JW subtitle extractor

Daniel: Lelaki yang Beriman—Bahagian 1

Video Other languages Share text Share link Show times

Tuanku.
Ya.
Kami sudah kepung mereka.
Tetapi Yehoyakhin tidak mahu . . .
Beta tidak kisah apa mereka buat.
Tapi kamu harus kalahkan mereka.
Kalau tidak, kamu akan mati.
Baik, tuanku.
Inilah firman Yehuwa,
‘Oleh sebab kamu enggan mematuhi firman-Ku,
‘seluruh negeri ini akan menjadi reruntuhan
‘dan penduduknya akan menjadi hamba raja Babilon
selama 70 tahun.’
Nak . . .
kamu pergi mana?
Hari hampir gelap!
Maaf.
Yeremia berikan ucapan tadi,
dan saya singgah di Rumah Tuhan.
Makanan hampir siap.
Kamu pergi ke Rumah Tuhan lagi?
Ya.
“Aku ingin menyaksikan perbuatan baik Yehuwa . . .
dan memandang rumah-Nya dengan penuh penghargaan.”
Ini untuk kamu.
Supaya kata-kata Tuhan selalu bersamamu.
Terima kasih, ayah.
Kenapa, nak?
Apa yang akan berlaku kepada kita?
Jangan takut, nak.
Jika kita tetap setia,
Yehuwa akan menjadi perisai kita.
Mari makan.
Mari kita nyanyi.
Nak . . .
pilihlah sebuah lagu.
“Yehuwa ialah Cahaya-Ku dan Penyelamat-Ku.”
Abang selalu pilih lagu itu.
Husyim.
“Yehuwa Cahaya . . .
“dan Penyelamat.
Ku tidak gentar.”
Abang!
Mari main?
Saya perlu ikut ayah.
Bila abang balik, kita main bahtera Nuh?
Boleh.
Kamu jadi siapa?
Saya jadi singa.
Emm . . .
dan saya jadi . . .
gajah.
Yehoyakhin sudah menyerah kalah!
Yehoyakhin sudah menyerah kalah!
Keluarga Eber dari suku Yehuda, buka pintu!
Keluar! Sekarang juga!
Mereka sudah sampai.
Kemas barang kamu, kita harus pergi.
Ayah . . .
kita pergi mana?
Kita tidak boleh tinggal di sini lagi.
Husyim, tolong kemas barang kita.
Saya benci tempat ni!
Mari masuk.
Buka pintu!
Kamu semua mesti keluar!
Cari di belakang.
Ini perintah raja.
Daniel dari suku Yehuda . . .
kamu akan terima latihan
di istana Raja Nebukadnezar.
Tapi keluarga saya di sini.
Keturunan raja dan bangsawan
harus tinggal di istana.
Tapi tuan . . .
dia masih muda.
Daniel!
Biarlah saya yang jadi hamba di istana.
Tidak!
Dia ikut kami.
Daniel!
Tolonglah!
Beri kami sedikit masa bersama anak kami.
Boleh, tapi cepat.
Kuatkanlah hatimu.
Yehuwa menyertai kamu.
Daniel!
Misael.
Ada orang lain?
Kamu fikir kamu seorang dirikah?
Azarya!
Hanania!
Ini Kislon dan Ahitub.
Oh, hai.
Cepat, jalan.
Jadi kita pergi mana?
Mungkin ke istana?
Macam Yusuf di istana?
Tidak, macam Yusuf di penjara.
Tidak juga begitu teruk.
Tengok tu, Kislon!
Kalau kamu tidak mahu cakap dengan mereka,
aku pergi cakap.
-Hai.
-Hai.
Jalan!
Datang lagi ya.
Inilah pemuda Yahudi yang Aspenas cari.
Kamu dipilih kerana kamu bijak.
Tetapi, kamu tidak terpelajar.
Kamu akan belajar tulisan kami dan bahasa kami.
Kamu akan diberikan nama baharu . . .
dan pada penghujung tiga tahun . . .
kamu akan berkhidmat kepada
Raja Nebukadnezar yang agung.
Hari ini . . .
kamu orang asing.
Jika dewa dewi izinkan,
kamu akan menjadi orang Babilon . . .
tidak lama lagi.
Mesakh.
Huh, nama itu sesuai dengan kamu.
Nama kita macam nama dewa mereka.
Nama dan bahasa baharu.
Mereka mahu kita sembah Tuhan mereka.
Jangan risau!
Ayah saya ada berhala, tapi dia sembah Yehuwa.
Kita dapat makan di meja raja . . .
di kota yang terbaik ini.
Orang Babilon makan apa?
Hamba raja sentiasa diberi makanan yang terbaik.
Kita tidak boleh makan ini.
Jangan cari pasal!
Apa yang sedang berlaku?
Makanan ini, ah . . .
dilarang oleh Tuhan kami.
Kamu takut Tuhan kamu?
Ya.
Aku pula takut akan raja.
Raja sendiri telah menentukan makan minum kamu.
Raja mahu kamu makan supaya kamu kuat dan sihat.
Jika kamu nampak kurang sihat
daripada pemuda yang lain,
raja pasti menghukum aku.
Aku mentaati raja dan kamu juga harus mentaatinya.
Ingat hal itu!
Apabila makanan dihidangkan, kamu mesti makan.
Kamu bukan wakil kami!
Betul.
Kamu boleh buat keputusan sendiri.
Kamu tak sedarkah?
Kita tiada pilihan.
Kita di negara mereka dan harus ikut cara mereka!
Apa salahnya jika mereka
makan daging yang masih berdarah?
Itu makanan saja!
Tapi Yehuwa melarang kita makan darah.
Itu fikiran kamu.
“Kamu sama sekali tidak boleh makan darah.”
Hukum itu cukup jelas!
Mungkin kita patut berdoa dulu.
Berdoa.
Di sini?
Apa gunanya?
Yehuwa di Israel.
Kita di Babilon sekarang.
Kamu tidak percaya Yehuwa bersama kita?
Kita ialah saksi-saksi-Nya.
Apa yang akan orang kata tentang Yehuwa
jika kita melanggar hukum-Nya?
Makanan dah siap.
Tunggu apa lagi?
Terima kasih.
Tetapi kami tidak mahu mengingkari Tuhan kami.
Jadi kamu tak mahu makan?
Um, sebenarnya . . .
kami tidak boleh makan darah
dan makanan yang haram.
Ujilah kami selama 10 hari.
Benarkanlah kami makan sayur dan minum air sahaja.
Sayur?
Tolonglah 10 hari saja.
Kemudian buatlah keputusan ikut pemerhatian tuan.
Sepuluh hari.
Makanlah, syukur kepada Yehuwa.
Makanlah daging ini.
Sangat sedap!
Hebatnya!
Tak pernah aku tengok makanan begini!
Oh!
Ya! Saya menang!
Aspenas panggil kamu.
Tuan . . .
pemuda ini . . .
Ya, saya tahu.
Kami telah memerhatikan . . .
kamu semua.
Kamu tidak sembah dewa kami.
Kamu hanya sembah Tuhan kamu . . .
dan kamu tidak makan makanan kami.
Mereka kata Tuhan mereka tidak akan . . .
Tapi . . .
kamu kelihatan lebih sihat
berbanding pemuda yang lain.
Terus beri mereka makanan yang mereka minta.
Beltesazar . . .
masa depan kamu cerah.
Jangan hancurkannya.
Bawa kumpulan seterusnya.
Tuanku, jumlah keseluruhannya ialah . . .
15 kurru dan 2 panu.
Betul.
Berapakah cukai yang dikenakan
atas bijirin yang dijual?
Empat puluh peratus, tuanku.
Empat puluh peratus?
Kamu belajar jadi perompakkah?
Mesakh, apa jawapan kamu?
Dua puluh peratus, tuanku.
Sangat bagus.
Bintang manakah
yang paling terang dalam buruj Urgula?
Kamu tahu?
Lugal, tuanku.
Bagus.
Ada sebuah menara yang tinggi,
tetapi tiada bayang-bayang.
Apa itu?
Zigurat tuanku?
Mengarut.
Kamu tahu jawapannya?
Cahaya matahari, tuanku.
Tepat.
Golongan bijaksana ajar
bahawa dewa dewi mengawal semuanya.
Kalau begitu, mengapa orang baik menderita
dan orang jahat hidup makmur?
Tiada orang tahu jawapannya.
Seperti yang tuanku kata,
‘Orang yang bijaksana
‘tidak semestinya mendapat makanan,
‘orang yang pandai tidak semestinya kaya,
‘dan orang yang berpengetahuan
‘tidak semestinya berjaya,
‘kerana waktu dan kejadian
yang tidak terduga menimpa semua.’
Siapa yang mengatakannya?
Salomo.
Dia memang bijaksana.
Ya, kebijaksanaannya datang daripada Tuhan.
Tuhan kami, Yehuwa.
Tinggalkan beta.
Bila kami akan kembali?
Kamu tidak akan kembali.
Tinggalkan istana beta.
Kamu tidak berguna.
Beltesazar, tunggu.
Beta nak cakap dengan kamu dan kawan-kawan kamu.
Beta tidak kenal Tuhan kamu.
Tapi kamu 10 kali lebih bijak
daripada imam atau tukang tilik di kerajaan beta.
Aspenas akan aturkan
agar kamu berkhidmat di istana beta.
Di Yerusalem, bakat kamu mungkin tidak dihargai,
tapi di sini lain.
Kita sudah meraih kemenangan di Yerusalem.
Kini kita bersedia mengepung Tirus.
Mereka harus ingat
apa yang berlaku kepada Zedekia.
Dewa dewi bersama kita!
Yerah.
Ada apa?
Berita tentang Yerusalem.
Kamu mahu ke mana?
Saya mahu jumpa keluarga saya.
Kita makan saja apa yang kita ada.
Daniel.
Mari, makan.
Kenapa?
Yerusalem.
Mereka robohkan tembok dan bakar semua menara.
Ramai yang mati dan . . .
mereka bakar Rumah Yehuwa!
Bangsa kita mengingkari Yehuwa.
Mereka fikir Yehuwa tidak nampak perbuatan mereka?
Selagi Rumah Tuhan wujud,
bangsa kita ada harapan.
Selagi Yehuwa wujud . . .
kita ada harapan.
Tetapi Dia menolak kita
kerana kita tidak setia.
Dia tidak menolak semua orang.
Yehuwa beritahu Yehezkiel
bahawa di mata-Nya,
kamu . . .
baik seperti Nuh
dan Ayub.
Dia kata begitu?
Ya.
Jika Yehuwa peduli tentang kita,
kenapa kita dibuang negeri?
Kenapa kita tidak boleh pulang . . .
dan tinggal bersama-sama?
Kita tinggal sini sekarang.
Ayah tidak tahu jawapannya.
Terus setia kepada Yehuwa.
Dia akan berkati kamu.
Panggil orang bijaksana!
Beta telah bermimpi,
dan beta resah.
Beta tidak tahu mimpi itu.
Wahai tuanku, ceritakanlah mimpi itu . . .
dan hamba akan jelaskan ertinya.
Tidak!
Jika kamu tidak beritahu beta
mimpi itu dan ertinya,
kamu akan dipotong
dan rumah kamu akan menjadi tandas awam.
Tapi jika kamu tahu mimpi itu dan ertinya,
kamu akan diberi hadiah,
ganjaran, dan penghormatan.
Raja mahu kita ceritakan apa itu mimpinya.
Kita perlukan lebih banyak masa.
Kita perlu tanya dewa dewi.
Kamulah yang beritahu raja!
Kamulah yang pergi!
Kamu bersubahat menipu beta
kerana kamu harap beta akan ubah fikiran.
Menipu?
Ya, menipu!
Tiada sesiapa pun yang dapat memenuhi
tuntutan tuanku.
Permintaan tuanku amat susah.
Tiada manusia yang dapat memenuhinya . . .
k-k-kecuali dewa dewi.
Ariokh,
tangkap mereka!
Alamak!
Bunuh mereka!
Kumpulkan semua orang bijaksana!
Cepat, pergi!
Ini perintah raja!
Yerah.
Kamu dalam bahaya.
Apa jadi?
Saya tak pasti.
Tapi raja marah
dan mengarahkan semua orang bijaksana dibunuh.
Panggil Hanania, Misael, dan Azarya.
Saya tengok apa berlaku.
Ya, orang Kasdim, Mesir, Yahudi.
Semua orang yang bijaksana.
Ariokh?
Beltesazar!
Kenapa kamu di sini?
Kenapa raja berikan perintah begitu kejam?
Raja bermimpi dan tiada orang dapat ceritakannya.
Larilah!
Jika kamu lari sekarang, mungkin kamu selamat.
Di mana mereka yang lain?
Mereka semua harus mati.
Beritahu beta mengapa mereka belum sampai di sini?
Siat kulit mereka dan gantung mereka pada tiang
supaya dewa dewi nampak!
Aspenas.
Apa kamu buat di sini?
Saya perlu jumpa raja.
Kamu perlu pergi!
Tolonglah! Biar saya bercakap dengan raja.
Tuanku, ini Beltesazar.
Tuanku, Tuhan hamba, iaitu Yehuwa,
dapat menjelaskan mimpi tuanku dan ertinya.
Apa Tuhan kamu kata?
Cakaplah!
Hamba percaya bahawa . . .
hamba tahu Dia akan menyingkapkannya kepada hamba.
Berilah hamba masa.
Kita ada masa sampai esok pagi.
Untuk apa?
Untuk menyingkapkan mimpi raja.
Yehuwa sudah beritahu kamu mimpi itu?
Belum lagi.
Tapi Yehuwa janji
Dia akan mentafsirkan mimpi itu,
kan?
Tidak juga.
Daniel, kamu yakin Yehuwa akan bantu kamu?
Saya tidak pasti.
Kamu patut pastikan!
Nama Tuhan terlibat.
Jika Dia menyingkapkan mimpi itu,
Dia ialah Tuhan yang benar!
Jika?
Bagaimana kami dapat bantu?
Berdoa . . .
supaya Yehuwa tunjukkan
belas kasihan kepada kita.
Yehuwa . . .
sudah pasti Engkau tidak mahu kami mati di sini.
Kami beritahu orang
bahawa Engkau satu-satunya Tuhan di syurga,
dan hanya Engkaulah
yang dapat menyingkapkan rahsia.
Tolonglah!
Muliakanlah nama-Mu!
Yerah!
Hamba menjumpai seorang tawanan dari Yehuda
yang dapat menjelaskan mimpi tuanku.
Beta tahu siapa dia.
Betulkah kamu dapat beritahu beta
tentang mimpi beta dan menjelaskan ertinya?
Tuhan di syurga dapat menyingkapkan segala rahsia.
Dia telah memberitahu tuanku
apa yang akan berlaku pada kemudian hari.
Ini mimpi tuanku:
Tuanku nampak sebuah patung yang sangat besar.
Patung itu sedang berdiri di hadapan tuanku.
Tuankulah kepala yang diperbuat daripada emas itu.
Tetapi selepas kerajaan tuanku,
akan bangkit sebuah kerajaan
yang tidak sehebat kerajaan tuanku.
Kemudian, ada kerajaan yang ketiga,
yang dilambangkan oleh tembaga,
yang akan memerintah seluruh bumi.
Kerajaan yang keempat pula sekuat besi.
Sepertimana kaki dan jari kaki patung itu
diperbuat daripada campuran tanah liat dan besi,
demikianlah kerajaan itu akan berpecah belah.
Pada zaman raja-raja itu,
Tuhan di syurga akan mendirikan sebuah kerajaan
yang tidak dapat dimusnahkan.
Kerajaan ini tidak akan diserahkan
kepada bangsa lain.
Kerajaan ini akan meremukkan
dan mengakhiri semua kerajaan itu.
Hanya kerajaan ini
yang akan kekal buat selama-lamanya.
Mimpi itu pasti berlaku
dan tafsirannya dapat dipercayai.
Cepat!
Bawa jubah . . .
dan rantai emas.
Bakar kemenyan di hadapannya.
Tuhanmu, Tuhan yang agung,
Penguasa atas semua raja,
dan Tuhan yang menyingkapkan rahsia.
Semoga Dia dimuliakan.
Sekarang kamu dilantik
menjadi penguasa semua wilayah Babilon.
Tuanku.
Mereka juga menyembah Tuhan di syurga.
Semoga mereka juga dilantik
untuk mentadbir wilayah Babilon.
Buatlah aturan.
Kamu lebih bijak . . .
daripada semua orang bijaksana di sini.
Beta melantik kamu sebagai ketua
atas mereka semua.
Kamu dengar apa raja kata?
Dia kata, “Tuhanmu, Tuhan yang agung,
Penguasa atas semua raja.”
Yehuwa menjawab doa kamu.
Yehuwa menjawab doa kita.
Apa akan berlaku selepas ini?
Bolehkah kita balik ke Yerusalem?
Saya tidak tahu.
Tapi selagi kita tidak meninggalkan Yehuwa . . .
Dia akan terus menyertai kita,
jika kita beriman kepada-Nya.
Bintang tidak meramalkan apa-apa
tentang kerajaan meremukkan kerajaan.
Memanglah tiada.
Dia tipu kita!
Tapi macam mana dia tahu mimpi . . .
Amar-utu!
Amar-utu, apa dewa dewi kata?
Hamba sudah memeriksa hati biri-biri.
Masa depan tuanku cerah.
Bintang Shabatu hanya meramalkan
kemasyhuran tuanku.
Betalah kepala emas.
Yehuwalah yang kata begitu.
Mimpi tuanku memang petanda yang baik.
Tapi Beltesazar, dia orang Yahudi.
Dia memang pandai.
Tapi sebelum dia datang ke Babilon,
dia tak pandai mentafsirkan mimpi.
Dia perlu diajar di sini
dan diberi nama Babilon,
nama yang memuliakan Dewa Bel kita.
Bel menggunakan pemuda ini
untuk menyingkapkan kehendaknya kepada tuanku.
Bel . . .
bukan Yehuwa yang tuanku kalahkan di Yerusalem.
Jika pokok itu ialah musuh beta,
siapakah pokok itu selepas tujuh waktu?
Itu . . .
tuanku juga.
Huh! Mengarut!
Wahai Beltesazar,
ketua kepada imam yang mengamalkan ilmu sihir,
semua orang bijaksana
tidak dapat menjelaskan erti mimpi beta.
Tapi kamu dapat.
Jelaskanlah maksud mimpi beta.
Apa mimpi tuanku?
Beta nampak sebatang pokok di tengah-tengah bumi,
dan pokok itu menjulang tinggi.
Pokok itu bertumbuh dan menjadi kuat
sehingga puncaknya mencapai langit.
Kemudian ada utusan turun dari syurga dan berseru,
“Tebanglah pokok itu!
“Pasangkanlah gelang besi dan tembaga
pada tunggul itu.”
Jadi siapa pokok itu?
Tuanku.
Hamba harap mimpi ini tentang musuh-musuh tuanku.
Pokok yang tuanku nampak itu
bertumbuh dan menjadi kuat
sehingga puncaknya mencapai langit
dan setiap orang di bumi dapat melihatnya.
Daun-daunnya cantik,
buahnya lebat sekali dan menjadi
makanan untuk semua makhluk hidup.
Binatang tinggal di bawah naungannya.
Burung membuat sarang di dahannya.
Pokok itu ialah tuanku.
Tuanku juga nampak seorang utusan,
makhluk yang suci turun dari syurga dan berseru,
“Tebanglah pokok itu dan musnahkannya!
“Tetapi tinggalkanlah tunggul pokok
“dengan akarnya di tanah.
“Pasangkanlah gelang besi dan tembaga
“pada tunggul itu.
“Embun dari langit akan membasahinya,
“dan binatang di padang akan hidup bersamanya
selama tujuh waktu.”
Inilah mimpi tuanku,
yang telah diputuskan oleh Tuhan Yang Maha Tinggi:
Tuanku akan dihalau daripada kalangan manusia
dan tinggal bersama binatang.
Tuanku akan makan rumput seperti lembu jantan,
dan embun dari langit akan membasahi tuanku
selama tujuh waktu.
Barulah tuanku akan sedar
Tuhan Yang Maha Tinggi . . .
ialah Pemerintah Kerajaan manusia.
Dia memberikan kuasa
kepada orang yang dipilih-Nya.
Tapi tunggul pokok itu
dengan akarnya dibiarkan di tanah.
Jadi, kerajaan tuanku akan dikembalikan
setelah tuanku sedar bahawa
Tuhanlah yang sedang memerintah.
Tuanku, bertaubatlah dan lakukanlah apa yang baik.
Tunjukkanlah belas kasihan kepada orang miskin.
Mungkin tuanku akan tetap makmur.
Adakah Beltesazar tahu
bilakah hal ini akan berlaku?
Tidak, tuanku.
Tapi hamba sekalian meragui tafsirannya.
Ingatlah . . .
dewa dewi Mesir kata bahawa tentera Mesir
akan kalahkan kita.
Tapi tuanku yang kalahkan mereka.
Jadi, mengapa kita harus percaya . . .
Tuhan orang Yahudi?
Lihatlah kejayaan tuanku!
Tuanku diberkati dewa dewi.
Tuanku menjadikan Babilon
kerajaan yang termasyhur.
Beltesazar mahu tuanku tunduk seperti . . .
hamba.
Dia sebenarnya sedang menghina tuanku.
Mari kita teruskan perbincangan
tentang bintang-bintang.
Bintang Lugal ialah bintang yang paling terang
dalam buruj Urgula.
Bintang-bintang boleh dipercayai.
Tidak seperti tuhan bangsa
yang telah kami kalahkan.
Baliklah ke Yerusalem.
Oh, saya lupa!
Kota kamu sudah hancur musnah.
Ada perkhabaran baru daripada Yehuwa?
Sudah 10 bulan
dan masih tiada apa-apa yang berlaku kepada raja.
Saya percaya Tuhan saya.
Ya, kami juga percaya kepada bintang-bintang.
Tapi kamilah yang tentukan tafsirannya.
Kamu bertanggungjawab atas tafsiran kamu.
Apabila golongan bijak berbohong . . .
Saya hanya kata apa yang Yehuwa singkapkan.
Kamu sudah lupa?
Apabila kita tidak dapat jelaskan mimpi raja,
raja mahu bunuh kita.
Dulu kamu kata raja ialah kepala emas.
Sekarang kamu kata raja akan jadi gila.
Tapi belum ada apa-apa yang berlaku.
Hal itu pasti berlaku.
Mungkin, tengoklah dulu.
Tapi tafsiranmu memburukkan raja.
Kamu menderhaka.
Ya, dan tiada orang yang dapat
selamatkan kamu.
Sudah 10 bulan.
Tapi belum ada apa-apa yang berlaku.
Tafsiranmu memburukkan raja.
Dan masih tiada apa-apa yang berlaku kepada raja.
Kamu menderhaka.
Dan tiada orang yang dapat selamatkan kamu.
Supaya kata-kata Tuhan selalu bersamamu.
“Ya Yehuwa,
ajarlah aku untuk mengikut haluan-Mu.”
“Janganlah serahkan aku kepada musuhku,
“kerana saksi-saksi palsu
“telah bangkit untuk melawan aku,
“dan mereka telah mengancam aku.
“Jika aku tidak beriman bahawa aku akan merasai
“kebaikan Yehuwa dalam hidupku ini,
apakah yang akan berlaku kepadaku?”
Ujilah kami selama 10 hari.
Kamu kelihatan lebih sihat
berbanding pemuda yang lain.
Terus beri mereka makanan yang mereka minta.
Beta tidak kenal Tuhan kamu,
tapi kamu 10 kali lebih bijak
daripada imam atau tukang tilik di kerajaan beta.
Raja bermimpi dan tiada orang dapat ceritakannya.
Yehuwa menjawab doa kamu.
“Berharaplah kepada Yehuwa;
“jadilah berani dan kentalkanlah hatimu.
Ya, berharaplah kepada Yehuwa.”
Sediakan korban untuk Bel.
Terpujilah dewa dewi.
Kota ini termasyhur di dunia.
Lihatlah Gerbang Ishtar,
taman tergantung, dan zigurat yang tinggi . . .
hingga mencapai langit.
Betul cakap tuanku.
Yang lucunya, setahun yang lalu,
ada orang berani kata tuanku akan jadi gila.
Alangkah agungnya Babilon Besar!
Beta membinanya untuk kediaman diraja
dengan kekuatan beta untuk kemuliaan beta.
Wahai Raja Nebukadnezar, dengarlah!
Engkau telah kehilangan kuasa pemerintahanmu.
Engkau akan dihalau daripada kalangan manusia.
Selama tujuh waktu,
engkau akan tinggal bersama binatang di padang,
dan makan rumput seperti lembu jantan
sehingga engkau sedar
bahawa Tuhan Yang Maha Tinggi
ialah Pemerintah kerajaan manusia,
dan Dia memberikan kuasa pemerintahan itu
kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.
Tidak!
Beta tidak mahu!
Ayahanda!
Ayahanda!
Kamu dan golongan bijaksana telah gagal,
dan kamu tuduh Daniel menipu?
Ini muslihatnya.
Daniel berkomplot untuk menentang
ayahanda tuanku.
Kalau dia tipu,
macam mana semua ini boleh berlaku?
Semua yang dikatakannya telah menjadi kenyataan.
Tetapi kamu?
Ayahanda beta mempercayai kamu,
dan beta pun mempercayai kamu.
Sama ada kamu yang gagal
atau Dewa Marduk yang gagal.
Beta tidak . . .
Siapakah Tuhan kamu, Yehuwa?
Beritahu beta.