00:00:01
Selamat datang saudara saudari ke video laporan ini.00:00:07
00:00:08
Saya ingin mulakan video ini00:00:10
00:00:10
dengan mengongsi laporan tentang bencana alam00:00:14
00:00:14
yang mempengaruhi saudara saudari baru-baru ini.00:00:18
00:00:18
Pada September, saudara saudari di Greece00:00:23
00:00:23
telah dilanda hujan lebat dan banjir yang teruk.00:00:28
00:00:28
Pada Oktober, taufan kategori lima00:00:32
00:00:32
menyebabkan kerosakan teruk di Mexico.00:00:36
00:00:38
Dan pada bulan November, gempa bumi00:00:42
00:00:42
yang berskala 6.7 telah melanda Filipina.00:00:48
00:00:48
Sedihnya, akibat gempa bumi itu,00:00:52
00:00:52
seorang saudari terkorban dan00:00:55
00:00:55
sepuluh saudara saudari turut tercedera.00:00:59
00:01:00
Kita terus berdoa untuk saudara saudari kita00:01:05
00:01:05
yang terjejas akibat bencana di seluas dunia.00:01:09
00:01:09
Kami bersyukur atas bantuan, sokongan, dan doa anda.00:01:15
00:01:15
Ada juga yang bekerja keras dalam kerja bantuan bencana.00:01:20
00:01:20
Sumbangan anda yang murah hati00:01:23
00:01:23
juga membolehkan para saudara00:01:26
00:01:26
untuk menyediakan keperluan saudara saudari00:01:30
00:01:30
dan membina semula rumah dan Dewan Perjumpaan.00:01:35
00:01:35
Kami sangat hargai bantuan anda.00:01:39
00:01:39
Badan Pimpinan ingin saya ucapkan terima kasih.00:01:45
00:01:46
Untuk bahagian seterusnya,00:01:48
00:01:48
kami ingin bincangkan tema,00:01:51
00:01:51
“Kami Menunjukkan bahawa Kami ialah Hamba Tuhan.”00:01:56
00:01:56
Tema ini diambil daripada 2 Korintus 6:4.00:02:01
00:02:01
Rasul Paulus kata,00:02:03
00:02:10
Ini sangat penting.00:02:12
00:02:13
Kita harus menunjukkan atau00:02:16
00:02:16
memberikan bukti bahawa00:02:18
00:02:18
kita benar-benar ialah hamba Tuhan.00:02:22
00:02:22
Tapi bagaimanakah kita dapat melakukan hal itu?00:02:27
00:02:28
Memang ada beberapa cara kita dapat berbuat demikian.00:02:32
00:02:32
Tapi satu cara penting ialah melalui penampilan kita.00:02:40
00:02:40
Kita mahu muliakan dan00:02:43
00:02:43
mengharumkan nama baik Tuhan yang kita sembah.00:02:47
00:02:47
Caranya adalah dengan menerapkan prinsip Bible.00:02:52
00:02:52
Mari kita selidik satu prinsip di 1 Timotius 2:9, 10.00:02:59
00:02:59
Sini kata,00:03:01
00:03:34
Walaupun nasihat itu ditujukan kepada para wanita,00:03:39
00:03:39
prinsip ini juga harus diterapkan oleh lelaki juga.00:03:45
00:03:45
Jadi, kita menunjukkan bahawa kita ialah hamba Tuhan00:03:51
00:03:51
dengan memastikan penampilan kita sopan,00:03:54
00:03:54
kelihatan kemas, sesuai, sederhana,00:04:00
00:04:00
dan mencerminkan fikiran yang sihat.00:04:04
00:04:04
Adakah ini bermaksud semua Saksi-Saksi Yehuwa00:04:08
00:04:08
harus buat pilihan yang sama?00:04:10
00:04:11
Patutkah kita pakai pakaian seragam?00:04:15
00:04:15
Atau haruskah kita ada gaya, dandanan,00:04:18
00:04:18
dan penampilan yang sama?00:04:21
00:04:21
Sudah pasti tidak.00:04:23
00:04:23
Di seluas dunia, ada lebih daripada lapan juta Saksi.00:04:28
00:04:28
Kita semua dipimpin oleh Yehuwa ke dalam organisasi-Nya.00:04:33
00:04:33
Kepelbagaian bahasa, budaya, dan latar belakang00:04:38
00:04:38
ialah sesuatu yang Yehuwa sangat suka.00:04:42
00:04:42
Tapi persoalannya ialah00:04:45
00:04:45
bagaimana pula dengan menyimpan janggut?00:04:49
00:04:49
Adakah ini sesuai bagi saudara Kristian?00:04:53
00:04:53
Untuk jawab soalan ini,00:04:56
00:04:56
mari kita lihat video berikut yang menunjukkan00:04:59
00:04:59
pandangan umat Yehuwa tentang hal ini00:05:02
00:05:02
dari zaman dulu sehingga zaman moden ini.00:05:06
00:05:10
Pada zaman kuno, adalah biasa00:05:13
00:05:13
untuk para lelaki menyimpan janggut.00:05:16
00:05:16
Hal ini juga merupakan adat orang Israel.00:05:19
00:05:19
Seorang lelaki Israel hanya mencukur janggut00:05:22
00:05:22
jika dia dihina atau sedang meratap.00:05:25
00:05:25
Pernah sekali raja Ammon menghina00:05:28
00:05:28
hamba-hamba Daud dengan mencukur janggut mereka.00:05:30
00:05:30
Jadi, Daud melindungi maruah mereka dengan berkata,00:05:34
00:05:41
Ratusan tahun kemudian, Nabi Yehezkiel juga00:05:44
00:05:44
mencukur janggut dan rambutnya untuk melambangkan00:05:47
00:05:47
kesusahan yang akan menimpa Yerusalem.00:05:50
00:05:50
Bagaimana pula dengan Yesus?00:05:53
00:05:53
Memandangkan dia orang Israel,00:05:55
00:05:55
adakah dia juga menyimpan janggut?00:05:57
00:05:57
Berdasarkan kesimpulan beberapa ahli arkeologi,00:06:01
00:06:01
kebanyakan bahan bacaan kita pada masa dulu00:06:03
00:06:03
menggambarkan Yesus tanpa janggut.00:06:06
00:06:06
Namun, pada 1968, The Watchtower telah membincangkan00:06:11
00:06:11
bukti-bukti daripada ayat-ayat Bible00:06:13
00:06:13
dan rujukan sejarah yang lebih sahih.00:06:16
00:06:16
Tiada catatan Bible yang menunjukkan00:06:18
00:06:18
bahawa penampilan Yesus luar biasa00:06:21
00:06:21
semasa Yesus di bumi.00:06:23
00:06:23
Maksudnya, Yesus menyimpan janggut00:06:25
00:06:25
seperti lelaki Yahudi lain pada zaman itu.00:06:29
00:06:29
Sejak itu, video dan gambar dalam bahan bacaan kita00:06:33
00:06:33
telah menunjukkan Yesus dengan janggut yang kemas.00:06:37
00:06:37
Semasa sidang Kristian ditubuhkan pada abad pertama,00:06:40
00:06:40
orang Roma mempunyai kebiasaan untuk mencukur janggut.00:06:44
00:06:44
Adakah orang Yahudi dalam sidang perlu mencukur janggut,00:06:48
00:06:48
atau adakah orang bukan Yahudi harus menyimpan janggut supaya00:06:53
00:06:53
kelihatan sama seperti saudara mereka yang berbangsa Yahudi?00:06:57
00:06:57
Nampaknya tidak, kerana ayat Bible tiada perintah tentang hal ini.00:07:02
00:07:02
Ini ialah keputusan peribadi masing-masing.00:07:06
00:07:06
Antara 1870 dengan 1914,00:07:10
00:07:10
para Pelajar Bible biasanya menyimpan janggut,00:07:13
00:07:13
seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini.00:07:16
00:07:16
Mereka ialah penyelia lawatan pada masa itu.00:07:19
00:07:19
Saudara Russell juga menyimpan janggut.00:07:22
00:07:22
Seorang penyunting surat khabar kata,00:07:24
00:07:24
‘Beliau mempunyai penampilan yang kemas.00:07:27
00:07:27
Beliau tidak kelihatan luar biasa.00:07:30
00:07:30
Penampilannya seperti para penginjil yang lain.00:07:33
00:07:33
Janggut beliau yang putih menyerlahkan sifat kebapaannya00:07:37
00:07:37
dan membuat anda ingin mempercayainya.’00:07:40
00:07:40
Selepas Perang Dunia Pertama,00:07:42
00:07:42
ramai orang lebih suka mencukur janggut.00:07:45
00:07:45
Gambar penyelia lawatan ini pada 1919 menunjukkan00:07:49
00:07:49
kebanyakan saudara tidak berjanggut.00:07:51
00:07:51
Jadi, walaupun bahan bacaan kita00:07:53
00:07:53
jarang menyentuh topik ini,00:07:55
00:07:55
hanya sedikit saudara yang menyimpan janggut.00:07:58
00:07:59
Bermula 1960-an, di banyak negara,00:08:02
00:08:02
orang yang suka memberontak biasanya menyimpan janggut.00:08:06
00:08:06
Jadi, kebanyakan lelaki,00:08:08
00:08:08
tidak kira Saksi atau bukan Saksi,00:08:11
00:08:11
memilih untuk tidak menyimpan janggut.00:08:13
00:08:13
Oleh sebab pandangan yang negatif ini,00:08:16
00:08:16
kebanyakan saudara yang menyimpan janggut00:08:18
00:08:18
tidak diberi tanggungjawab sebagai pembantu sidang,00:08:21
00:08:21
penatua, atau tanggungjawab lain.00:08:25
00:08:25
Seraya masa berlalu, menyimpan janggut menjadi00:08:28
00:08:28
suatu kebiasaan di sesetengah tempat dan00:08:31
00:08:31
tidak lagi berkaitan dengan sikap memberontak.00:08:34
00:08:34
Saudara yang menyimpan janggut juga00:08:36
00:08:36
dilantik sebagai pembantu sidang dan penatua.00:08:39
00:08:39
Kini, menyimpan janggut sudah00:08:42
00:08:42
menjadi kebiasaan di banyak negara.00:08:45
00:08:45
Jadi, apakah pandangan kita terhadap00:08:47
00:08:47
saudara yang memilih untuk menyimpan janggut?00:08:51
00:08:54
Video tadi berakhir dengan soalan yang sangat menarik.00:08:59
00:09:00
Apakah pandangan kita terhadap00:09:02
00:09:02
saudara yang memilih untuk menyimpan janggut?00:09:06
00:09:07
Badan Pimpinan ingin saya bacakan pengumuman berikut:00:09:12
00:09:13
“Beberapa pejabat cawangan di seluas dunia00:09:17
00:09:17
telah meluahkan bahawa terdapat penyiar-penyiar00:09:21
00:09:21
yang bertanya sama ada sesuai bagi saudara terlantik00:09:25
00:09:25
untuk menyimpan janggut atau tidak.00:09:28
00:09:28
Oleh sebab itu, Badan Pimpinan berdoa bersungguh-sungguh00:09:34
00:09:34
dan membuat keputusan untuk memberi00:09:37
00:09:37
penjelasan tentang perkara ini.00:09:41
00:09:41
Badan Pimpinan tidak menghalang00:09:45
00:09:45
para saudara yang ingin menyimpan janggut.00:09:48
00:09:48
Kenapa?00:09:50
00:09:50
Kerana Bible tidak melarang lelaki daripada menyimpan janggut.00:09:56
00:09:56
Seraya masa berlalu, di banyak kawasan,00:10:00
00:10:00
bahkan lelaki-lelaki yang memegang jawatan penting00:10:05
00:10:05
dalam sektor perniagaan atau kerajaan juga menyimpan janggut.00:10:11
00:10:11
Jadi, keputusan untuk menyimpan janggut atau tidak00:10:16
00:10:16
merupakan keputusan peribadi masing-masing.00:10:20
00:10:20
Kelayakan seorang saudara untuk dilantik sebagai00:10:24
00:10:24
pembantu sidang atau penatua adalah berdasarkan kerohaniannya,00:10:30
00:10:30
dan bukannya pilihannya untuk menyimpan janggut atau tidak.00:10:35
00:10:35
Arahan yang sama juga ditujukan kepada00:10:38
00:10:38
pekhidmat khas sepenuh masa seperti pekhidmat Bethel,00:10:44
00:10:44
perintis khas, mubaligh, penyelia litar, dan yang lain.00:10:50
00:10:50
Selaras dengan prinsip di Roma 14:4,00:10:54
00:10:54
para penatua mahupun saudara saudari lain00:10:58
00:10:58
tidak patut menghakimi seorang saudara00:11:02
00:11:02
yang memilih untuk menyimpan janggut.00:11:05
00:11:05
Kami yakin penjelasan ini akan bantu segenap umat Yehuwa untuk00:11:11
00:11:11
mengelakkan apa-apa sahaja yang dapat menyebabkan perpecahan.”00:11:17
00:11:17
Akhir pengumuman daripada Badan Pimpinan.00:11:22
00:11:23
Arahan ini mungkin timbulkan beberapa persoalan.00:11:29
00:11:29
Salah satunya mungkin,00:11:32
00:11:32
“Mengapakah Badan Pimpinan ingin sebut tentang hal ini sekarang?”00:11:37
00:11:38
Kerana seperti Rasul Paulus katakan di 1 Korintus 7:31,00:11:44
00:11:50
Dalam ayat ini, Rasul Paulus mungkin00:11:53
00:11:53
sedang merujuk kepada persembahan pentas00:11:56
00:11:56
di mana adegan berubah dengan begitu cepat sekali,00:12:01
00:12:01
dan para pelakon akan naik pentas atau turun dengan segera.00:12:07
00:12:08
Begitu juga, gaya dan dandanan orang00:12:11
00:12:11
telah berubah dengan peredaran masa.00:12:15
00:12:15
Fikirkan contoh ini,00:12:17
00:12:17
semakin ramai lelaki yang memegang jawatan yang penting00:12:21
00:12:21
dan berpenampilan kemas juga berjanggut.00:12:25
00:12:25
Mereka juga dihormati dalam masyarakat.00:12:29
00:12:30
Soalan kedua,00:12:32
00:12:32
“Apakah seharusnya pandangan kita00:12:35
00:12:35
terhadap saudara yang menyimpan janggut?”00:12:38
00:12:38
Kita harus terapkan nasihat Yesus00:12:41
00:12:41
di Yohanes 7:24 yang kata,00:12:45
00:12:51
Seperti video tadi, gaya dan dandanan00:12:54
00:12:54
telah berubah dengan peredaran masa,00:12:57
00:12:57
dan bukan semua perubahan itu buruk.00:13:01
00:13:01
Sebagai contoh, kita pun tidak akan berpakaian00:13:05
00:13:05
seperti orang pada zaman kuno,00:13:07
00:13:07
dan kebanyakan orang pun tidak akan berpakaian00:13:10
00:13:10
seperti orang yang hidup seratus tahun yang lalu.00:13:14
00:13:14
Sebaliknya, ramai pilih untuk berpakaian sesuai00:13:18
00:13:18
dengan zaman sekarang dan00:13:20
00:13:20
bukannya gaya atau dandanan yang popular pada zaman dulu.00:13:25
00:13:25
Sebenarnya, adalah tidak salah untuk berpakaian00:13:30
00:13:30
seperti orang lain dalam masyarakat kita,00:13:34
00:13:34
selagi gaya dan dandanan itu00:13:38
00:13:38
tidak bercanggah dengan mana-mana prinsip Bible.00:13:43
00:13:43
Penampilan kita haruslah selalu sopan,00:13:48
00:13:48
bersih dan kemas,00:13:50
00:13:50
serta mencerminkan fikiran yang sihat.00:13:55
00:13:55
Soalan ketiga,00:13:57
00:13:57
“Bagaimanakah kita dapat terus memupuk perpaduan00:14:01
00:14:01
selepas dengar arahan ini?”00:14:04
00:14:04
Ada antara kita yang mungkin harus bergelut00:14:09
00:14:09
dengan perasaan atau pandangan masing-masing.00:14:14
00:14:14
Contohnya, ada yang mungkin rasa bangga00:14:18
00:14:18
dan fikir pendapat mereka betul.00:14:22
00:14:22
Mereka seolah-olah berkata dalam hati,00:14:25
00:14:25
“Itulah pandangan saya selama ini.00:14:27
00:14:27
Akhirnya, arahan ini buktikan saya memang betul!”00:14:34
00:14:34
Ada pula yang mungkin rasa kecewa.00:14:38
00:14:38
Mereka mungkin fikir,00:14:40
00:14:40
“Selama ini, saya berusaha menyokong pandangan tentang dandanan.00:14:45
00:14:45
Sekarang, rasanya macam sia-sia saja.”00:14:49
00:14:50
Adakah kedua-dua reaksi ini wajar?00:14:53
00:14:53
Tidak.00:14:55
00:14:55
Perhatikan kata-kata Paulus00:14:58
00:14:58
yang tercatat di 1 Korintus 1:10.00:15:03
00:15:03
Ayat ini kata,00:15:05
00:15:32
Bagaimanakah prinsip ini dapat diterapkan?00:15:36
00:15:36
Sekiranya kita asyik berkeras dengan pandangan kita sendiri00:15:41
00:15:41
dan tidak menggalakkan saudara saudari00:15:45
00:15:45
untuk mematuhi arahan organisasi,00:15:49
00:15:49
adakah kita memupuk perpaduan?00:15:52
00:15:52
Adakah kita sedang bantu persaudaraan sedunia00:15:55
00:15:55
untuk bersatu padu dan sependapat?00:15:59
00:15:59
Tidak, bukan?00:16:01
00:16:01
Jika itulah sikap kita,00:16:04
00:16:04
kita harus berusaha untuk mengubahnya.00:16:09
00:16:09
Sebaliknya, kalau kita dengan setia menyokong00:16:13
00:16:13
segala aturan organisasi Yehuwa selama ini,00:16:17
00:16:17
perlukah kita rasa menyesal atau usaha kita sia-sia?00:16:23
00:16:23
Tidak.00:16:25
00:16:25
Yehuwa sangat menghargai kesetiaan kita semua00:16:29
00:16:29
dan Dia menghargai kerendahan hati kita00:16:32
00:16:32
dan kerelaan kita untuk taat kepada00:16:36
00:16:36
semua arahan daripada organisasi-Nya.00:16:41
00:16:42
Pada abad pertama, sesetengah orang Kristian00:16:46
00:16:46
membiarkan isu sunat menyebabkan00:16:48
00:16:48
timbulnya perpecahan dalam sidang.00:16:52
00:16:52
Tapi, kuasa suci Tuhan membimbing badan pimpinan00:16:56
00:16:56
supaya selesaikan isu itu dan menjaga perpaduan.00:17:01
00:17:01
Begitu juga, Badan Pimpinan hari ini00:17:04
00:17:04
ingin terus memelihara perpaduan.00:17:08
00:17:08
Kami tidak mahu isu tentang janggut00:17:12
00:17:12
menyebabkan timbulnya perpecahan.00:17:16
00:17:17
Ingatlah, bahagian organisasi Yehuwa di bumi selalu berusaha00:17:22
00:17:22
mencerminkan bahagian organisasi Yehuwa yang di syurga.00:17:28
00:17:28
Kita mahu bergerak seiring dengannya.00:17:31
00:17:31
Nabi Yehezkiel kata kenderaan Yehuwa di syurga00:17:35
00:17:35
bergerak laju “seperti pancaran kilat.”00:17:40
00:17:41
Maka, sesiapa yang mendahului pimpinan Yehuwa00:17:46
00:17:46
atau berkeras dengan cara sendiri,00:17:50
00:17:50
atau mereka yang ketinggalan dan bahkan00:17:54
00:17:54
enggan menyokong perubahan daripada hamba yang setia00:17:58
00:17:58
sebenarnya tidak bergerak seiring dengan organisasi Yehuwa.00:18:05
00:18:06
Kesimpulannya, kita amat bersyukur atas00:18:10
00:18:10
arahan yang seimbang ini tentang isu janggut.00:18:15
00:18:15
Yehuwa menghormati kita,00:18:18
00:18:18
dan Dia izinkan setiap saudara untuk00:18:21
00:18:21
membuat pilihan untuk menyimpan janggut atau tidak.00:18:26
00:18:26
Kami yakin anda semua ingin00:18:29
00:18:29
bergerak seiring dengan organisasi Yehuwa,00:18:33
00:18:33
dan bila perlu, anda akan menyesuaikan pandangan sendiri.00:18:38
00:18:38
Hasilnya, kita dapat menyembah Yehuwa dengan setia00:18:43
00:18:43
dan memelihara kasih dan perpaduan kita.00:18:47
00:18:48
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,00:18:53
00:18:53
inilah Siaran JW.00:18:57
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #8
-
Berita Terkini Badan Pimpinan 2023 #8
Selamat datang saudara saudari ke video laporan ini.
Saya ingin mulakan video ini
dengan mengongsi laporan tentang bencana alam
yang mempengaruhi saudara saudari baru-baru ini.
Pada September, saudara saudari di Greece
telah dilanda hujan lebat dan banjir yang teruk.
Pada Oktober, taufan kategori lima
menyebabkan kerosakan teruk di Mexico.
Dan pada bulan November, gempa bumi
yang berskala 6.7 telah melanda Filipina.
Sedihnya, akibat gempa bumi itu,
seorang saudari terkorban dan
sepuluh saudara saudari turut tercedera.
Kita terus berdoa untuk saudara saudari kita
yang terjejas akibat bencana di seluas dunia.
Kami bersyukur atas bantuan, sokongan, dan doa anda.
Ada juga yang bekerja keras dalam kerja bantuan bencana.
Sumbangan anda yang murah hati
juga membolehkan para saudara
untuk menyediakan keperluan saudara saudari
dan membina semula rumah dan Dewan Perjumpaan.
Kami sangat hargai bantuan anda.
Badan Pimpinan ingin saya ucapkan terima kasih.
Untuk bahagian seterusnya,
kami ingin bincangkan tema,
“Kami Menunjukkan bahawa Kami ialah Hamba Tuhan.”
Tema ini diambil daripada 2 Korintus 6:4.
Rasul Paulus kata,
Ini sangat penting.
Kita harus menunjukkan atau
memberikan bukti bahawa
kita benar-benar ialah hamba Tuhan.
Tapi bagaimanakah kita dapat melakukan hal itu?
Memang ada beberapa cara kita dapat berbuat demikian.
Tapi satu cara penting ialah melalui penampilan kita.
Kita mahu muliakan dan
mengharumkan nama baik Tuhan yang kita sembah.
Caranya adalah dengan menerapkan prinsip Bible.
Mari kita selidik satu prinsip di 1 Timotius 2:9, 10.
Sini kata,
Walaupun nasihat itu ditujukan kepada para wanita,
prinsip ini juga harus diterapkan oleh lelaki juga.
Jadi, kita menunjukkan bahawa kita ialah hamba Tuhan
dengan memastikan penampilan kita sopan,
kelihatan kemas, sesuai, sederhana,
dan mencerminkan fikiran yang sihat.
Adakah ini bermaksud semua Saksi-Saksi Yehuwa
harus buat pilihan yang sama?
Patutkah kita pakai pakaian seragam?
Atau haruskah kita ada gaya, dandanan,
dan penampilan yang sama?
Sudah pasti tidak.
Di seluas dunia, ada lebih daripada lapan juta Saksi.
Kita semua dipimpin oleh Yehuwa ke dalam organisasi-Nya.
Kepelbagaian bahasa, budaya, dan latar belakang
ialah sesuatu yang Yehuwa sangat suka.
Tapi persoalannya ialah
bagaimana pula dengan menyimpan janggut?
Adakah ini sesuai bagi saudara Kristian?
Untuk jawab soalan ini,
mari kita lihat video berikut yang menunjukkan
pandangan umat Yehuwa tentang hal ini
dari zaman dulu sehingga zaman moden ini.
Pada zaman kuno, adalah biasa
untuk para lelaki menyimpan janggut.
Hal ini juga merupakan adat orang Israel.
Seorang lelaki Israel hanya mencukur janggut
jika dia dihina atau sedang meratap.
Pernah sekali raja Ammon menghina
hamba-hamba Daud dengan mencukur janggut mereka.
Jadi, Daud melindungi maruah mereka dengan berkata,
Ratusan tahun kemudian, Nabi Yehezkiel juga
mencukur janggut dan rambutnya untuk melambangkan
kesusahan yang akan menimpa Yerusalem.
Bagaimana pula dengan Yesus?
Memandangkan dia orang Israel,
adakah dia juga menyimpan janggut?
Berdasarkan kesimpulan beberapa ahli arkeologi,
kebanyakan bahan bacaan kita pada masa dulu
menggambarkan Yesus tanpa janggut.
Namun, pada 1968, The Watchtower telah membincangkan
bukti-bukti daripada ayat-ayat Bible
dan rujukan sejarah yang lebih sahih.
Tiada catatan Bible yang menunjukkan
bahawa penampilan Yesus luar biasa
semasa Yesus di bumi.
Maksudnya, Yesus menyimpan janggut
seperti lelaki Yahudi lain pada zaman itu.
Sejak itu, video dan gambar dalam bahan bacaan kita
telah menunjukkan Yesus dengan janggut yang kemas.
Semasa sidang Kristian ditubuhkan pada abad pertama,
orang Roma mempunyai kebiasaan untuk mencukur janggut.
Adakah orang Yahudi dalam sidang perlu mencukur janggut,
atau adakah orang bukan Yahudi harus menyimpan janggut supaya
kelihatan sama seperti saudara mereka yang berbangsa Yahudi?
Nampaknya tidak, kerana ayat Bible tiada perintah tentang hal ini.
Ini ialah keputusan peribadi masing-masing.
Antara 1870 dengan 1914,
para Pelajar Bible biasanya menyimpan janggut,
seperti yang ditunjukkan dalam gambar ini.
Mereka ialah penyelia lawatan pada masa itu.
Saudara Russell juga menyimpan janggut.
Seorang penyunting surat khabar kata,
‘Beliau mempunyai penampilan yang kemas.
Beliau tidak kelihatan luar biasa.
Penampilannya seperti para penginjil yang lain.
Janggut beliau yang putih menyerlahkan sifat kebapaannya
dan membuat anda ingin mempercayainya.’
Selepas Perang Dunia Pertama,
ramai orang lebih suka mencukur janggut.
Gambar penyelia lawatan ini pada 1919 menunjukkan
kebanyakan saudara tidak berjanggut.
Jadi, walaupun bahan bacaan kita
jarang menyentuh topik ini,
hanya sedikit saudara yang menyimpan janggut.
Bermula 1960-an, di banyak negara,
orang yang suka memberontak biasanya menyimpan janggut.
Jadi, kebanyakan lelaki,
tidak kira Saksi atau bukan Saksi,
memilih untuk tidak menyimpan janggut.
Oleh sebab pandangan yang negatif ini,
kebanyakan saudara yang menyimpan janggut
tidak diberi tanggungjawab sebagai pembantu sidang,
penatua, atau tanggungjawab lain.
Seraya masa berlalu, menyimpan janggut menjadi
suatu kebiasaan di sesetengah tempat dan
tidak lagi berkaitan dengan sikap memberontak.
Saudara yang menyimpan janggut juga
dilantik sebagai pembantu sidang dan penatua.
Kini, menyimpan janggut sudah
menjadi kebiasaan di banyak negara.
Jadi, apakah pandangan kita terhadap
saudara yang memilih untuk menyimpan janggut?
Video tadi berakhir dengan soalan yang sangat menarik.
Apakah pandangan kita terhadap
saudara yang memilih untuk menyimpan janggut?
Badan Pimpinan ingin saya bacakan pengumuman berikut:
“Beberapa pejabat cawangan di seluas dunia
telah meluahkan bahawa terdapat penyiar-penyiar
yang bertanya sama ada sesuai bagi saudara terlantik
untuk menyimpan janggut atau tidak.
Oleh sebab itu, Badan Pimpinan berdoa bersungguh-sungguh
dan membuat keputusan untuk memberi
penjelasan tentang perkara ini.
Badan Pimpinan tidak menghalang
para saudara yang ingin menyimpan janggut.
Kenapa?
Kerana Bible tidak melarang lelaki daripada menyimpan janggut.
Seraya masa berlalu, di banyak kawasan,
bahkan lelaki-lelaki yang memegang jawatan penting
dalam sektor perniagaan atau kerajaan juga menyimpan janggut.
Jadi, keputusan untuk menyimpan janggut atau tidak
merupakan keputusan peribadi masing-masing.
Kelayakan seorang saudara untuk dilantik sebagai
pembantu sidang atau penatua adalah berdasarkan kerohaniannya,
dan bukannya pilihannya untuk menyimpan janggut atau tidak.
Arahan yang sama juga ditujukan kepada
pekhidmat khas sepenuh masa seperti pekhidmat Bethel,
perintis khas, mubaligh, penyelia litar, dan yang lain.
Selaras dengan prinsip di Roma 14:4,
para penatua mahupun saudara saudari lain
tidak patut menghakimi seorang saudara
yang memilih untuk menyimpan janggut.
Kami yakin penjelasan ini akan bantu segenap umat Yehuwa untuk
mengelakkan apa-apa sahaja yang dapat menyebabkan perpecahan.”
Akhir pengumuman daripada Badan Pimpinan.
Arahan ini mungkin timbulkan beberapa persoalan.
Salah satunya mungkin,
“Mengapakah Badan Pimpinan ingin sebut tentang hal ini sekarang?”
Kerana seperti Rasul Paulus katakan di 1 Korintus 7:31,
Dalam ayat ini, Rasul Paulus mungkin
sedang merujuk kepada persembahan pentas
di mana adegan berubah dengan begitu cepat sekali,
dan para pelakon akan naik pentas atau turun dengan segera.
Begitu juga, gaya dan dandanan orang
telah berubah dengan peredaran masa.
Fikirkan contoh ini,
semakin ramai lelaki yang memegang jawatan yang penting
dan berpenampilan kemas juga berjanggut.
Mereka juga dihormati dalam masyarakat.
Soalan kedua,
“Apakah seharusnya pandangan kita
terhadap saudara yang menyimpan janggut?”
Kita harus terapkan nasihat Yesus
di Yohanes 7:24 yang kata,
Seperti video tadi, gaya dan dandanan
telah berubah dengan peredaran masa,
dan bukan semua perubahan itu buruk.
Sebagai contoh, kita pun tidak akan berpakaian
seperti orang pada zaman kuno,
dan kebanyakan orang pun tidak akan berpakaian
seperti orang yang hidup seratus tahun yang lalu.
Sebaliknya, ramai pilih untuk berpakaian sesuai
dengan zaman sekarang dan
bukannya gaya atau dandanan yang popular pada zaman dulu.
Sebenarnya, adalah tidak salah untuk berpakaian
seperti orang lain dalam masyarakat kita,
selagi gaya dan dandanan itu
tidak bercanggah dengan mana-mana prinsip Bible.
Penampilan kita haruslah selalu sopan,
bersih dan kemas,
serta mencerminkan fikiran yang sihat.
Soalan ketiga,
“Bagaimanakah kita dapat terus memupuk perpaduan
selepas dengar arahan ini?”
Ada antara kita yang mungkin harus bergelut
dengan perasaan atau pandangan masing-masing.
Contohnya, ada yang mungkin rasa bangga
dan fikir pendapat mereka betul.
Mereka seolah-olah berkata dalam hati,
“Itulah pandangan saya selama ini.
Akhirnya, arahan ini buktikan saya memang betul!”
Ada pula yang mungkin rasa kecewa.
Mereka mungkin fikir,
“Selama ini, saya berusaha menyokong pandangan tentang dandanan.
Sekarang, rasanya macam sia-sia saja.”
Adakah kedua-dua reaksi ini wajar?
Tidak.
Perhatikan kata-kata Paulus
yang tercatat di 1 Korintus 1:10.
Ayat ini kata,
Bagaimanakah prinsip ini dapat diterapkan?
Sekiranya kita asyik berkeras dengan pandangan kita sendiri
dan tidak menggalakkan saudara saudari
untuk mematuhi arahan organisasi,
adakah kita memupuk perpaduan?
Adakah kita sedang bantu persaudaraan sedunia
untuk bersatu padu dan sependapat?
Tidak, bukan?
Jika itulah sikap kita,
kita harus berusaha untuk mengubahnya.
Sebaliknya, kalau kita dengan setia menyokong
segala aturan organisasi Yehuwa selama ini,
perlukah kita rasa menyesal atau usaha kita sia-sia?
Tidak.
Yehuwa sangat menghargai kesetiaan kita semua
dan Dia menghargai kerendahan hati kita
dan kerelaan kita untuk taat kepada
semua arahan daripada organisasi-Nya.
Pada abad pertama, sesetengah orang Kristian
membiarkan isu sunat menyebabkan
timbulnya perpecahan dalam sidang.
Tapi, kuasa suci Tuhan membimbing badan pimpinan
supaya selesaikan isu itu dan menjaga perpaduan.
Begitu juga, Badan Pimpinan hari ini
ingin terus memelihara perpaduan.
Kami tidak mahu isu tentang janggut
menyebabkan timbulnya perpecahan.
Ingatlah, bahagian organisasi Yehuwa di bumi selalu berusaha
mencerminkan bahagian organisasi Yehuwa yang di syurga.
Kita mahu bergerak seiring dengannya.
Nabi Yehezkiel kata kenderaan Yehuwa di syurga
bergerak laju “seperti pancaran kilat.”
Maka, sesiapa yang mendahului pimpinan Yehuwa
atau berkeras dengan cara sendiri,
atau mereka yang ketinggalan dan bahkan
enggan menyokong perubahan daripada hamba yang setia
sebenarnya tidak bergerak seiring dengan organisasi Yehuwa.
Kesimpulannya, kita amat bersyukur atas
arahan yang seimbang ini tentang isu janggut.
Yehuwa menghormati kita,
dan Dia izinkan setiap saudara untuk
membuat pilihan untuk menyimpan janggut atau tidak.
Kami yakin anda semua ingin
bergerak seiring dengan organisasi Yehuwa,
dan bila perlu, anda akan menyesuaikan pandangan sendiri.
Hasilnya, kita dapat menyembah Yehuwa dengan setia
dan memelihara kasih dan perpaduan kita.
Dari Ibu Pejabat Sedunia Saksi-Saksi Yehuwa,
inilah Siaran JW.
-