JW subtitle extractor

Adakah Neraka Tempat Seksaan yang Kekal?

Video Other languages Share text Share link Show times

Banyak guru agama mengajarkan bahawa
Tuhan akan menyeksa orang jahat di neraka
buat selama-lamanya.
Mereka berharap ajaran ini
akan menghalang orang daripada berbuat jahat.
Jadi adakah Tuhan menghukum orang
selepas mereka mati?
Bible kata orang mati tidak sedar
dan “tidak tahu apa-apa pun.”
Jika mereka tidak sedar,
mereka tidak boleh menderita.
Adakah ini bermaksud
Tuhan langsung tidak menghukum orang jahat?
Tidak.
Tuhan beritahu
pasangan manusia yang pertama bahawa
jika mereka memberontak mereka akan dihukum.
Tuhan tidak sebut apa-apa tentang api neraka.
Dia hanya beritahu mereka,
“Engkau akan mati.”
Itulah yang berlaku kepada Adam dan Hawa
selepas mereka diusir dari Taman Eden.
Mereka meninggal dan menjadi debu.
Bible kata bahawa selepas seseorang mati,
dia tidak lagi bertanggungjawab atas dosanya,
‘kerana apabila dia mati,
hutang dosanya sudah dilangsaikan.’
Tetapi ada satu lagi sebab
mengapa neraka tidak wujud.
Bible beritahu kita,
“Tuhan itu kasih.”
Mungkinkah Tuhan yang pengasih
menyeksa orang yang berdosa buat selama-lamanya?
Fikirkan hal berikut.
Pada zaman Bible,
Tuhan mengutuk perbuatan membakar anak
sebagai korban kepada dewa dewi palsu.
Tuhan kata perbuatan keji itu
bahkan tidak pernah timbul dalam hati-Nya.
Kita juga benci perbuatan kejam
kerana kita diciptakan menurut
gambaran Tuhan yang pengasih dan berbelas kasihan.
Jelaslah, kita tidak perlu risau
bahawa orang kesayangan kita
sedang diseksa di neraka,
kerana Bible beritahu kita bahawa
mereka sedang tidur dengan aman.
Tetapi mengapakah orang baik mati?
Apakah yang berlaku apabila mereka mati?
Apakah harapan
bagi orang yang tersayang yang telah mati?
Untuk mengetahui jawapan Bible,
layarilah jw.org
atau isilah permohonan dalam talian
agar Saksi-Saksi Yehuwa dapat menghubungi anda.