JW subtitle extractor

Adakah Tuhan Benar-Benar Wujud?

Video Other languages Share text Share link Show times

Ramai rasa untuk percaya Tuhan wujud,
kita hanya perlu iman dan bukannya bukti.
Mereka kata mereka hanya percaya
apa yang dapat dilihat.
Apakah yang sering dilihat mereka?
Penderitaan.
Tuhan pula tidak dapat dilihat.
Ada yang tanya,
“Jika Tuhan wujud, kenapa hal buruk
berlaku kepada orang baik?”
Adakah seseorang naif,
atau lurus bendul, jika dia percaya Tuhan wujud?
Di Ibrani 11:1, Bible kata,
“Iman ialah bukti yang kukuh
bahawa apa yang dipercayai adalah nyata
meskipun hal-hal itu tidak dapat dilihat.”
Terdapat banyak bukti bahawa Tuhan memang wujud.
Ada yang dapat kita lihat,
ada pula yang tidak kelihatan.
Contohnya, bagaimanakah manusia dapat dilindungi
daripada sinaran UV yang berbahaya?
Bumi kita mempunyai perisai,
iaitu lapisan gas ozon
dalam atmosfera, yang dapat menapis sinaran UV.
Semakin kuat sinaran UV,
kandungan gas ozon pun semakin bertambah.
Maka, memang munasabah untuk tanya,
“Adakah terdapat Pencipta yang bijak
di sebalik ketakjuban alam semula jadi?”
Di Ibrani 3:4,
Bible kata, “Setiap rumah dibina oleh seseorang,
tetapi Tuhanlah yang membina segala sesuatu.”
Jika ada ciptaan,
pasti ada penciptanya.
Hal itu memang logik, bukan?
Kalau begitu, bumi kita yang menakjubkan
pasti ada Penciptanya.
Tapi, walaupun anda percaya Tuhan wujud,
anda mungkin tertanya-tanya,
“Mengapa manusia menderita?”
Bayangkan anda nampak
sebuah rumah yang rosak dan usang.
Adakah anda fikir rumah itu tiada pembina
ataupun ada sebab lain yang lebih masuk akal?
Janganlah menolak kewujudan Tuhan
hanya kerana anda ada persoalan
tentang penderitaan.
Sebaliknya, cubalah cari
jawapan kepada soalan-soalan itu.
Untuk lihat ajaran Bible tentang topik ini
dan topik lain,
sila layari jw.org.