan Jawatankuasa Bantuan Bencana.
Para penatua buat aturan untuk melawat
saudara saudari yang terjejas akibat tragedi ini.
Ada kalanya, mereka berada di sisi mangsa dari siang hingga malam.
Setiap hari, ada banyak surat dan kad
dikirim dari serata dunia ke dewan ini.
Saudara saudari di Hamburg sangat tersentuh
dengan kasih yang ditunjukkan oleh rakan seiman mereka.
Pada Sabtu, 25 Mac 2023,
semua sidang di Hamburg dijemput untuk menghadiri
sebuah program khas.
Lebih daripada 3,000 saudara saudari menghadirinya secara bersemuka
dan terdapat lebih daripada 90,000
sambungan dalam talian untuk menonton siaran langsung program ini.
Para hadirin sangat tersentuh dengan ucapan daripada
ahli Jawatankuasa Cawangan,
Badan Pimpinan, dan pembantu kepada Badan Pimpinan.
Program khas ini jelas membuktikan
kasih sejati yang ditunjukkan oleh umat Yehuwa.
Sememangnya, kita tidak menghadapi cabaran seorang diri.
Saudara saudari di Hamburg
telah merasai kasih setia Yehuwa
sepanjang masa yang susah ini.
Selepas program itu, seorang saudari tulis,
“Ceramah itu sangat melegakan hati
dan disampaikan dalam cara yang penuh hormat.
Sepanjang program itu,
kami mendengar ayat dari Firman Tuhan,
kebenaran Bible,
dan kata-kata yang melegakan hati dan menguatkan kasih,
iman, dan harapan kami.
Hati para hadirin pasti tersentuh.
Program itu ialah kesaksian yang baik dan memuliakan Yehuwa.”
Kita juga menerima kata-kata simpati
daripada banyak orang, organisasi, dan pihak berkuasa
di serata dunia.
Contohnya, Presiden Jerman berkata,
“Kepada keluarga dan kawan-kawan
mangsa tragedi ini,
saya ingin ucapkan takziah dari lubuk hati saya.
Anda tidak mengharungi semua ini seorang diri.
Rakyat Jerman turut bersedih dan bersimpati dengan anda.”
Sudah pasti, kita semua akan terus berdoa
untuk saudara saudari kita di Hamburg.
Satu lagi peristiwa yang mempengaruhi saudara saudari kita
ialah Siklon Freddy yang melanda Afrika Timur.
Pada Februari dan Mac 2023,
Siklon Freddy telah membawa angin kencang dan hujan lebat
sehingga menyebabkan banjir teruk.
Sedihnya, di Malawi,
lapan penyiar terkorban dan tiga penyiar masih hilang.
Di Mozambique pula,
satu penyiar terkorban
dan seorang lagi masih hilang.
Siklon ini membawa kemusnahan teruk
di Madagascar, Malawi, dan Mozambique.
Lebih daripada 7,000 penyiar dan keluarga mereka
harus tinggalkan rumah.
Lebih daripada 1,400 rumah saudara saudari
dan 24 Dewan Perjumpaan
turut mengalami kerosakan atau musnah.
Ahli Jawatankuasa Cawangan,
para penyelia litar,
dan penatua tempatan
segera memberikan kelegaan dan bantuan
kepada mangsa bencana.
Aturan lain juga sedang dibuat
untuk menghulurkan bantuan praktikal
dan membaiki rumah dan Dewan Perjumpaan.
Ini mungkin ialah projek bantuan
kemanusiaan terbesar yang diaturkan oleh
organisasi kita di Malawi.
Teruslah berdoa untuk saudara saudari kita di sana
dan mereka yang bekerja keras untuk memberikan bantuan.
Semasa kita menghadapi cabaran atau tragedi,
bukan kita sahaja yang terjejas.
Yesaya 63:9 kata,
‘Semasa mereka menderita,
Yehuwa juga berasa sedih.’
Maksudnya, Yehuwa pun merasai penderitaan kita
dan dia mahu membantu umat-Nya yang setia.
Yehuwa ialah tempat perlindungan kita
terutamanya pada masa yang susah.
Dia sedia membantu kita.
Tapi, bagaimanakah kita memperoleh bantuan-Nya?
Jawapannya terdapat di Mazmur 91:9.
Sini kata,
“Kamu menjadikan Yang Maha Tinggi tempat naunganmu,
dan kamu telah berkata, ‘Yehuwalah tempat perlindunganku.’”
Perhatikan ayat itu kata,
‘Kita menjadikan Yang Maha Tinggi
tempat naungan kita.’
Kita dapat berbuat demikian
dengan menghampiri-Nya
semasa menghadapi cabaran.
Kita berdoa dengan tekun,
kekalkan rutin rohani yang baik,
tetap sibuk dalam kerja penyebaran,
dan terus mencari peluang untuk menggalakkan orang lain.
Apabila kita masing-masing melakukannya,
kita menjadikan Yehuwa tempat naungan kita.
Jadi, apabila cabaran melanda,
iman kita dan hubungan kita dengan Yehuwa
tetap kuat dan tidak akan goyah.
Apabila semua saudara saudari di seluas dunia
bergantung pada Yehuwa,
ini menguatkan perpaduan kita
dan memberikan kesaksian yang baik.
Inilah yang dialami saudara saudari kita
di Pulau Abaco di Bahamas.
Pada 2019, Taufan Dorian telah melanda.
Satu-satunya Dewan Perjumpaan di pulau itu telah musnah
dan 16 rumah saudara saudari telah rosak atau musnah.
Apakah yang mereka lakukan?
Mereka menjadikan Yehuwa tempat naungan mereka
dan bergantung pada-Nya melalui doa.
Mereka menyokong satu sama lain.
Apabila keadaan lebih selamat,
Dewan Perjumpaan telah dibina semula.
Acara pentahbisan Dewan Perjumpaan
telah diadakan pada Januari 2023.
Sila nikmati video berikut.
Cuaca hari ini sangat bagus
dan Dewan Perjumpaan di Abaco akan ditahbiskan hari ini.
Saya tidak sabar-sabar nantikan acara ini mula.
Saya mahu nyanyi bersama saudara saudari
dari Sidang Abaco dan Sidang Haiti.
Ini memang berkat dari Yehuwa
kita dapat hadir acara istimewa ini.
Akhirnya, selepas tiga tahun,
hari yang dinanti-nantikan ini telah tiba.
Saya berada di rumah.
Tiba-tiba, saya dapat satu mesej yang kata,
“Berdoalah untuk Abaco.”
Dewan Perjumpaan musnah sepenuhnya.
Saya tak dapat lupakan hal itu.
Bahan bacaan dan semua kerusi
pun tercampak ke merata tempat.
Memang sedih bila lihat
Dewan Perjumpaan kami jadi begitu.
Kami sampai di lapangan terbang.
Kami rasa terperangkap
dan nampaknya tiada jalan keluar.
Saudara pun terus berdoa
dan selepas itu, seolah-olah tingkap dibuka
dan kami dapat tinggalkan tempat itu.
Kami tiba di Nassau dan ada makanan.
Ada pakaian.
Saudara saudari menyambut kami
dan menyanyi dengan sekuat hati.
Rasanya seperti di konvensyen.
Kira-kira 80 saudara saudari
datang untuk bantu projek ini.
Dalam beberapa minggu sahaja,
kami sudah hampir siap bina semula rumah
dan Dewan Perjumpaan.
Dewan pun sedia untuk sambutan Peringatan.
Ini projek paling laju yang saya pernah ikut.
Projek ini hampir siap
tapi tiba-tiba pandemik COVID-19 melanda
dan semuanya harus dihentikan.
Penyelia kami baru saja mahu mula bercakap
dan dia terus menangis.
Saya tahu maksudnya kami harus tinggalkan tempat ini.
Saya menangis di dalam kapal terbang.
Saya tidak sangka ini akan berlaku.
Saya asyik fikir, “Bila kami dapat balik ke sini?”
Penyelia projek menghubungi saya dan
mereka ingin menghabiskan projek di Abaco.
Saya sangat gembira.
Sudah hampir 15 bulan,
saya berdoa dan menantikan hari ini.
Meskipun banyak barang-barang hancur akibat taufan itu,
iman dan hubungan anda dengan Yehuwa tidak dihancurkan.
Semasa kami sampai di Nassau, saudara saudari
menyanyikan lagu “Kasih yang Abadi.”
Bila mereka datang ke Abaco,
kami nyanyi lagu yang sama untuk mereka.
Kami sangat terharu bila dengar nyanyian
yang sungguh merdu dan lirik lagu tentang
kasih persaudaraan kita.
Saudara saudari yang menghadapi bencana ini
bukan sahaja dilegakan
tetapi mendapat tempat
ibadat yang cantik ini.
Ini sangat menyentuh hati.
Kami bersukacita dapat kembali ke dewan ini.
Kami berjaya atasi cabaran besar ini.
Tidak kira ada 10 atau 10,000 penyiar,
Yehuwa pasti akan menjaga mereka.
Kami dapat bersama-sama lagi.
Rasa seperti Firdaus!
Tidak kira apa cabarannya
seperti bencana, peperangan,
kita akan membantu dan menyokong saudara saudari kita.
Kita tidak akan abaikan mereka.
Kita akan berjaya dengan bantuan Yehuwa.
Kita sangat gembira melihat saudara saudari kita
kembali ke Dewan Perjumpaan.
Kasih dan penghargaan mereka terhadap Yehuwa
dan organisasi-Nya memang jelas.
Dan semasa Peringatan tahun ini,
jumlah hadirin ialah 217
walaupun hanya ada 47 penyiar
dalam dua sidang
yang menggunakan Dewan Perjumpaan itu.
Sebelum program ini berakhir,
kami ingin kongsi ciri baharu dalam JW Library.
Tab Pembelajaran Peribadi akan mempunyai
fungsi Senarai Main.
Dengan ciri ini,
kita dapat tambah video,
bahan audio,
dan gambar kepada senarai itu.
Contohnya,
anda boleh buat senarai lagu kegemaran anda
atau video-video untuk kerja penyebaran.
Anda juga boleh buat senarai gambar untuk ceramah anda dan
kemudian mengongsinya dengan saudara di bahagian audio video
untuk dipaparkan melalui JW Library.
Ciri baru ini akan dikeluarkan
dalam beberapa minggu lagi.
Apakah yang telah kita belajar dalam laporan ini?
Saudara saudari,
tidak kira apa pun cabaran yang anda hadapi,
yakinlah bahawa Yehuwa melihat
dan tahu apa yang sedang anda lalui.
Dia merasai keperitan anda
dan ingin membantu.
Jadi, teruslah berdoa dengan tekun kepada Yehuwa,
kekalkan rutin rohani yang baik,
bergiat dalam kerja penyebaran,
dan dapatkan bantuan dari rakan seiman.
Ya, jadikanlah Yehuwa tempat perlindunganmu.
Saudara saudari,
kami sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah siaran JW.