00:00:00
Selamat datang.00:00:02
00:00:02
Saya ingin kongsi beberapa hal yang menarik00:00:05
00:00:05
dan saya yakin anda pasti tidak sabar-sabar00:00:07
00:00:07
untuk mendengarnya.00:00:09
00:00:09
Bulan ini ialah ulang tahun ke-1000:00:13
00:00:13
bagi pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu00:00:15
00:00:15
yang dikemaskinikan dalam bahasa Inggeris.00:00:18
00:00:18
Lebih daripada 1.4 juta orang00:00:21
00:00:21
telah menghadiri mesyuarat tahunan itu00:00:23
00:00:23
secara bersemuka, atau melalui persidangan video00:00:27
00:00:27
yang disiarkan di 31 negara.00:00:30
00:00:30
Bible Terjemahan Dunia Baharu00:00:33
00:00:33
kini tersedia dalam 158 bahasa.00:00:37
00:00:37
Tapi, jika kita tambah jumlah bahasa yang hanya00:00:41
00:00:41
ada Kitab Yunani Kristian,00:00:42
00:00:42
atau sebahagian daripadanya,00:00:45
00:00:45
jumlah keseluruhannya meningkat00:00:48
00:00:48
kepada 279 bahasa.00:00:51
00:00:52
Terjemahan Bible ini telah banyak00:00:55
00:00:55
membantu kita dalam kerja penyebaran.00:00:58
00:00:58
Jadi, Badan Pimpinan ingin mengeluarkan satu lagi00:01:01
00:01:01
bahan bacaan yang dapat bantu kita cari00:01:03
00:01:03
ayat-ayat Bible yang kita perlukan00:01:05
00:01:05
dengan cepat dan mudah.00:01:07
00:01:07
Firman Tuhan sangat berkuasa dan dapat beri kita00:01:11
00:01:11
bimbingan dan kelegaan.00:01:13
00:01:13
Oleh sebab itu, kita ada ayat-ayat kegemaran00:01:17
00:01:17
yang selalu kita rujuk.00:01:19
00:01:20
Kadang kala, anda mungkin ingat kata-kata00:01:23
00:01:23
dalam ayat kegemaran anda00:01:25
00:01:25
tapi tidak tahu di buku Bible yang mana.00:01:27
00:01:27
Itu pernah berlaku kepada saya!00:01:30
00:01:30
Mungkin anda ingin kongsi satu ayat Bible yang00:01:33
00:01:33
melegakan tapi jarang digunakan.00:01:36
00:01:37
Jika begitu, anda pasti sangat gembira00:01:40
00:01:40
untuk menggunakan pengeluaran buku baharu00:01:43
00:01:43
ini yang bertajuk,00:01:45
00:01:45
Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian.00:01:48
00:01:49
Bahan bacaan ini hampir sama00:01:52
00:01:52
dengan sebuah buku yang dikeluarkan00:01:54
00:01:54
pada 1965.00:01:56
00:01:56
Tajuknya ialah,00:01:58
00:01:58
Periksalah Semua Perkara dan Berpautlah pada Apa yang Baik.00:02:03
00:02:03
Halaman tajuk buku menyatakan,00:02:05
00:02:05
“Buku ini mengandungi senarai ayat-ayat Bible00:02:09
00:02:09
untuk 123 topik utama.”00:02:13
00:02:13
Apakah tujuannya?00:02:15
00:02:15
Halaman tajuk berkata bahawa00:02:17
00:02:17
“buku ini akan bantu anda yakin kepada ajaran00:02:20
00:02:20
Bible bagi pelbagai topik dan menjelaskan00:02:23
00:02:23
kepercayaan anda kepada orang lain.”00:02:26
00:02:27
Ramai saudara saudari suka menggunakan buku ini.00:02:31
00:02:31
Mari kita dengar pengalaman mereka.00:02:34
00:02:35
Saya sangat suka buku ini.00:02:38
00:02:38
Terdapat senarai ayat-ayat Bible00:02:40
00:02:40
untuk pelbagai topik dan saya dapat00:02:42
00:02:42
menggunakannya untuk mengenal pasti prinsip-prinsip00:02:45
00:02:45
Bible yang dapat digunakan dalam situasi yang berbeza.00:02:49
00:02:49
Semasa buku ini dikeluarkan,00:02:52
00:02:52
kami sedang merintis di kawasan yang ada banyak orang00:02:55
00:02:55
yang berminat dengan perbincangan Bible.00:02:58
00:02:58
Saya ingat saya pernah bincang dengan seorang wanita00:03:01
00:03:01
dan dia tanya tentang cerita00:03:03
00:03:03
orang kaya dan Lazarus.00:03:05
00:03:05
Jadi, kami pun rujuk topik api neraka00:03:08
00:03:08
untuk lihat penjelasan Bible.00:03:10
00:03:11
Saya seorang tentera semasa saya dapat kebenaran.00:03:14
00:03:14
Buku ini bantu saya lebih faham00:03:17
00:03:17
isu tentang perang,00:03:19
00:03:19
keneutralan, dan persahabatan dengan dunia.00:03:21
00:03:21
Kadang kala saya masih rujuk buku ini.00:03:24
00:03:25
Inilah alat mengajar kami, dan sebagai perintis,00:03:28
00:03:28
kami selalu menggunakannya.00:03:30
00:03:32
Seperti buku Periksalah, buku baharu ini, 00:03:36
00:03:36
Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian,00:03:39
00:03:39
mempunyai senarai ayat-ayat Bible00:03:42
00:03:42
bagi lebih daripada 100 topik.00:03:44
00:03:45
Dengan menggunakan buku ini,00:03:48
00:03:48
kita dapat terapkan 2 Timotius 2:1500:03:52
00:03:52
untuk “mengajar dan menjelaskan firman yang benar dengan baik.”00:03:57
00:03:57
Mari kita lihat ciri-ciri utama buku baharu ini00:04:02
00:04:02
dengan menggunakan JW Library.00:04:04
00:04:05
Buku ini dapat bantu kita cari ayat-ayat00:04:08
00:04:08
dan kisah Bible00:04:10
00:04:10
yang dapat bantu kita menangani cabaran00:04:12
00:04:12
dan juga menggalakkan orang lain.00:04:15
00:04:15
Buku ini dibahagikan kepada kategori00:04:18
00:04:18
dan di bawah setiap kategori ada banyak topik.00:04:21
00:04:21
Tapi, bukan semua ayat Bible00:04:23
00:04:23
berkaitan dengan topik itu disenaraikan.00:04:27
00:04:27
Untuk cari suatu topik,00:04:29
00:04:29
guna kotak cari atau pilih daripada bahagian kategori.00:04:34
00:04:34
Terdapat tujuh kategori,00:04:36
00:04:36
iaitu Cabaran, Kehidupan Seharian, Kelakuan,00:04:42
00:04:42
Keluarga, Kerohanian, Sidang, dan Sifat-Sifat.00:04:47
00:04:48
Pilih satu kategori00:04:50
00:04:50
dan lihat senarai topik di bawahnya.00:04:53
00:04:53
Jika anda tidak tahu topik itu di kategori mana,00:04:57
00:04:57
pilih Semua.00:04:59
00:05:01
Dalam setiap topik,00:05:03
00:05:03
anda dapat lihat beberapa pernyataan00:05:05
00:05:05
atau soalan dalam huruf tebal.00:05:08
00:05:08
Ayat-ayat rujukan Bible00:05:10
00:05:10
menjawab soalan atau00:05:12
00:05:12
menyokong pernyataan tersebut.00:05:14
00:05:14
Terdapat juga ayat-ayat tambahan di bahagian00:05:18
00:05:18
“Lihat juga” atau “Kisah Bible yang bantu kita.”00:05:22
00:05:22
Bagaimanakah buku baharu ini akan digunakan?00:05:26
00:05:26
Buku Periksalah direka khas untuk kerja penyebaran,00:05:30
00:05:30
manakala buku ini direka untuk membimbing kita00:05:34
00:05:34
dan membantu kita menangani cabaran00:05:37
00:05:37
dalam kehidupan Kristian.00:05:39
00:05:39
Para penatua, anda akan dapati bahawa00:05:42
00:05:42
buku ini sangat berguna semasa00:05:44
00:05:44
melakukan kunjungan penggembalaan00:05:47
00:05:47
dan semasa menyediakan ceramah.00:05:49
00:05:49
Para suami dan ibu bapa, anda dapat guna bahan00:05:53
00:05:53
rujukan ini untuk sesi penyembahan keluarga.00:05:56
00:05:56
Kita semua juga dapat meraih banyak manfaat00:05:59
00:05:59
dengan menggunakan buku ini00:06:01
00:06:01
dalam pembelajaran peribadi kita.00:06:03
00:06:04
Selain itu, buku ini dapat bantu pelajar Bible kita00:06:08
00:06:08
untuk belajar dan menerapkan00:06:10
00:06:10
prinsip Bible semasa membuat keputusan.00:06:13
00:06:14
Buku ini akan diterjemahkan dalam00:06:16
00:06:16
lebih daripada 300 bahasa.00:06:19
00:06:20
Anda mungkin terfikir,00:06:22
00:06:22
bila dan bagaimana anda boleh mendapatkannya?00:06:25
00:06:25
Kami gembira untuk mengumumkan bahawa00:06:28
00:06:28
buku ini kini tersedia di JW Library00:06:32
00:06:32
dan salinan bercetak akan tersedia pada masa depan.00:06:36
00:06:36
Buku ini akan dipaparkan di bahagian00:06:39
00:06:39
“Maklumat Terkini” buat suatu jangka masa.00:06:42
00:06:42
Anda juga boleh mencarinya00:06:44
00:06:44
dengan menekan bahagian Perpustakaan00:06:48
00:06:48
dan kemudian pilih Buku.00:06:50
00:06:50
Masa pengeluaran bagi sesetengah bahasa00:06:53
00:06:53
adalah sama dengan bahasa Inggeris00:06:55
00:06:55
dan bagi bahasa lain pula00:06:57
00:06:57
pada masa akan datang.00:06:59
00:07:00
Seperti yang dikatakan di 2 Timotius 3:17,00:07:04
00:07:04
Badan Pimpinan berharap00:07:06
00:07:06
buku ini dapat bantu kita semua untuk00:07:09
00:07:09
menggunakan Firman Tuhan dengan baik dan ‘menjadi00:07:11
00:07:11
cekap serta dilengkapi dengan sepenuhnya00:07:14
00:07:14
untuk melakukan setiap perbuatan yang baik.’00:07:17
00:07:18
Sememangnya, hal ini sangat penting 00:07:21
00:07:21
kerana kita sedang hidup di penghujung00:07:23
00:07:23
hari-hari terakhir.00:07:25
00:07:26
Beberapa tahun kebelakangan ini,00:07:28
00:07:28
adakah anda rasa takut,00:07:30
00:07:30
takut anda jatuh sakit,00:07:33
00:07:33
takut hilang pekerjaan,00:07:36
00:07:36
atau takut anda tidak mampu menyara keluarga?00:07:39
00:07:39
Mungkin anda telah menghadapi bencana alam,00:07:43
00:07:43
penganiayaan, atau perang.00:07:45
00:07:46
Anda mungkin telah dibelenggu00:07:48
00:07:48
perasaan takut untuk masa yang lama.00:07:51
00:07:52
Saudara saudari,00:07:53
00:07:53
jika anda rasa begitu,00:07:56
00:07:56
adakah itu bermaksud iman anda lemah?00:08:00
00:08:00
Sudah tentu tidak.00:08:02
00:08:02
Hamba Yehuwa yang setia pada zaman lampau00:08:05
00:08:05
juga pernah rasa begitu,00:08:07
00:08:07
contohnya Daud.00:08:09
00:08:09
Raja Saul ingin membunuh Daud.00:08:12
00:08:12
Akibatnya, Daud terpaksa melarikan diri00:08:16
00:08:16
dan meninggalkan Israel.00:08:19
00:08:19
Jadi, ke mana dia pergi?00:08:22
00:08:22
Dia pergi ke Gat, iaitu kampung halaman Goliat.00:08:26
00:08:26
Pasti orang di sana sangat membenci dia, bukan?00:08:30
00:08:31
Oleh sebab itu, Bible kata bahawa00:08:35
00:08:35
‘Daud berasa sangat takut00:08:37
00:08:37
terhadap Raja Akhis dari Gat.’00:08:40
00:08:41
Pada masa yang sangat mencabar itu,00:08:43
00:08:43
Daud telah menggubah Mazmur 56.00:08:47
00:08:48
Mari kita kaji beberapa ayat00:08:50
00:08:50
bermula dengan ayat 1.00:08:53
00:09:02
Fikirkan hal ini.00:09:04
00:09:04
Tidak kira betapa kuatnya musuh-musuh Daud,00:09:08
00:09:08
mereka hanyalah manusia biasa00:09:11
00:09:11
yang perlukan air dan makanan untuk hidup.00:09:15
00:09:15
Jika Tuhan Yehuwa mengambil semua keperluan itu,00:09:20
00:09:20
orang itu pasti akan mati!00:09:23
00:09:23
Sekarang, perhatikan ayat 8.00:09:26
00:09:27
Daud kata,00:09:28
00:09:33
Tidak kira ke mana Daud pergi,00:09:35
00:09:35
Yehuwa sentiasa memerhatikannya.00:09:38
00:09:39
Daud menyambung,00:09:40
00:09:50
Bahkan Daud,00:09:51
00:09:51
seorang pahlawan yang gagah,00:09:53
00:09:53
tidak berasa malu untuk mengaku bahawa00:09:56
00:09:56
kadang kala dia rasa takut dan menangis.00:09:59
00:09:59
Namun, dia tidak biarkan perasaan tawar hati00:10:03
00:10:03
menguasainya dan melemahkannya.00:10:05
00:10:05
Daud yakin bahawa00:10:07
00:10:07
Yehuwa tahu segala kesusahannya00:10:10
00:10:10
dan seolah-olah mencatatkannya dalam sebuah kitab.00:10:14
00:10:14
Yehuwa tahu mengapa Daud menangis.00:10:17
00:10:17
Daud yakin bahawa suatu hari nanti00:10:20
00:10:20
kitab itu akan dibuka00:10:22
00:10:22
dan Yehuwa akan menghukum musuh-musuh Daud.00:10:27
00:10:27
Kita sangat dilegakan untuk tahu00:10:29
00:10:29
bahawa Yehuwa sangat prihatin terhadap kita.00:10:33
00:10:34
Jika anda menghadapi situasi yang susah,00:10:38
00:10:38
berdoalah.00:10:39
00:10:39
Jika anda dapat lakukan sesuatu,00:10:42
00:10:42
berdoalah untuk kebijaksanaan.00:10:45
00:10:45
Tapi, jika anda tidak dapat buat apa-apa,00:10:48
00:10:48
berdoalah untuk ketenangan hati.00:10:50
00:10:51
Jika kita menghadapi situasi yang buat kita rasa takut,00:10:56
00:10:56
ingatlah bahawa kita ada satu00:10:58
00:10:58
senjata yang sangat berkuasa,00:11:00
00:11:00
iaitu doa.00:11:02
00:11:02
Jika kita curahkan isi hati kita kepada Yehuwa,00:11:06
00:11:06
Dia mendengarkan kita00:11:08
00:11:08
dan akan bantu kita.00:11:10
00:11:11
Sekarang, perhatikan kata-kata di ayat 3.00:11:15
00:11:15
Kata-kata ini sangat ringkas00:11:17
00:11:17
tapi sangat bermakna.00:11:19
00:11:26
Ini pandangan yang realistik.00:11:28
00:11:28
Kadang kala, kita memang akan rasa takut,00:11:32
00:11:32
tapi ayat ini beritahu kita apa yang harus kita buat,00:11:35
00:11:35
iaitu berharap kepada Yehuwa.00:11:38
00:11:39
Pada tahun depan, kita ada banyak peluang00:11:42
00:11:42
untuk merenungkan ayat ini00:11:44
00:11:44
kerana Badan Pimpinan telah memilihnya00:11:47
00:11:47
sebagai ayat tahunan 2024.00:11:51
00:11:51
Saya ulang kata-kata di Mazmur 56:3,00:11:55
00:12:01
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:12:04
00:12:04
inilah Siaran JW.00:12:07
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #7
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #7
Selamat datang.
Saya ingin kongsi beberapa hal yang menarik
dan saya yakin anda pasti tidak sabar-sabar
untuk mendengarnya.
Bulan ini ialah ulang tahun ke-10
bagi pengeluaran Terjemahan Dunia Baharu
yang dikemaskinikan dalam bahasa Inggeris.
Lebih daripada 1.4 juta orang
telah menghadiri mesyuarat tahunan itu
secara bersemuka, atau melalui persidangan video
yang disiarkan di 31 negara.
Bible Terjemahan Dunia Baharu
kini tersedia dalam 158 bahasa.
Tapi, jika kita tambah jumlah bahasa yang hanya
ada Kitab Yunani Kristian,
atau sebahagian daripadanya,
jumlah keseluruhannya meningkat
kepada 279 bahasa.
Terjemahan Bible ini telah banyak
membantu kita dalam kerja penyebaran.
Jadi, Badan Pimpinan ingin mengeluarkan satu lagi
bahan bacaan yang dapat bantu kita cari
ayat-ayat Bible yang kita perlukan
dengan cepat dan mudah.
Firman Tuhan sangat berkuasa dan dapat beri kita
bimbingan dan kelegaan.
Oleh sebab itu, kita ada ayat-ayat kegemaran
yang selalu kita rujuk.
Kadang kala, anda mungkin ingat kata-kata
dalam ayat kegemaran anda
tapi tidak tahu di buku Bible yang mana.
Itu pernah berlaku kepada saya!
Mungkin anda ingin kongsi satu ayat Bible yang
melegakan tapi jarang digunakan.
Jika begitu, anda pasti sangat gembira
untuk menggunakan pengeluaran buku baharu
ini yang bertajuk,
Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian.
Bahan bacaan ini hampir sama
dengan sebuah buku yang dikeluarkan
pada 1965.
Tajuknya ialah,
Periksalah Semua Perkara dan Berpautlah pada Apa yang Baik.
Halaman tajuk buku menyatakan,
“Buku ini mengandungi senarai ayat-ayat Bible
untuk 123 topik utama.”
Apakah tujuannya?
Halaman tajuk berkata bahawa
“buku ini akan bantu anda yakin kepada ajaran
Bible bagi pelbagai topik dan menjelaskan
kepercayaan anda kepada orang lain.”
Ramai saudara saudari suka menggunakan buku ini.
Mari kita dengar pengalaman mereka.
Saya sangat suka buku ini.
Terdapat senarai ayat-ayat Bible
untuk pelbagai topik dan saya dapat
menggunakannya untuk mengenal pasti prinsip-prinsip
Bible yang dapat digunakan dalam situasi yang berbeza.
Semasa buku ini dikeluarkan,
kami sedang merintis di kawasan yang ada banyak orang
yang berminat dengan perbincangan Bible.
Saya ingat saya pernah bincang dengan seorang wanita
dan dia tanya tentang cerita
orang kaya dan Lazarus.
Jadi, kami pun rujuk topik api neraka
untuk lihat penjelasan Bible.
Saya seorang tentera semasa saya dapat kebenaran.
Buku ini bantu saya lebih faham
isu tentang perang,
keneutralan, dan persahabatan dengan dunia.
Kadang kala saya masih rujuk buku ini.
Inilah alat mengajar kami, dan sebagai perintis,
kami selalu menggunakannya.
Seperti buku Periksalah, buku baharu ini,
Ayat Bible untuk Kehidupan Kristian,
mempunyai senarai ayat-ayat Bible
bagi lebih daripada 100 topik.
Dengan menggunakan buku ini,
kita dapat terapkan 2 Timotius 2:15
untuk “mengajar dan menjelaskan firman yang benar dengan baik.”
Mari kita lihat ciri-ciri utama buku baharu ini
dengan menggunakan JW Library.
Buku ini dapat bantu kita cari ayat-ayat
dan kisah Bible
yang dapat bantu kita menangani cabaran
dan juga menggalakkan orang lain.
Buku ini dibahagikan kepada kategori
dan di bawah setiap kategori ada banyak topik.
Tapi, bukan semua ayat Bible
berkaitan dengan topik itu disenaraikan.
Untuk cari suatu topik,
guna kotak cari atau pilih daripada bahagian kategori.
Terdapat tujuh kategori,
iaitu Cabaran, Kehidupan Seharian, Kelakuan,
Keluarga, Kerohanian, Sidang, dan Sifat-Sifat.
Pilih satu kategori
dan lihat senarai topik di bawahnya.
Jika anda tidak tahu topik itu di kategori mana,
pilih Semua.
Dalam setiap topik,
anda dapat lihat beberapa pernyataan
atau soalan dalam huruf tebal.
Ayat-ayat rujukan Bible
menjawab soalan atau
menyokong pernyataan tersebut.
Terdapat juga ayat-ayat tambahan di bahagian
“Lihat juga” atau “Kisah Bible yang bantu kita.”
Bagaimanakah buku baharu ini akan digunakan?
Buku Periksalah direka khas untuk kerja penyebaran,
manakala buku ini direka untuk membimbing kita
dan membantu kita menangani cabaran
dalam kehidupan Kristian.
Para penatua, anda akan dapati bahawa
buku ini sangat berguna semasa
melakukan kunjungan penggembalaan
dan semasa menyediakan ceramah.
Para suami dan ibu bapa, anda dapat guna bahan
rujukan ini untuk sesi penyembahan keluarga.
Kita semua juga dapat meraih banyak manfaat
dengan menggunakan buku ini
dalam pembelajaran peribadi kita.
Selain itu, buku ini dapat bantu pelajar Bible kita
untuk belajar dan menerapkan
prinsip Bible semasa membuat keputusan.
Buku ini akan diterjemahkan dalam
lebih daripada 300 bahasa.
Anda mungkin terfikir,
bila dan bagaimana anda boleh mendapatkannya?
Kami gembira untuk mengumumkan bahawa
buku ini kini tersedia di JW Library
dan salinan bercetak akan tersedia pada masa depan.
Buku ini akan dipaparkan di bahagian
“Maklumat Terkini” buat suatu jangka masa.
Anda juga boleh mencarinya
dengan menekan bahagian Perpustakaan
dan kemudian pilih Buku.
Masa pengeluaran bagi sesetengah bahasa
adalah sama dengan bahasa Inggeris
dan bagi bahasa lain pula
pada masa akan datang.
Seperti yang dikatakan di 2 Timotius 3:17,
Badan Pimpinan berharap
buku ini dapat bantu kita semua untuk
menggunakan Firman Tuhan dengan baik dan ‘menjadi
cekap serta dilengkapi dengan sepenuhnya
untuk melakukan setiap perbuatan yang baik.’
Sememangnya, hal ini sangat penting
kerana kita sedang hidup di penghujung
hari-hari terakhir.
Beberapa tahun kebelakangan ini,
adakah anda rasa takut,
takut anda jatuh sakit,
takut hilang pekerjaan,
atau takut anda tidak mampu menyara keluarga?
Mungkin anda telah menghadapi bencana alam,
penganiayaan, atau perang.
Anda mungkin telah dibelenggu
perasaan takut untuk masa yang lama.
Saudara saudari,
jika anda rasa begitu,
adakah itu bermaksud iman anda lemah?
Sudah tentu tidak.
Hamba Yehuwa yang setia pada zaman lampau
juga pernah rasa begitu,
contohnya Daud.
Raja Saul ingin membunuh Daud.
Akibatnya, Daud terpaksa melarikan diri
dan meninggalkan Israel.
Jadi, ke mana dia pergi?
Dia pergi ke Gat, iaitu kampung halaman Goliat.
Pasti orang di sana sangat membenci dia, bukan?
Oleh sebab itu, Bible kata bahawa
‘Daud berasa sangat takut
terhadap Raja Akhis dari Gat.’
Pada masa yang sangat mencabar itu,
Daud telah menggubah Mazmur 56.
Mari kita kaji beberapa ayat
bermula dengan ayat 1.
Fikirkan hal ini.
Tidak kira betapa kuatnya musuh-musuh Daud,
mereka hanyalah manusia biasa
yang perlukan air dan makanan untuk hidup.
Jika Tuhan Yehuwa mengambil semua keperluan itu,
orang itu pasti akan mati!
Sekarang, perhatikan ayat 8.
Daud kata,
Tidak kira ke mana Daud pergi,
Yehuwa sentiasa memerhatikannya.
Daud menyambung,
Bahkan Daud,
seorang pahlawan yang gagah,
tidak berasa malu untuk mengaku bahawa
kadang kala dia rasa takut dan menangis.
Namun, dia tidak biarkan perasaan tawar hati
menguasainya dan melemahkannya.
Daud yakin bahawa
Yehuwa tahu segala kesusahannya
dan seolah-olah mencatatkannya dalam sebuah kitab.
Yehuwa tahu mengapa Daud menangis.
Daud yakin bahawa suatu hari nanti
kitab itu akan dibuka
dan Yehuwa akan menghukum musuh-musuh Daud.
Kita sangat dilegakan untuk tahu
bahawa Yehuwa sangat prihatin terhadap kita.
Jika anda menghadapi situasi yang susah,
berdoalah.
Jika anda dapat lakukan sesuatu,
berdoalah untuk kebijaksanaan.
Tapi, jika anda tidak dapat buat apa-apa,
berdoalah untuk ketenangan hati.
Jika kita menghadapi situasi yang buat kita rasa takut,
ingatlah bahawa kita ada satu
senjata yang sangat berkuasa,
iaitu doa.
Jika kita curahkan isi hati kita kepada Yehuwa,
Dia mendengarkan kita
dan akan bantu kita.
Sekarang, perhatikan kata-kata di ayat 3.
Kata-kata ini sangat ringkas
tapi sangat bermakna.
Ini pandangan yang realistik.
Kadang kala, kita memang akan rasa takut,
tapi ayat ini beritahu kita apa yang harus kita buat,
iaitu berharap kepada Yehuwa.
Pada tahun depan, kita ada banyak peluang
untuk merenungkan ayat ini
kerana Badan Pimpinan telah memilihnya
sebagai ayat tahunan 2024.
Saya ulang kata-kata di Mazmur 56:3,
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-