JW subtitle extractor

Apakah Pandangan Tuhan tentang Perkahwinan?

Video Other languages Share text Share link Show times

Adakah perkahwinan membawa kebahagiaan
atau penderitaan?
Banyak pasangan suami isteri
sekadar bertahan dengan satu sama lain.
Ada pula yang berpisah
dan ramai memilih untuk bercerai.
Tapi, ada juga yang rasa
puas dan gembira dalam perkahwinan mereka.
Apakah yang membuat perkahwinan mereka bahagia?
Mereka belajar pandangan Tuhan
tentang perkahwinan daripada Bible.
Ini langkah yang bijak
kerana Tuhanlah pengasas perkahwinan
dan Dia mahu suami isteri bahagia.
Bible menjelaskan,
“Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan.”
“Mereka yang telah disatukan oleh Tuhan
tidak boleh dipisahkan oleh manusia.”
Perkahwinan ialah ikatan yang kekal di mata Tuhan.
Dia mahu suami isteri tetap setia
kepada satu sama lain.
Dengan mengikut nasihat Bible
untuk mendaftarkan perkahwinan,
mereka menunjukkan hormat kepada
aturan perkahwinan
dan komitmen ini membuat mereka rasa lebih selamat.
Dengan memandang perkahwinan
sebagai ikatan yang kekal,
mereka akan berusaha menyelesaikan
masalah yang timbul.
Memang, Bible setuju bahawa suami isteri
tidak sempurna dan akan hadapi cabaran.
Tapi nasihatnya dapat bantu mereka
menangani masalah dengan berjaya.
Contohnya, Bible kata,
‘Suami mesti mengasihi isteri
sebagaimana dia mengasihi dirinya,
dan isteri harus menghormati suami
dengan mendalam.’
Melalui Bible, Tuhan mengajar suami isteri
untuk menunjukkan kebaikan hati,
kesabaran, dan sikap rela mengampuni.
Selain itu, Bible juga menggalakkan pasangan
untuk menjadi pendengar yang baik.
Dengan memupuk pandangan Tuhan
tentang perkahwinan, anda dapat menikmati
kebahagiaan yang sejati
tidak kira berapa lama anda sudah berkahwin.
Adakah anda mahu nasihat perkahwinan
tentang hal kewangan,
isu kesihatan,
cara menjaga hubungan dengan saudara-mara,
atau cara membesarkan anak?
Untuk lihat ajaran Bible tentang topik ini
dan topik lain, sila layari jw.org.