00:00:01
Selamat datang.00:00:03
00:00:03
Gembira mengalukan anda ke program ini.00:00:06
00:00:07
Kami ingin kongsi beberapa laporan menarik00:00:10
00:00:10
dan temu ramah yang menggalakkan.00:00:12
00:00:13
Baru-baru ini, dua saudara telah dibebaskan dari00:00:17
00:00:17
penjara di Rusia setelah menjalani hukuman mereka.00:00:21
00:00:22
Pada 19 Julai, Saudara Yuriy Savelyev yang00:00:26
00:00:26
berumur 69 tahun telah dibebaskan selepas00:00:30
00:00:30
menjalani hukuman penjara empat tahun setengah.00:00:34
00:00:34
Ramai saudara saudari telah menyambutnya di luar penjara.00:00:39
00:00:39
Kita amat gembira atas pembebasan Saudara Yuriy.00:00:43
00:00:44
Kita juga gembira untuk dengar pada 26 Julai,00:00:48
00:00:48
Saudara Sergey Klimov telah dibebaskan selepas00:00:52
00:00:52
dipenjarakan selama lima tahun.00:00:55
00:00:55
Dia telah disambut oleh keluarga dan kawan-kawannya.00:01:00
00:01:00
Wahyu 2:10 kata,00:01:02
00:01:02
“Iblis akan terus membuang sebilangan orang00:01:05
00:01:05
daripada kalangan kamu ke dalam penjara.”00:01:09
00:01:09
Tapi Yesus kata, “Janganlah takut.”00:01:14
00:01:14
Majalah Menara Pengawal kata,00:01:17
00:01:17
“Musuh-musuh yang mengharamkan ibadat kita00:01:20
00:01:20
ingin membuat kita berasa takut sehingga00:01:23
00:01:23
berhenti menyembah Yehuwa.00:01:25
00:01:25
Selain melarang kegiatan kita, mereka mungkin00:01:28
00:01:28
menyebarkan cerita palsu tentang kita,00:01:31
00:01:31
menghantar pegawai untuk menggeledah rumah kita,00:01:34
00:01:34
mendakwa kita di mahkamah, atau memenjarakan kita.00:01:38
00:01:38
Mereka berharap kita akan menjadi takut semasa00:01:41
00:01:41
melihat sesetengah rakan seiman kita dipenjarakan.”00:01:46
00:01:46
Apakah yang kita belajar daripada dua saudara kita di Rusia?00:01:51
00:01:53
Mereka tabah menghadapi pemenjaraan00:01:56
00:01:56
dan tetap setia kepada Yehuwa.00:01:59
00:02:00
Kata-kata Yesus memang betul apabila dia00:02:04
00:02:04
beritahu kita agar jangan takut.00:02:07
00:02:08
Di serata dunia, saudara saudari kita sedang00:02:12
00:02:12
menikmati Konvensyen “Teruslah Bersabar!”00:02:16
00:02:16
Sesetengah anak kecil kita telah00:02:19
00:02:19
menghadirinya secara bersemuka buat pertama kali.00:02:24
00:02:24
Mari dengar perasaan mereka.00:02:26
00:02:35
Hari ini, saya gembira kerana saya di konvensyen00:02:39
00:02:39
dan dapat jumpa semua orang lagi.00:02:42
00:02:42
Saya suka datang ke konvensyen kerana dapat jumpa saudara saudari.00:02:47
00:02:47
Saya suka ambil gambar dengan kawan saya.00:02:52
00:02:54
Hari ini, saya rasa gembira00:02:56
00:02:56
kerana dapat peluk saudara saudari.00:02:58
00:02:58
Saya juga suka lagu konvensyen.00:03:01
00:03:01
Saya rasa sangat tenang.00:03:03
00:03:04
Saya bantu membersih dengan kawan-kawan saya.00:03:08
00:03:08
Saya rasa sangat seronok.00:03:09
00:03:09
Saya ada keluarga dan kawan-kawan00:03:11
00:03:11
bersama saya dan kami semua mengasihi Yehuwa.00:03:15
00:03:15
Saya suka tengok video-video konvensyen00:03:18
00:03:18
dan jumpa semua saudara saudari.00:03:22
00:03:22
Saya dapat belajar lebih banyak di sini daripada00:03:25
00:03:25
tengok program di rumah.00:03:27
00:03:27
Saya susah fokus di rumah.00:03:29
00:03:29
Saya lebih suka datang ke konvensyen daripada tengok di TV.00:03:34
00:03:49
Sungguh menyentuh hati!00:03:51
00:03:51
Para ibu bapa, kita sangat bangga dengan anda.00:03:55
00:03:55
Usaha anda untuk bawa anak-anak ke00:03:58
00:03:58
konvensyen ingatkan kita tentang apa yang Yusuf dan Maria lakukan.00:04:04
00:04:04
Tahun demi tahun, mereka bawa Yesus dan00:04:08
00:04:08
anak-anak mereka yang lain ke Yerusalem.00:04:12
00:04:12
Usaha mereka sangat berbaloi.00:04:15
00:04:15
Begitu juga, anda sedang beri anak-anak00:04:18
00:04:18
kurniaan yang istimewa dengan membawa mereka ke konvensyen.00:04:23
00:04:23
Yehuwa sangat senang hati melihat anda semua di sana.00:04:29
00:04:31
Pada 1 September, sempena tahun aktiviti penyebaran yang baharu,00:04:37
00:04:37
kita akan mengadakan kempen sedunia untuk00:04:40
00:04:40
mengedarkan majalah Menara Pengawal No. 2 2020 yang bertajuk,00:04:46
00:04:46
“Apa Itu Kerajaan Tuhan?”00:04:49
00:04:49
Penyiar boleh pilih kuota masa00:04:52
00:04:52
perintis sokongan sebanyak 15 atau 30 jam.00:04:57
00:04:57
Kita berbesar hati untuk umumkan00:05:01
00:05:01
Kerajaan Tuhan kepada orang lain00:05:03
00:05:03
kerana itulah satu-satunya harapan kita.00:05:08
00:05:09
Tarikh konvensyen serantau 202400:05:13
00:05:13
akan diumumkan di sidang-sidang tidak lama lagi.00:05:17
00:05:17
Kami gembira mengumumkan tema konvensyen 2024,00:05:23
00:05:23
iaitu ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’00:05:28
00:05:28
Tema ini berdasarkan 1 Korintus 9:16 yang kata,00:05:34
00:05:34
“Walaupun aku mengisytiharkan berita baik,00:05:38
00:05:38
tidak ada sebab bagiku untuk membanggakan diri00:05:41
00:05:41
kerana inilah kewajipanku.00:05:44
00:05:44
Sesungguhnya, malanglah aku00:05:47
00:05:47
jika aku tidak mengisytiharkan berita baik!”00:05:50
00:05:51
Dalam dunia hari ini yang penuh dengan berita buruk,00:05:55
00:05:55
anda pasti menikmati seluruh konvensyen ini,00:05:59
00:05:59
dari ceramah pertama sampai yang terakhir.00:06:03
00:06:03
Salah satu berita baik yang kita terima00:06:07
00:06:07
adalah tentang 28 saudara saudari kita di Eritrea00:06:11
00:06:11
yang telah dibebaskan pada 4 Disember 2020.00:06:17
00:06:17
Mereka telah dipenjarakan antara 5 hingga 26 tahun.00:06:23
00:06:24
Mereka telah dipenjarakan kerana ingin tetap neutral.00:06:29
00:06:30
Salah seorang saudara yang telah dipenjarakan00:06:34
00:06:34
ialah Saudara Negede Teklemariam.00:06:38
00:06:39
Pada tahun 1994, semasa Negede berumur 21 tahun,00:06:45
00:06:45
para askar menangkapnya dari rumahnya.00:06:48
00:06:48
Dia telah dipenjarakan selama 26 tahun00:06:52
00:06:52
di dua tempat yang berbeza00:06:54
00:06:54
bersama Saudara Paulos Eyasu dan Isaac Mogos.00:06:59
00:06:59
Sejak dibebaskan pada 2020, Isaac telah dibaptis,00:07:05
00:07:05
dan mereka bertiga terus menyembah Yehuwa dengan setia.00:07:10
00:07:10
Dalam video temu ramah berikut,00:07:13
00:07:13
perhatikan apa yang bantu Saudara Negede00:07:16
00:07:16
untuk mengekalkan integritinya.00:07:19
00:07:20
Pada 17 September 1994, kira-kira jam satu pagi,00:07:26
00:07:26
tiga askar datang ke rumah kami untuk menangkap saya.00:07:29
00:07:29
Semuanya berlaku dengan sangat cepat.00:07:32
00:07:32
Saya tidak sempat tukar pakaian pun.00:07:35
00:07:35
Pada masa itu, ibu saya mengulangi kata-kata ini,00:07:38
00:07:38
“Jadilah berani! Yehuwa bersama kamu!00:07:41
00:07:41
Selagi kamu tetap setia kepada Dia, Yehuwa akan jaga kamu.”00:07:46
00:07:48
Sawa ialah kem latihan tentera.00:07:51
00:07:51
Kem ini sangat besar dan ada penjara yang kecil.00:07:55
00:07:55
Walaupun mereka panggil ini penjara, tempat ini lebih teruk00:07:59
00:07:59
dan tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.00:08:02
00:08:02
Mereka melayan kami dengan kejam.00:08:04
00:08:05
Bilik penjara itu sangat panas kerana dibuat daripada kepingan zink.00:08:10
00:08:10
Langsung tiada pengudaraan atau katil.00:08:13
00:08:13
Kami tidur di atas lantai.00:08:15
00:08:15
Makanan kami sangat sedikit,00:08:17
00:08:17
seperti roti, kacang lentil, dan kadangkala sup.00:08:22
00:08:22
Dalam penjara, kami diikat dengan tali,00:08:24
00:08:24
dan pengawal penjara melayan kami dengan kejam.00:08:27
00:08:27
Kami juga dipukul dan dipaksa buat kerja buruh.00:08:31
00:08:31
Mereka mahu buat kami putus asa supaya kami ikut cakap mereka.00:08:36
00:08:36
Apa yang paling mencabar bagi saya di Sawa00:08:39
00:08:39
selama 23 tahun ialah kami langsung tiada tandas.00:08:43
00:08:43
Jika kami mahu buang air besar00:08:46
00:08:46
atau buang air kecil sangat susah.00:08:48
00:08:48
Kami perlu minta izin dan selalu ada askar yang mengawasi kami.00:08:53
00:08:53
Hal itu sangat teruk.00:08:55
00:08:55
Kami rasa tiada harapan untuk dibebaskan00:08:58
00:08:58
atau dibicarakan dengan adil di mahkamah.00:09:02
00:09:02
Mereka harap kami jadi gila00:09:04
00:09:04
atau sakit dan mati kerana tiada rawatan.00:09:08
00:09:08
Sesuatu yang bantu saya ialah00:09:11
00:09:11
ayat harian pada hari yang saya ditangkap.00:09:14
00:09:14
Ayat itu ialah Yohanes 16:33 yang mengatakan,00:09:19
00:09:19
“Kamu akan menghadapi kesengsaraan di dunia ini,00:09:22
00:09:22
tetapi teguhkanlah hati kamu.”00:09:24
00:09:24
Ayat ini bukan sahaja menggalakkan00:09:26
00:09:26
dan menenangkan kami semua dalam penjara,00:09:29
00:09:29
tapi juga saudara saudari yang masih bebas.00:09:32
00:09:33
Suatu hari, para askar bawa saya keluar00:09:36
00:09:36
dan suruh saya gali satu lubang.00:09:38
00:09:38
Mereka beri kami dua pilihan.00:09:41
00:09:41
Mereka kata, “Kami sudah cuba banyak cara.00:09:44
00:09:44
Tapi kamu masih degil.00:09:46
00:09:46
Kamu akan dihukum mati.00:09:47
00:09:47
Kalau kamu mahu hidup,00:09:49
00:09:49
pakai baju ini dan jadi askar seperti kami.00:09:52
00:09:52
Atau jika kamu terus kata,00:09:54
00:09:54
‘Saya milik Kerajaan Tuhan,’ atau ‘milik Kerajaan di syurga,’00:09:59
00:09:59
kamu akan dikuburkan dalam lubang ini.”00:10:01
00:10:01
Akhirnya, mereka menanam saya dalam lubang itu00:10:05
00:10:05
sehingga ke leher saya.00:10:06
00:10:06
Kepala saya sangat panas kerana matahari yang terik.00:10:10
00:10:10
Kawasan itu pun sangat panas.00:10:12
00:10:12
Saya terus berpeluh dan hampir pengsan.00:10:16
00:10:16
Tiba-tiba, ada kereta yang bawa pegawai tentera00:10:20
00:10:20
melalui kawasan itu.00:10:22
00:10:22
Mereka nampak saya terkubur dalam tanah.00:10:25
00:10:25
Salah seorang dalam kereta itu ialah00:10:27
00:10:27
pegawai tentera berpangkat tinggi,00:10:29
00:10:29
dan dia bukan daripada kem tentera Sawa.00:10:33
00:10:33
Saya lihat dia, dan saya tidak kenal dia.00:10:35
00:10:35
Dia juga tidak mengenali saya.00:10:38
00:10:38
Dia tanya askar di situ, “Ini sangat kejam!00:10:41
00:10:41
Macam mana ini boleh berlaku?00:10:43
00:10:43
Siapa yang beri arahan untuk buat begini?”00:10:46
00:10:46
Pengalaman saya di penjara00:10:48
00:10:48
mengajar saya satu hal penting.00:10:50
00:10:50
Walaupun saya rasa keseorangan,00:10:53
00:10:53
selagi saya tetap setia kepada Yehuwa,00:10:56
00:10:56
saya yakin Yehuwa akan membantu saya.00:10:59
00:11:00
Saya telah lihat Roma 8:35-39 menjadi kenyataan.00:11:06
00:11:06
Yehuwa telah membantu kami.00:11:09
00:11:09
Sememangnya, tiada apa-apa yang dapat00:11:11
00:11:11
memisahkan kita daripada kasih-Nya.00:11:14
00:11:25
Di penjara, ada seorang lelaki dan wanita00:11:29
00:11:29
yang bekerja sebagai pengawal dan setiausaha.00:11:32
00:11:32
Mereka bercakap sesama sendiri,00:11:34
00:11:34
“Nampaknya pihak berkuasa akan bunuh mereka.00:11:37
00:11:37
Bagus kalau kita kongsi cerita mereka kepada orang di luar.00:11:41
00:11:41
Sekurang-kurangnya keluarga mereka boleh tahu00:11:44
00:11:44
bahawa mereka di sini dan ini rupa mereka.”00:11:47
00:11:47
Jadi, mereka pun mengambil gambar kami00:11:50
00:11:50
dan tunjuk kepada keluarga kami.00:11:52
00:11:52
Inilah gambar itu.00:11:54
00:11:54
Pada masa itu, kami sedang buat kerja di luar dan angkat batu.00:11:58
00:11:58
Jadi kamu boleh lihat tangan Paulos nampak kotor.00:12:02
00:12:02
Kami tidak mahu ahli keluarga dan ibu bapa kami00:12:05
00:12:05
lihat bahawa kami sedih dan sengsara.00:12:07
00:12:07
Tapi, kami mahu mereka tahu bahawa kami00:12:10
00:12:10
gembira untuk dianiaya demi Kristus.00:12:13
00:12:13
Jadi kami pun berusaha untuk senyum.00:12:16
00:12:20
Sepanjang masa kami dipenjarakan,00:12:23
00:12:23
terutamanya pada tahun-tahun yang pertama,00:12:26
00:12:26
doalah yang banyak bantu kami.00:12:28
00:12:28
Kami tiada makanan rohani,00:12:30
00:12:30
tiada Bible, atau bahan bacaan.00:12:32
00:12:32
Kami hanya boleh berdoa.00:12:35
00:12:35
Saya masih ingat, pada mulanya,00:12:37
00:12:37
saya berdoa agar kami dapat dibebaskan.00:12:40
00:12:40
Tapi seraya masa berlalu, saya tidak lagi doa begitu.00:12:45
00:12:45
Sebaliknya, saya minta Yehuwa, “Bantulah saya bertabah,00:12:48
00:12:48
dan bertahan dengan keadaan hidup yang susah di penjara.”00:12:52
00:13:12
Saya tidak pernah bayangkan saya akan dibebaskan dari penjara.00:13:17
00:13:17
Yehuwa memang dapat menyelamatkan umat-Nya00:13:20
00:13:20
dari apa-apa cabaran.00:13:21
00:13:21
Masa yang Dia pilih untuk bertindak selalunya yang paling tepat.00:13:26
00:13:26
Saya dapat banyak pengajaran yang penting selama 26 tahun ini.00:13:30
00:13:30
Saya belajar bahawa Yehuwa dengar kerisauan kita,00:13:34
00:13:34
dan cabaran yang kita hadapi sangat kecil bila dibandingkan00:13:38
00:13:38
dengan penghormatan untuk membela nama-Nya.00:13:41
00:13:41
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besok.00:13:44
00:13:44
Jadi, tiada guna untuk rasa takut dipenjarakan atau dianiaya.00:13:49
00:13:49
Kita boleh bersedia untuk menghadapinya,00:13:52
00:13:52
dan Yehuwa akan bantu kita untuk bertabah.00:13:54
00:13:54
Kita hanya perlu memohon bantuan-Nya.00:13:57
00:13:57
Tidak kira apa situasi yang timbul,00:14:00
00:14:00
inilah pengajaran yang saya peroleh:00:14:02
00:14:02
Yehuwa pasti akan membantu kita bertabah.00:14:06
00:14:06
Banyak saudara saudari menyokong kami melalui surat dan bekalan lain.00:14:10
00:14:10
Saudara saudari di seluruh dunia00:14:13
00:14:13
berdoa bersungguh-sungguh untuk kami.00:14:15
00:14:15
Bahkan kaum muda yang tidak tahu sebut00:14:17
00:14:17
nama kami juga berdoa untuk kami.00:14:20
00:14:20
Hal ini sangat menggalakkan kami.00:14:22
00:14:22
Teruslah berdoa,00:14:24
00:14:24
kerana ada banyak lagi rakan seiman yang masih dipenjarakan.00:14:28
00:14:46
Saudara Negede, terima kasih kerana sudi00:14:49
00:14:49
mengongsi pengalaman anda.00:14:52
00:14:52
Kita digalakkan untuk dengar bagaimana Yehuwa menyokong anda00:14:57
00:14:57
semasa anda dilayan dengan kejam.00:15:01
00:15:01
Anda ialah penyembah Yehuwa yang setia,00:15:04
00:15:04
dan kita sangat mengasihi anda.00:15:08
00:15:08
Saya yakin semua saudara saudari, termasuk saya,00:15:13
00:15:13
telah berulang kali berdoa kepada Yehuwa00:15:16
00:15:16
sepanjang tempoh 26 tahun00:15:19
00:15:19
anda dan saudara saudari lain telah dipenjarakan.00:15:23
00:15:23
Dan kita terus berdoa untuk 32 saudara saudari di Eritrea00:15:29
00:15:29
yang masih dipenjarakan kerana iman mereka.00:15:33
00:15:34
Apakah pengajaran yang kita peroleh00:15:37
00:15:37
daripada video temu ramah tadi?00:15:40
00:15:40
Terdapat tiga poin.00:15:42
00:15:42
Pertama, bacalah ayat harian setiap hari.00:15:47
00:15:47
Kedua, terus bergantung pada Yehuwa melalui doa.00:15:53
00:15:53
Dan ketiga, anda dapat bersukacita meskipun dianiaya.00:15:59
00:16:00
Kami gembira untuk umumkan video00:16:03
00:16:03
temu ramah penuh bersama Saudara Negede00:16:06
00:16:06
akan disediakan di jw.org pada masa depan.00:16:11
00:16:12
Ketabahan Saudara Negede mengingatkan kita00:16:15
00:16:15
tentang rakan seiman lain00:16:17
00:16:17
yang sedang menghadapi penganiayaan atau00:16:20
00:16:20
yang dipenjarakan kerana iman mereka.00:16:24
00:16:24
Kepada saudara saudari kita yang dianiaya00:16:27
00:16:27
di Eritrea, Rusia, dan tempat lain di seluruh dunia,00:16:33
00:16:33
kita berdoa untuk anda00:16:35
00:16:35
dan kita sangat mengasihi anda semua.00:16:39
00:16:39
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:16:43
00:16:43
inilah Siaran JW.00:16:47
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #6
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #6
Selamat datang.
Gembira mengalukan anda ke program ini.
Kami ingin kongsi beberapa laporan menarik
dan temu ramah yang menggalakkan.
Baru-baru ini, dua saudara telah dibebaskan dari
penjara di Rusia setelah menjalani hukuman mereka.
Pada 19 Julai, Saudara Yuriy Savelyev yang
berumur 69 tahun telah dibebaskan selepas
menjalani hukuman penjara empat tahun setengah.
Ramai saudara saudari telah menyambutnya di luar penjara.
Kita amat gembira atas pembebasan Saudara Yuriy.
Kita juga gembira untuk dengar pada 26 Julai,
Saudara Sergey Klimov telah dibebaskan selepas
dipenjarakan selama lima tahun.
Dia telah disambut oleh keluarga dan kawan-kawannya.
Wahyu 2:10 kata,
“Iblis akan terus membuang sebilangan orang
daripada kalangan kamu ke dalam penjara.”
Tapi Yesus kata, “Janganlah takut.”
Majalah Menara Pengawal kata,
“Musuh-musuh yang mengharamkan ibadat kita
ingin membuat kita berasa takut sehingga
berhenti menyembah Yehuwa.
Selain melarang kegiatan kita, mereka mungkin
menyebarkan cerita palsu tentang kita,
menghantar pegawai untuk menggeledah rumah kita,
mendakwa kita di mahkamah, atau memenjarakan kita.
Mereka berharap kita akan menjadi takut semasa
melihat sesetengah rakan seiman kita dipenjarakan.”
Apakah yang kita belajar daripada dua saudara kita di Rusia?
Mereka tabah menghadapi pemenjaraan
dan tetap setia kepada Yehuwa.
Kata-kata Yesus memang betul apabila dia
beritahu kita agar jangan takut.
Di serata dunia, saudara saudari kita sedang
menikmati Konvensyen “Teruslah Bersabar!”
Sesetengah anak kecil kita telah
menghadirinya secara bersemuka buat pertama kali.
Mari dengar perasaan mereka.
Hari ini, saya gembira kerana saya di konvensyen
dan dapat jumpa semua orang lagi.
Saya suka datang ke konvensyen kerana dapat jumpa saudara saudari.
Saya suka ambil gambar dengan kawan saya.
Hari ini, saya rasa gembira
kerana dapat peluk saudara saudari.
Saya juga suka lagu konvensyen.
Saya rasa sangat tenang.
Saya bantu membersih dengan kawan-kawan saya.
Saya rasa sangat seronok.
Saya ada keluarga dan kawan-kawan
bersama saya dan kami semua mengasihi Yehuwa.
Saya suka tengok video-video konvensyen
dan jumpa semua saudara saudari.
Saya dapat belajar lebih banyak di sini daripada
tengok program di rumah.
Saya susah fokus di rumah.
Saya lebih suka datang ke konvensyen daripada tengok di TV.
Sungguh menyentuh hati!
Para ibu bapa, kita sangat bangga dengan anda.
Usaha anda untuk bawa anak-anak ke
konvensyen ingatkan kita tentang apa yang Yusuf dan Maria lakukan.
Tahun demi tahun, mereka bawa Yesus dan
anak-anak mereka yang lain ke Yerusalem.
Usaha mereka sangat berbaloi.
Begitu juga, anda sedang beri anak-anak
kurniaan yang istimewa dengan membawa mereka ke konvensyen.
Yehuwa sangat senang hati melihat anda semua di sana.
Pada 1 September, sempena tahun aktiviti penyebaran yang baharu,
kita akan mengadakan kempen sedunia untuk
mengedarkan majalah Menara Pengawal No. 2 2020 yang bertajuk,
“Apa Itu Kerajaan Tuhan?”
Penyiar boleh pilih kuota masa
perintis sokongan sebanyak 15 atau 30 jam.
Kita berbesar hati untuk umumkan
Kerajaan Tuhan kepada orang lain
kerana itulah satu-satunya harapan kita.
Tarikh konvensyen serantau 2024
akan diumumkan di sidang-sidang tidak lama lagi.
Kami gembira mengumumkan tema konvensyen 2024,
iaitu ‘Isytiharkanlah Berita Baik!’
Tema ini berdasarkan 1 Korintus 9:16 yang kata,
“Walaupun aku mengisytiharkan berita baik,
tidak ada sebab bagiku untuk membanggakan diri
kerana inilah kewajipanku.
Sesungguhnya, malanglah aku
jika aku tidak mengisytiharkan berita baik!”
Dalam dunia hari ini yang penuh dengan berita buruk,
anda pasti menikmati seluruh konvensyen ini,
dari ceramah pertama sampai yang terakhir.
Salah satu berita baik yang kita terima
adalah tentang 28 saudara saudari kita di Eritrea
yang telah dibebaskan pada 4 Disember 2020.
Mereka telah dipenjarakan antara 5 hingga 26 tahun.
Mereka telah dipenjarakan kerana ingin tetap neutral.
Salah seorang saudara yang telah dipenjarakan
ialah Saudara Negede Teklemariam.
Pada tahun 1994, semasa Negede berumur 21 tahun,
para askar menangkapnya dari rumahnya.
Dia telah dipenjarakan selama 26 tahun
di dua tempat yang berbeza
bersama Saudara Paulos Eyasu dan Isaac Mogos.
Sejak dibebaskan pada 2020, Isaac telah dibaptis,
dan mereka bertiga terus menyembah Yehuwa dengan setia.
Dalam video temu ramah berikut,
perhatikan apa yang bantu Saudara Negede
untuk mengekalkan integritinya.
Pada 17 September 1994, kira-kira jam satu pagi,
tiga askar datang ke rumah kami untuk menangkap saya.
Semuanya berlaku dengan sangat cepat.
Saya tidak sempat tukar pakaian pun.
Pada masa itu, ibu saya mengulangi kata-kata ini,
“Jadilah berani! Yehuwa bersama kamu!
Selagi kamu tetap setia kepada Dia, Yehuwa akan jaga kamu.”
Sawa ialah kem latihan tentera.
Kem ini sangat besar dan ada penjara yang kecil.
Walaupun mereka panggil ini penjara, tempat ini lebih teruk
dan tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata.
Mereka melayan kami dengan kejam.
Bilik penjara itu sangat panas kerana dibuat daripada kepingan zink.
Langsung tiada pengudaraan atau katil.
Kami tidur di atas lantai.
Makanan kami sangat sedikit,
seperti roti, kacang lentil, dan kadangkala sup.
Dalam penjara, kami diikat dengan tali,
dan pengawal penjara melayan kami dengan kejam.
Kami juga dipukul dan dipaksa buat kerja buruh.
Mereka mahu buat kami putus asa supaya kami ikut cakap mereka.
Apa yang paling mencabar bagi saya di Sawa
selama 23 tahun ialah kami langsung tiada tandas.
Jika kami mahu buang air besar
atau buang air kecil sangat susah.
Kami perlu minta izin dan selalu ada askar yang mengawasi kami.
Hal itu sangat teruk.
Kami rasa tiada harapan untuk dibebaskan
atau dibicarakan dengan adil di mahkamah.
Mereka harap kami jadi gila
atau sakit dan mati kerana tiada rawatan.
Sesuatu yang bantu saya ialah
ayat harian pada hari yang saya ditangkap.
Ayat itu ialah Yohanes 16:33 yang mengatakan,
“Kamu akan menghadapi kesengsaraan di dunia ini,
tetapi teguhkanlah hati kamu.”
Ayat ini bukan sahaja menggalakkan
dan menenangkan kami semua dalam penjara,
tapi juga saudara saudari yang masih bebas.
Suatu hari, para askar bawa saya keluar
dan suruh saya gali satu lubang.
Mereka beri kami dua pilihan.
Mereka kata, “Kami sudah cuba banyak cara.
Tapi kamu masih degil.
Kamu akan dihukum mati.
Kalau kamu mahu hidup,
pakai baju ini dan jadi askar seperti kami.
Atau jika kamu terus kata,
‘Saya milik Kerajaan Tuhan,’ atau ‘milik Kerajaan di syurga,’
kamu akan dikuburkan dalam lubang ini.”
Akhirnya, mereka menanam saya dalam lubang itu
sehingga ke leher saya.
Kepala saya sangat panas kerana matahari yang terik.
Kawasan itu pun sangat panas.
Saya terus berpeluh dan hampir pengsan.
Tiba-tiba, ada kereta yang bawa pegawai tentera
melalui kawasan itu.
Mereka nampak saya terkubur dalam tanah.
Salah seorang dalam kereta itu ialah
pegawai tentera berpangkat tinggi,
dan dia bukan daripada kem tentera Sawa.
Saya lihat dia, dan saya tidak kenal dia.
Dia juga tidak mengenali saya.
Dia tanya askar di situ, “Ini sangat kejam!
Macam mana ini boleh berlaku?
Siapa yang beri arahan untuk buat begini?”
Pengalaman saya di penjara
mengajar saya satu hal penting.
Walaupun saya rasa keseorangan,
selagi saya tetap setia kepada Yehuwa,
saya yakin Yehuwa akan membantu saya.
Saya telah lihat Roma 8:35-39 menjadi kenyataan.
Yehuwa telah membantu kami.
Sememangnya, tiada apa-apa yang dapat
memisahkan kita daripada kasih-Nya.
Di penjara, ada seorang lelaki dan wanita
yang bekerja sebagai pengawal dan setiausaha.
Mereka bercakap sesama sendiri,
“Nampaknya pihak berkuasa akan bunuh mereka.
Bagus kalau kita kongsi cerita mereka kepada orang di luar.
Sekurang-kurangnya keluarga mereka boleh tahu
bahawa mereka di sini dan ini rupa mereka.”
Jadi, mereka pun mengambil gambar kami
dan tunjuk kepada keluarga kami.
Inilah gambar itu.
Pada masa itu, kami sedang buat kerja di luar dan angkat batu.
Jadi kamu boleh lihat tangan Paulos nampak kotor.
Kami tidak mahu ahli keluarga dan ibu bapa kami
lihat bahawa kami sedih dan sengsara.
Tapi, kami mahu mereka tahu bahawa kami
gembira untuk dianiaya demi Kristus.
Jadi kami pun berusaha untuk senyum.
Sepanjang masa kami dipenjarakan,
terutamanya pada tahun-tahun yang pertama,
doalah yang banyak bantu kami.
Kami tiada makanan rohani,
tiada Bible, atau bahan bacaan.
Kami hanya boleh berdoa.
Saya masih ingat, pada mulanya,
saya berdoa agar kami dapat dibebaskan.
Tapi seraya masa berlalu, saya tidak lagi doa begitu.
Sebaliknya, saya minta Yehuwa, “Bantulah saya bertabah,
dan bertahan dengan keadaan hidup yang susah di penjara.”
Saya tidak pernah bayangkan saya akan dibebaskan dari penjara.
Yehuwa memang dapat menyelamatkan umat-Nya
dari apa-apa cabaran.
Masa yang Dia pilih untuk bertindak selalunya yang paling tepat.
Saya dapat banyak pengajaran yang penting selama 26 tahun ini.
Saya belajar bahawa Yehuwa dengar kerisauan kita,
dan cabaran yang kita hadapi sangat kecil bila dibandingkan
dengan penghormatan untuk membela nama-Nya.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi besok.
Jadi, tiada guna untuk rasa takut dipenjarakan atau dianiaya.
Kita boleh bersedia untuk menghadapinya,
dan Yehuwa akan bantu kita untuk bertabah.
Kita hanya perlu memohon bantuan-Nya.
Tidak kira apa situasi yang timbul,
inilah pengajaran yang saya peroleh:
Yehuwa pasti akan membantu kita bertabah.
Banyak saudara saudari menyokong kami melalui surat dan bekalan lain.
Saudara saudari di seluruh dunia
berdoa bersungguh-sungguh untuk kami.
Bahkan kaum muda yang tidak tahu sebut
nama kami juga berdoa untuk kami.
Hal ini sangat menggalakkan kami.
Teruslah berdoa,
kerana ada banyak lagi rakan seiman yang masih dipenjarakan.
Saudara Negede, terima kasih kerana sudi
mengongsi pengalaman anda.
Kita digalakkan untuk dengar bagaimana Yehuwa menyokong anda
semasa anda dilayan dengan kejam.
Anda ialah penyembah Yehuwa yang setia,
dan kita sangat mengasihi anda.
Saya yakin semua saudara saudari, termasuk saya,
telah berulang kali berdoa kepada Yehuwa
sepanjang tempoh 26 tahun
anda dan saudara saudari lain telah dipenjarakan.
Dan kita terus berdoa untuk 32 saudara saudari di Eritrea
yang masih dipenjarakan kerana iman mereka.
Apakah pengajaran yang kita peroleh
daripada video temu ramah tadi?
Terdapat tiga poin.
Pertama, bacalah ayat harian setiap hari.
Kedua, terus bergantung pada Yehuwa melalui doa.
Dan ketiga, anda dapat bersukacita meskipun dianiaya.
Kami gembira untuk umumkan video
temu ramah penuh bersama Saudara Negede
akan disediakan di jw.org pada masa depan.
Ketabahan Saudara Negede mengingatkan kita
tentang rakan seiman lain
yang sedang menghadapi penganiayaan atau
yang dipenjarakan kerana iman mereka.
Kepada saudara saudari kita yang dianiaya
di Eritrea, Rusia, dan tempat lain di seluruh dunia,
kita berdoa untuk anda
dan kita sangat mengasihi anda semua.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-