JW subtitle extractor

Episod 4: “Itulah Sebabnya Aku Datang”

Video Other languages Share text Share link Show times

Mereka pergi ke Kapernaum.
Sebaik sahaja hari Sabat bermula,
Yesus pergi ke rumah ibadat dan mula mengajar.
Orang di situ sangat kagum dengan cara dia mengajar
kerana dia mengajar mereka sebagai seorang yang berwibawa
dan bukan seperti para jurutulis hukum.
Pada masa itu,
terdapat seorang lelaki di rumah ibadat
yang dirasuk roh jahat.
. . . agar kamu semua takjub.
Apa kaitan kami denganmu,
hai Yesus orang Nasaret?
Adakah kamu datang untuk binasakan kami?
Aku tahu siapa kamu.
- Kamu Hamba Suci Tuhan!
- Diamlah!
Keluarlah daripadanya!
Roh jahat itu membuat lelaki tersebut menggigil
dan terkejang-kejang,
dan kemudiannya menjerit dengan sekuat hati,
lalu keluar.
Orang di situ sangat hairan
dan mula berbincang sesama sendiri.
Ajaran apa ini?
Ajaran baru ni!
Dia ada kuasa untuk usir roh-roh jahat
dan mereka patuh kepadanya.
Dengan cepat,
berita tentangnya tersebar luas ke seluruh kawasan Galilea.
Selepas itu, mereka meninggalkan rumah ibadat
lalu pergi ke rumah Simon dan Andreas.
Yakobus dan Yohanes juga mengikut mereka.
Pada masa itu,
ibu mentua Simon menderita
kerana demam panas.
Maka mereka meminta Yesus membantu dia.
Yesus berdiri di sisinya lalu menyembuhkan demamnya.
Dengan serta-merta,
dia berdiri
dan mula melayani mereka.
Semasa matahari terbenam,
semua orang sakit dibawa kepada Yesus.
- Yesus!
- Kami sakit, Rabbi! Tolonglah kami!
- Rabbi!
- Yesus! Tolong!
- Tolong, sembuhkanlah kami!
- Rabbi! Yesus!
Dia telah menyembuhkan pelbagai jenis penyakit,
dengan meletakkan tangannya ke atas setiap orang
supaya nubuat Nabi Yesaya yang berikut menjadi kenyataan:
“Dia menyembuhkan penyakit kita
dan menanggung penderitaan kita.”
Roh jahat juga keluar daripada orang sambil berseru,
“Kamu ialah Anak Tuhan!”
Diamlah! Keluarlah daripadanya!
Tapi Yesus menegur roh-roh jahat itu
dan tidak izinkan mereka untuk kata apa-apa
kerana mereka tahu dia ialah Kristus.
Pada awal pagi ketika hari masih gelap,
Yesus bangun dan keluar.
Dia pergi ke suatu tempat yang sunyi
dan mula berdoa.
- Guru!
- Keluarlah!
- Mana Guru?
- Rabbi! Tolonglah!
- Yesus!
- Rabbi! Sembuhkanlah kami.
- Di mana Guru?
- Rabbi, tolong!
Simon dan murid-murid yang lain
mencarinya di merata tempat.
Kemudian, mereka pun menemuinya.
Semua orang sedang mencari Guru.
Marilah kita pergi ke tempat lain,
ke pekan yang berhampiran
untuk sebarkan berita baik,
kerana . . .
itulah sebabnya aku datang.
Yesus menjelajah seluruh kawasan Galilea
dan mengajar di rumah-rumah ibadat orang Yahudi.
Dia menyebarkan berita baik tentang Kerajaan Tuhan
dan menyembuhkan setiap masalah kesihatan
dan setiap jenis penyakit yang dihidapi orang ramai.
Berita tentangnya tersebar ke merata Siria,
lalu semua orang yang menderita
kerana menghidap pelbagai penyakit dibawa kepadanya:
Orang yang dirasuk roh-roh jahat,
orang yang menghidap penyakit sawan,
dan orang lumpuh,
dan dia menyembuhkan mereka.
Keluarlah daripadanya!
Kamu sudah bebas.
Ramai orang dari Galilea, Dekapolis,
Yerusalem, Yudea, dan seberang Sungai Yordan mengikutnya.
- Pesakit kusta! Dia najis!
- Ada pesakit kusta!
- Najis!
- Kotor!
- Pesakit kusta itu!
- Suruh dia pergi!
Kemudian, seorang pesakit kusta datang
lalu berlutut di hadapannya.
Dia merayu kepada Yesus.
Jika Tuan rela,
Tuan dapat sembuhkan aku.
Yesus mengasihaninya
lalu menghulurkan tangannya
dan menyentuh lelaki itu.
Aku rela.
Sembuhlah!
Dengan serta-merta, penyakit kustanya hilang,
dan dia pun sembuh.
Sebelum menyuruhnya pergi,
Yesus memberi dia amaran tegas.
Jangan beritahu sesiapa tentang ini.
Pergilah jumpa imam.
Kemudian, berilah korban mengikut Hukum Musa
untuk buktikan kamu sudah sembuh.
Selepas lelaki itu beredar,
dia asyik bercakap tentang peristiwa itu
dan menyebarkannya ke merata tempat.
Oleh itu, Yesus tinggal di tempat yang sunyi
kerana dia tidak dapat masuk ke dalam kota secara terbuka.
Namun demikian, orang ramai dari pelbagai tempat
masih datang kepadanya.
Tetapi, dia sering pergi ke tempat yang sunyi untuk berdoa.
Beberapa lama kemudian,
Yesus pergi ke Kapernaum sekali lagi
dan orang mendapat tahu bahawa dia ada di rumah.
Akibatnya ramai orang berkumpul di situ
sehingga dekat pintu pun tidak ada tempat.
Lalu Yesus mula menyebarkan firman Tuhan kepada mereka.
Kemudian, empat orang lelaki
mengusung seorang lelaki yang lumpuh
untuk membawanya kepada Yesus.
Tetapi mereka tidak dapat membawanya terus kepada Yesus
kerana di situ terdapat ramai orang.
Masanya akan tiba, malah sudah tiba,
apabila orang mati akan mendengar suara Anak . . .
apabila orang mati . . .
Mereka membuka bumbung
dan membuat lubang di atas tempat Yesus berada,
lalu menurunkan orang lumpuh itu
yang berbaring di atas usungannya.
Bukalah ikatan itu.
Semasa Yesus melihat iman mereka,
dia berkata kepada orang lumpuh itu,
“Anakku, dosamu sudah diampunkan.”
Beberapa orang jurutulis hukum yang duduk di situ berfikir:
Kenapa dia cakap begitu?
Dia sedang hina Tuhan.
Tiada orang yang boleh ampunkan dosa kecuali Tuhan.
Tetapi dengan serta-merta,
Yesus mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh mereka.
Maka dia berkata,
“Mengapakah kamu memikirkan hal sebegini?
Manakah lebih mudah untuk kata kepada orang lumpuh itu:
‘Dosamu sudah diampunkan,’
atau, ‘Bangunlah,
angkat usunganmu, dan berjalanlah’?
Tapi, untuk buktikan bahawa Anak Manusia
ada kuasa untuk mengampunkan dosa di bumi,
‘Aku kata kepada kamu:
Bangunlah!
Angkatlah usunganmu
dan pulanglah.’”
Lelaki itu pun bangun.
Dengan serta-merta dia mengangkat usungannya
dan berjalan keluar di hadapan mereka semua.
Orang ramai berasa sangat kagum
lalu memuliakan Tuhan.
Mereka berkata,
“Kami belum pernah melihat hal sebegini.”
Sekali lagi, Yesus pergi ke tepi tasik.
Semua orang datang kepadanya
dan dia mula mengajar mereka.
Kemudian, dalam perjalanannya,
Yesus nampak seorang lelaki bernama Matius
yang duduk di tempat memungut cukai
lalu berkata,
“Jadilah pengikutku.”
Maka Matius pun berdiri lalu mengikutnya.
Yesus pun pergi makan di rumah Matius.
Ramai pemungut cukai dan pendosa yang mengikut Yesus datang
dan makan bersama Yesus dan murid-muridnya.
Jurutulis hukum daripada golongan Farisi nampak
bahawa dia sedang makan bersama pendosa dan pemungut cukai.
Mereka bertanya kepada murid-muridnya,
“Dia makan dengan pemungut cukai dan pendosakah?”
Orang yang perlukan doktor bukannya orang sihat,
tetapi orang yang sakit.
Pergilah dan belajarlah maksud kata-kata ini:
“Aku mahukan belas kasihan,
bukannya korban.”
Aku datang bukan untuk memanggil orang alim,
tapi untuk memanggil pendosa supaya mereka bertaubat.
Kemudian, murid-murid Yohanes datang kepada Yesus dan bertanya,
“Mengapa kami dan orang Farisi sering berpuasa,
tapi murid-murid kamu tidak berpuasa?” 
Semasa pengantin lelaki masih bersama sahabatnya,
mereka tidak berdukacita, kan?  
Pengantin perempuan ialah milik pengantin lelaki.
Tapi, sahabat pengantin lelaki
sangat bersukacita
apabila dia berdiri
dan mendengar suara pengantin lelaki. 
Tapi masanya akan tiba apabila pengantin lelaki
diambil daripada mereka.
Waktu itulah mereka akan berpuasa.
Tiada orang ambil kain baru
untuk tampal pakaian yang lama,
kerana kain baru itu akan kecut
dan buat koyakan yang lebih besar.
Demikian juga,
orang tidak akan simpan wain baru dalam kirbat lama.
Jika dia buat begitu, kirbat akan pecah,
wain akan tumpah, dan kirbat itu pun rosak.
Sebaliknya
orang selalu simpan wain baru
dalam kirbat baru,
supaya kedua-duanya terpelihara. 
Tiada orang yang sudah minum wain lama
ingin minum wain baru,
kerana dia kata, “Wain lama bagus.” 
Jadi dia pergi menyebarkan berita baik
di dalam rumah-rumah ibadat di Yudea.  
Selepas itu,
tibalah masanya perayaan orang Yahudi.
Maka Yesus pergi ke Yerusalem.
Dekat Pintu Bebiri di Yerusalem,
terdapat sebuah kolam yang dipanggil
Betzata dalam bahasa Ibrani.
Kolam itu dikelilingi lima serambi.
Ramai orang yang sakit, buta, tempang, dan lumpuh,
berbaring di serambi-serambi itu.  
Di situ, ada seorang lelaki
yang sudah sakit selama 38 tahun.  
Yesus nampak dia berbaring di situ
dan tahu bahawa dia sudah lama sakit.
Maka Yesus berkata kepadanya, 
“Adakah kamu ingin sembuh?” 
Tuan,
tiada sesiapa pun yang bantu saya masuk ke dalam kolam
semasa air berkocak.
Tapi,
bila saya mahu masuk,
orang lain mendahului saya. 
Bangunlah!
Angkat tikarmu, dan berjalanlah. 
Pada saat itu juga,
lelaki tersebut sembuh.
Dia mengangkat tikarnya
lalu mula berjalan.
Hari itu ialah hari Sabat.
Oleh itu,
orang Yahudi berkata kepada lelaki itu, 
“Hari ini hari Sabat.
Kamu langgar hukum kerana angkat tikar kamu.”
Orang yang sembuhkan sayalah
yang kata kepada saya,
“Angkat tikarmu dan berjalanlah.” 
Siapa lelaki yang suruh kamu
untuk “angkat tikarmu dan berjalan”? 
Tetapi dia tidak tahu
siapa yang menyembuhkannya,
kerana ada banyak orang di situ
dan Yesus sudah menghilang
antara orang ramai di situ.
Semasa Yesus jumpa lelaki itu di dalam Rumah Tuhan,
Yesus berkata kepadanya, 
“Sekarang kamu sudah sembuh.
Janganlah berdosa lagi
agar sesuatu yang lebih buruk tidak menimpa kamu.” 
Lelaki itu pergi
dan beritahu orang Yahudi
bahawa Yesuslah yang sembuhkannya.
Oleh itu,
orang Yahudi mula menentang Yesus
kerana dia melakukan hal-hal itu pada hari Sabat. 
Bapaku terus bekerja sehingga sekarang,
dan aku pun terus bekerja. 
Orang Yahudi semakin bertekad untuk membunuh dia,
kerana dia bukan sahaja langgar hukum Sabat
malah memanggil Tuhan, Bapanya,
dan menyamakan dirinya dengan Tuhan. 
Ketahuilah,
Anak tidak dapat melakukan satu perkara pun
menurut kehendaknya sendiri.
Apa yang Anak lihat Bapa lakukan,
itulah juga yang Anak lakukan.
Apa yang dilakukan oleh Bapa,
itulah yang dilakukan oleh Anak.
Bapa menyayangi Anak
dan menunjukkan semua yang dilakukan-Nya kepada Anak.
Dia akan tunjuk perkara yang lebih besar daripada ini
kepada Anak agar kamu semua berasa takjub.
Sepertimana Bapa membangkitkan orang mati
dan membolehkan mereka hidup semula,
begitu juga Anak
membolehkan sesiapa saja yang dia ingin hidup semula.
Bapa tidak menghakimi sesiapa pun.
Dia memberi Anak-Nya
semua kuasa untuk menghakimi,
agar semua orang menghormati Anak
sepertimana mereka menghormati Bapa.
Orang yang tidak menghormati Anak
tidak menghormati Bapa yang mengutusnya.
Sesungguhnya aku berkata kepada kamu:
Orang yang mendengar kata-kataku
dan percaya kepada Dia yang mengutus aku
akan memperoleh kehidupan kekal
dan tidak akan dihukum.
Dia sudah beralih daripada kematian kepada kehidupan.
Sesungguhnya aku berkata kepada kamu:
Masanya akan tiba, malah sudah tiba,
apabila orang mati akan mendengar suara Anak Tuhan.
Mereka yang memberikan perhatian akan hidup.
Bapa memiliki kuasa untuk memberikan hidup
dan Dia juga mengurniakan kuasa ini
kepada Anak.
Bapa sudah memberikan kuasa kepada dia
untuk menghakimi orang
kerana dialah Anak Manusia.  
Janganlah kamu hairan akan hal ini
kerana masanya akan tiba
apabila semua orang di dalam makam peringatan
akan mendengar suaranya
lalu keluar.
Orang yang berbuat baik
akan bangkit dan meraih kehidupan,
tetapi orang yang berbuat jahat
akan bangkit dan dihakimi.
Aku tidak dapat buat satu perkara pun menurut kehendakku.
Aku hakimi orang
menurut apa yang Bapa firmankan kepadaku.
Aku menghakimi orang dengan adil,
kerana aku tidak mengikut kehendakku sendiri
tetapi kehendak Dia yang mengutus aku.
Jika aku sahaja yang memberikan kesaksian tentang diriku,
kesaksianku tidak benar.
Tetapi Dia juga memberikan kesaksian tentang aku,
dan aku tahu kesaksian-Nya tentangku adalah benar.
Kamu mengutus orang kepada Yohanes,
dan Yohanes telah memberi kesaksian tentang kebenaran.
Sebenarnya aku tidak memerlukan kesaksian daripada manusia.
Tetapi aku memberitahu kamu perkara ini agar kamu dapat diselamatkan.
Yohanes bagaikan pelita
yang menyala dan bersinar.
Untuk seketika waktu,
kamu ingin bergembira dalam terangnya.
Tetapi aku ada kesaksian yang lebih besar daripada Yohanes.
Aku melaksanakan kerja yang ditugaskan oleh Bapaku
dan kerja-kerja itu memberikan kesaksian
bahawa Bapa mengutus aku.
Bapa yang mengutus aku pun
memberikan kesaksian tentang diriku.
Kamu semua belum pernah mendengar suara-Nya
atau melihat muka-Nya.  
Firman-Nya tidak ada dalam diri kamu
kerana kamu tidak mempercayai orang yang telah diutus-Nya.
Kamu selidiki Ayat-Ayat Suci kerana kamu sangka
kalau kamu buat begitu, kamu akan hidup kekal.
Sebenarnya, Ayat-Ayat Suci memberi kesaksian tentang aku.
Namun, kamu semua tidak mahu datang kepadaku
untuk mendapat kehidupan.
Aku tidak menerima kemuliaan daripada manusia,
tapi aku tahu
kamu tiada kasih untuk Tuhan dalam hati kamu.
Aku datang atas nama Bapaku,
namun kamu tidak menerima aku.
Andai kata orang lain datang atas namanya sendiri,
kamu akan terima dia.  
Bagaimana kamu boleh percaya padaku
jika kamu suka terima kemuliaan
dan tidak mencari kemuliaan daripada Tuhan yang esa?
Jangan sangka aku akan menuduh kamu di hadapan Bapa.  
Orang yang kamu harapkan akan menuduh kamu,
iaitu Musa!
Sebenarnya, jika kamu percaya kepada Musa,
kamu akan percaya kepadaku,
kerana dia tulis tentang aku.
Jika kamu
tidak percaya apa yang ditulisnya,
bagaimana kamu dapat percaya apa yang aku katakan? 
Pada suatu hari Sabat,
Yesus lalu di ladang gandum.
Sambil berjalan,
murid-muridnya mula memetik bulir gandum. 
Lihatlah!
Mengapa mereka buat hal yang dilarang pada hari Sabat? 
Belum pernahkah kamu baca
tentang apa yang Daud lakukan
semasa dia dan pengikutnya lapar
dan habis makanan?
Atau baca kisah Ketua Imam Abiatar
tentang bagaimana Daud
masuk rumah Tuhan,
makan roti yang dipersembahkan,
lalu bagi pengikutnya?
Tiada sesiapa pun berhak makan roti itu kecuali imam. 
Belum pernahkah kamu baca dalam Hukum
bahawa imam yang kerja di Rumah Tuhan
pada hari Sabat tidak dianggap bersalah?
Tapi orang yang lebih penting
daripada Rumah Tuhan ada di sini.
 Jika kamu faham maksud ayat ini,
“Aku mahukan belas kasihan, bukannya korban,”
kamu tidak akan salahkan orang yang benar. 
Tuhan tetapkan hari Sabat untuk manusia,
dan bukannya menjadikan manusia
untuk patuh hari Sabat.
Lagipun, Anak Manusia
ialah Tuan yang berkuasa atas hari Sabat.
Pada hari Sabat yang lain,
dia mengajar di rumah ibadat.
Di sana terdapat seorang lelaki
yang tangan kanannya lumpuh.
Jurutulis hukum dan orang Farisi perhatikan Yesus  
untuk lihat sama ada dia akan
sembuhkan orang atau tidak pada hari Sabat. 
Adakah betul atau salah
untuk sembuhkan orang pada hari Sabat? 
Mereka ingin cari alasan untuk menuduhnya. 
Yesus berkata kepada lelaki yang sebelah tangannya lumpuh itu, 
“Bangunlah. Berdirilah di tengah.
Apakah yang wajar dilakukan pada hari Sabat?
Hal yang baik atau jahat?
Untuk menyelamatkan nyawa
atau membunuh?” 
Tetapi mereka membisu sahaja. 
Kalau biri-biri kamu
jatuh ke dalam lubang pada hari Sabat,
tidakkah kamu akan tarik biri-biri itu
keluar daripada lubang itu?
Sudah tentu manusia jauh lebih berharga
daripada biri-biri!
Jadi berbuat baik pada hari Sabat
tidak melanggar hukum.
Hulurkanlah tanganmu. 
Lelaki itu menghulurkan tangannya
dan tangannya pun sembuh. 
Maka orang Farisi keluar
dan segera berkomplot dengan pengikut-pengikut Herodes
untuk membunuh Yesus.
Tetapi Yesus pergi ke tasik dengan murid-muridnya.
Banyak orang dari Galilea dan Yudea mengikutnya.
Selain itu,
ramai orang dari Yerusalem,
Idumea, seberang Sungai Yordan,
dan kawasan sekitar Tirus dan Sidon,
mendengar tentang segala perbuatannya
lalu datang kepadanya.
Yesus menyuruh murid-muridnya
menyediakan sebuah perahu kecil untuknya
agar dia tidak dihimpit oleh orang ramai.
Memandangkan dia telah menyembuhkan ramai orang,
semua orang yang sakit teruk
kini berasak-asak hendak menyentuhnya.
Setiap kali roh-roh jahat nampak dia,
mereka akan sujud di hadapannya dan berseru,
“Kamu ialah Anak Tuhan.”
Tetapi dia berulang kali memberikan amaran tegas
kepada roh-roh jahat
supaya tidak memberitahu orang lain tentangnya. 
Hal ini adalah supaya apa yang difirmankan
melalui Nabi Yesaya menjadi kenyataan.
Dia berkata, 
“Lihatlah hamba pilihan-Ku!
Aku mengasihinya dan berkenan kepadanya!
Aku akan mengurniakan kuasa suci-Ku kepadanya,
dan dia akan menyingkapkan erti
keadilan kepada bangsa-bangsa.
Dia tidak akan bertengkar atau berteriak.
Suaranya tidak akan kedengaran di jalan-jalan utama.
Rumput yang layu tidak akan diinjak-injaknya,
dan sumbu pelita yang sudah malap
tidak akan dipadamkannya
sehingga dia berjaya menegakkan keadilan.
Sememangnya,
namanya akan menjadi tonggak harapan
bagi bangsa-bangsa.”
Pada suatu hari,
dia pergi ke gunung untuk berdoa.
Dia berdoa kepada Tuhan sepanjang malam.
Sebaik sahaja hari menjadi terang,
dia memanggil murid-muridnya.
Dia memilih 12 orang daripada kalangan mereka
lalu menggelar mereka rasul-rasul. 
Inilah 12 orang yang dipilihnya:
Simon
yang juga digelarnya Petrus, 
Yakobus anak Zebedeus
dan Yohanes saudara kandung Yakobus.
Dia juga memberi mereka gelaran Boanerges,
yang bermaksud “Anak Guruh.”
Andreas,
Filipus,
Bartolomeus,
Matius,
Tomas,
Yakobus anak Alfeus,
Tadius,
Simon yang bersemangat,
dan Yudas Iskariot
yang kemudiannya mengkhianati Yesus.