00:00:11
Adakah anda diejek, ditentang, atau dianiaya?00:00:16
00:00:17
Adakah anda sedang bergelut dengan suatu masalah00:00:20
00:00:20
dan rasa anda tidak mampu mengubah situasi anda?00:00:24
00:00:24
Jika ya, anda tidak keseorangan.00:00:28
00:00:28
Bible kata Daud pun menghadapi cabaran sebegini.00:00:32
00:00:32
Bagaimanakah Daud mengatasinya?00:00:35
00:00:36
Di Mazmur 62:5 dia kata,00:00:39
00:00:39
“Aku menantikan Tuhan dengan sabar.”00:00:43
00:00:44
Sesetengah pakar kata00:00:46
00:00:46
Daud berumur 15 tahun semasa dilantik sebagai Raja.00:00:50
00:00:50
Jika hal itu benar, 00:00:52
00:00:52
Daud perlu tunggu 22 tahun sebelum dapat memerintah negeri Israel.00:00:57
00:00:57
Selama beberapa tahun00:00:59
00:00:59
Raja Saul memburu Daud dan ingin membunuhnya.00:01:02
00:01:02
Akibatnya Daud terpaksa hidup sebagai pelarian.00:01:06
00:01:06
Kadangkala dia tinggal di dalam gua.00:01:09
00:01:09
Pada masa lain, dia tinggal di negeri asing bersama musuh orang Israel.00:01:14
00:01:15
Daud telah belajar untuk menantikan Yehuwa dengan sabar.00:01:21
00:01:22
Mari kita kaji tiga peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.00:01:26
00:01:26
Peristiwa yang pertama berlaku di padang belantara En-gedi.00:01:30
00:01:30
Di situ ada banyak gunung dan gua yang besar.00:01:34
00:01:34
Raja Saul benci dan cemburu terhadap Daud.00:01:38
00:01:38
Maka dia mengejar Daud dan ingin membunuhnya. Oleh itu, 00:01:41
00:01:41
Daud dan anak buahnya perlu bersembunyi di dalam sebuah gua.00:01:46
00:01:46
Adakah hidup di situ selesa?00:01:49
00:01:49
Mana mungkin!00:01:50
00:01:50
Mereka perlu mencari makanan, kayu api, dan air,00:01:54
00:01:54
dan mereka perlu bersembunyi daripada musuh.00:01:57
00:01:57
Tiba-tiba, sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku.00:02:03
00:02:03
Mari kita membacanya.00:02:04
00:02:04
Sila buka 1 Samuel bab 24.00:02:08
00:02:08
Saya bagi kamu masa untuk mencarinya.00:02:11
00:02:11
1 Samuel bab 24,00:02:14
00:02:14
kita mula baca dari ayat 2.00:02:17
00:02:21
‘Saul memilih 3,000 orang lalu00:02:24
00:02:24
pergi mencari Daud dan semua anak buahnya.00:02:28
00:02:28
Saul sampai di kandang biri-biri di tepi jalan00:02:32
00:02:32
dan di situ terdapat sebuah gua.00:02:35
00:02:35
Dia masuk ke dalam gua itu untuk buang air.00:02:38
00:02:39
Pada masa itu, Daud dan anak buahnya00:02:41
00:02:41
sedang duduk di dalam gua itu,00:02:44
00:02:44
di bahagian yang lebih dalam.00:02:46
00:02:47
Anak buah Daud berkata kepadanya,00:02:50
00:02:50
“Inilah harinya Yehuwa berfirman,00:02:53
00:02:53
‘Lihatlah! Aku serahkan musuhmu ke dalam tanganmu00:02:57
00:02:57
dan engkau boleh lakukan apa sahaja yang engkau mahu terhadapnya.’”’00:03:02
00:03:04
3,000 orang askar yang terlatih sedang memburu Daud.00:03:09
00:03:10
Jadi bayangkan reaksi Daud dan anak buahnya 00:03:13
00:03:13
semasa Saul masuk seorang diri ke dalam gua 00:03:17
00:03:17
di mana mereka sedang bersembunyi.00:03:20
00:03:21
Mata Saul sudah biasa dengan00:03:23
00:03:23
keadaan yang terang di luar.00:03:25
00:03:25
Jadi dia tidak dapat melihat Daud dan00:03:27
00:03:27
anak buahnya di dalam gua yang gelap.00:03:30
00:03:30
Tetapi Daud dan anak buahnya sudah biasa00:03:33
00:03:33
dengan keadaan yang gelap.00:03:35
00:03:35
Jadi mereka dapat melihat Saul dengan jelas.00:03:39
00:03:39
Sekarang Daud ada peluang.00:03:42
00:03:43
Dia boleh bunuh Saul dengan mudah.00:03:45
00:03:46
Adakah dia akan melakukannya?00:03:48
00:03:49
Anak buahnya menggesanya untuk bertindak.00:03:52
00:03:52
Sudah pasti Yehuwalah yang menyerahkan00:03:54
00:03:54
Saul ke dalam tangannya.00:03:56
00:03:56
’Kan Tuhan sudah kata Daud akan menggantikan Saul sebagai raja00:04:01
00:04:01
dan Daud ada sebab yang baik untuk bunuh Saul.00:04:05
00:04:05
Saul sudah gila. 00:04:07
00:04:07
Dia menyerang kota Nob00:04:10
00:04:10
dan membunuh semua imam, lelaki, wanita, kanak-kanak, dan binatang,00:04:15
00:04:15
hanya kerana Imam Agung di situ iaitu Ahimelekh00:04:19
00:04:19
telah beri Daud dan anak buahnya roti.00:04:23
00:04:23
Jika Daud bunuh Saul, apa akan berlaku?00:04:27
00:04:27
Kebebasan? Tidak perlu melarikan diri atau tinggal dalam gua lagi?00:04:34
00:04:34
Terus boleh jadi raja?00:04:36
00:04:36
Semua ini pasti terlintas di fikiran Daud.00:04:40
00:04:40
Jika anda Daud, apa yang akan anda buat?00:04:44
00:04:44
Mari kita baca 1 Samuel 24 ayat 4.00:04:49
00:04:50
‘Daud bangun dan dengan senyap 00:04:53
00:04:53
dia memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan.00:04:57
00:04:57
Tetapi selepas itu, Daud rasa bersalah.00:05:02
00:05:02
Dia berkata kepada anak buahnya,00:05:05
00:05:05
“Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya 00:05:08
00:05:08
melakukan hal seperti itu terhadap orang yang dilantik oleh Yehuwa.00:05:13
00:05:14
Aku tidak boleh mencederakan dia00:05:16
00:05:17
kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”00:05:19
00:05:19
Demikianlah Daud menghalang anak buahnya00:05:23
00:05:23
dan tidak membenarkan mereka menyerang Saul.00:05:26
00:05:26
Saul meninggalkan gua itu lalu meneruskan perjalanannya.’00:05:31
00:05:31
Daud tidak ikut cakap anak buahnya.00:05:34
00:05:34
Sebaliknya dia menggunakan peluang itu
untuk membuktikan00:05:39
00:05:39
bahawa dia bukan pemberontak dan00:05:41
00:05:41
dia tidak ingin membalas dendam00:05:44
00:05:44
walaupun dilayan dengan buruk oleh Saul.00:05:47
00:05:47
Daud perlu mengawal diri dan beriman bahawa00:05:51
00:05:51
Yehuwa akan bertindak00:05:54
00:05:54
pada masa dan cara yang terbaik.00:05:57
00:05:58
Kita dapat lihat sikap Daud00:06:00
00:06:00
bukan sahaja daripada kata-katanya kepada Saul,00:06:03
00:06:03
tetapi juga daripada apa yang ditulisnya di Mazmur 57:3:00:06:09
00:06:09
‘Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan aku.00:06:13
00:06:13
Dia akan menggagalkan rancangan orang yang menyerang aku.’00:06:17
00:06:19
Ada kalanya kita mungkin berasa susah untuk bersabar,00:06:23
00:06:23
terutamanya semasa dilayan dengan tidak adil.00:06:26
00:06:26
Sering kali kita tidak mampu buat apa-apa.00:06:30
00:06:30
Tapi jika kita nampak ada penyelesaian yang mudah,00:06:34
00:06:34
tirulah teladan Daud.00:06:36
00:06:37
Fikirkan pendapat Yehuwa dahulu.00:06:39
00:06:40
Kadangkala kita patut bertindak,00:06:42
00:06:42
tapi pada masa lain,00:06:44
00:06:44
lebih baik kita tunggu Yehuwa selesaikan masalah itu.00:06:48
00:06:49
Apakah yang berlaku selepas Saul keluar dari gua?00:06:53
00:06:53
Sila baca 1 Samuel bab 24 ayat 8.00:06:58
00:06:59
‘Daud bangun dan keluar dari gua00:07:02
00:07:02
lalu berseru kepada Saul,00:07:04
00:07:04
“Tuanku!”00:07:05
00:07:06
“Daud?”00:07:07
00:07:07
Apabila Saul menoleh ke belakang, Daud berlutut00:07:12
00:07:12
dan bersujud kepadanya.00:07:14
00:07:14
Daud berkata kepada Saul,00:07:17
00:07:17
“Mengapakah tuanku percaya orang yang kata,00:07:20
00:07:20
‘Lihatlah! Daud ingin mencederakan tuanku?’00:07:24
00:07:24
Di dalam gua itu, Yehuwa telah menyerahkan tuanku00:07:28
00:07:28
ke dalam tangan hamba.00:07:30
00:07:30
Tapi apabila orang menyuruh hamba membunuh tuanku,00:07:34
00:07:34
hamba mengasihani tuanku dan memberitahunya,00:07:38
00:07:38
‘Aku tidak akan mencederakan tuanku00:07:40
00:07:40
kerana dia dilantik oleh Yehuwa.’00:07:43
00:07:43
Lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini.00:07:47
00:07:47
Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku,00:07:50
00:07:50
hamba tidak membunuh Tuanku.00:07:52
00:07:52
Tuanku dapat lihat dan sedar00:07:55
00:07:55
bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak00:07:57
00:07:57
atau mencederakan tuanku00:07:59
00:08:00
dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.00:08:03
00:08:03
Meskipun begitu, Tuanku mengejar hamba dan00:08:05
00:08:05
ingin membunuh hamba.00:08:08
00:08:08
Semoga Yehuwa menjadi hakim antara tuanku dengan hamba00:08:12
00:08:12
dan membalas perbuatan tuanku bagi pihak hamba.00:08:16
00:08:16
Namun hamba tidak akan mencederakan tuanku.00:08:19
00:08:19
Ada pepatah yang berbunyi,00:08:22
00:08:22
‘Daripada yang jahat berasal kejahatan.’00:08:25
00:08:25
Adakah raja Israel sedang mengejar hamba?00:08:28
00:08:28
Siapakah hamba ini?00:08:30
00:08:30
Hamba seperti seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!00:08:35
00:08:35
Semoga Yehuwa menjadi hakim kita berdua.00:08:38
00:08:38
Dia akan memeriksa perkara ini dan membela hamba.00:08:41
00:08:41
Dia juga akan menghakimi hamba dan menyelamatkan hamba.”00:08:45
00:08:46
Tindakan Daud membuktikan bahawa orang yang00:08:49
00:08:49
bercakap buruk tentangnya di hadapan Saul sama sekali salah.00:08:53
00:08:54
Dia tidak pernah mencederakan Saul.00:08:56
00:08:56
Dua kali dia kata00:08:58
00:08:58
Yehuwalah yang akan jadi hakim
antara dia dan Saul.00:09:01
00:09:02
Walaupun Saul melayannya dengan tidak adil,00:09:05
00:09:05
Daud tetap rendah hati dan bersikap hormat.00:09:08
00:09:08
Dia memberitahu Saul bahawa dia akan 00:09:10
00:09:10
menunggu Yehuwa untuk selesaikan perkara itu.00:09:14
00:09:14
Sikap Daud pasti meninggalkan kesan yang mendalam00:09:17
00:09:17
kepada semua orang yang melihat peristiwa itu.00:09:20
00:09:21
Saul terkejut kerana Daud menahan diri daripada membunuhnya,00:09:25
00:09:26
lalu dia berseru,00:09:27
00:09:27
‘Yehuwa akan memberkati kamu dengan kebaikan00:09:31
00:09:31
kerana kamu berbuat baik terhadap beta.00:09:33
00:09:34
Kamu pasti memerintah sebagai raja dan00:09:37
00:09:37
kerajaan Israel akan berkekalan di bawah pemerintahan Mu.’00:09:40
00:09:41
Rasul Paulus mungkin teringat peristiwa ini00:09:44
00:09:44
semasa menasihati orang Kristian di Roma,00:09:47
00:09:47
‘Janganlah balas dendam.00:09:49
00:09:49
Teruslah kalahkan kejahatan dengan kebaikan.’00:09:53
00:09:53
Ada kalanya kata-kata dan perbuatan kita yang baik00:09:57
00:09:57
mungkin mengubah sikap para penentang.00:09:59
00:10:00
Saul sangat tersentuh kerana kebaikan hati Daud.00:10:04
00:10:04
Tetapi adakah dia akan berhenti mengejarnya?00:10:07
00:10:07
Kita akan lihat nanti.00:10:09
00:10:09
Namun oleh sebab kita tidak sempurna,00:10:12
00:10:12
ada kalanya kita mungkin hilang sabar.00:10:15
00:10:15
Itulah yang berlaku kepada Daud.00:10:17
00:10:18
Pernah sekali dia begitu marah00:10:21
00:10:21
sehingga hampir melakukan sesuatu yang akan dikesalinya.00:10:25
00:10:25
Kisah ini tercatat di 1 Samuel bab 25 bermula dari ayat 1.00:10:33
00:10:33
Mari baca 1 Samuel 25 ayat 1.00:10:37
00:10:37
‘Kemudian Samuel meninggal.00:10:40
00:10:40
Orang Israel meratapinya dan mengebumikannya di Rama.00:10:45
00:10:45
Selepas itu, Daud berangkat ke Paran.00:10:49
00:10:49
Ada seorang penduduk Maon yang bekerja di Karmel.00:10:53
00:10:53
Dia kaya dan memiliki 3,000 ekor biri-biri00:10:58
00:10:58
serta 1,000 ekor kambing.00:11:00
00:11:00
Masa itu dia sedang menggunting bulu biri-biri di Karmel.00:11:05
00:11:05
Dia bernama Nabal dan isterinya bernama Abigail.00:11:10
00:11:10
Isterinya bijak dan cantik,00:11:13
00:11:13
tapi dia kasar dan berkelakuan buruk.00:11:16
00:11:16
Daud mengutus 10 orang anak buahnya dan berkata,00:11:20
00:11:21
“Pergilah ke Karmel dan berjumpa dengan Nabal.00:11:23
00:11:24
Beritahulah dia, ‘Semoga tuan berumur panjang dan sejahtera.00:11:29
00:11:29
Semoga rumah tangga tuan dan segala milik tuan dalam keadaan baik.00:11:35
00:11:35
Aku mendengar bahawa tuan sedang menggunting bulu biri-biri.00:11:40
00:11:40
Semasa para gembala tuan berada bersama kami,00:11:44
00:11:44
kami tidak mencederakan mereka.00:11:46
00:11:46
Mereka pun tidak kehilangan apa apa.00:11:49
00:11:49
Tanyalah mereka dan mereka akan memberitahu tuan.00:11:53
00:11:53
Semoga anak buahku mendapat perkenan tuan,00:11:57
00:11:57
kerana kami datang pada hari yang baik.00:11:59
00:11:59
Berilah aku dan hamba-hambaku00:12:02
00:12:02
apa sahaja yang dapat tuan berikan.’”00:12:04
00:12:04
Oleh itu, anak buah Daud00:12:06
00:12:06
pergi dan menyampaikan kata-kata Daud kepada Nabal.00:12:10
00:12:10
Setelah selesai bercakap, Nabal berkata, 00:12:13
00:12:14
“Siapakah Daud? Siapakah anak Isai itu?00:12:17
00:12:17
Sekarang ada banyak hamba yang melarikan diri daripada tuan mereka.00:12:21
00:12:21
Patutkah aku mengambil rotiku, air minumanku, dan00:12:25
00:12:25
daging yang aku sembelih untuk para penggunting biri-biriku,00:12:29
00:12:29
lalu memberikannya kepada orang yang entah dari mana?”’00:12:33
00:12:34
Musim menggunting bulu biri-biri ialah waktu untuk bersuka ria.00:12:38
00:12:39
Nabal patut bersyukur. Dia ada banyak biri-biri00:12:43
00:12:43
dan anak buah Daud melindungi kawanannya daripada perompak.00:12:47
00:12:47
Jadi semasa mereka meminta sedikit makanan,00:12:51
00:12:51
Nabal sepatutnya bermurah hati dan menunjukkan penghargaan.00:12:55
00:12:55
Tetapi dia bukan sahaja menolak permintaan mereka,00:12:59
00:12:59
malah dia menghina mereka.00:13:01
00:13:01
Mari kita baca tentang reaksi Daud di 1 Samuel 25 ayat 12.00:13:09
00:13:10
‘Maka anak buah Daud kembali dan menyampaikan semua00:13:13
00:13:13
kata-kata itu kepadanya. Dengan segera, Daud berkata,00:13:18
00:13:19
“Ikatlah pedang kamu!”00:13:20
00:13:21
Oleh itu, mereka mengikat pedang mereka.00:13:24
00:13:24
Kira-kira 400 orang pergi bersama Daud,00:13:27
00:13:28
sedangkan 200 orang lagi tinggal untuk menjaga barang.00:13:31
00:13:31
Sementara itu, seorang hamba Nabal berkata kepada Abigail,00:13:36
00:13:38
“Daud hantar utusan daripada belantara00:13:41
00:13:41
untuk menyampaikan salam kepada tuan kami.00:13:43
00:13:43
Tapi dia hina mereka.”00:13:45
00:13:45
-“Alamak!”
-“Padahal mereka sangat baik terhadap kami.00:13:48
00:13:48
Mereka tidak pernah mencederakan kami dan kami tidak kehilangan00:13:52
00:13:52
apa-apa pun selama kami berada bersama mereka di padang belantara.00:13:56
00:13:56
-Mereka seperti tembok yang melindungi kami siang dan malam.”
-“Ya ampun!”00:14:00
00:14:00
“Sekarang, putuskanlah apa yang puan mahu lakukan,00:14:04
00:14:04
kerana hal ini tentu mendatangkan bencana00:14:07
00:14:07
kepada tuan Nabal dan seluruh rumah tangganya.00:14:10
00:14:10
Dia memang tidak berguna 00:14:12
00:14:12
dan tiada sesiapa pun yang berani bercakap dengannya.”00:14:16
00:14:17
Dengan segera, Abigail mengambil 200 roti,00:14:21
00:14:21
dua bekas besar wain, lima biri-biri yang telah disembelih,00:14:25
00:14:25
lima bekas biji-bijian, 100 kuih kismis, dan 200 kuih buah ara.00:14:30
00:14:30
-“Mari.”
-Dia muatkan semua itu ke atas keldai,00:14:33
00:14:33
-“Ambil ini.”
-dan dia berkata kepada hamba-hambanya,00:14:36
00:14:36
“Pergilah mendahului aku. Aku akan menyusul.”00:14:39
00:14:40
Tapi dia tidak beritahu apa-apa kepada Nabal.00:14:42
00:14:43
Semasa Abigail sedang menunggang keldainya,00:14:46
00:14:46
Daud dan anak buahnya sedang turun menuju ke arahnya.00:14:50
00:14:50
Sebelum Abigail bertemu dengan mereka, Daud telah berkata,00:14:54
00:14:55
“Sia-sia saja aku menjaga segala milik orang itu.00:14:59
00:14:59
Tiada satu pun miliknya yang hilang.00:15:02
00:15:02
Namun dia membalas kebaikanku dengan kejahatan.00:15:05
00:15:06
Jika aku tidak membunuh semua lelaki00:15:08
00:15:08
dalam rumah tangga Nabal sebelum esok pagi,00:15:11
00:15:12
biarlah Tuhan melakukan pembalasan
terhadap mereka.”’00:15:16
00:15:18
Semasa Daud mendengar jawapan Nabal, dia sangat marah.00:15:23
00:15:23
Tanpa bertanya kepada Yehuwa,00:15:26
00:15:26
Daud segera menyuruh anak buahnya menyediakan pedang00:15:29
00:15:29
dan mereka bertolak untuk membunuh semua lelaki dalam rumah tangga Nabal.00:15:35
00:15:35
Tindakan mereka salah.00:15:37
00:15:37
Nabal memang seorang yang jahat00:15:40
00:15:40
dan Daud memang patut diberi bayaran atas perkhidmatannya.00:15:44
00:15:44
Tetapi dia tidak berhak merampas harta Nabal00:15:47
00:15:48
dan Daud juga tidak patut membunuh00:15:50
00:15:50
orang sebangsanya serta seluruh rumah tangganya.00:15:53
00:15:54
Salah seorang hamba Nabal sedar00:15:56
00:15:56
bahawa masalah besar bakal menimpa mereka.00:15:59
00:16:00
Dia tidak melaporkan hal itu kepada Nabal00:16:03
00:16:03
kerana dia tahu Nabal tidak akan dengar.00:16:06
00:16:06
Sebaliknya, dia memberitahu Abigail kerana00:16:10
00:16:10
Abigail seorang yang bijak dan mengasihi Yehuwa.00:16:14
00:16:14
Kita tidak tahu latar belakangnya tapi hidupnya pasti susah00:16:19
00:16:19
kerana mempunyai suami yang kasar,00:16:21
00:16:21
tidak tahu berterima kasih, dan sombong.00:16:24
00:16:24
Kemungkinan dia terpaksa berkahwin dengan Nabal00:16:27
00:16:27
kerana disuruh oleh ibu bapanya.00:16:29
00:16:30
Abigail kemudiannya berkata,00:16:32
00:16:32
‘Nabal seorang yang tidak berakal.’00:16:35
00:16:35
Perangai Nabal pasti begitu buruk00:16:37
00:16:37
sehingga isterinya yang mengasihi Tuhan pun00:16:40
00:16:40
berasa susah untuk menghormati dan mengasihinya.00:16:44
00:16:45
Selepas mendengar kata-kata hamba itu,00:16:48
00:16:48
Abigail sedar dia perlu segera bertindak.00:16:51
00:16:51
Namun, haruskah dia berbincang dengan Nabal?00:16:56
00:16:56
Tidak, Nabal kan keras kepala.00:16:59
00:16:59
Haruskah Abigail melarikan diri?00:17:02
00:17:03
Jika perangai Daud pun seperti Nabal00:17:05
00:17:06
mungkin itu pilihan yang bijak.00:17:07
00:17:08
Tapi Abigail tahu Daud boleh dibawa berbincang dan mengasihi Yehuwa.00:17:13
00:17:13
Jadi dia segera mengumpulkan makanan dan00:17:16
00:17:16
pergi berjumpa dengan Daud.00:17:18
00:17:18
Sila lihat apa yang berlaku di 1 Samuel 25 ayat 23.00:17:23
00:17:23
‘Ketika Abigail nampak Daud, dia segera turun dari keldai.00:17:28
00:17:28
Dia berlutut dan bersujud di hadapan Daud.00:17:31
00:17:31
Kemudian dia bersujud di kaki Daud dan berkata,00:17:35
00:17:36
“Tuan! Biarlah aku yang menanggung kesalahan itu.00:17:41
00:17:41
Benarkanlah hamba perempuanmu ini bercakap.00:17:45
00:17:45
Janganlah pedulikan Nabal, orang yang tidak berguna itu.00:17:51
00:17:51
Namanya Nabal dan orangnya juga tidak berakal.00:17:56
00:17:56
Aku tidak ada di situ ketika utusan-utusan tuan tiba.00:18:01
00:18:01
Sekarang aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup00:18:05
00:18:05
dan demi tuan, bahawa Yehuwalah00:18:08
00:18:08
yang telah mencegah tuan daripada 00:18:10
00:18:10
menanggung hutang darah atau membalas dendam.00:18:15
00:18:15
Semoga musuh-musuh tuan00:18:18
00:18:18
dan orang yang ingin mencederakan tuan00:18:21
00:18:21
menjadi seperti Nabal.00:18:23
00:18:24
Terimalah pemberian ini00:18:26
00:18:26
supaya tuan dapat memberikannya00:18:29
00:18:29
kepada anak buah tuan.00:18:31
00:18:31
Ampunkanlah kesalahan hambamu ini.00:18:35
00:18:35
Yehuwa akan memastikan keturunan tuan 00:18:37
00:18:37
memerintah sebagai raja untuk masa yang lama,00:18:42
00:18:42
kerana tuan berjuang untuk Yehuwa dan00:18:46
00:18:46
tuan tidak melakukan apa-apa kejahatan seumur hidup tuan.00:18:51
00:18:51
Apabila seseorang bangkit untuk mengejar00:18:55
00:18:55
dan memburu nyawa tuan, Yehuwa, Tuhan tuan,00:18:59
00:18:59
akan melindungi tuan00:19:01
00:19:01
sebagaimana seseorang melindungi00:19:04
00:19:04
barang berharga di dalam kantung.00:19:06
00:19:07
Namun, nyawa musuh-musuhmu 00:19:08
00:19:08
akan dilemparkan jauh-jauh oleh Tuhan.00:19:13
00:19:14
Apabila Yehuwa menunaikan segala kebaikan yang dijanjikan-Nya00:19:19
00:19:19
dan melantik tuan sebagai pemimpin Israel,00:19:22
00:19:22
tuan tidak akan berasa bersalah atau menyesal,00:19:27
00:19:27
kerana tuan tidak menumpahkan darah tanpa alasan00:19:31
00:19:31
atau membalas dendam.00:19:33
00:19:34
Apabila Yehuwa memberkati tuan,00:19:36
00:19:37
ingatlah akan hamba.”00:19:39
00:19:41
Kata-kata Abigail menunjukkan00:19:44
00:19:44
bahawa dia bijak dan berfikiran rohani.00:19:47
00:19:48
Dia rendah hati dan bersikap hormat.00:19:51
00:19:51
Tetapi mesejnya cukup jelas.00:19:54
00:19:54
Dia memberitahu Daud bahawa Yehuwa telah mengutusnya00:19:58
00:19:58
untuk menghalang Daud agar tidak berhutang darah,00:20:02
00:20:02
menumpahkan darah tanpa alasan, dan membalas dendam supaya Daud 00:20:07
00:20:07
tidak melakukan sesuatu yang akan membuatnya menyesal seumur hidupnya.00:20:13
00:20:13
Abigail mengingatkan Daud tentang kebenaran yang penting ini:00:20:17
00:20:18
Yehuwalah yang akan menegakkan keadilan baginya00:20:21
00:20:21
dan dia tidak perlu membalas dendam.00:20:24
00:20:24
Sebenarnya Daud tidak mencederakan Saul di En-gedi atas sebab yang sama.00:20:30
00:20:30
Mungkin Abigail telah mendengar tentang peristiwa itu.00:20:35
00:20:35
Jadi apa nasihatnya? Bersabarlah.00:20:40
00:20:40
Biarlah Yehuwa yang selesaikannya mengikut masa dan cara-Nya.00:20:45
00:20:46
Adakah Daud mendengar nasihatnya?00:20:48
00:20:49
Mari kita terus baca dari 1 Samuel 25:32.00:20:54
00:20:55
‘Daud berkata kepada Abigail,00:20:57
00:20:58
“Pujilah Yehuwa yang telah mengutus kamu kepadaku pada hari ini!00:21:04
00:21:05
Diberkatilah kamu kerana kebijaksanaanmu!00:21:09
00:21:10
Semoga kamu diberkati00:21:12
00:21:12
kerana mencegahku daripada menanggung hutang darah.00:21:16
00:21:16
Demi Yehuwa, Aku bersumpah bahawa00:21:20
00:21:20
jika kamu tidak datang kepadaku dengan segera,00:21:24
00:21:24
sudah tentu semua lelaki dalam rumah tangga Nabal00:21:28
00:21:28
akan mati sebelum esok pagi.”00:21:31
00:21:31
Daud menerima pemberian Abigail lalu berkata,00:21:35
00:21:36
“Pulanglah ke rumahmu dengan damai.00:21:39
00:21:39
Aku telah mendengar kata-katamu00:21:41
00:21:41
dan aku akan menunaikan permintaanmu.”’00:21:45
00:21:46
Sungguh menakjubkan!00:21:48
00:21:49
Pada zaman itu, lelaki tidak suka mendengar
nasihat wanita.00:21:53
00:21:53
Tetapi Daud berbeza.00:21:55
00:21:55
Daud sudi mendengar nasihat Abigail,00:21:58
00:21:58
bersetuju dengannya, dan mengubah rancangannya.00:22:02
00:22:02
Pengikut Daud mungkin tidak sabar-sabar
untuk merampas harta Nabal00:22:06
00:22:07
tetapi Daud menghalang mereka.00:22:09
00:22:09
Seperti Daud, kita mungkin merancang untuk melakukan sesuatu yang tidak bijak.00:22:15
00:22:15
Tetapi dengarlah nasihat semasa dibetulkan.00:22:19
00:22:19
Kira-kira 10 hari kemudian,00:22:22
00:22:22
Yehuwa menyebabkan Nabal mati.00:22:25
00:22:26
Selepas itu, Abigail menjadi isteri Daud.00:22:29
00:22:30
Mari kita kembali kepada Saul.00:22:32
00:22:33
Dia pasti ingat apa yang berlaku di dalam gua.00:22:36
00:22:36
Tapi dia masih mahu bunuh Daud.00:22:38
00:22:39
Kali ini, Daud dan anak buahnya di padang belantara Zif.00:22:43
00:22:43
Buat kali kedua, Daud dikhianati oleh penduduk Zif,00:22:48
00:22:48
orang yang sebangsa dengannya.00:22:50
00:22:50
Mari kita baca 1 Samuel 26, mulai ayat 2.00:22:55
00:22:57
‘Oleh itu, Saul turun ke padang belantara Zif bersama dengan00:23:01
00:23:01
3,000 askar Israel yang perkasa untuk mencari Daud.00:23:05
00:23:06
Saul berkhemah di tepi jalan, di atas bukit Hakhila,00:23:10
00:23:10
yang berhadapan dengan Yesimon.00:23:12
00:23:12
Masa itu, Daud tinggal di padang belantara dan dia00:23:16
00:23:16
mendapat tahu bahawa Saul telah datang ke situ untuk mencarinya.00:23:21
00:23:21
Maka Daud menghantar pengintip untuk mengesahkan00:23:25
00:23:25
bahawa Saul benar-benar berada di situ.00:23:27
00:23:28
Kemudian Daud pergi ke tempat perkhemahan Saul.00:23:31
00:23:31
Dia nampak Saul dan Abner sedang tidur.00:23:34
00:23:35
Saul tidur di kawasan perkhemahan itu00:23:37
00:23:37
dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.00:23:40
00:23:40
Daud bertanya kepada Ahimelekh dan Abisai,00:23:44
00:23:44
“Siapakah yang akan turun ke perkhemahan Saul bersamaku?”00:23:47
00:23:48
Abisai menjawab,00:23:49
00:23:49
“Aku akan turun bersamamu.”00:23:51
00:23:52
Maka Daud dan Abisai pergi pada waktu malam.00:23:55
00:23:55
Mereka mendapati Saul sedang tidur00:23:58
00:23:58
dan tombaknya tertancap ke tanah bersebelahan kepalanya.00:24:02
00:24:02
Abner dan tentera lain sedang tidur di sekeliling Saul.00:24:06
00:24:06
Abisai berkata kepada Daud,00:24:08
00:24:08
“Hari ini, Tuhan telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu.00:24:12
00:24:12
Sekarang, benarkanlah aku menancapkan tombaknya ke badannya.00:24:17
00:24:17
Aku akan membunuh dia dengan satu tikaman sahaja.”’00:24:20
00:24:21
Semasa di gua, Saul pergi kepada Daud.00:24:25
00:24:25
Kali ini, Daudlah yang pergi kepada Saul.00:24:28
00:24:28
Bersamanya, ada anak buahnya Abisai,00:24:31
00:24:32
seorang pahlawan yang berani.00:24:34
00:24:34
Di bawah cahaya bulan,00:24:36
00:24:36
mereka menyelinap melepasi askar-askar Saul yang tidur00:24:39
00:24:39
dan datang ke tempat Saul sedang tidur.00:24:42
00:24:43
Buat kali kedua, nyawa Saul dalam tangan Daud.00:24:47
00:24:48
Abisai menawarkan diri untuk membunuh Saul.00:24:51
00:24:51
Baginya ini peluang keemasan00:24:54
00:24:54
kerana Saul sudah cuba berkali-kali untuk membunuh mereka.00:24:57
00:24:58
Daud tidak perlu bertindak.00:25:00
00:25:00
Dia boleh kata, Abisai yang melakukannya.00:25:03
00:25:04
Adakah Daud akan menganggap ini peluang00:25:07
00:25:07
untuk menghapuskan musuhnya?00:25:09
00:25:09
Untuk tahu jawapannya,00:25:11
00:25:11
mari kita baca dari 1 Samuel 26 ayat 9.00:25:17
00:25:17
‘Daud berkata kepada Abisai,00:25:20
00:25:20
“Jangan cederakannya. 00:25:22
00:25:22
Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa00:25:26
00:25:26
dan dianggap tidak berdosa?00:25:28
00:25:29
Demi Yehuwa, Aku bersumpah bahawa00:25:32
00:25:32
Yehuwa sendiri akan membunuhnya00:25:34
00:25:34
atau akan tiba masanya dia meninggal seperti orang lain00:25:38
00:25:38
ataupun dia akan meninggal semasa berperang.00:25:41
00:25:41
Aku tidak sekali-kali akan mencederakan 00:25:43
00:25:43
orang yang dilantik oleh Yehuwa!00:25:46
00:25:46
Hal ini salah.00:25:48
00:25:48
Marilah kita ambil tombak dan bekas airnya.00:25:51
00:25:51
Kemudian kita beredar dari sini.”00:25:53
00:25:53
Oleh itu, Daud mengambil tombak dan bekas air Saul00:25:57
00:25:57
dan mereka pun beredar.00:25:59
00:25:59
Semua orang di situ sedang tidur.00:26:02
00:26:02
Tiada sesiapa yang nampak mereka atau bangun00:26:05
00:26:05
kerana Yehuwa menyebabkan mereka semua tidur nyenyak.’00:26:09
00:26:09
Daud tidak menipu diri dan berfikir bahawa00:26:12
00:26:12
membiarkan Abisai membunuh Saul ialah idea yang bagus.00:26:16
00:26:17
Dia tahu Yehuwalah yang akan bertindak.00:26:20
00:26:21
Sekali lagi, dia menunggu Yehuwa menegakkan keadilan baginya.00:26:26
00:26:26
Daud juga fikir bagaimana Yehuwa mungkin bertindak baginya pada masa depan.00:26:32
00:26:32
Dia kata Saul mungkin akan mati semasa berperang.00:26:35
00:26:35
Itulah yang berlaku lebih dari setahun kemudian.00:26:39
00:26:39
Daud hidup susah semasa perlu melarikan diri daripada Saul.00:26:44
00:26:44
Tetapi dia tidak pernah hilang sabar dengan Yehuwa.00:26:47
00:26:48
Dia juga melakukan apa yang dia mampu lakukan.00:26:51
00:26:51
Contohnya, semasa Daud tinggal di kawasan orang Filistin,00:26:56
00:26:56
dia menggunakan peluang itu untuk menyerang musuh orang Israel.00:27:00
00:27:01
Seperti Daud, kita mahu lakukan apa yang kita mampu semasa ditimpa kesusahan 00:27:07
00:27:07
dan percaya Yehuwa pasti membawa kelegaan pada masa yang terbaik.00:27:12
00:27:12
Akhirnya, Daud menjadi raja00:27:16
00:27:16
dan dia memerintah selama 40 tahun.00:27:19
00:27:19
Semasa dia sudah tua, dia menulis Mazmur 37.00:27:24
00:27:24
Masa itu, dia mungkin terkenang tiga peristiwa
yang kita bincang tadi.00:27:30
00:27:30
Dia menulis tentang kesabaran, pentingnya menunggu Yehuwa,00:27:34
00:27:35
dan bahawa janji Yehuwa pasti ditunaikan.00:27:38
00:27:39
Nasihat dan galakan dalam Mazmur itu00:27:42
00:27:42
sangat sesuai bagi kita.00:27:44
00:27:44
Sebagai penutup, mari kita baca kata-kata Daud itu,00:27:48
00:27:48
di Mazmur 37, ayat 1 hingga 7.00:27:52
00:27:52
Sila buka Mazmur 37, ayat 1 hingga 7,00:27:59
00:27:59
‘Janganlah marah kerana orang jahat;00:28:02
00:28:03
Janganlah iri hati terhadap pendosa.00:28:05
00:28:06
Mereka akan segera lenyap seperti rumput,00:28:09
00:28:09
dan layu seperti tumbuhan hijau.00:28:12
00:28:12
Yakinlah kepada Yehuwa00:28:14
00:28:14
dan buatlah apa yang baik;00:28:16
00:28:16
Tinggallah di negeri ini00:28:18
00:28:18
dan tunjukkanlah kesetiaanmu.00:28:20
00:28:20
Carilah kebahagiaan daripada Yehuwa,00:28:23
00:28:23
lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu.00:28:28
00:28:28
Serahkan hidupmu kepada Yehuwa;00:28:31
00:28:31
Bergantung pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagimu.00:28:35
00:28:35
Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya,00:28:39
00:28:39
dan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.00:28:45
00:28:45
Nantikanlah00:28:47
00:28:47
Yehuwa00:28:48
00:28:48
dengan sabar.’00:28:50
Daud Menantikan Yehuwa dengan Sabar
-
Daud Menantikan Yehuwa dengan Sabar
Adakah anda diejek, ditentang, atau dianiaya?
Adakah anda sedang bergelut dengan suatu masalah
dan rasa anda tidak mampu mengubah situasi anda?
Jika ya, anda tidak keseorangan.
Bible kata Daud pun menghadapi cabaran sebegini.
Bagaimanakah Daud mengatasinya?
Di Mazmur 62:5 dia kata,
“Aku menantikan Tuhan dengan sabar.”
Sesetengah pakar kata
Daud berumur 15 tahun semasa dilantik sebagai Raja.
Jika hal itu benar,
Daud perlu tunggu 22 tahun sebelum dapat memerintah negeri Israel.
Selama beberapa tahun
Raja Saul memburu Daud dan ingin membunuhnya.
Akibatnya Daud terpaksa hidup sebagai pelarian.
Kadangkala dia tinggal di dalam gua.
Pada masa lain, dia tinggal di negeri asing bersama musuh orang Israel.
Daud telah belajar untuk menantikan Yehuwa dengan sabar.
Mari kita kaji tiga peristiwa yang berlaku dalam hidupnya.
Peristiwa yang pertama berlaku di padang belantara En-gedi.
Di situ ada banyak gunung dan gua yang besar.
Raja Saul benci dan cemburu terhadap Daud.
Maka dia mengejar Daud dan ingin membunuhnya. Oleh itu,
Daud dan anak buahnya perlu bersembunyi di dalam sebuah gua.
Adakah hidup di situ selesa?
Mana mungkin!
Mereka perlu mencari makanan, kayu api, dan air,
dan mereka perlu bersembunyi daripada musuh.
Tiba-tiba, sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku.
Mari kita membacanya.
Sila buka 1 Samuel bab 24.
Saya bagi kamu masa untuk mencarinya.
1 Samuel bab 24,
kita mula baca dari ayat 2.
‘Saul memilih 3,000 orang lalu
pergi mencari Daud dan semua anak buahnya.
Saul sampai di kandang biri-biri di tepi jalan
dan di situ terdapat sebuah gua.
Dia masuk ke dalam gua itu untuk buang air.
Pada masa itu, Daud dan anak buahnya
sedang duduk di dalam gua itu,
di bahagian yang lebih dalam.
Anak buah Daud berkata kepadanya,
“Inilah harinya Yehuwa berfirman,
‘Lihatlah! Aku serahkan musuhmu ke dalam tanganmu
dan engkau boleh lakukan apa sahaja yang engkau mahu terhadapnya.’”’
3,000 orang askar yang terlatih sedang memburu Daud.
Jadi bayangkan reaksi Daud dan anak buahnya
semasa Saul masuk seorang diri ke dalam gua
di mana mereka sedang bersembunyi.
Mata Saul sudah biasa dengan
keadaan yang terang di luar.
Jadi dia tidak dapat melihat Daud dan
anak buahnya di dalam gua yang gelap.
Tetapi Daud dan anak buahnya sudah biasa
dengan keadaan yang gelap.
Jadi mereka dapat melihat Saul dengan jelas.
Sekarang Daud ada peluang.
Dia boleh bunuh Saul dengan mudah.
Adakah dia akan melakukannya?
Anak buahnya menggesanya untuk bertindak.
Sudah pasti Yehuwalah yang menyerahkan
Saul ke dalam tangannya.
’Kan Tuhan sudah kata Daud akan menggantikan Saul sebagai raja
dan Daud ada sebab yang baik untuk bunuh Saul.
Saul sudah gila.
Dia menyerang kota Nob
dan membunuh semua imam, lelaki, wanita, kanak-kanak, dan binatang,
hanya kerana Imam Agung di situ iaitu Ahimelekh
telah beri Daud dan anak buahnya roti.
Jika Daud bunuh Saul, apa akan berlaku?
Kebebasan? Tidak perlu melarikan diri atau tinggal dalam gua lagi?
Terus boleh jadi raja?
Semua ini pasti terlintas di fikiran Daud.
Jika anda Daud, apa yang akan anda buat?
Mari kita baca 1 Samuel 24 ayat 4.
‘Daud bangun dan dengan senyap
dia memotong tepi jubah Saul yang tidak berlengan.
Tetapi selepas itu, Daud rasa bersalah.
Dia berkata kepada anak buahnya,
“Dalam pandangan Yehuwa, aku tidak sepatutnya
melakukan hal seperti itu terhadap orang yang dilantik oleh Yehuwa.
Aku tidak boleh mencederakan dia
kerana dia dilantik oleh Yehuwa.”
Demikianlah Daud menghalang anak buahnya
dan tidak membenarkan mereka menyerang Saul.
Saul meninggalkan gua itu lalu meneruskan perjalanannya.’
Daud tidak ikut cakap anak buahnya.
Sebaliknya dia menggunakan peluang itu
untuk membuktikan
bahawa dia bukan pemberontak dan
dia tidak ingin membalas dendam
walaupun dilayan dengan buruk oleh Saul.
Daud perlu mengawal diri dan beriman bahawa
Yehuwa akan bertindak
pada masa dan cara yang terbaik.
Kita dapat lihat sikap Daud
bukan sahaja daripada kata-katanya kepada Saul,
tetapi juga daripada apa yang ditulisnya di Mazmur 57:3:
‘Yehuwa akan membantu dan menyelamatkan aku.
Dia akan menggagalkan rancangan orang yang menyerang aku.’
Ada kalanya kita mungkin berasa susah untuk bersabar,
terutamanya semasa dilayan dengan tidak adil.
Sering kali kita tidak mampu buat apa-apa.
Tapi jika kita nampak ada penyelesaian yang mudah,
tirulah teladan Daud.
Fikirkan pendapat Yehuwa dahulu.
Kadangkala kita patut bertindak,
tapi pada masa lain,
lebih baik kita tunggu Yehuwa selesaikan masalah itu.
Apakah yang berlaku selepas Saul keluar dari gua?
Sila baca 1 Samuel bab 24 ayat 8.
‘Daud bangun dan keluar dari gua
lalu berseru kepada Saul,
“Tuanku!”
“Daud?”
Apabila Saul menoleh ke belakang, Daud berlutut
dan bersujud kepadanya.
Daud berkata kepada Saul,
“Mengapakah tuanku percaya orang yang kata,
‘Lihatlah! Daud ingin mencederakan tuanku?’
Di dalam gua itu, Yehuwa telah menyerahkan tuanku
ke dalam tangan hamba.
Tapi apabila orang menyuruh hamba membunuh tuanku,
hamba mengasihani tuanku dan memberitahunya,
‘Aku tidak akan mencederakan tuanku
kerana dia dilantik oleh Yehuwa.’
Lihatlah tepi jubah tuanku yang hamba pegang ini.
Semasa hamba memotong tepi jubah tuanku,
hamba tidak membunuh Tuanku.
Tuanku dapat lihat dan sedar
bahawa hamba tidak berniat untuk memberontak
atau mencederakan tuanku
dan hamba tidak berdosa terhadap tuanku.
Meskipun begitu, Tuanku mengejar hamba dan
ingin membunuh hamba.
Semoga Yehuwa menjadi hakim antara tuanku dengan hamba
dan membalas perbuatan tuanku bagi pihak hamba.
Namun hamba tidak akan mencederakan tuanku.
Ada pepatah yang berbunyi,
‘Daripada yang jahat berasal kejahatan.’
Adakah raja Israel sedang mengejar hamba?
Siapakah hamba ini?
Hamba seperti seekor anjing mati, seekor kutu sahaja!
Semoga Yehuwa menjadi hakim kita berdua.
Dia akan memeriksa perkara ini dan membela hamba.
Dia juga akan menghakimi hamba dan menyelamatkan hamba.”
Tindakan Daud membuktikan bahawa orang yang
bercakap buruk tentangnya di hadapan Saul sama sekali salah.
Dia tidak pernah mencederakan Saul.
Dua kali dia kata
Yehuwalah yang akan jadi hakim
antara dia dan Saul.
Walaupun Saul melayannya dengan tidak adil,
Daud tetap rendah hati dan bersikap hormat.
Dia memberitahu Saul bahawa dia akan
menunggu Yehuwa untuk selesaikan perkara itu.
Sikap Daud pasti meninggalkan kesan yang mendalam
kepada semua orang yang melihat peristiwa itu.
Saul terkejut kerana Daud menahan diri daripada membunuhnya,
lalu dia berseru,
‘Yehuwa akan memberkati kamu dengan kebaikan
kerana kamu berbuat baik terhadap beta.
Kamu pasti memerintah sebagai raja dan
kerajaan Israel akan berkekalan di bawah pemerintahan Mu.’
Rasul Paulus mungkin teringat peristiwa ini
semasa menasihati orang Kristian di Roma,
‘Janganlah balas dendam.
Teruslah kalahkan kejahatan dengan kebaikan.’
Ada kalanya kata-kata dan perbuatan kita yang baik
mungkin mengubah sikap para penentang.
Saul sangat tersentuh kerana kebaikan hati Daud.
Tetapi adakah dia akan berhenti mengejarnya?
Kita akan lihat nanti.
Namun oleh sebab kita tidak sempurna,
ada kalanya kita mungkin hilang sabar.
Itulah yang berlaku kepada Daud.
Pernah sekali dia begitu marah
sehingga hampir melakukan sesuatu yang akan dikesalinya.
Kisah ini tercatat di 1 Samuel bab 25 bermula dari ayat 1.
Mari baca 1 Samuel 25 ayat 1.
‘Kemudian Samuel meninggal.
Orang Israel meratapinya dan mengebumikannya di Rama.
Selepas itu, Daud berangkat ke Paran.
Ada seorang penduduk Maon yang bekerja di Karmel.
Dia kaya dan memiliki 3,000 ekor biri-biri
serta 1,000 ekor kambing.
Masa itu dia sedang menggunting bulu biri-biri di Karmel.
Dia bernama Nabal dan isterinya bernama Abigail.
Isterinya bijak dan cantik,
tapi dia kasar dan berkelakuan buruk.
Daud mengutus 10 orang anak buahnya dan berkata,
“Pergilah ke Karmel dan berjumpa dengan Nabal.
Beritahulah dia, ‘Semoga tuan berumur panjang dan sejahtera.
Semoga rumah tangga tuan dan segala milik tuan dalam keadaan baik.
Aku mendengar bahawa tuan sedang menggunting bulu biri-biri.
Semasa para gembala tuan berada bersama kami,
kami tidak mencederakan mereka.
Mereka pun tidak kehilangan apa apa.
Tanyalah mereka dan mereka akan memberitahu tuan.
Semoga anak buahku mendapat perkenan tuan,
kerana kami datang pada hari yang baik.
Berilah aku dan hamba-hambaku
apa sahaja yang dapat tuan berikan.’”
Oleh itu, anak buah Daud
pergi dan menyampaikan kata-kata Daud kepada Nabal.
Setelah selesai bercakap, Nabal berkata,
“Siapakah Daud? Siapakah anak Isai itu?
Sekarang ada banyak hamba yang melarikan diri daripada tuan mereka.
Patutkah aku mengambil rotiku, air minumanku, dan
daging yang aku sembelih untuk para penggunting biri-biriku,
lalu memberikannya kepada orang yang entah dari mana?”’
Musim menggunting bulu biri-biri ialah waktu untuk bersuka ria.
Nabal patut bersyukur. Dia ada banyak biri-biri
dan anak buah Daud melindungi kawanannya daripada perompak.
Jadi semasa mereka meminta sedikit makanan,
Nabal sepatutnya bermurah hati dan menunjukkan penghargaan.
Tetapi dia bukan sahaja menolak permintaan mereka,
malah dia menghina mereka.
Mari kita baca tentang reaksi Daud di 1 Samuel 25 ayat 12.
‘Maka anak buah Daud kembali dan menyampaikan semua
kata-kata itu kepadanya. Dengan segera, Daud berkata,
“Ikatlah pedang kamu!”
Oleh itu, mereka mengikat pedang mereka.
Kira-kira 400 orang pergi bersama Daud,
sedangkan 200 orang lagi tinggal untuk menjaga barang.
Sementara itu, seorang hamba Nabal berkata kepada Abigail,
“Daud hantar utusan daripada belantara
untuk menyampaikan salam kepada tuan kami.
Tapi dia hina mereka.”
-“Alamak!”
-“Padahal mereka sangat baik terhadap kami.
Mereka tidak pernah mencederakan kami dan kami tidak kehilangan
apa-apa pun selama kami berada bersama mereka di padang belantara.
-Mereka seperti tembok yang melindungi kami siang dan malam.”
-“Ya ampun!”
“Sekarang, putuskanlah apa yang puan mahu lakukan,
kerana hal ini tentu mendatangkan bencana
kepada tuan Nabal dan seluruh rumah tangganya.
Dia memang tidak berguna
dan tiada sesiapa pun yang berani bercakap dengannya.”
Dengan segera, Abigail mengambil 200 roti,
dua bekas besar wain, lima biri-biri yang telah disembelih,
lima bekas biji-bijian, 100 kuih kismis, dan 200 kuih buah ara.
-“Mari.”
-Dia muatkan semua itu ke atas keldai,
-“Ambil ini.”
-dan dia berkata kepada hamba-hambanya,
“Pergilah mendahului aku. Aku akan menyusul.”
Tapi dia tidak beritahu apa-apa kepada Nabal.
Semasa Abigail sedang menunggang keldainya,
Daud dan anak buahnya sedang turun menuju ke arahnya.
Sebelum Abigail bertemu dengan mereka, Daud telah berkata,
“Sia-sia saja aku menjaga segala milik orang itu.
Tiada satu pun miliknya yang hilang.
Namun dia membalas kebaikanku dengan kejahatan.
Jika aku tidak membunuh semua lelaki
dalam rumah tangga Nabal sebelum esok pagi,
biarlah Tuhan melakukan pembalasan
terhadap mereka.”’
Semasa Daud mendengar jawapan Nabal, dia sangat marah.
Tanpa bertanya kepada Yehuwa,
Daud segera menyuruh anak buahnya menyediakan pedang
dan mereka bertolak untuk membunuh semua lelaki dalam rumah tangga Nabal.
Tindakan mereka salah.
Nabal memang seorang yang jahat
dan Daud memang patut diberi bayaran atas perkhidmatannya.
Tetapi dia tidak berhak merampas harta Nabal
dan Daud juga tidak patut membunuh
orang sebangsanya serta seluruh rumah tangganya.
Salah seorang hamba Nabal sedar
bahawa masalah besar bakal menimpa mereka.
Dia tidak melaporkan hal itu kepada Nabal
kerana dia tahu Nabal tidak akan dengar.
Sebaliknya, dia memberitahu Abigail kerana
Abigail seorang yang bijak dan mengasihi Yehuwa.
Kita tidak tahu latar belakangnya tapi hidupnya pasti susah
kerana mempunyai suami yang kasar,
tidak tahu berterima kasih, dan sombong.
Kemungkinan dia terpaksa berkahwin dengan Nabal
kerana disuruh oleh ibu bapanya.
Abigail kemudiannya berkata,
‘Nabal seorang yang tidak berakal.’
Perangai Nabal pasti begitu buruk
sehingga isterinya yang mengasihi Tuhan pun
berasa susah untuk menghormati dan mengasihinya.
Selepas mendengar kata-kata hamba itu,
Abigail sedar dia perlu segera bertindak.
Namun, haruskah dia berbincang dengan Nabal?
Tidak, Nabal kan keras kepala.
Haruskah Abigail melarikan diri?
Jika perangai Daud pun seperti Nabal
mungkin itu pilihan yang bijak.
Tapi Abigail tahu Daud boleh dibawa berbincang dan mengasihi Yehuwa.
Jadi dia segera mengumpulkan makanan dan
pergi berjumpa dengan Daud.
Sila lihat apa yang berlaku di 1 Samuel 25 ayat 23.
‘Ketika Abigail nampak Daud, dia segera turun dari keldai.
Dia berlutut dan bersujud di hadapan Daud.
Kemudian dia bersujud di kaki Daud dan berkata,
“Tuan! Biarlah aku yang menanggung kesalahan itu.
Benarkanlah hamba perempuanmu ini bercakap.
Janganlah pedulikan Nabal, orang yang tidak berguna itu.
Namanya Nabal dan orangnya juga tidak berakal.
Aku tidak ada di situ ketika utusan-utusan tuan tiba.
Sekarang aku bersumpah demi Yehuwa yang hidup
dan demi tuan, bahawa Yehuwalah
yang telah mencegah tuan daripada
menanggung hutang darah atau membalas dendam.
Semoga musuh-musuh tuan
dan orang yang ingin mencederakan tuan
menjadi seperti Nabal.
Terimalah pemberian ini
supaya tuan dapat memberikannya
kepada anak buah tuan.
Ampunkanlah kesalahan hambamu ini.
Yehuwa akan memastikan keturunan tuan
memerintah sebagai raja untuk masa yang lama,
kerana tuan berjuang untuk Yehuwa dan
tuan tidak melakukan apa-apa kejahatan seumur hidup tuan.
Apabila seseorang bangkit untuk mengejar
dan memburu nyawa tuan, Yehuwa, Tuhan tuan,
akan melindungi tuan
sebagaimana seseorang melindungi
barang berharga di dalam kantung.
Namun, nyawa musuh-musuhmu
akan dilemparkan jauh-jauh oleh Tuhan.
Apabila Yehuwa menunaikan segala kebaikan yang dijanjikan-Nya
dan melantik tuan sebagai pemimpin Israel,
tuan tidak akan berasa bersalah atau menyesal,
kerana tuan tidak menumpahkan darah tanpa alasan
atau membalas dendam.
Apabila Yehuwa memberkati tuan,
ingatlah akan hamba.”
Kata-kata Abigail menunjukkan
bahawa dia bijak dan berfikiran rohani.
Dia rendah hati dan bersikap hormat.
Tetapi mesejnya cukup jelas.
Dia memberitahu Daud bahawa Yehuwa telah mengutusnya
untuk menghalang Daud agar tidak berhutang darah,
menumpahkan darah tanpa alasan, dan membalas dendam supaya Daud
tidak melakukan sesuatu yang akan membuatnya menyesal seumur hidupnya.
Abigail mengingatkan Daud tentang kebenaran yang penting ini:
Yehuwalah yang akan menegakkan keadilan baginya
dan dia tidak perlu membalas dendam.
Sebenarnya Daud tidak mencederakan Saul di En-gedi atas sebab yang sama.
Mungkin Abigail telah mendengar tentang peristiwa itu.
Jadi apa nasihatnya? Bersabarlah.
Biarlah Yehuwa yang selesaikannya mengikut masa dan cara-Nya.
Adakah Daud mendengar nasihatnya?
Mari kita terus baca dari 1 Samuel 25:32.
‘Daud berkata kepada Abigail,
“Pujilah Yehuwa yang telah mengutus kamu kepadaku pada hari ini!
Diberkatilah kamu kerana kebijaksanaanmu!
Semoga kamu diberkati
kerana mencegahku daripada menanggung hutang darah.
Demi Yehuwa, Aku bersumpah bahawa
jika kamu tidak datang kepadaku dengan segera,
sudah tentu semua lelaki dalam rumah tangga Nabal
akan mati sebelum esok pagi.”
Daud menerima pemberian Abigail lalu berkata,
“Pulanglah ke rumahmu dengan damai.
Aku telah mendengar kata-katamu
dan aku akan menunaikan permintaanmu.”’
Sungguh menakjubkan!
Pada zaman itu, lelaki tidak suka mendengar
nasihat wanita.
Tetapi Daud berbeza.
Daud sudi mendengar nasihat Abigail,
bersetuju dengannya, dan mengubah rancangannya.
Pengikut Daud mungkin tidak sabar-sabar
untuk merampas harta Nabal
tetapi Daud menghalang mereka.
Seperti Daud, kita mungkin merancang untuk melakukan sesuatu yang tidak bijak.
Tetapi dengarlah nasihat semasa dibetulkan.
Kira-kira 10 hari kemudian,
Yehuwa menyebabkan Nabal mati.
Selepas itu, Abigail menjadi isteri Daud.
Mari kita kembali kepada Saul.
Dia pasti ingat apa yang berlaku di dalam gua.
Tapi dia masih mahu bunuh Daud.
Kali ini, Daud dan anak buahnya di padang belantara Zif.
Buat kali kedua, Daud dikhianati oleh penduduk Zif,
orang yang sebangsa dengannya.
Mari kita baca 1 Samuel 26, mulai ayat 2.
‘Oleh itu, Saul turun ke padang belantara Zif bersama dengan
3,000 askar Israel yang perkasa untuk mencari Daud.
Saul berkhemah di tepi jalan, di atas bukit Hakhila,
yang berhadapan dengan Yesimon.
Masa itu, Daud tinggal di padang belantara dan dia
mendapat tahu bahawa Saul telah datang ke situ untuk mencarinya.
Maka Daud menghantar pengintip untuk mengesahkan
bahawa Saul benar-benar berada di situ.
Kemudian Daud pergi ke tempat perkhemahan Saul.
Dia nampak Saul dan Abner sedang tidur.
Saul tidur di kawasan perkhemahan itu
dan tenteranya berkhemah di sekelilingnya.
Daud bertanya kepada Ahimelekh dan Abisai,
“Siapakah yang akan turun ke perkhemahan Saul bersamaku?”
Abisai menjawab,
“Aku akan turun bersamamu.”
Maka Daud dan Abisai pergi pada waktu malam.
Mereka mendapati Saul sedang tidur
dan tombaknya tertancap ke tanah bersebelahan kepalanya.
Abner dan tentera lain sedang tidur di sekeliling Saul.
Abisai berkata kepada Daud,
“Hari ini, Tuhan telah menyerahkan musuhmu ke dalam tanganmu.
Sekarang, benarkanlah aku menancapkan tombaknya ke badannya.
Aku akan membunuh dia dengan satu tikaman sahaja.”’
Semasa di gua, Saul pergi kepada Daud.
Kali ini, Daudlah yang pergi kepada Saul.
Bersamanya, ada anak buahnya Abisai,
seorang pahlawan yang berani.
Di bawah cahaya bulan,
mereka menyelinap melepasi askar-askar Saul yang tidur
dan datang ke tempat Saul sedang tidur.
Buat kali kedua, nyawa Saul dalam tangan Daud.
Abisai menawarkan diri untuk membunuh Saul.
Baginya ini peluang keemasan
kerana Saul sudah cuba berkali-kali untuk membunuh mereka.
Daud tidak perlu bertindak.
Dia boleh kata, Abisai yang melakukannya.
Adakah Daud akan menganggap ini peluang
untuk menghapuskan musuhnya?
Untuk tahu jawapannya,
mari kita baca dari 1 Samuel 26 ayat 9.
‘Daud berkata kepada Abisai,
“Jangan cederakannya.
Siapakah yang dapat mencederakan orang yang dilantik oleh Yehuwa
dan dianggap tidak berdosa?
Demi Yehuwa, Aku bersumpah bahawa
Yehuwa sendiri akan membunuhnya
atau akan tiba masanya dia meninggal seperti orang lain
ataupun dia akan meninggal semasa berperang.
Aku tidak sekali-kali akan mencederakan
orang yang dilantik oleh Yehuwa!
Hal ini salah.
Marilah kita ambil tombak dan bekas airnya.
Kemudian kita beredar dari sini.”
Oleh itu, Daud mengambil tombak dan bekas air Saul
dan mereka pun beredar.
Semua orang di situ sedang tidur.
Tiada sesiapa yang nampak mereka atau bangun
kerana Yehuwa menyebabkan mereka semua tidur nyenyak.’
Daud tidak menipu diri dan berfikir bahawa
membiarkan Abisai membunuh Saul ialah idea yang bagus.
Dia tahu Yehuwalah yang akan bertindak.
Sekali lagi, dia menunggu Yehuwa menegakkan keadilan baginya.
Daud juga fikir bagaimana Yehuwa mungkin bertindak baginya pada masa depan.
Dia kata Saul mungkin akan mati semasa berperang.
Itulah yang berlaku lebih dari setahun kemudian.
Daud hidup susah semasa perlu melarikan diri daripada Saul.
Tetapi dia tidak pernah hilang sabar dengan Yehuwa.
Dia juga melakukan apa yang dia mampu lakukan.
Contohnya, semasa Daud tinggal di kawasan orang Filistin,
dia menggunakan peluang itu untuk menyerang musuh orang Israel.
Seperti Daud, kita mahu lakukan apa yang kita mampu semasa ditimpa kesusahan
dan percaya Yehuwa pasti membawa kelegaan pada masa yang terbaik.
Akhirnya, Daud menjadi raja
dan dia memerintah selama 40 tahun.
Semasa dia sudah tua, dia menulis Mazmur 37.
Masa itu, dia mungkin terkenang tiga peristiwa
yang kita bincang tadi.
Dia menulis tentang kesabaran, pentingnya menunggu Yehuwa,
dan bahawa janji Yehuwa pasti ditunaikan.
Nasihat dan galakan dalam Mazmur itu
sangat sesuai bagi kita.
Sebagai penutup, mari kita baca kata-kata Daud itu,
di Mazmur 37, ayat 1 hingga 7.
Sila buka Mazmur 37, ayat 1 hingga 7,
‘Janganlah marah kerana orang jahat;
Janganlah iri hati terhadap pendosa.
Mereka akan segera lenyap seperti rumput,
dan layu seperti tumbuhan hijau.
Yakinlah kepada Yehuwa
dan buatlah apa yang baik;
Tinggallah di negeri ini
dan tunjukkanlah kesetiaanmu.
Carilah kebahagiaan daripada Yehuwa,
lalu Dia akan mengabulkan segala keinginan hatimu.
Serahkan hidupmu kepada Yehuwa;
Bergantung pada-Nya, dan Dia akan bertindak bagimu.
Dia akan menyebabkan kebaikanmu bersinar seperti cahaya,
dan membuat keadilanmu bersinar seperti matahari pada waktu tengah hari.
Nantikanlah
Yehuwa
dengan sabar.’
-