JW subtitle extractor

Perlukah Kita Menyertai Kumpulan Agama Tertentu untuk Menyembah Tuhan?

Video Other languages Share text Share link Show times

Ramai orang hari ini percaya kepada Tuhan
dan berminat tentang hal rohani.
Tetapi, mereka pilih untuk
beribadat secara bersendirian
dan mereka tidak mahu menyertai
mana-mana kumpulan agama.
Mengapa?
Ada yang kecewa kerana keganasan
yang berlaku atas nama agama
atau kerana pemimpin agama
yang cakap tak serupa bikin.
Ada juga yang rasa agama ketinggalan zaman
dan tidak sesuai untuk dunia hari ini.
Apakah pandangan Tuhan?
Bible memberitahu kita
cara orang yang setia kepada Tuhan
menyembah-Nya pada zaman dulu.
Contohnya, Abraham ada hubungan yang baik
dengan Penciptanya.
“Dia dikenali sebagai ‘sahabat Tuhan.’”
Dia hidup menurut standard Tuhan
dan dia mengajar keluarganya
untuk buat hal yang sama.
Seperti orang lain yang setia dalam Bible,
Abraham beribadat bersama sekumpulan orang,
termasuk keluarga
dan hamba-hambanya.
Kemudian, Tuhan ingin orang Israel dan orang Kristian
pada abad pertama untuk berkumpul semasa beribadat.
Mereka membaca dan menjelaskan Ayat-Ayat Suci,
bernyanyi, dan berdoa bersama-sama.
Mereka diaturkan dan beribadat sebagai sebuah sidang.
Bible sebut bahawa terdapat sidang-sidang
pada abad pertama di Asia Kecil dan Eropah.
Ada banyak ayat Bible yang menunjukkan bahawa
kita mesti berkumpul untuk beribadat
sebagai sebuah sidang.
Contohnya, 1 Korintus 1:10 kata
penyembah Tuhan tidak harus berpecah belah.
Sebaliknya, mereka harus bersatu padu
dan sefikiran dalam soal ibadat.
Bagaimanakah seseorang dapat mematuhi perintah ini
jika dia beribadat secara bersendirian?
Jelaslah, Tuhan mahu kita beribadat bersama sidang
dan memuji-Nya bersama umat-Nya.
Dia mahu anda mengenali
dan beribadat bersama orang yang saling mengasihi.
Seperti anda, mereka juga ingin belajar
lebih banyak tentang Tuhan.
Anda mungkin terfikir,
“Jika ada kumpulan agama yang Tuhan terima,
bagaimana saya dapat menemuinya?”
Untuk lihat ajaran Bible
tentang topik ini dan topik lain,
sila layari jw.org.