JW subtitle extractor

Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #4

Video Other languages Share text Share link Show times

Selamat datang, saudara saudari.
Sebelum membincangkan sukacita yang
dinikmati saudara saudari di konvensyen,
ada beberapa laporan yang saya ingin kongsi.
Selepas hampir 20 tahun,
iaitu pada 26 April tahun ini,
kerajaan Sepanyol telah buat perubahan kepada
undang-undang tentang pengecualian cukai.
Perkembangan ini menunjukkan bahawa
Saksi-Saksi Yehuwa dikenali
dan dihormati di Sepanyol.
Hal ini bermaksud kita tidak perlu
membayar cukai hartanah
untuk bangunan ibadat kita di negara itu.
Selain itu, mereka yang memberikan
sumbangan kepada organisasi kita
juga boleh mendapat potongan cukai.
Kita sangat gembira mendengar perkembangan ini.
Satu lagi berita di jw.org
yang sangat menggembirakan
ialah tentang Saudara Shamil Khakimov
yang dibebaskan dari penjara
pada 16 Mei 2023.
Dia telah ditahan pada Februari 2019
dan dipenjarakan selama lebih daripada
empat tahun di Tajikistan.
Sekarang, saudara kita dapat rehat secukupnya
dan menerima rawatan yang diperlukan.
Kita tumpang gembira atas berita ini.
Ketabahan dan iman
Saudara Khakimov telah menggalakkan kita.
Tapi, kita juga ingat tentang lebih daripada
180 saudara saudari kita
yang masih berada di penjara.
Rasul Paulus menulis di Filipi 1:14,
‘Oleh sebab aku dibelenggu di dalam penjara,
kebanyakan saudara kita digalakkan,
dan mereka menjadi lebih berani untuk
mengkhabarkan firman Tuhan tanpa rasa takut.’
Sepertimana teladan Paulus
menggalakkan rakan seimannya,
iman mereka yang dipenjarakan
hari ini juga menggalakkan kita
untuk menginjil dengan giat.
Mengapakah mereka boleh yakin Yehuwa akan
memberkati dan melindungi mereka?
Kerana janji Yehuwa yang terdapat
dalam nubuat Yesaya.
Sila lihat Yesaya 4:5, 6.
‘Lalu di atas semua orang yang berhimpun di situ,
Yehuwa akan mendatangkan awan dan asap
pada siang hari, dan api yang bernyala-nyala
pada malam hari.
Tuhan akan melindungi negeri itu.
Sebuah pondok akan disediakan
sebagai tempat berteduh
daripada kepanasan siang hari,
dan sebagai tempat berlindung daripada
ribut dan hujan.’
Sepertimana Yehuwa telah melindungi
umat-Nya secara rohani
pada zaman dahulu, Dia juga melindungi kita.
Bagaimana?
Ayat lima kata, Yehuwa akan mendatangkan
“awan,” “asap,” dan “api yang bernyala-nyala.”
Ini mengingatkan kita tentang
“tiang api dan awan” yang Yehuwa gunakan
untuk membimbing dan melindungi
umat-Nya keluar dari Mesir.
Ini tidak bermaksud Yehuwa melindungi
kita dari semua masalah.
Ada kalanya, penganiayaan dan tentangan
boleh melanda umat-Nya.
Tapi seperti ayat enam,
Yehuwa melindungi kita secara rohani dan membina
‘pondok sebagai tempat berlindung daripada hujan.’
Pengajarannya?
Yehuwa berjanji Dia akan menyertai umat-Nya
tidak kira di mana pun.
Dinding penjara tidak dapat menghalang-Nya.
Yehuwalah Pelindung kita.
Kuasa suci-Nya buat kita tenang dan gembira.
Tiada orang dapat robohkan ‘pondok perlindungan’
yang Yehuwa bina.
Selagi kita tetap setia, masa depan kita terjamin.
Adakah anda juga perhatikan
perlindungan Yehuwa ada di mana?
Ayat lima kata,
‘di atas semua orang yang berhimpun bersama.’
Ini ingatkan kita tentang perhimpunan besar kita!
Ya, konvensyen kita!
Kita sangat gembira dapat berkumpul
secara bersemuka lagi selepas tiga tahun
dan kita mahu jemput
orang dengan bersemangat.
Minggu lalu, saya dan isteri terima sepucuk
surat daripada seorang saudari yang akan pergi
ke konvensyen dan Sekolah Perintis.
Dia tulis,
“Saya tidak sabar-sabar mahu tulis kepada kamu.
Walaupun saya belum hadir
semua acara rohani ini,
sukacita dan berkat melimpah menantikan
kita dan iman kita akan dikuatkan.
Saya sangat yakin kita akan terima
apa yang kita perlukan.
Yehuwa tidak pernah hampakan kita.
Dia selalu berikan yang terbaik.
Kita tidak pernah kekurangan atau kata,
‘Ini tidak cukup baik.’
Terima kasih.”
Iman saudari kita sungguh kuat.
Pasti Bapa kita Yehuwa, dan Ketua Sidang kita,
Yesus, sangat senang hati.
Berbanding dulu,
konvensyen sekarang lebih ringkas
supaya kita dapat lebih fokus pada program.
Anda masih ingat semasa
makanan dihidangkan di konvensyen?
Aturannya mungkin beza di serata dunia,
tapi sila nikmati video ini tentang konvensyen
masa dulu di Amerika.
Sekitar tahun 1890,
aturan untuk menyediakan makanan
bagi hadirin konvensyen telah diasaskan.
Tapi mulai tahun 1940,
jumlah hadirin konvensyen semakin meningkat.
Maka ramai sukarelawan diperlukan
untuk membeli bahan, memasak,
dan menghidangkan makanan tiga kali sehari.
Contohnya,
semasa Perhimpunan New World Society
di Stadium Yankee tahun 1953,
makanan perlu disediakan untuk 130,000 orang
setiap hari selama lapan hari.
Kira-kira 4,500 orang telah membantu,
dan mereka dapat menyediakan makanan untuk
30,000 orang setiap jam.
Oleh sebab tugas ini mengambil banyak masa,
para sukarelawan hanya dapat dengar sedikit
program konvensyen atau perlu hadir
konvensyen lain untuk mendengar ceramahnya.
Maka bermula tahun 1978,
menu telah diringkaskan
dan makanan yang lebih mudah disediakan
akan dihidangkan.
Hasilnya, para sukarelawan juga
dapat menikmati program rohani.
Mulai 1987,
hidangan panas tidak lagi disediakan.
Jadi, ketuhar dan gas juga tidak diperlukan.
Selama bertahun-tahun,
hadirin boleh beli kupon makanan.
Sistem ini juga mempercepatkan
proses pembelian makanan
kerana bayaran sudah dibuat.
Dalam menu, jumlah kupon yang diperlukan
dinyatakan bagi setiap makanan.
Pada 1995,
aturan untuk menyediakan makanan
telah dihentikan.
Para hadirin digalakkan
untuk membawa makanan sendiri
dan menikmati pergaulan
semasa rehat tengah hari.
Hasilnya, kita dapat luangkan
lebih banyak masa untuk bergaul
dan tidak perlu berbaris panjang.
Aturan ini juga bagus untuk
mereka yang tua dan uzur.
Kita amat bersyukur atas perubahan ini.
Untuk menikmati pergaulan semasa waktu rehat,
bawalah bekalan makanan yang ringkas
dan kita pun tidak jadi terlalu
kenyang dan rasa mengantuk.
Perasaan kita semasa hadir konvensyen tahun ini,
mungkin seperti saudara saudari kita yang
hadir konvensyen di Poland pada 1989.
Ramai dari Eropah Timur
telah menghadiri konvensyen buat kali pertama,
walaupun sudah 30 tahun dalam kebenaran.
Seorang hadirin dari bekas Kesatuan Soviet kata,
“Selama bertahun-tahun, kami menantikan hari ini.
Sekarang kami dapat hadir
konvensyen antarabangsa ini.
Kami tidak percaya ini dapat berlaku.
Rasanya seperti sebuah mimpi indah.
Tiada kata-kata yang dapat
ungkapkan perasaan kami.
Bila kami lihat stadium penuh dengan orang
dan mendengar muzik yang dimainkan,
kami tidak dapat menahan air mata kami.
Semasa doa diucapkan,
segenap umat Yehuwa di stadium
itu mendengar dengan senyap.
Kami rasai perpaduan yang tidak
pernah kami alami sebelum ini.
Tiada apa-apa yang dapat
menandingi pengalaman ini,
melainkan semasa di dunia baru nanti.
Kami tidak akan melupakannya.
Kami ingin laungkan pujian
dan kesyukuran kami kepada Yehuwa.”
Majalah Sedarlah! bulan Disember 1989 kata,
“Beribu-ribu orang di konvensyen itu bernyanyi bersama.
Mereka bergabung suara dan melaungkan pujian
dan kasih mereka kepada Yehuwa
dalam lebih daripada 20 bahasa.”
Seperti dalam siaran bulan Mei,
kita digalakkan untuk belajar
lagu asal, “Hari-Mu Tidak Akan Terlambat!”
Semasa pandemik,
kita rindu bernyanyi bersama.
Tapi tahun ini, seperti Mazmur 7:17 kata,
‘Kita dapat bernyanyi
untuk memuji Yehuwa, Tuhan kita.’
Semasa saya kecil,
saya menghadiri konvensyen di Pittsburgh, Pennsylvania.
Saya masih ingat saya sangat teruja
semasa mendengar lagu
rohani dimainkan di dewan konvensyen.
Mungkin ada yang tahu lagu ini
dari tahun 1981.
Adakah anda ada kenangan sebegini?
Jika anda dibaptis semasa pandemik,
ini mungkin konvensyen
pertama anda secara bersemuka.
Anda pasti tidak akan
melupakannya seumur hidup.
Itulah perasaan saudara saudari yang
baru menghadiri konvensyen “Teruslah Bersabar!”
Saya dan keluarga di Newburgh, New York,
untuk menghadiri konvensyen “Teruslah Bersabar!”
Ini ialah konvensyen pertama saya
selepas saya dibaptis dan saya sangat gembira.
Saya gembira dapat lihat semua orang
ketawa dan peluk satu sama lain.
Umat Yehuwa sangat pengasih.
Memang syok untuk jumpa semua orang,
nyanyi bersama, dan berbual dengan semua orang.
Di Zoom, kita tidak dapat
dengar nyanyian semua orang,
tapi bila kita berkumpul bersama,
kita dapat dengar saudara saudari nyanyi
dengan lantang.
Hati saya tersentuh mendengarnya.
Tema konvensyen ini sangat sesuai
sebab banyak orang sekarang perlukan kesabaran.
Program konvensyen sangat sesuai dengan
keadaan dunia ini dan dengan cabaran
yang kita lalui sekarang.
Ceramahnya sangat menarik dan
saya dapat lebih memahami Bible.
Saya suka semua video itu,
kenal kawan baru, dan jumpa kawan lama.
Walaupun kami tidak kenal satu sama lain,
kami boleh makan sama-sama,
dan bercerita tentang program.
Dan selepas itu,
kami menjadi kawan yang baik.
Ada banyak yang saya
perlu buat supaya keluarga
saya bersedia untuk konvensyen.
Memang tidak senang,
tapi sangat berbaloi!
Apabila kami menyembah
Yehuwa bersama-sama,
hubungan kami menjadi lebih erat.
Bagi mereka yang belum pernah hadir konvensyen,
saya galakkan mereka untuk datanglah.
Mereka akan menikmati suasana
yang istimewa dan rasakan kasih yang sejati.
Bila saya lihat saudara saudari
berkumpul bersama-sama,
suasananya sangat indah.
Mereka sangat mesra dan pengasih.
Saya rasa seperti di Firdaus!
Anda pasti menikmati konvensyen tahun ini.
Video itu mungkin ingatkan anda
tentang konvensyen istimewa.
Bilakah konvensyen istimewa seterusnya?
Kami gembira untuk mengumumkan bahawa
15 konvensyen istimewa telah dirancang
untuk tahun 2024.
Tarikh dan lokasinya akan diumumkan kelak.
Dalam video laporan kali ini,
kita diingatkan bahawa Yehuwalah pelindung kita.
Tapi ini tidak bermaksud kita tidak akan
hadapi apa-apa cabaran sekarang.
Sebaliknya apabila cabaran menimpa,
kita yakin bahawa Yehuwa bersama kita.
Dia melindungi kita secara rohani
dan beri kita kuasa luar biasa
supaya kita dapat bertabah dan tetap setia.
Kita juga tidak sabar-sabar
untuk hadir konvensyen tahun ini.
Semoga Yehuwa memberkati
kempen jemputan konvensyen
dan usaha anda untuk
menghadirinya secara bersemuka.
Seperti yang dikatakan di 1 Timotius 1:2,
‘Semoga kamu dikurniai kebaikan hati yang unggul,
belas kasihan, dan kedamaian,
daripada Yehuwa dan Yesus.’
Kami sangat mengasihi anda.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.