JW subtitle extractor

Cara untuk Lebih Menikmati Pembacaan Bible

Video Other languages Share text Share link Show times

Antara semua buku di dunia,
Bible ialah buku yang paling banyak diedarkan.
Tapi ada yang rasa Bible sangat tebal
atau susah difahami.
Jadi, mereka jarang membacanya.
Jika itu perasaan anda,
anda tidak keseorangan.
Apakah yang dapat bantu anda
mula membaca Bible dan menikmatinya?
Yang pertama, pilihlah terjemahan yang tepat
dan yang menggunakan bahasa moden.
Sesetengah Bible yang popular mungkin susah difahami
kerana diterjemahkan ratusan tahun dahulu
dan menggunakan bahasa kuno.
Sebaliknya, terjemahan yang menggunakan bahasa moden
akan membuat Bible lebih senang difahami.
Contohnya, Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu
ialah antara Bible yang paling tepat dan jelas.
Kedua, pilih dari mana anda mahu mula baca.
Memang anda boleh mula dari depan saja.
Tapi tahukah anda, Bible ialah gabungan 66 buku kecil?
Ada yang mengandungi sejarah,
puisi,
penglihatan, dan nubuat atau mesej tentang masa depan.
Jadi, pilihlah buku mana anda minat atau rasa menarik.
Contohnya, jika anda suka puisi,
anda boleh mula dari buku Mazmur.
Koleksi puisinya indah
dan mengandungi nasihat yang berguna.
Ataupun, anda boleh baca
tentang kisah hidup Yesus di buku Markus.
Kandungannya sangat menarik dan padat.
Jika anda baca buku Markus
selama beberapa minit setiap hari,
anda akan habis membacanya dalam 10 hari.
Ketiga, dengarlah rakaman audio Bible.
Ini dapat menghidupkan kisah Bible
dan menjadikannya lebih senang difahami.
Semasa Yesus masuk ke Yerusalem,
seluruh kota itu menjadi gempar.
Orang bertanya, “Siapakah dia?”
Orang ramai yang ada bersamanya asyik berkata,
“Dia ialah Yesus, nabi dari Nasaret di Galilea!”
Jika rakaman audio tersedia dalam bahasa anda,
manfaatkannya.
Dengarlah rakaman Bible pada bila-bila masa.
Jika anda ada soalan tentang Bible,
cubalah cara keempat:
gunakan alat bantuan.
Salah satunya terdapat di jw.org.
Anda dapat cari ayat Bible
berkaitan dengan topik yang anda minat,
seperti cara untuk menangani stres.
Anda juga boleh baca
atau muat turun Bible Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu.
Terjemahan ini mudah difahami,
mengandungi alat bantuan belajar,
dan tersedia secara percuma dalam ratusan bahasa.
Jadi, pilihlah cara yang anda suka.
Usaha anda untuk baca Bible pasti berbaloi.
Nasihat Bible tidak luput ditelan zaman,
sesuai untuk semua lapisan masyarakat,
dan menjawab soalan penting dalam hidup.
Jutaan orang sedar Bible bukan hanya menarik
tetapi mengubah kehidupan mereka.
Jadi, cubalah sendiri untuk lihat manfaatnya.
Untuk belajar lebih banyak tentang Bible, layarilah jw.org.